♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, May 11, 2016

Setalah Sekian Lama.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ya Allah lamanya Mama tidak menulis di ruangan ini.
Alasan biasa.. kekangan masa.
Terasa ingin menulis semula di celah2 masa yang ada.
Kerana ada satu kepuasan dapat mencoret di sini.
Walau sebenarnya berbicara sendiri.
Mungkin tiada lagi yang menjengah ruangan ini.
Setelah sekian lama menyepi.

Membaca coretan terakhir adalah berkaitan kondisi semasa mengandung anakanda ketiga.
Dag besar dah pun si Ahmad Iman Baihaqi.
Mama tidak mencoretkan pengalaman melahirkannya di sini.
Adalah tidak adil begitu.
Kerana pengalaman melahirkan abang-abangnya Mama catatkan di sini.

Sudah setahun berlalu.
Masih ingatkah momen2 itu?
In sha Allah.. Mama akan cuba mencari masa untuk mencatatkan pengalaman itu.
Pengalaman berharga seorang Mama.
Takkan mudah dilupakan sampai bila2.

Banyak kerja menanti.
Mama undur diri dulu.
In sha Allah jika berkesempatan Mama jengah lagi bersama cerita2 baru ya.

In sha Allah.....

Thursday, September 4, 2014

BSP Kali Pertama

Semalam Mama menjalani BSP (blood sugar profile).
Pesakit GDM memang wajib buat ni setiap 2 minggu.

Kena ambil darah 4 kali sehari.
Kalau 2 daripada 4 tu result tak cantik, kena masuk wad, cucuk insulin.
Adeh.. moga2 dijauhkan..
Ngeri kot nak cucuk diri sendiri.
Cucuk kat hujung jari pun terkejut2.
Sebab cucuk sendiri.
Kalau orang cucuk tahan la jugak lagi.

Kalau 1 daripada 4 result teruk, kena repeat dalam tempoh seminggu.
Parah sungguh..
Semuanya memerlukan pengorbanan.
Berkorban masa.
Berkorban tenaga.
Berkorban makan.. eh.. hihi..

Yela.. sangat susah kot nak kontrol makan.
Sebab memang jenis makan je apa saja.
Tak pernah kontrol makan pun.
haha..

Jam 7.30 pagi dah sampai.
Dapat giliran pertama.
Sengaja datang awal sebab harini jumpa doktor.
Nak rebut giliran awal sebab pasni nak gi sekolah balik.
Bukan cuti.

Tunggu kejap je dah kena panggil.
Nombor 1 la katakan.. kihkih..
Mula2 test urin dulu.
Pastu tekanan darah dan ambik berat.
Pastu baru BSP.
Result 5.4 pagi ni.

Setel BSP tunggu jap kat luar.
Makan epal separuh je, dah kena panggil balik untuk jumpa doktor.
Seronok pulak rasanya semua cepat2 ni.
Nak makan.. nak main Pou pun tak sempat sangat.. hihi..

Jumpa doktor agak lama jugak.
Sebab doktor tu baru hari pertama hari ni di KKIA tu.
Mungkin sebelum ni di negeri lain.
Sebab dia macam tak berapa tau prosedur KKIA ni.
Kena la nurse tu bagi penerangan satu2.
Tu yang agak lama.

Doktor cakap Mama tak sepatutnya buat MGTT pun.
Sebab takde risiko.
Cuma umur je 31 tahun.
Sepatutnya umur 35 tahun ke atas baru kena screening MGTT.
Mana saya tau, doktor.. dah disuruh buat saya buat laa.. huhu..

Pastu scan.
Doktor ni macam tak mesra alam sangat la.
Skrin tu dia hala kat dia je.
So Mama nampak sipi2 je Adik.
Mama tanya dah boleh nampak jantina tak?
Doktor cakap tak boleh.

Mama tau.. sebenarnya boleh jika doktor cari.
Tapi takpe la.
Tak cari jantina pun lama jugak doktor scan.
Godek sana godek sini.
Nampak gaya doktor ni teliti la orangnya.
Takde main hentam je scan.

Kiranya Mama ni 1st patient dia di KKIA ni la.
Nurse2 situ pun katanya belum sempat berkenalan lagi.
Yela.. hari pertama.. dan di waktu awal pagi..
Bila masa nak sembangnya kan.

Lepas scan, tunggu kejap di luar.
Pastu kena panggil jumpa nurse pulak.
Ikutkan apoinmen arini untuk scan je.
Tapi nurse cakap terus je la TCA macam biasa.
Senang sekali harung.
Ok baiklah..

