Isnin - 6/6/2011
Sepertinya Mama sudah dapat merasakan sakit untuk melahirkan. Namun begitu sakitnya terasa ringan. Memang niat di hati Mama sebelum mengandungkan Bunyamin lagi, kalau sakit kuat baru nak ke hospital supaya tidaklah Mama terpaksa menunggu terlalu lama di wad sebelum dapat menatap wajahmu dik. Tidak Mama khabarkan kepada sesiapa termasuklah Ayah kerana rasanya dapat bertahan lagi.
Selasa - 7/6/2011
Sakitnya kuat sedikit dari semalam namun mengikut kiraan Mama masih jauh2 lagi jaraknya. Lebih kurang 1-2 jam sekali. Dan jangkamasa kontraksi itu juga masih terlalu singkat. Tapi hari ini Mama sms Ayah tika Ayah di pejabat memaklumkan keadaan Mama. Dikhuatiri apa2 berlaku sekurang2nya ada yang tau. Sempat lagi Mama ke rumah Tok Mama bersama Abang Iman. Kalau ikutkan petang tu Tok Abah nak hantar Mama balik tapi Mama masih larat lagi nak drive.
Malam itu Ayah cadangkan kami ke rumah Tok Mama. Sebab kata Ayah esok Ayah kerja, lebih senang hatinya jika Mama di rumah Tok Mama sebab ada yang tengok2kan Mama jika tiba2 Mama sakit kuat. Masa ni semua orang dah Mama khabarkan tentang tanda2 sakit bersalin yang Mama alami. Kali ini tiada turun apa2 tanda sama ada air ketuban atau darah. Masa Abang Iman dulu turun tanda darah.
Rabu - 8/6/2011
Sakitnya makin kerap dan kuat sedikit daripada semalam. Jaraknya juga dah makin singkat iaitu lebih kurang 15-20 minit sekali. Tok Mama asyik2 bertanyakan keadaan Mama dan berpesan kalau tak tahan sakit gi hospital. Tapi Mama masih dapat bertahan lagi.
Hingga ke petang, sakitnya masih sama. Tapi jaraknya dah jadi 10 minit sekali. Ayah di pejabat juga kerap sms bertanyakan keadaan Mama. Sebenarnya sakit tu masih boleh Mama tahan lagi. Tapi memandangkan jaraknya dah semakin singkat, ditambah lagi dengan risaukan baby takut lemas ke apa, so Mama buat keputusan ke hospital malam tu lepas Isyak.
Lebih kurang jam 9.30 malam, Mama dihantar ke hospital oleh Ayah dan Abang Iman, Turut serta ialah Tok Abah, Tok Mama dan Achik Ana. Semua barang keperluan turut dibawa bersama kot2 la kena tahan wad. Selesai doktor memeriksa Mama, keputusannya Mama kena tahan wad memandangkan kontraksi dah ada dan jalan dah buka 2 cm. Sedih hati Mama nak berpisah dengan Abang Iman memandangkan Mama tak pernah berpisah dengan Abang Iman malam2 kecuali sekali je dalam entri ini. Waktu tu pun Mama dah mengandungkan Adik Bunyamin dan cuba membiasakan diri tidur tanpa Abang Iman.
So malam tu bermalam la Mama di Wad A Wing Hospital Taiping tanpa Abang Iman dan tanpa Ayah di sisi. Mama tak berapa lena tidur disebabkan riuh rendah dengan tangisan baby. Hehe..
Khamis - 9/6/2011
Hari ini Mama hanya duduk2 saja di wad. Kepala dah pening. Nurse pulak tak datang2 ke katil Mama. Hairan betul. Ni pengalaman baru untuk Mama sebab masa Abang Iman dulu Mama duk wad kelas 2 so memang selesa la. Nurse pun kerap datang cek tekanan darah dan suhu. Adakalanya check bilangan kontraksi. Di sini Mama macam tak wujud je. Hairan..hairan..
Tapi takpela, sebab plan Mama memang dah sakit kuat baru nak check bukaan (istilah perubatan dipanggil VE). Jarak kontraksi dah makin singkat iaitu 5 minit sekali. Masa ni ramai jugak yang kol dan sms bertanyakan keadaan Mama. Terima kasih semua... ;)
Masa melawat tengahari, Mama berpeluang bertemu anakanda tercinta. Rindunya Mama pada Abang Iman. Mama peluk cium berulang2 kali. Mama terpaksa keluar sebab Abang Iman tak boleh masuk. Peraturannya camtu. Manjanya Abang dengan Mama. Nak minum susu atas riba Mama, nak baring atas riba Mama. Abang Iman anak yang baik. Sepanjang ketiadaan Mama, Abang Iman baik2 saja.
Sebelah petang, keluarga suami pula datang menziarah. Alhamdulillah, akhirnya Mama dapat transfer dari Kelas 3 ke Kelas 1. Lega sangat2. Terima kasih kepada keluarga mertua yang sama2 tolong angkat barang2 masa nak pindah bilik tu... ;) Dah la barang2 macam nak pindah duk spital sebulan kan.. Haha..
bilik baru
wad 1B
Bila dah pindah masuk bilik berdua ni, baru la dapat luangkan masa untuk diri sendiri. Kalau tak Mama asyik nak tengok orang tu tengok orang ni sampai kepala pun jadi sakit. Sempat solat hajat moga semuanya dipermudahkan Allah...
Jumaat - 10/6/2011
Malam tadi rasanya kontraksi dah hilang langsung. Taktau kenapa. Tak rasa sakit langsung dah. Lebih kurang jam 3 pagi, bagitau nurse kontraksi dah takde. Nurse pun cek. Tapi nurse cakap kontraksi ada. Aik, peliknya Mama.. Tapi lepas nurse cek tu baru la rasa ada balik kontraksi. Malah semakin kuat daripada sebelumnya. Lega la jugak sebab risau jugak nanti kontraksi takde, doktor suruh discaj. Boringlah. Kalau boleh biarlah discaj bersama Adik Bunyamin.
tanda dot dot tu maknanya kontraksi tak kuat sangat
tanda garis panjang2 tu maknanya kontraksi dah kuat
Hari ini kontraksi memang makin kuat tapi masih dapat ditahan lagi. Ikut pengalaman lalu, kalau dah sakit camni, mungkin malam ni atau esok pagi dah boleh masuk labour room. Sebelah petang hampir maghrib, kontraksi dah makin kuat dan kerap. Dah 3 kali dalam 10 minit. Walaupun jangkamasanya masih sekejap2. Mama masih boleh sembang2 lagi dengan rakan sebilik, kira ok la lagi tu kan... ;)
bersambung...
0 comments:
Post a Comment