Hari ini Mama nak berkongsi antara makanan/minuman milk booster Mama. Milk booster adalah makanan/minuman yang mampu memperbanyakkan susu. Biasanya milk booter bagi setiap ibu adalah berbeza. Mungkin ibu A serasi dengan makanan ini tapi tidak dengan ibu B.
Bagi Mama, apa saja yang dikatakan orang boleh memperbanyakkan susu, semuanya Mama cuba dengan harapan ada antaranya yang serasi dengan badan Mama. Sebagai ibu yang menyusu, memang sepatutnya kita mencuba2 apa2 milk booster untuk mengetahui ianya sesuai atau tidak dengan badan kita.
Apa yang pernah Mama cuba adalah :
1) Longan dan kurma merah
Mama rebus sendiri longan kering bersama kurma merah. Menyusukan Bunyamin Mama belum pernah cuba longan kering lagi sebab khuatir Bunyamin kembung perut. Maklumlah Bunyamin masih kecil. Mama hanya rebus kurma merah sahaja.
Bagi Mama, ianya berkesan juga cuma taklah cepat sangat ianya bertindak balas dengan badan Mama. Hasil perahan pun biasa2 saja. Mungkin bukan milk booster Mama. Masa di rumah Tok Mama, Mama masih amalkan minum setiap hari. Tapi bila dah balik rumah sendiri tiada masa nak rebus2 lagi dengan 2 hero bersama. Hehe..
2) Energising Soy Protien (ESP)
Masa dalam pantang aritu belum Ramadhan lagi. Mama minum ESP ni setiap kali lepas mengepam. Kadang2 terskip jugak. Bagi Mama ESP ni memang membantu banyakkan susu Mama.
Walaupun mungkin taklah tiba2 banyak, tapi ianya sangat membantu memekatkan susu Mama sekaligus Bunyamin cepat kenyang. Sebelum Mama ambil ESP secara konsisten, Bunyamin mesti nak menyusu dua2 B baru tertidur. Tapi lepas Mama ambil ESP Bunyamin hanya menyusu sebelah saja.
Mama selalu tandem pumping ketika Bunyamin menyusu. Untung di situ, susu yang dipam sebelah lagi bolehlah dibuat stok ebm untuk digunakan bila Mama dah masuk kerja nanti. ;)
3) Jus kurma + susu Anmum + ESP + performance drink
Jus ni Mama start minum sejak hari pertama puasa. Mama percaya kurma mempunyai 1001 khasiat. Ramai juga yang bagitau kurma boleh banyakkan susu.
Selain nak badan bertenaga sepanjang berpuasa (maklumlah berpuasa sambil menyusukan baby sebulan lebih), Mama juga berharap kurma boleh jadi milk booster Mama. Alhamdulillah susu maintain walaupun puasa.
Hasilnya tidak mendadak meningkat. Mama perasan pada hari kelima mengambil jus nie, hasil pengepaman semakin meningkat. Biasanya Mama hanya dapat 1-2 oz saja setiap kali pam tapi lepas ambil jus ni Mama berjaya dapat 2 oz setiap kali pam/tandem pumping. Kadang2 boleh dapat hingga 4 oz terutamanya pada sebelah pagi.. Alhamdulillah...
4) Air tin season longan dan kurma merah
foto from http://mommynadia.blogspot.com
Ramai ibu di group fb Kumpulan Ibu2 Menyusu (KIM) yang Mama sertai bagitau air tin ni boleh jadi milk booster mereka. Tapi katanya ianya manis so kena tambah air kosong.
Hari shopping barang2 rumah di Giant terjumpa la air tin ni. So Mama beli la 5 tin nak try. Berbuka hari itu Mama minum la air ni. Kalau ikut kata kawan2 sekejap saja kesannya. Tapi rasanya tidak berkesan dengan Mama kot. Rasa cam sama je. Tapi kalau ibu2 yang membaca ni nak try boleh je.. ;)
5) Susu Anmum
Susu ni memang Mama ambil sejak awal bersalin lagi. Hasil tenusu memang dipercayai boleh bantu banyakkan susu. Begitu juga dengan Mama. Bila minum susu memang B rasa penuh je.
6) Susu segar Marigold HL plain
Haa.. akhirnya Mama ketemu jua milk booster yang memang betul2 banyakkan susu Mama. Sebenarnya Mama dah tau dah susu HL ni memang milk booster Mama masa zaman menyusukan Abang Iman dulu.
Tapi oleh kerana dah lama tak menyusu sejak mengandung Bunyamin aritu, so terlupalah pulak. Hehe.. Lagipun masa zaman menyusukan Abang Mama memang cetek sangat ilmu penyusuan ni. Kalau diingat2 semula rasa cam tah pape je. Banyak yang salah Mama buat masa menyusukan Abang dulu. Agaknya sebab tu la terus lupa HL adalah milk booster Mama..
Mama minum masa bersahur, pagi tu dah bengkak dah B sampai takleh tahan2 lagi dah. Even Bunyamin dah menyusu sebelah sambil pam sebelah pastu pam lagi selepas Bunyamin menyusu pun, masih boleh dapat 5 oz!
hari ini dalam sejarah
Bagi Mama inilah pencapaian terbaik Mama : 1 sesi leh dapat 5 oz (itupun Bunyamin dah minum sebelah). Biasanya paling banyak pun 3.5 - 4 oz saja. Alhamdulillah..Oleh sebab itu, kena la sentiasa ada stok susu HL dalam fridge lepas ni.. ;)
Namun begitu pencarian belum berakhir. Nak teruskan mencuba milk booster yang lain juga kot2 ada yang lebih sesuai dengan Mama.
Moga Allah permudahkan urusan Mama dalam meneruskan penyusuan buat anakanda Mama..
1 comments:
Bila cuba milkbooster lain, kak sambung lagi dak milkbooster yang kak cuba sebelum tu...
Post a Comment