Masa jumpa nurse, nurse tanya dah cucuk kancing gigi belum?
Alamak.. kena cucuk lagi ke dah nombor 3 pun?
Ye, kena cucuk ye.. aduhai.. malasnya..
Cucuk sana cucuk sini..

Nurse tanya nak buat bila?
Alah.. kalau tangguh pun kena cucuk jugak.
Buat jela harini terus.
Maka sebelum balik cucuk la kat bahu kiri.
Sakit bukan main.
Cucuk kancing gigi memang sakit dan lenguh2 tangan.
Semalam cucuk, ni arini masih terasa lagi sakitnya.
Tapi tak seteruk masa cucuk kali pertama.
Seminggu tak boleh angkat tangan sepenuhnya.
Ni kira sakit kat bahagian cucuk tu je.
Lain2 ok la jugak.. boleh lagi angkat barang2 dan gedebot Bunyamin tu.
Tapi masa tidur mengiring sebelah kiri sakit jugak bila tindih.

Lepas cucuk, terus drive balik sekolah.
Marilah kita kerjaan pulak.
Sibuk bebeno peknen kali ketiga ni.
Ni nanti lagi 2 minggu dah kena TCA balik.
Nak review result BSP semalam.

Oh ye.. nak catat la sikit result BSP kali pertama Mama :

Pre breakfast - 5.4 
Pre lunch - 5.7
Pre dinner - 4.8
Pre supper - 6.0

Apsal malam tinggi?
Sebab Mama baru makan nasik.. haha..
Daripada tips2 yang Mama google, tips BSP makan hanya selepas cucuk.
Lepas tu jangan makan dah.

Nak buat macamana, petang tu bawak budak2 Tahun 6 ke Zoo Taiping pulak.
Minggu depan dorang nak UPSR.
GB suh bawak jalan2 release tensen.
Bagi dorang seronot2 sebelum berjuang.
Mama ngajo Tahun 6, terlibat sama la.

Dah jalan2, bila masa nak cek.
Tapi memang Mama bawak la alat tu.
Cuma dalam kereta, jauh lak nak ambik.
Petang tu makan2 dulu sebelum balik.
Bila cek malam, memang tinggi la sikit.. huhu..

Oh ye.. malam tadi pun sangat puas sebab dapat makan mangga muda.
Adoi, tengah2 taip ni pun dah terliur2 mengingatkan.
Balik nanti nak ngap lagi.. huhu.. ada lagi belen semalam.

Rasanya dah panjang lebar merepek kan.
Stop dulu la.
Nanti Mama update lagi.
Banyak lagi stori mori pasal si Iman Junior II ni.
Beliau dah pandai macam2 tau sekarang.
Nanti la sambung..

Bye..

Wednesday, September 3, 2014

Anak-Anak & Nebulizer

Dah lama rasanya anak2 tak kena lelah.
Cuti 3 hari sempena merdeka haritu tiba2 kena la pulak.

Kisahnya..
Bunyamin sorang saja yang selsema teruk.
Meleleh je ingus.
Malam tu tidur dengan nafas berbunyi.
Kesian betul.

Mama sapu minyak Bayyini Mastika.
Di dada.
Di bahagian belakang.
Tinggikan kepala.
Tak lama lepas tu dah tak bunyi nafasnya.
Bunyi ni bukan bunyi macam lelah tu.
Bunyi sebab idung tersumbat.
Gitu.

Abang ok saja.
Tiada selesema.
Tiada batuk.
Cuma malam tu tidur asyik terganggu.
Taktau kenapa.
Bila tanya, hanya sebut Mama.. Mama..

Esok pagi, Abang dah mula lelah.
Aduhai.. dah la hari cuti.. huhu..
Petangnya kami gi rumah Tok Abah.
Lepas zuhur bawak Abang neb la.. apa lagi..

Alhamdulillah lepas neb petang tu Abang dah ok sikit.
Malangnya balik2 je klinik membuas macam biasa.
Lari sana lari sini.
Bercakap dah la tak reti pelan2.
Macam halilintar kuatnya.

Malam tu mula la lembik balik.
Siap pakej muka pucat dan kuku dah kebiruan.
Sangat menakutkan.

Bawak la lagi gi neb.
Berdoa dalam hati janganlah teruk sangat.
Alhamdulillah lepas neb Abang dah ok.
Syukur..

Masa Abang lelah, Bunyamin aktif macam biasa.
Lebih aktif daripada Abang la.
Sebab dia tak lelah walaupun selesema.

Malangnya..
Esoknya Bunyamin pulak diserang lelah.
Hai lah.. turun Mama sungguh..
Mula2 sikit2 je.
Makin lama makin sukar bernafas.
Cakap pun dah mula tersekat2.

