♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

Selamat Bertunang Achik Anna..


4 Syawal 1434
11 Ogos 2013

Ahad lalu..
termeterailah ikatan pertunangan
moga segala urusan dipermudahkan..
tabahlah menghadapi liku2
pahit manis suka duka
alam berdarah manis..

Selamat bertunang Achik Anna..


Saturday, March 2, 2013

Ada ANak DARA

Ahad aritu *tah bila tak ingat, awal bulan feb kot, dasar lembap update* kami sekeluarga gi kenduri masuk rumah sahabat Mama dan Ayah. Jelesnya kawan2 ramai dah beli rumah sendiri. Kami je belum ada rezeki lagi. Moga2 cepat la ada rumah sendiri..



Lagi bertambah jeles tengok kawan tu dah ada sepasang anak. Yang sulung boy, sebaya Iman. Anak kedua baru 4 bulan, girl. Bambam pulak tu. Lagi bambam dari Bunyamin masa kecik.



Homei kan bambam girl ni. Eii, geram sangat. Jeles sangat. Homei je pakai skirt. Oh, sangat mengidamkan baby girl. Tapi belum ada rezeki. Berdoa banyak2 ada la rezeki no 3 nanti dapat girl.



Bunyamin kalau bab makan alhamdulillah takde masalah. Ok je dia. Nganga je mulut tu bila suap makanan. Semua pun dia makan. Senang sangat. Alhamdulillah. 

Iman tu jela memilih sikit. Nasik paling tak suka. Memang anak Mama. huhu. Dulu2 masa kecik nasik adalah musuh no 1 Mama. huhu. Iman ni benda merapu ke jajan ke dia suka sangat la. Bagi sepeket pun boleh habis dia makan sorang. 

Tapi sekarang ni ok la jugak. Dia makan la jugak 4,5 suap. Tapi sebelum dia nak rasa nasik dan lauk tu bercinta jugak la memujuknya. Biasanya bila dah rasa sesuap baru la dia akan terus makan untuk suapan seterusnya. Kadang2 makan banyak kadang2 sikit. Walau apa pun syukurlah Iman sekarang nak makan jugak berbanding dulu tutup mulut terus.

Aritu tak sempat pun nak masuk rumah kawan Mama tu. Tengok dari luar je sebab ramai tetamu dan keluarganya. Penuh dah rumah tu. hihi. Nanti la datang lain kali eksklusif.. ;)

Kepada sahabat Mama tu, selamat masuk rumah baru. Sila bagi aura girl kat aku.. huhu..

Sunday, December 30, 2012

Even BESAR Family

Ada banyak stori to tell. Jadi kita ikut turutan la ye. Dimulakan dengan even family terbesar tahun ni iaitu majlis perkahwinan adinda Mama, Mak Njang anak2 Mama.

Bermula dengan majlis akad nikah di petang Jumaat 21.12.2012 selepas Asar. Agak kelam kabut jugak la masa tu sebab jam 3.00 pm Mama baru balik membeli barang2 nak guna masa kenduri, jam 4.15 pm dah kena gerak ke masjid untuk majlis. Dengan anak2 lagi kan. Kalo single senang la urus diri sendiri je kan.

Plan nak mekap beria adalah kelaut sebab semua orang dah keluar masa Mama baru hegeh2 nak pakai tudung. Ok fine. Tak la penting sangat mekap tu sebab ku bukan pengantin kan. Saja ngengada haha.




Ada 3 pasangan akan dinikahkan petang tu termasuklah adinda Mama. Dorang ni pasangan ketiga dinikahkan sebab wali sendiri yang nikahkan. Pasangan pertama dan kedua tu 2x lafaz tapi adinda Mama ni bukan pengantin yang 2x lafaz tapi wali yang 3x lafaz. Mana taknya, rupanya Tok Abah sakit tekak masa tu. Air lak takde. Aduhai kesian Tok Abah. 




Teringat masa Mama nikah, Tok Abah juga yang nikahkan sendiri anak daranya. Memang itu dah niat Tok Abah walau mula2 tu cuak2 jugak nak nikahkan anak sendiri. 

Selesai majlis nikah, semua pun balik rumah untuk acara sarung cincin dan penyerahan mas kawen seterusnya jamuan kecil. 






Selesai majlis ari Jumaat. Bersiap sedia fizikal dan mental untuk majlis kemuncak pada Sabtu pulak. Family Mama tak tido rumah Tok Abah. Kitorang balik tido rumah sendiri. Tapi dah malam baru balik rumah. Hari2 pun camtu. Bayangkan kepenatan berulang alik gitu. fuhhh..

