Ops.. kembali bersiaran tentang breastfeeding ye.. Setelah agak lama membiarkan blog bersawang dengan jayanya, akhirnya kembali ber'mood' untuk menulis.
Passion Mama dalam penyusuan susu ibu tak pernah padam. Jauh sekali nak berhenti menyebarkan info yang Mama tau, sekaligus berkongsi pengalaman yang cetek ini. Walau agak lama menyepi dari blog, Mama tetap mengikuti perkembangan dunia penyusuan susu ibu ini di KIM.
Ini adalah passion terbaru Mama. haha. Botol simpanan susu Jingle Jungle. Mama beli 6 botol sahaja sekadar tambah2 botol sedia ada.
Tujuan Mama beli botol ni sebab ramai cakap ianya fit nicely dengan medela freestyle. Banyak botol Mama guna sebelum ni tak fit. Ianya longgar dan mudah tercabut ketika sesi mengepam. Selain daripada itu, Mama ni mudah jemu, asyik2 mengepam dengan botol medela kan. Tu yang beli JJ ni, nak tukar selera dan nak bagi mood mengepam tu sentiasa segar bugar kan.
passion terbaru
brand : Jingle Jungle
harga : RM19.50 (6 botol)
klik e-mumshop ni kalo nak beli
Pernah beberapa kali nyaris2 susu tertumpah gara2 botol tercabut. Fuh, kus semangat tau. Berderau darah masa botol tu tercabut. Yela, titisan emas tu bukan mudah nak dapat kan. Rezeki Allah beri, kenalah hargai.
Em, kat bawah ni Mama review sikit botol2 yang pernah Mama guna. Tapi ini digunakan dengan Medela Freestyle la ye sebab Mama guna pam ini. Dengan pam lain mungkin fit nicely.
Sebenarnya Mama ni penggemar botol simpanan susu. Kalau yang mengikuti blog Mama ni, mungkin dah tau Mama memang suka botol macam2 dan warna warni bagi menaikkan semangat dalam perjuangan menyusukan si kecil Mama.
Seperti yang Mama nyatakan tadi, Mama mudah bosan dan jemu, tak boleh tetap pada satu benda sahaja, perlu pelbagaikan atau ceriakan bagi naik mood. Pelbagaikan botol simpanan susu adalah salah satu cara Mama memotivasikan diri sendiri. Tengok ebm dalam fridge tersusun cantik dan warna warni, ianya menceriakan hati Mama, menaikkan semangat Mama dan menyuntik virus R (rajin) dalam diri Mama.
Paling banyak yang Mama ada adalah botol Mom's Little One. Oh, memang banyak. Berapa ya? Tak kira la pulak tapi rasanya ada la dalam 50 botol kot. Mama suka botol MLO ni sebab ianya warna biru dan pink, warna feveret Mama ok. Pastu kat badan botol ni juga ada tulisan cute dan kartun baby cute yang beri semangat kat Mama pada setiap oz yang Mama dapat. Cer tengok kat gambar bawah ni, sebelah oz tu ada kartun baby kan. Jap nak upload gambar. ;)
brand : Mom's Little One
harga : Mama beli twin pack, rasanya dalam RM50 (12 botol)
beli kat mana dah lupa, tapi kat e-mumshop pun ada
Ok, MLO ni memang cantik, tapi ia tak fit dengan Freestyle. Aduhai... Tapi Mama gunakan untuk simpan ebm masa dalam pantang. Sekarang ni simpan dalam stor saja, sebab dah guna storage bag sahaja untuk simpan susu, lebih menjimatkan ruang.
brand : Medela
harga : RM62 (3 botol)
Botol ni tak beli sendiri, dapat sekali masa beli pam. Macam2 versi Mama ada. Sebab Mama pernah beli medela swing, medela freestyle dan medela harmony. Setiap kali tu dapat botol camni cuma ianya berbeza sikit2 di bahagian tulisan dan coraknya. Memang cute botol dia sebab gumuk2. Of course la fit nicely dengan Freestyle sebab brand yang sama kan. Kata nak beli asing memang tak la kan sebab mahallll. ;)
brand : Stylo Mama
harga : RM38.90 (10 botol)
Mama beli kat momschoice (kak Nieza)
Lagi Mama pernah guna botol Stylo Mama. Botol ni sangatlah cute, menarik, tertarik semua2 la. Warna penutup dia yang striking tu memang menyerlah dan kebabom. Terus terpikat dan meronta2 hati ini nak memilikinya. hihi. Tapi bila dah guna, agak keciwa sebab sukatannya tak standard. Kalau susu nampak dalam botol tu 5 oz, sebenarnya ia adalah 4 oz ok. Kurang 1 oz. #aduyainyapon. Maka Mama tak suggest anda beli KECUALI anda jenis tak kisah bab sukatan sebab rajin sukat kat botol lain then transfer masuk stylo mama ni atau anda memang guna untuk simpanan sementara saja, sebelum bekukan guna botol lain atau guna storage bag macam Mama, ok. Ini cadangan saja. Kalau dah meronta2 tu silakan je beli sebab ok je botol ni pun. O ye, ianya tak fit dengan Freestyle. Keciwa lagi di situ. :(
brand : Little Caliph Heaven
harga : tengah promosi sampai 31/7 ni, RM90 (30 botol)
Mama beli kat littlecaliphheaven
Botol ni sumpah cun sangat. Kalo anda beli memang tak nyesal rasanya. Mama beli aritu tak ingat la berapa RM tapi masa tu promosi sebab baru dilancarkan. Eh, now pun tengah promosi rupanya. Gi la beli, untung punya, insya-Allah tak rugi. Tapi botol ni tak fit dengan Freestyle. Dengan pam lain fit aje rasanya. Mama punya ada 1 tu kan, penutup dia dah pecah sebab terhempas ke lantai. Mula2 tak perasan pastu lama2 baru nampak dah merekah sket. Sayangnya rasa. Tapi penutup jela, botol semua masih berkeadaan baik.