Petang tu berkunjunglah lagi kita ke klinik sama.
Ikut rekod sebelum ni, Bunyamin kena refer hospital setelah 2 kali neb pun masih bunyi.
MA pun ikut sama risau.
Lepas neb tu MA pulak yang cakap "Fuh lega.. dah takde bunyi"..
Kalau MA lega.. Mama sejuta kali lebih lega la..

Malang lagi sekali.. balik klinik Bunyamin minum air sejuk pulak.
Tak bagi.. dia mengamuk sakan..
Malam tu dapat la habuan..
Jadi balik la lelahnya.

Kami dah balik rumah sendiri.
Malam tu gi lagi klinik kali keempat.
Neb sekali.. alamak masih bunyi la pulak.
Teruk pulak tu MA cakap.
Neb lagi kali kedua.. pun sama.. tak kurang.
Maka refer ke hospital.

Tapi kami terus balik saja.
Sebab nampak Bunyamin makin ok tak lama lepas tu.
Bagi ubat, dengan huru haranya.
Sempat singgah rumah Nenek kejap.

Sehingga entri ini ditulis, Bunyamin dah semakin ok.
Malam tadi masih bunyi2 sikit2 lagi.
Pagi tadi dah ok.
Tadi telefon pengasuhnya, makcik cakap dia ok saja.
Alhamdulillah syukur.

Kali ni Mama tanda dalam kalendar.
Abang neb.
Adik neb.

Sebab nak tengok jarak lelah anak2.
Kali akhir kena; Bunyamin bulan Mei, Abang tak pasti pulak, rasanya dah lama jugak.

Anak2 ni tak boleh sejuk keterlaluan.
Musim2 sekarang ni kerap jugak hujan.
Tu yang lelah menyerang.

Mama doa banyak2 janganlah kena lelah lagi.
Merisaukan.
Sebab ianya melibatkan pernafasan kan.

Ada kawan bagi petua makan gula madu.
Siap mintak tolong kawan belikan.
Dah bagi semalam pada anak2.
Harap2 serasi dan berkesan dengan izin Allah..


Monday, August 25, 2014

MGTT ~ Dalam Fasa Menyesuaikan Diri

Maaflah..
Asyik2 cerita pasal MGTT kan.
Ia sesuatu yang sangat baru, sangat menakutkan dan sangat merimaskan bagi Mama.
Asyik teringat2 setiap masa.
Maka marilah meluahkan di blog bagi mengurangkan gusar di jiwa.. ewah..

Lusa Mama ada appointment dengan dietitian.
Dah lah pagi.. sangat merimaskan bila kena keluar time kerja.
Terpaksa ok terpaksa.. hurmmm..
Seb baik jam 11.00 Mama takde kelas..

Semalam ke rumah Tok Abah.
Pinjam alat nak test darah tu.
Apekebenda namanya ntah la.
Test la terus.

Masa tu lepas makan.
Elok je 5.2 resultnya.
Ok laa tu kan.
Isyhh.. 

Hari ni pulak Mama saja je try buat BSP sendiri2 dulu.
Makan kontrol la jugak tapi takde la ketat sangat.
Keputusan setakat 3 kali test ni :

Pre breakfast - 4.2
Pre lunch - 4
Pre dinner - 6.5
Pre supper - blom buat lagi, tunggu malam kang.

Rasa macam ok je result tu.
Sebab nurse cakap paling tinggi 7.8
Kalau 7.9 tu dah kira GDM.
So kira result Mama tu memuaskan dan normal je sebenarnya.

Camane la boleh terjebak dengan GDM ni.
Hadoih.. fenin memikirkannya.
Bukannya apa.. susah kot nak kontrol makan masa peknen ni.
Bila teringat nak makan je, mesti terfikir 'eh ni tinggi gula tak?'
Last2 tak makan terus.
Haa tak ke seksanya namanya tu?

Bertabahlah Mama..
Asal Adik sihat..

Oh ye.. tadi dah tanya Ayah.
Cuti sekolah pertengahan September nanti nak scan Adik.
Plan nak scan 3d ke 4d ke kat Colombia Asia kat sini.
Mak Njang pernah scan dulu masa dia peknen.
RM60 je untuk 4d scan.
Ok la jugak kan.

Masa tu dah 22 minggu.
Duk baca2 info waktu terbaik adalah masa 20 minggu.
Tapi 22 minggu pun ok kot.
Cuti sekolah la senang sikit.
Hari kerja petang2 ni badan lemau dan longlai sikit.