Kenduri pertama dulu Mama kan pengantin. So kepenatannya lain. Tak sama macam kenduri kedua ni. Memang penat melampau sebab persiapan rancak adalah 2 minggu sebelum kenduri di mana masa tu adik beradik yang lain belum balik. 

Hanya ada anak2 perempuan Tok Abah sahaja maka semua pun kita nak uruskan maka penatnya lain macam. Tok Mama dan Achik Anna sampai demam2. Mujurlah Mama sihat2 sahaja. Tiba hari kenduri pun dah semakin tak larat tapi gagahkan jugak untuk hari kemuncak ni kan.

Pada hari kenduri tu, seawal jam 10.00 pagi ada marhaban dan tahlil. Istimewa disampaikan oleh adik-beradik Ayah. hihi. Tapi ada la saguhatinya walaupun keluarga kan.

Mama hanta pengantin mekap kat kedai jam 9.00 pagi. Pastu balik rumah bersiap dan mekap. Amboi dia tuuu.. haha.. Ala bukan selalu pun kan nak bergaya sket apa salahnya. Yang lawaknya pada hari kenduri Mama pakai shawl. Ni semua gara2 hasutan adik2 perempuan Mama la, termasuk pengantin. 

Dorang cakap nanti dorang akan pakaikan kat Mama yang jahil bab2 shawl ni. Sudahnya dua2 gi mekap, maka pandai2 sendiri la ko pakai shawl ok. Nasib baik jugak aritu ada sekali tengok kat youtube cara pakai shawl dan nasib sangat2 la ingat jugak step2nya tu.

Maka sila hentam ikut sedap rasa jela ye. Tapi menjadi jugak kot. Lantak la bukan Mama yang nak kawen pun. Gambar adalah takde sebab sibuk. haha. Kesian. Tengok la nanti kalo gambar rasmi dah siap Mama cilok dari Mak Njang.

ni je satu2 gambar yang ada
tu pun dari fb adik ipar

Tema adalah merah hati dan pink. Pengantin sweet dalam persalinan pink. Dua2 sama cantik sama padan. Tinggi dan kurus dua2nya. Sebelah malamnya ada majlis potong kek dan bukak hadiah. Ni memang dah jadi acara wajib kot.

Iman yang malu2 duk atas riba Pak Njang

actually kek ni Tok Mama tempah khas
untuk celebrate besday anak2 perempuannya
tapi iols malu nak potong kek di khalayak ramai gitu haha..

maka kita ganti dengan budak2 yang ada jela..

ok ni hadiah from us
besarnya... apakah itu?

ok kipas berdiri.. hihi..
saja bagi kipas sebab tau memang ianya keperluan
cawan pinggan mangkuk blender bagai mesti ramai dah bagi kan.. 

tengok budak berdua depan Pak Njang
setia 'tolong' Pak Njang bukak hadiah

orang kuat kenduri
Tok Abah, Achik Anna & Tok Mama

tak ketinggalan Pak Su

turut serta, Tok Nek & sepupu2 Mama

Ayah, Abah & Ummi

ok berebut bukak hadiah dengan pengantin


Tengok gambar je senang kan. hihi. Dasarrr... Keesokan harinya majlis menyambut menantu pulak. Dekat je rumah mertua Mak Njang. 2 minit sampai dah kot. haha. Tema sebelah sana adalah hijau. Rombongan kami pakai coklat.



Gambar lain takde. So tempek gambar kami sekeluarga jela. Chup chup, bukan takde tapi tak cun. haha. Kamera season la katakan. huhu. Ni memang kena tukar kamera dah kot sebab semua gambar adalah blur. #ayat tersirat.


Buat pengantin baru, welcome to the club! Moga sejahtera melayari bahtera rumahtangga. Aman damai tenteram selalu di bawah rahmat dan kasih sayang Ilahi. Cepat2 dapat baby ok..

Wednesday, July 20, 2011

Kenduri Pak Long

10 Julai lalu berlangsungnya majlis perkahwinan Pak Long Iman & Bunyamin a.k.a. abang sulung Ayah. Oleh kerana Mama masih dalam hari, so Mama hanya datang dan duduk saja. Itu pun mula2 je, bila semua dah semakin sibuk Mama pun dah tak boleh duduk lagi.