brand : Baby King
Yang ni fit nicely dengan Freestyle. Body dia sebijik macam Jingle Jungle. Ala2 gumuk jugak tapi tak segumuk medela la. Mama suka jugak pakai botol ni. Kadang2 botol medela tak kering lagi selepas dibasuh, Mama guna je botol ni. O ye, dalam gambar kat atas ni bukan penutup dia. Penutup dia warna biru #ehem, biru kan warna feveret, tu antara sebab jugak tu beli botol ni. Botol ni Mama beli kat kedai baby kat sini je, tak beli online pun sebab kebetulan masa tu nak cari cooler bag nak bawak gi umah pengasuh Bunyamin, dia jual pakej sekali botol dan ice pack so beli jela sekali. Tengok2 fit lak dengan Freestyle, kira untung berganda la kan.
brand : Safety Plus
harga : RM54.50 (10 pcs)
beli kat enjoybreastfeed
Botol ni tak fit dengan Freestyle. Mama beli sebab ia cute jugak. Eh, tak habis2 sebab cute. Padahal sebab nafsu. haha. Kebetulan aritu beli apa tah kat web tu, pastu tengok comel lak botol ni lalu terbeli #eh. hihi. Sekarang ni bekalan Bunyamin ke rumah Opah memang Mama simpan dalam botol ni je. Memang cute kan?
brand : Autumnz
Maafkanlah gambar di atas yang tak clear tu ye. Gambar ni je yang ada. Botol Autumnz ni tak fit dengan Freestyle. Tapi comel jugak. Mama tak ingat harganya sebab beli masa mengandung Bunyamin lagi. Beli kat kedai baby kat sini jugak.
brand : Bumble Bee
O ye, lupa pulak. Gambar atas pinjam dari google, sebab Mama takde gambar ebm dalam botol bumble bee ni. Sebab botol ni adalah masa zaman abang Iman dulu. Harga pun dah lupa sebab beli pakej dengan Medela Swing. Inilah botol simpanan susu pertama Mama selain medela yang dapat sekali dengan Swing jugak. Sayang sangat botol2 ni semua. Masih berkeadaan baik, walau sepatutnya dah kena buang sebab jangka hayatnya 6 bulan saja kan, tapi sebab takde calar dan masih elok, Mama bagi je kat kawan yang baru mula nak menyimpan stok. Harap2 ianya berguna buat beliau. Bumble bee ni memang antara yang popular di kalangan ibu2 menyusu. Kalo kat Sogo tu selalu ada sale beli 1 kotak, free 1 kotak. Adeh, seb bek ko jauh Sogo, kalau taaaakkkk....
Rasanya itu je botol2 yang pernah dan sedang Mama guna. Semuanya ada kelebihan masing2. Kesimpulannya yang fit dengan Freestyle Mama hanyalah brand Medela, Baby King dan Jingle Jungle sahaja. Lain2 tu longgar, so Mama tak berani cuba dah. Mungkin dengan pam lain ianya fit.
Semua botol ni Mama sayang. Kalau semua penuh dengan ebm, memang meriah sebab pelbagai warna, pelbagai bentuk. ;)
EBM Bunyamin di usianya 56 hari
setelah 22 hari misi mengumpul stok bermula.
69 botol x 3 oz = 207 oz
Sekian saja review ringkas Mama ni. Harap membantu anda mencari botol simpanan susu yang menarik dan berguna demi si manja tersayang.. ;)
4 comments:
baby king tu xpenah beli..macam comel laa.. saya nye paling banyak safety plus laa..tp y saya paling suka, bumble bee..
safety plus ngan stylo mama dah selamat bagi kat kawan.. hihi..
watpe simpan kalo x guna kan..
lagipun saya cpt bosan so nanti next2 baby beli sket2 yg lain lak.. hihi..
hi, nak tnya, sy nmpk kt gambar botol safety plus tu, ada sepit bernombor 1-4..boleh tau bli kt mana? sbb nk sepit2 mcm ni gak kt botol....hehe blh reply urgent x, nk anta kt bs monday ni..hehe
anngrinch@yahoo.com (FB: Lana Mansor)
Tp org kate bumble fits la dgn fs.. betul k ye.?
Post a Comment