♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, July 29, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 32 ~ Cara Mama Wrap EBM

Dah lama nak buat entri ini. Ingatkan dah buat, rupanya baru tempek watermark kat gambo, blom upload masuk blog. ngengeh. Ape la yang sibuk beno sampai terlupa itu ini tah.

Ok, hari ni nak kongsi pengalaman camne cara Mama wrap ebm. Aritu dah kongsi cara nak jimatkan ruang fridge kan. Tapi ebm ni bila beku kan licin so mudah gelongsor sesama sendiri. Sebelum ni Mama wrap guna plastic wrap tu. Ala plastik yang buat tutup makanan tu. Atau yang balut buah2 kat supermarket tu.

Tapi agak remeh sebab kena potong lagi, kena balut banyak2 kali bagi kemas lagi, pastu label dia suka tercabut2 lagi. Oleh kerana renyah, maka ebm tu Mama biar berlambak2 baru wrap. Atau Mama wrap sikit2. Sebab nak wrap tu pun kena tunggu anak2 tido kalo tak susah ramai pembantu. hihi..

ebm dalam plastik lauk

Tiba2 terbaca pengalaman sorang kawan KIM, dia guna plastik lauk. Eh, nape la Mama tak terfikir sebelum ni ek. Kan senang masuk dalam plastik tu je kan. Tak perlu nak gunting2, pastu dia pun takde melekat2 macam plastic wrap tu kan.

Maka, setelah semua bahan2 dibeli, mula la projek Mama, wrap ebm guna plastik lauk pulak. Yang dah guna plastic wrap tu biarkan jela. Kose haih nak punggah balik. Projek ni bermula dengan ebm Jun aritu. Tapi Julai baru publish entri. #baguih sungguh.

Ok, bahan2 yang perlu ada :


EBM - 5 keping

marker pen dan salotape
#masa ni Mama blom beli dispenser salotape tu, now dah beli lagi sonang kojo den#

sticker nak tulis :
tarikh
nombor ebm
bulan
bilangan ebm dalam bulan tu

plastik lauk
yg ni saiz 7 X 9 inci

Bila dah ada bahan2 tu, senang je. Mula2 tulis dulu nombor ebm dan tarikh ebm tu dari bila ke bila. Pasal nombor ebm tu, kalo yang sedia maklum, ok takpe. Tapi kepada yang belum tau, Mama memang nomborkan setiap keping ebm tu sejak dari dalam pantang lagi. Dalam gambar di bawah, ebm Mama masa ni dah sampai yang ke-705. Tarikh lak tulis la start dari bila sampai bila. Faham rasanya kan?

mula2 tulis tarikh dan nombor ebm

Pastu tampal kat ebm yang paling atas. Contoh macam dalam gambar kat bawah ni ha. Macam Mama suka guna sticker warna warni bagi ceria2 sket gitu. Dah memang naluri cenggini, sila maafkan. hihi. Kalo dulu masa dalam pantang dan awal2 kerja tu memang guna masking tape tu je. Ala tape yang warna kekuningan tu, kan boleh tulis atas dia kan. Tapi tak ceria, so tiba2 *ting* mai idea guna sticker warna warni ni. Tambahkan semangat kalo ceria2 ni.

pastu tampal kat ebm

Pas dah siap tampal tarikh dan bilangan tu, tampal pulak sticker bulan dan bilangan ebm ke berapa dah untuk bulan tu di bahagian tepi. Tujuan letak bahagian tepi sebab nanti Mama akan susun secara mengiring, so tampal kat tepi mudah nak nampak dan capai masa nak guna nanti.

Pastu masukkan dalam plastik lauk. Ye, Mama tau plastik lauk tu besar sket kan. So Mama lipat bahagian tepi dan atas lalu salotapekan dia sampai kemas. Tu la gunanya salotape tu. Dah siap, jadi la macam gambar di bawah.

ebm yang sudah siap dibungkus
pandangan depan

pandangan sisi

Dah siap seketul. Buat la sampai habis semua ebm beku anda ye. Pastu susun cun2 dalam freezer anda camni. Cara Mama ni sebab nak bagi mudah ambik. Sebelum ni takde tulis bulan dan bilangan camni, punya la susah nak telek masa nak guna. Sebab dah tak ingat susunan masa susun tu mana nak capai dulu. Camni memang senang nak ambik, ikut je nombor tu.

susun dalam freezer secara mengiring

Camtu la cara Mama. Perjalanan penyusuan ini memang panjang. Sepanjang itu Mama belajar macam2. Mula2 cuba cara ini, agak susah tukar pulak cara itu. Selagi belum tamat perjalanan, selagi itulah Mama perlu belajar. Belajar dari pengalaman kata orang kan.


Gambar di atas adalah stok ebm Mama sampai Jun. Masa ni ada banyak lagi ebm dalam bakul tu yang belum dibungkus. Ebm kat bawah tu pun belum ditulis nombor ikut susunan kan. Tapi ebm bulan awal2 tu semua wrap guna plastik wrap tu.

Selamat mencuba, dan silalah tinggalkan komen cara anda pula ya.. ;)

Yang Ini Pun Best



9 comments:

MisZ FyZa said... [Reply to comment]

kak..nk tanye la..bl da smpn susu lame2..bl cairkn tok bg bby minum..susu akak ade bau lrb mcm skit x?susu sy mcm berbau.

mama IMAN said... [Reply to comment]

memang susu beku yg dicairkn baunya x sama mcm susu yg baru perah or susu yg blom beku.. sbb tindakbalas enzim lipase.. tp its ok dear.. mmg normal begitu.. mcm akk, kalo bau mcm telur tembelang tu baru buang terus.. tp b4 bau tu, rasa dulu.. if still ada rasa manis, boleh bg bby.. wallahualam..

Unknown said... [Reply to comment]

slm kak,minta izin belaja cara simpan & label ebm nie ye..tq

NADIA said... [Reply to comment]

tq kak. info yang sangat berguna, boleh dipraktikkan. tapi misal kata dalam 1 plastik tu kita take out 3 plastic liner je.. boleh tak lagi 2 tu masukkan balik dalam freezer? plastic liner tu keras lagi. suhu dia dah terjejas ke?

AllAboutLife said... [Reply to comment]

salam kak...sy mmg fail bab simpan susu nih..hihihi..tp sekarang anak sy menolak ebm..hatta fresh ebm..dia muntahkan balik...aduhhh.frust..cne yer..susu byk..nk masuk dlm bubur..byk mane je bole masuk dlm bubur..

ida =) said... [Reply to comment]

Berguna ilmu ni. Nak buat juga la

Nurull 101 said... [Reply to comment]

wah meriahnye susu dia.
takleh nk sorting mcm ni lg. sbb belom byk.
cara saya, tulis:
1) tarikh
2) Masa
3) kuantiti susu(oz)
4) Nama (kalau hantar kt pengasuh)

thanks for sharing ye.
saya ade gak share info pasal susu ibu di:
http://www.facebook.com/seenicecare
jemput lawat je :)

kim said... [Reply to comment]

tq for info...nak tnya ..yg ni letak setiap plastik brapa oz..bkn pe, kalo xnampak brapa oz..agak sukar nak budget bg kat pngasuh @ sis mmg letak dlm 1 plastik oz yang tertentu

Ain Naim said... [Reply to comment]

salam sis..macam lebih kurang je cara kita susun dan wrap ebm..tp sis punya lagi kemas dan tersusun nampaknya..hehe

Seronok kan mengharungi perjalanan menyusukan anak2..hope rezeki anak ketiga sy dapat fully bf sampai umur 2 thn..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