Sampai sekarang Mama belum tengok lagi gambar2 perkahwinan Pak Long sama ada di rumah pengantin perempuan di Ipoh atau majlis di rumah Nenek. Maklum sajalah, masa tu Mama baru 30 hari. Walaupun sebenarnya mungkin dah kuat sikit, tapi Mama taknak la terlalu aktif bergerak. Nanti kalau badan sakit Mama juga yang nak menanggungnya...

Pagi itu diadakan marhaban untuk Adik Bunyamin. Mungkin rancangan last minute ke taktau la Mama, takde la pulak disediakan buaian beria2 kan. Bunyamin hanya diletakkan di atas toto kecik yang Mama bawa saja. Takpela dik, yang penting meriah... ;)

Bunyamin ;)

semua orang sibuk

Kebetulan Tok Mama dan keluarga Abah (Abang Mama yang merupakan ayah susuan Iman) datang awal. Dapatlah sama2 marhaban si Aqil. ;)

Tok Mama dukung Bunyamin sebab dah mula kelaparan
Ummi dengan Aqil yang segak berbaju melayu

Dah terfikir nak masukkan dalam blog, so Mama ambik jugak la gambar tempat makan pengantin ni supaya tak la takde langsung gambar suasana kenduri kan. Insya-Allah nanti kalau dapat gambar2 pengantin Mama update lagi. ;)

simple but nice ;)

Monday, March 14, 2011

Majlis Pertunangan

Sekarang ni jam 1.47 pagi Isnin. Semua dah tidur. Tinggal Mama saja terbelip2 bijik mata blom ngantuk lagi sebab siang tadi tidur lama sebab sakit pinggang ok. Yang boleh jadi tidur lama sebab anakandaku itu turut tidur lama. Hehe...

Selesai sudah tugasan untuk malam ni. Dah siap basuh kain, lipat kain, iron baju Ayah nak keje esok, basuh pinggan, kemas dapur. Nak menyapu je tak boleh sebab kat ruang tamu anak2 buah Ayah sedang tidur bersama2 Ayah. Malam ni anak2 buah Ayah (anak kakak Ayah) tidur sini. Dah menjadi kebiasaan diorang, kalau balik Perak (diorang duk Johor) mesti datang rumah Achik Amin (Ayah Iman la tuh) dan bermalam di sini. Kalau cuti panjang, ada la beberapa malam tidur sini. Kali ni diorang balik kejap je sebab cuti pendek kan. Balik pon sebab Pak Long nak bertunang kan.

Ha, alkisahnya nak cerita pasal pertunangan Pak Long la ni. Plan asal rombongan nak gerak dalam jam 12.00 tengahari Sabtu. Tok Abah dan Tok Mama (parents Mama) pun turut dijemput menyertai rombongan. Tapi disebabkan diorang ada kenduri jiran, diorang cakap nak gi asing dan jumpa di Ipoh saja. Alkisahnya lagi, Ayah Iman ada tugasan pulak, kena mengepalai majlis tahlil rakan setugasnya. So Ayah suruh Mama dan Iman ikut Tok Abah dulu. Ayah akan menyusul kemudian dengan FZ6R dia.

Lebih kurang jam 12.30 tengahari, Tok Abah tiba di rumah ambik Mama dan Iman. Barang2 nak bawak memang Mama dah siapkan awal2. Masa tu Iman baru je tidur lebih kurang setengah jam. Angkat2 je bangun terus. Pakai baju pun dalam kereta. Tapi sebelum tidur tadi Mama dah mandikan dan tukar pampers Iman dah.

Telefon Nenek, rupanya rombongan masih belum gerak. Kami tunggu kat simpang depan taman, terus ikut rombongan sekali la. Sampai di masjid area rumah bakal tunang Pak Long lebih kurang kam 2.00 petang. Solat siap2, kemudian terus gerak ke rumah bakal pengantin.

Mak oi.. gila beso rumahnya. Siap bau cat lagi, menandakan rumah baru kan. Sebenarnya bukanlah baru, cuma baru sambung je. Tapi memang besar la. Masih dalam proses pembinaan.

buah tangan daripada pihak lelaki

Iman adalah sangat sopan dan santun sepanjang majlis berlangsung. Mungkin terkejut tengok orang ramai2 kan. Iman duduk dengan Ayah. Mama duduk dengan adik2 Ayah. Gambar kat bawah ni adalah gambar kedua2 pihak sedang berbincang. Tempat orang lelaki duduk tu air cond ok. So adalah sangat selesa la diorang berbincang pung pang pung pang. Tempat perempuan duduk ni adalah sangat panas. Mungkin sebab hall luas, kipas lak tinggi kat atas, tingkap tak bukak, orang ramai. So berlakulah pengumpulan haba yang melampau2 sampai berfeluh2 Mama.

sedang berbincang

Perundingan adalah sekejap saja. Sebab semuanya akan diputuskan semula secara beransur2 berdasarkan perbincangan. Masa majlis ni ramai sangat kepala, so macam2 permintaan. Mungkin bapa pihak perempuan nak lebih privacy, so minta segalanya diputuskan antara beliau dengan Pak Long saja. Senang kan. Alhamdulillah, rezeki Pak Long la tu...

