♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, October 5, 2011

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 15 - Update Stok

Dah lama berniat dalam hati nak menyusun stok ebm beku dalam deep freezer itu. Seperti biasa, kesibukan melanda. Bilakah agaknya tiba hari yang tak sibuk? Hujung2 minggu badan nak rehat pula. Haisy..

Semalam balik sekolah anak2 kepenatan mungkin. Balik2 tu dua2 tertidur dengan mudahnya. Kalau nak ikutkan penat memanglah penat sebab baru balik kerja kan. Tapi bila anak dua2 tidur, Mama ambil kesempatan itu menyusun stok ebm Mama.

Setalah disusun semua stok dalam botol dan storage bag, inilah hasilnya...

ebm dalam botol yang masih berbaki
pasni cadang nak guna liner saja sebab jimat ruang ;)

ebm dalam liner yang dah disusun mengikut nombor

Stok yang berjaya Mama kumpulkan bermula daripada 13.07.2011 - 03.10.2011 adalah sebanyak 239 bekas (botol dan liner) X 3 oz setiap satu. Semua sekali adalah sebanyak 717 oz. Syukur alhamdulillah...

stok masa dalam pantang

Ebm dalam botol yang dah digunakan bila mula kerja adalah sebanyak 25 botol X 3 oz = 75 oz. Kiranya jumlah sebenar ebm dalam deep freezer setelah ditolak dengan yang dah guna ada berbaki lagi 642 oz lagi. Alhamdulillah murahnya rezeki Ahmad Iman Bunyamin.

tuan punya ebm
Bunyamin bam bam

Hari bekerja Mama ada lebih kurang sebulan lagi sebelum mula bercuti panjang hujung tahun ini. Dalam rancangan Mama masa cuti ni nak buat stok sebanyak2nya macam masa dalam pantang. Sebab biasanya cuti panjang pun kami sekeluarga tak ke mana2 sangat sebab Ayah adalah kerja.

Oleh sebab itu masa Mama banyak dihabiskan di rumah bersama anak2. Harapan Mama moga dapat tambah stok sedia ada ni dengan jayanya. Moga Allah permudahkan perjalanan penyusuan Mama untuk anak2 tersayang. Itu doa Mama seusai solat setiap hari...

Yang Ini Pun Best



2 comments:

Amiizaa2001 said... [Reply to comment]

salamsss laling, kmieja tumpang seronok tgk ebm banyak:):)

mamaiman said... [Reply to comment]

wsalam kak mieja..

kak mieja pun sumber inspirasi saya juga.. ;)

dulu seronok tgk stok ebm akak.. now berpeluang nak buat stok, usaha sedaya mungkin..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