♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, December 21, 2011

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 18 - Milk Booster : Penemuan Baru

Dalam entri terdahulu, Mama dah ceritakan pasal milk booster (makanan penggalak susu) Mama. Boleh rujuk entri INI. 

Hari ini Mama nak tambah penemuan terbaru Mama. Rasanya taklah baru sangat. Masuk yang macam dalam gambar di bawah ni dah 6 botol Mama beli. Alhamdulillah, Mama berjaya menemui milk booster Mama. 

jus kurma pegaga
keluaran Mazidah Foods & Herbs

Asalnya hanya ingin mencuba sebab dengar khabarnya boleh cepatkan dan tingkatkan penghasilan susu. Sebab milk booster paling berkesan dengan badan Mama adalah susu marigold HL. Mama ni bukan boleh dengar ada makanan/minuman penambah susu ni, murah pulak tu, mula la nak mencubanya. 

Cuba minum dengan Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink (PD) Shaklee, memang sedap rasanya. Mama akan campurkan lebih kurang 2 sudu jus kurma pegaga ni bersama2 ESP dan PD ke dalam air suam, shake2 bagi sebati dan minum. Besttttt.... Ops, harus diingat, kena guna sudu plastik je tau. Nak jaga komposisi khasiatnya.

Taktau nak gambarkan rasanya bagaimana. Ada sikit2 macam kurma, ada sikit2 macam jamu, ada sikit2 macam habbatussauda' tapi semua rasa itu ringan2 saja. Maknanya taklah naik juling bijik mata nak menelannya macam nak telan jamu kan. hihi.

Mama biasanya akan minum jus ini 3 kali sehari iaitu selepas Subuh, tengahari atau petang dan malam sebelum tidur. Alhamdulillah syukur, selain mengamalkan prinsip utama penyusuan susu ibu iaitu demand vs supply (semakin tinggi permintaan, semakin banyak pengeluaran akan dihasilkan), juga kerap mengosongkan B serta doa yang tidak putus2 moga dipermudahkan perjalanan penyusuan kali ini, jus ini juga banyak membantu dalam usaha memperbanyakkan susu.

Selain daripada itu, Mama kerap keluarkan angin sejak mengamalkan jus ini. Bukan Mama saja, si kecil Bunyamin pun kerap buang angin. Badan juga terasa panas dan berpeluh2 je. Bukan peluh tak selesa tu, ni panas dan peluh yang sedap2. hihi.

penguat semangat Mama

Yang tak bestnya, jus ni takde dijual di sekitar tempat tinggal Mama ni. Kalau nak beli, kena la guna khidmat pos. Terima kasih posmen. *tetiba*

Mama beli jus ni daripada Kak Faridah Hanim Ibrahim yang sangat baik hati. Kadang2 Mama belum bayar dia dah pos. Punya la percaya kat Mama ni sejak pertama kali membeli lagi. Mama memang suggest la Kak Faridah ni sebab servisnya tip top. ;)

Harganya pula memang mampu milik la. Hanya RM16.50 je sebotol. Kalau nak jimat lagi, belilah banyak2. Tapi Mama ni beli sikit2 jela dulu sebab tak berapa nak cukup modal. Insya-Allah kalau ada rezeki memang nak beli banyak2 sekaligus. Senang. Takdelah asyik terputus je bekalan jus Mama. Ewah, macam makanan ruji lak bunyinya ha.

Hasil carian google, Mama jumpa info2 best berkaitan jus kurma pegaga keluaran Mazidah ni. Jangan sangka bila namanya 'kurma' dan 'pegaga', hanya ada 2 tu je dalam jus tu. Bukan bukan. Sebenarnya ada 7 ramuan hebat makanan sunnah yang terkandung dalam tu. 

Ada kurma, pegaga, kismis, habbatussauda', halia, madu dan safron. Patut la Mama asyik buang angin je. Banyak ramuan yang menendang angin keluar. hihi. Tapi janganlah risau kepada sesiapa yang elergik nak menelan ubat atau jamu sebab semua rasa ramuan2 tadi seimbang dan memang takkan terasa loya tekak nak menelan. ;)

Antara khasiat lain jus ini adalah :
  • meningkatkan kecerdasan tenaga dan minda (terutama pelajar)
  • mengatasi masalah dalaman wanita
  • membetulkan masalah haid
  • menghilangkan keletihan (sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung)
  • menambah susu ibu yang menyusukan anak
  • mengatasi masalah stress dan batuk serta mengurangkan demam terutama kanak-kanak
  • meningkatkan kesihatan untuk semua golongan
  • menambah tenaga bagi lelaki dan ahli sukan
  • sesuai diamalkan oleh pengidap darah tinggi dan tekanan darah rendah
  • mengurangkan demam

Alhamdulillah stok setakat ini mencukupi buat bekalan perjalanan penyusuan yang masih panjang ini. Semoga Allah terus mempermudahkan perjalanan kami. Moga rezeki adik semakin murah dan murah. Jom tengok koleksi ebm Mama setakat hari ini. Syukur...

1041 oz


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