Dan paling best.. Ayah pun sporting dan setuju nak amik cuti..
Yeay.. syoknye..
Jadi laa.. pengubat jiwa yang lara.. #muntah

Saja nak tengok jantina Adik.
Konon2 kalau dah tau jantina Adik, nak rahsia2 la konon.
Mampukah daku merahsiakan?
Jeng jeng jeng... huhu..

Ok la.. nak melayan Abang Bun anin..
Kalut nak tengok ceria duniaku..
Nanti Mama update lagi..
Syok pulak rasanya update tanpa gambo..
Takde stress nak transfer2 laa nak upload2 laa..
hihi..


 

Saturday, August 23, 2014

MGTT : Minum Air Gula ~ Keputusan

Dalam entri lepas Mama ada cerita pengalaman pertama minum air gula.
Ianya pada hari Rabu.
KKIA kata akan call sekiranya ada apa2.

Khamis.
Tiada call.
Hati sudah sedikit gumbira.

Jumaat.
Awal2 pagi sudah tertera nama KKIA pada henfon Mama.
Aduhai.. sudah dapat agak tujuannya..

Hello, Puan Nurul Husna ye?
Ye saya.
Puan dah dapat kencing manis ye. Petang ni sila datang KKIA jam 3.30 petang. Saya nak cerita sikit.
Oo yeke.. ok baik..

Sesingkat itu saja panggilannya.
Tapi cukup meruntun jiwa.. huhu..
Patut la teruk sangat penangan semalam.
Dah dapat agak dari awal.
Rupanya betul2 kejadian.. #taklawakok

Wasap Ayah maklumkan.
Mujurlah Ayah half day harini sebab malam tadi bertugas iman dan khalifah yasin di pejabat.
Terus up status di fb bertanya pendapat dan pengalaman kawan2.
Seperti dijangka, berdesup2 komen masuk.
Semua share pengalaman dan info.
Alhamdulillah dapat kawan2 fb yang caring n sharing camni.. huhu..

Sedikit sebaanyak tu ada jugak la info.
Tapi apa2 hal kena jumpa nurse dulu la petang ni.

Petang.
Kami sekeluarga ke KKIA.
Takde orang.
Yela, Jumaat memang la.
Kes2 tertentu je.

Jumpa staf nurse aritu.
Yang baik dan mesra tu.
Staf nurse Linda.

Beliau menerangkan apa itu GDM.
Kencing manis masa mengandung.
Takde sebab atau punca yang khusus.
Kalo nak jadi, ia jadi je.
Bagitau kesan kepada mak dan baby.
Apa perlu dilakukan.

Minggu depan hari Rabu kena jumpa pakar pemakanan.
Kena dengar ceramah pasal nak kontrol makan.
GDM ni resolusinya adalah kawal makan.
Dan itu sangat susah dilakukan ketika mengandung ye.. huhu..

Pastu Rabu lagi sekali dah start BSP.
Test darah 4 kali sehari.
Sekali dengan scan dan check up biasa.
Semua sekali harung.
Mau haku mc lagi lak kang.. adeh..

Alhamdulillah Tok Abah ada tester untuk cek darah tu.
Nanti tak perlu la ulang alik KKIA untuk buat BSP.
Ulang alik rumah Tok Abah je.. huhu..

Terus Mama tak berani makan minum manis2.
Sabo jela napsu makan oii..
Walaupun sebenarnya Mama tak laa suka makan manis sangat.
Cumanya makan ikut sukahati.

Nurse cakap pasni kena :

- makan nasik sikit
- makan sayur hijau banyaaaakkk
- lauk takpe banyak2
- minum air kosong banyaaaakkk
- makan pada waktunya

Ada kawan2 cakap, malam toksah makan dah.
Minum je air kosong.

Tak ke susah tu?
Tapi BFF share pengalaman, dengan kawal makan ni kelebihannya berat cantik sepanjang peknen.
Takde nak hover2 naik mendadak ke amende.
Haa yang tu makcik soka.. huhu..

Takpela.. terima dengan redha.
Ada la hikmahnya tu.
Nanti Adik mesti kulitnya cantik sebab Mama banyak makaan sayur.
Nanti badan Mama mesti sihat sebab makan sayur dan minum air kosong je..
Nanti tak susah sangat Mama nak turunkan berat badan sebab naik tak banyak.
#nangessambiltaip

Tu jela nak cerita buat masa ni.
Sekarang dalam fasa menerima kenyataan.. huhu..
Nanti Mama update lagi ye..

MGTT : Minum Air Gula ~ Pengalaman Pertama

Kelmarin Mama ke KKIA untuk menjalani prosedur MGTT.
Kita selalu cakap minum air gula.
Ini kali pertama seumur hidup kot.
Macam2 dalam fikiran.

Malam sebelum dah start puasa.
Puasa ni takleh makan.
Minum pun air kosong je.

