♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, September 13, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 38 ~ Botol Medela

Rasanya ramai je ibu2 yang mengepam di tempat kerja macam Mama ni hobinya mengumpul botol simpanan susu kan? Konpem punya lah. Sebenarnya bukanlah nak 'kumpul' tapi bagi Mama saja seronok mencuba pelbagai brand. Pakai brand itu pakai brand ini, akhirnya kita tau la kelebihan dan kekurangan setiap brand kan.

bahagian sukatan

branding

Mama dah pernah buat review pasal botol simpanan susu ni. Hari ni bukan nak cerita pasal macam2 brand lagi, cuma nak fokus pada brand Medela sahaja. Kenapa? Sebab Mama ada macam2 versi botol Medela. Jom kita tengok satu persatu ye.


Ok, gambar kat atas tu adalah botol Medela versi lama. Tahun 2009 punya. Dapat masa Mama beli pam Medela Freestyle sulung. Berapa ye ada? Lupa sudah. Mungkin 5 kot. Mama suka jenis ni sebab tulisannya jelas dan sukatannya oz nya mudah nak tengok ketepatannya sebab dia guna garisan kan. Cover dia bertutup penuh. Takleh masuk puting susu.


Yang ni pulak dapat masa Mama beli Medela Freestyle Bongsu. Dapat juga masa Mama beli Swing 2nd hand. Yang ni design baru. Tulisannya pun lain kan. Yang ni agak susah sikit nak tentukan ketepatan sukatan oz nya sebab senggatnya tu unik sangat. hihi. Pastu tulisannya pun blur sikit. Tapi tetap comel. Cover dia ada skru, boleh cabut2. Kiranya boleh la kalau nak ganti dengan puting susu.


Gambar kat atas ni pulak bahagian depan botol. Bahagian branding nya. Yang ni lama punya. Kira my very 1st botol Medela la. Memang dah lama. Kalau ikutkan dah takleh pakai dah tapi sebab sayang sangat dan masih berkondisi baik, maka kita guna jela dengan tawakal kepada Allah. ;)
  


Dua gambar di atas adalah bahagian branding botol Medela versi baru sikit. Tah la, rasanya mungkin sekarang punya botol pun dah lain sikit kot kan. Biasa la, ubah2 bagi pengguna tak jemu kan.

Walau bagaimana pun, yang berubah hanya design dan cover je, dari segi bentuk badan tetap domok2 dan tomei2. Mama sangat suka. Oleh kerana botol Medela dah banyak (sebab dapat setiap kali beli pam - ada new, ada preloved), maka Mama hanya mengepam menggunakan botol Medela sahaja.

Sebab Mama dah try beberapa brand, yang fit cuma Jingle Jungle dan Baby King sahaja. Adakalanya Mama guna botol JJ, adakalanya guna botol BK. Ikut mood masa tu. hihi.

Tapi memang best la guna botol Medela ni. Sebab ia cute sangat sangat sangat. Bagi Mama la. Orang lain mungkin berbeza pendapat. Tapi harganya MAHAL ok. Kalau semata2 nak beli botol saja memang tak la kan. hihi.

Ok, tu je review Mama untuk arini.. ;)

Yang Ini Pun Best



1 comments:

MOMMYLIN said... [Reply to comment]

love medela too.. :D

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