Mama sampai awal pagi lepas hantar Abang sekolah dan Bunyamin ke rumah pengasuh.
Jam 7.30 pagi dah tercongok situ.
Dalam bakul kad merah tu hanya ada 1 saja kad merah.
Maknanya Mama kena giliran nombor 2.
Tunggu sambil tengok nurse2 tu buat persiapan bekerja haritu.

Jam 8.15 lebih kurang Mama dipanggil untuk ambil darah.
Yang ambil tu sister.
Memang dia ambil tak sakit.
Tapi masa nak tarik darah keluar, kasar sangat sampai darah tak keluar, hanya angin saja.
Pastu baru dia tolak balik picagari tu dan tarik pelan2.
Kiranya dia tolak tarik tolak tarik sikit2 sampai penuh botol tu.
Sabo jela.. sepatutnya dari awal tarik pelan2 baru darah ikut sama keluar.
Muka jangan cakap la punya masam.
Tapi Mama tak ambil pusing pun, lantak ko la nak masam mencuka pun.

Pastu hantar darah ke makmal.
Buat ujian air kencing terus macam biasa.
Bagi result ke KKIA balik, dan minum air gula.
Inilah saatnya.. cewah..
Mama dapat perasa oren.
Ada kawan bagitau ada macam2 perasa.
Grape pun ada, sirap pun ada.

Perasaan masa minum?
Mula2 rasa ok je, takde la teruk mana.
Tapi sebab banyak sangat; satu mug gemuk, dah hujung2 tu mula rasa sengsara..huhu..
Tapi alhamdulillah berjaya dihabiskan dan tak muntah.
Syabas untuk diri sendiri.. hihi..

Sepatutnya boleh je balik sementara tunggu 2 jam kemudian untuk test darah lagi.
Alang2 menunggu, terus check up seperti biasa.
Oleh kerana Mama giliran ke-2, tak lama kena tunggu untuk check up biasa.
Siap check gigi.
Sekarang memang wajib segala mak nenek.
Dulu2 check gigi tu option je.
Tak cek pun takpe.

Jam 9.30 pagi dah setel semua.
Nak ke mana?
Tak larat ke mana2 sebab kepala dah ting tong penangan air gula tadi.
Nak menunggu di dalam rasa tak sanggup.
Orang kemain ramai.
Maka Mama tunggu dalam kereta je.
Pasang aircond, cuba pejamkan mata tapi tak boleh.. huhu..

Jam 10.30 pagi Mama masuk balik KKIA.
Ambil darah kali kedua.
Kali ni staff nurse yang ambik.
Mama ni memang jenis urat kecik.
Susah nak ambik darah Mama ni.
Tadi tangan kanan, ni kiri pulak.
Tapi dapat sikit je, sakit pulak tu.

Mama tanya, nak try tangan kanan pulak ke?
Nurse cakap takyah takyah.. saya taknak ambik 2 kali..

Nurse guna alat yang guna sikit je darah tu.
Ala.. biasa orang cucuk hujung jari pastu test guna alat tu.
Haa alat tu la.. nurse cakap KKIA guna masa special case je sebab ianya mahal.
Mama syak strip dia yang mahal.
Walaupun sakit kena cucuk kali kedua, tak rasa nak marah pun sebab staf nurse tu baik dan mesra.

Lepas setel semua, Mama gi klinik swasta yang biasa Mama check up tu.
Nak ambik mc sebab memang rasa tak larat sangat dah.
Kepala memang pusing2 habis.
Doktor bagi 2 hari sebab tekanan darah rendah.

Setel tu, pecut gi ambik Bunyamin di rumah pengasuh.
Masa tu Mama dah menggeletar habis ni.
Berpeluh2 dingin je rasanya.
Tak larat berdiri dah.
Kebetulan masa sampai Bunyamin berak.
Sementara tunggu makcik basuh berak Bunyamin, Mama hanya boleh duduk dan memerhati.

Last2 Mama terpaksa tebalkan muka mintak nak makan apa2 kat rumah pengasuh Bunyamin.
Tak kisah walau biskut pun.
Makcik hidangkan nasik dengan lauk ikan goreng dan sambal belacan.
Mama makan sambil menggeletar.
Nak bercakap pun rasa tak mampu dah masa tu.
Teruknya penangan minum air gula ni.

Dah siap makan semua, baru la rasa ok sikit.
Alhamdulillah.. baru berani nak drive ambik Abang pulak di sekolah.
Pastu terus balik rumah.
Mandikan anak2.
Buatkan susu Abang.
On aircond.
Baring atas katil.

Kepala semakin berat.
Mata makin tak boleh bukak.
Bunyamin suruh buat itu ini melayan dia main.
Mama layan jugak hingga akhirnya Mama tak sedar apa2 dah.
Sedar2 dua2 hero dah tergolek kat tepi.
Kesian..

Walaupun dapat tidur sekejap tadi, kepala tetap rasa nyut2.
Badan tak larat.
Rasa lesu sangat.
Harap2 keputusan tidaklah mengecewakan.
Sebab macam pelik sangat penangan MGTT.
KKIA cakap dorang akan call kalau result mengecewakan.. huhu..

Itulah pengalaman pertama MGTT Mama.
Nanti 28 minggu kena buat lagi.
Cadangnya nanti nak mintak tolong Ayah bawakkan.
Tak berani nak drive sendiri lagi.. huhu..


Tuesday, August 19, 2014

Tantrum Si Abang

Sejak disahkan peknen, Mama ajar Iman Bunyamin membahasakan dirinya Abang Bunyamin.
Tapi kelakarnya beliau pelat nak sebut nama sendiri.
Jadi Abang Bun anin. 
Sampai dah jadi panggilan pulak sebutan Bun anin tu.
Tapi memang beliau terus lekat dengan panggilan tersebut.

Ada jugak hari-harinya "ni bukan Abang Bun anin, ni Adik"
Pulak dah..
Gitu la kerenah si kecik yang tak berapa nak kecik tapi baru nak jadi abang.

Sebenarnya Bunyamin ni memang suka tantrum.
Ada je tak kena.
Adakalanya baik2 saja.
Bukannya benda besar2 pun jadi punca.
Cuma bila nak dapat adik ni, makin menjadi2 pulak tantrum tu.

Kadang2 jeles dengan Abang.
Apa Abang ada, itulah yang dia nak.
Abang pun bukanlah besar mana untuk sentiasa beralah kan.
Selalu jugak kena lepuk dengan Abang.
Pastu bila Bunyamin nangis, situasi bertukar macam dia tak bersalah.
Kesian Abang.. huhu..

Tiap2 hari ada saja benda yang nak diamukkan.
Balik je dari rumah pengasuh, masuk je kereta, tantrum bermula.
Nak naik kereta sendiri, nak babai Opah, nak duduk tengah,
nak off aircond sendiri, nak makan itu, nak rebut ini.
Macam2 kerenah.

Bila sampai rumah, Mama kena bukakkan pintu.
Kalau orang lain, merasa laa dengar amukannya.
Dia kena tutup pagar, tak boleh orang lain.
Apa dia nak mesti diturutkan.

Kesabaran penuh di dada sangat ke Mama kamu nak ikutkan saja kehendak kamu?
Eiii.. bukan jenis Mama laa nak turutkan saja SEMUA kemahuan anak.
Melampau2 sangat, kena jugak la dengan Mama.

Kalau nak suruh apa2, kena suruh dia.
Ambil remote control ke, ambil bantal ke, tutup kipas ke, apa2 jela.
Kalau suruh Abang.. siap laa dengar dendangan amukannya.

Penatnya Mama dengan kerenah Bunyamin ni.
Abang.. alhamdulillah tak banyak masalah.
Sejak dah sekolah (pra sekolah dengan Mama), Abang mudah diuruskan.
Mungkin sebab Abang dah besar dan faham bahasa lebih sikit daripada adik.

Kalau dulu susah tidur, sekarang senang sangat2.
Balik sekolah, mandi, bagi susu botol, tidurlah dia.
Malam pun sama.
Walau dah tidur petang tu, malam pun Abang masih senang nak tidur.
Alhamdulillah.. Mama syukur bab peel Abang.
Kadang2 memang laa buat perangai jugak.
Tapi tidaklah macam Bunyamin; HARI2 buat perangai.

Mama harap dapat bertahan dengan kerenah anak2.
Selalu pujuk hati bahawa ini semua sementara cuma.
Nanti anak2 makin dewasa, pasti Mama rindu semua ini.
Maka sekarang silalah nikmati apa adanya.. huhu.. #nanges

Maaflah entri tidak bergambar.
Malas nak transfer.
Harap bertabah dengan alasan itu. hihi..


Thursday, August 14, 2014

Perjalanan TTC 11 bulan

Sebelum ni Mama ada janji nak cerita serba sedikit perjalanan TTC Mama.
TTC ~ Trying To Conceive ~ try nak peknen ;)

Kalau ikutkan untuk peknen anak sulung, Mama ambil masa 5 bulan.
Kiranya lepas 5 bulan kawen baru lekat.
Walaupun sebenarnya masa hari nikah tu Mama baru suci dari haid.
Kalau ikutkan waktu subur laa kan.
Tapi Allah lebih bijaksana mengatur segalanya.
Sebab tu Mama tak dapat nak kategorikan adakah Mama ni jenis subur ke tak.
Jom baca lagi pengalaman peknen kali kedua.

Masa Iman Bukhari berusia 1 tahun 2 bulan, Mama period untuk pertama kalinya.
Sekali je.. pastu terus lekat Iman Bunyamin.. hihi..
So untuk peknen kali kedua, nak cakap Mama jenis subur ke tak?
Susah nak decide..
Sebab jom baca kisah nombor tiga pulak..

Iman Bunyamin berusia 2 tahun 1 bulan, Mama period kembali..
Periodnya sikit2 dan lama.
Dah la bulan Ramadhan.
Jenuh nak mengganti.
14 hari!

Lepas2 tu ingatkan boleh terus lekat la kan.
Ecewah.. yakin ya hamat..
Last2 bulan berganti bulan..
Tak lekat2..
UPT dah berapa kali buat.
Sampai ke tahap buhsan dah nengok UPT.
huhu..

Mama mula TTC sejak Julai 2013.
Target sampai Disember 2013 sahaja secara natural.
Selepas itu sekiranya belum lekat, akan usahakan macam2.
Oleh sebab period sikit2, Mama ambil Maajun Anggun Bestari (MAB).

MAB ni ada 2 fungsi sebenarnya.
Biasanya ia lebih kepada nak rancang family.
Tapi ia juga boleh digunakan untuk subur juga.
Mama ambil 1 botol saja.
Period stabil selepas itu.
Alhamdulillah..

Harapan untuk peknen menggunung tinggi bila period dah stabil.
Tapi tetaplah hampa..

Hinggalah seorang rakan datang ke rumah.
Akak ni Jururawat Masyarakat.
Kira bidan laa senang cakap.
Sebenarnya beliau adalah isteri kawan Ayah.

Mama suka bertanya perihal kesihatan dengan beliau.
Sebab beliau sangatlah peramah, tak kedekut ilmu, banyak petua2.
Sampailah tetiba teringat nak tanya apa2 petua untuk cepat lekat.
Hingga ke saat itu, hanya pil kesuburan sahaja belum dicuba.
Sebab risau gemoks.. dah laa memang dah gems tak hengat dah ni.

Beliau cakap dalam kes Mama senang sikit.
Sebab Mama dah pernah mengandung dan bersalin.
Kiranya masalah kesuburan takde la.

Beliau cadangkan Mama ambil pil perancang selama 3 bulan.
Tapi cara makan bukan macam untuk rancang tu.
Caranya ambil 21 biji - tunggu haid - bila haid je terus sambung makan.
Tak perlu rest 7 hari macam biasa tu.

Tapi risau pulak nak ambil pil perancang.
Maka Mama buat keputusan ambil balik Maajun Anggun Bestari selama 3 bulan.
Mama beli online je.
Beli 3 botol terus.
Harga boleh google ye.

Kalau ikutkan memang tak sabar nak peknen.
3 bulan??? Lamanya... huhu..
Tapi terpaksa laa bersabar.

Masuk bulan kedua dah mula rasa macam nak stop.
Tapi sebab nak tengok hasilnya, terpaksa la bersabar.
Teruskan jugak pengambilan macam biasa.
Hinggalah habis ketiga2 botol.

Pastu tunggu apa yang akan berlaku.. hihi..
Lepas tu Mama haid sekali lagi pada April.
Mei dah takde haid.
Scan doktor, takde pulak peknen.

Masa tu yakin la tak peknen.
Mama usaha pulak dengan homopathi.
Beli online jugak.
Kali ni set suami dan isteri.
Mana laa tau punca daripada Ayah pulak yang Mama susah peknen ni.
Ada la beberapa kali baru makan.

Sampailah Jun..
Tetap tiada haid.
Tapi takde hati nak cek UPT.
Sampai la satu hari, Bunyamin demam dan lelah.
Mama minta Pak Su beli ubat di farmasi.
Kirim sekali UPT 2 set.

Petang tu terus cek.
Tak sangka naik 2 line.
Bersyukur sangat2.
Hari tu Jumaat.
Isninnya Mama scan doktor.
Alhamdulillah memang ada.
Masa tu dah 8 minggu.

Homopathi yang beli tu Mama bagi pada Achik Anna.
Masa beli tu dah peknen dah tapi taktau.
Patut laa badan rasa lain macam.
Penat ya amat2.
Badan rasa berat ya amat2.
Selsema memanjang2.
Rupanya ada orang baru dalam rahim.
Alhamdulillah..

Menangis Mama masa tengok 2 line kat UPT.
Terus kol Ayah khabarkan berita gumbira ni.
Dan wasap rakan2 rapat.
Gumbira sangat2.
Syukur sangat2.
Hingga sampai satu tahap Mama dah tak kisah boy ke girl.
Asalkan dapat tambah zuriat.. 
Kalo tak taksub nak baby girl.. ;)

Tak pasti usaha yang mana membuahkan hasil.
Yang utama rezeki Allah beri.
Terima dengan lapang dada.
Memang ini yang dinanti.

Mungkin ada di kalangan kawan2 boleh cuba cara Mama ni.
Mana tau ada rezeki melalui itu.
Sekadar perkongsian pengalaman.
Moga ada yang bermanfaat untuk semua..


update : Mama lupa 1 lagi ikhtiar yang dilakukan. Mama minum HKCC (Haida Kamaruddin Coffee Collagen). Boleh search kat fb nama beliau. Suami isteri consume. Sedap bangat kopinya. Ada la minum beberapa kotak. Salah satu ikhtiar saja. Allah saja penentu segalanya. Wallahualam...



Wednesday, August 13, 2014

Iman Junior II ~ 16 Minggu

Assalamualaikum w.b.t

Allah.. lamanya tak menulis di ruangan ini.
Bukannya tidak ada hati ingin menulis.
Tapi kesibukan membatasi waktu.

Alhamdulillah minggu ini sudah masuk 16 minggu si Iman Junior II.
Terasa kandungan ketiga ini lambat pulak waktu berjalan.
Rasa macam dah ke sana ke sini buat itu ini.
Tup2 baru 16 minggu.
Haih.. Mama nak cepat2 melahirkan kamu.
Tak sabo ni.. huhu..

Memanglah kalau ikutkan teringiiiiiin sangat baby girl.
Geram tengok anak2 sedara yang gugurl pakai baju comey2.
Pakai aksesori comey2.
Pakai baju sedondon dengan Mama.
Ikat tocang comey2.
Letak reben warna warni.
Pakai sepit corak2.
Geram tau tak..

Walau apa pun jantina si Iman Junior II ini..
Mama terima dengan redha dan terbuka.
Siapa kita mempersoalkan anugerah Ilahi?
Setiap yang Allah aturkan itu sudah cantik susunannya kan?

Syukur apa adanya.
Mama sudah ada zuriat sendiri.
2 orang pulak tu.
In sha Allah akan bertambah menjadi 3, 4 dan seterusnya..

Berbanding mereka yang belum dikurniakan rezeki anak?
Lagi sedih kan?
Maka silalah bersyukur ye.. ;)

Kandungan kali ini berbeza dengan abang2nya..
Alahan sedikit teruk.
Sampai sekarang masih ada rasa loya.
Cuma tidak seteruk sebelum ni.

Ini juga kali pertama Mama berpuasa dalam keadaan mengandung.
Dulu2 terfikir juga, mungkin puasa ketika menyusu lebih teruk.
Sebab air keluar dari badan kan.
Rupanya puasa ketika mengandung lebih azab.
Petang je lembik macam kain buruk.
:(

Sampai satu tahap Mama nak cepat2 habiskan Ramadhan.
Bukan sebab apa, risau Mama akhirnya tak dapat bertahan.. huhu..
Alhamdulillah berjaya juga mengharungi 29 hari berpuasa penuh.
Takyah susah2 fikir nak mengganti.

Bila Syawal.. ada soalan "tak puasa 6 ke?"
Jawapannya.. oh tidak.. sebab rasa tak mampu..
Tahun depan in sha Allah.. ;)

Mengandung kali ini juga dipaksa minum air gula.
Sebab sekarang ni diwajibkan.. 2 kali sepanjang mengandung..
Hoih.. Mama tak pernah minum air gula sebelum ni.
Pun 1st time jugak ni.
Banyak bebeno kali pertamanya.. padahal anak ketiga ni..
Minggu depan kena minum..
Harap2 Mama tabah.. huhu..

Asalnya nak check up di klinik swasta saja.
Tapi akhirnya Mama check up juga di KKIA..
Sebab rasanya check up di KKIA lebih detail..

Asalnya nak bersalin di spital swasta..
Tapi rasanya bagi sama laa dengan abang2nya..
Di spital kerajaan sudah.
Kan spital panel Mama tu..
Free of charge je.. ;)

Oh.. nanti Mama cerita pasal abang2 Iman Junior II pulak ye.
Di entri lain.. bagi banyak sikit entri.. huhu..
Dah usang rasanya blog ni..
Mari kita usaha keras memeriahkannya kembali..

Jumpa lagi.. ;)


♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