Lepas dah abes bincang, sesi sarungkan cincin la pulak kan. Mesti la Nenek yang sarungkan. Sama macam masa Mama bertunang dengan Ayah dulu. Juga sama macam Achik Asmak bertunang dengan Achik Ihsan dulu. Memang Neneklah yang akan sarungkan.

sesi menyarung cincin

tunang Pak Long ni berdarah kacukan mamak dan indonesia

Selesai semua, baru la sesi makan2. Sebenarnya awal2 sampai tu lagi tuan rumah suruh makan dulu. Tapi Atok cakap nak selesaikan semua dulu baru nak makan. Baru la dapat makan dengan selesa kan. Lauk pauk adalah super duper banyak dan sedap2. Dengan berianinya, kambing, daging, ayam.. macam2 la lauknya. Air pun macam2.

Yela, diorang kan tokey restoran. Memang takde masalah la bab2 makan ni kan. Semua makan dengan penuh berselera sebab masing2 dah lapar kan. Iman makan sikit je. Memang tak berapa lalu makan sikit sekarang ni. Ayah pun makan sikit sebab dah makan tadi masa kenduri tahlil.

Kami tak terus balik. Tok Mama ada urusan sikit di Ipoh. So kami berpecah la. Kami gerak dulu ke destinasi tujuan Tok Mama. Lepas selesai semua barulah kami gerak balik Taiping dalam hujan. Iman senyap je dalam kereta. Mama tau Iman dah ngantuk sebab tengahari tadi tak cukup tidur.

Mama tidurkan Iman. Iman tidur di pangkuan Mama sepanjang perjalanan. Mama pakaikan Iman sweater sebab cucaca sejuk. Kereta kat hiway adalah sangat banyak. Yela, musim cuti sekolah kan. Macam2 aktiviti keluarga la kan. Nak keluar tol Changkat Jering jalan jem. Hampir 30 minit jugak baru lepas tol.

Tok Abah hantar kami terus ke rumah. Ayah awal lagi dah sampai sebab kan Ayah gi asing kan. Balik pun asing la. Ayah balik dulu daripada kami. Iman tidur sampai pagi esoknya. Penat sangat la tu. Tak mandi pun sebab sejuk. Iman pulak batuk2 sikit.

Hari ni kami sekeluarga hanya rehat2 di rumah saja. Makan2 di rumah Nenek, sembang2 pastu rehat2 di rumah pulak. Mama memang tak buat kerja apa pun kat rumah sebab sakit belakang. Lagipun kan cuti sekolah, so Mama da banyak masa nak setelkan semua kerja rumah. 

Tadi dah setel sebahagian. Esok sambung lagi. Nak tidur dah.. Sebelum tuh, nak nyempit jugak tempek gambar pertunangan Mama 4 tahun yang lalu... ;)


Monday, November 15, 2010

Akhirnya Beliau Jadi Milik Orang...

Salam sejahtera...


Semalam Ahad,14 November 2010.. Hari yang memang dalam ingatan Mama. Ini kerana tarikh tersebut merupakan hari bersejarah buat sahabat baik Mama ketika di zaman persekolahan dulu. Kami panggil Deq Lah aje panggilan mesranya. Orangnya sangat peramah dan kelakar. Alhamdulillah..setelah hampir seminggu Mama sakit aritu, semalam Mama berkesempatan menghadiri kenduri kawen beliau di Lenggong. Seronok melihat sahabat baik akhirnya menjadi permaisuri di hati lelaki bergelar suami...


Mama tak snap gambar pun sebab orang ramai sangat. Jadi agak kelam kabut. Makan pun bergilir2 dengan Ayah. Ditambah dengan Iman yang mengantuk dan penat. Jadi Mama hanya pinjam gambar2 daripada FB teman2 lain...









Deq Lah dan suami, Zarul...
di malam pernikahan mereka...

dua sahabat Mama
Deq Lah dan Ina
di majlis resepsi beliau...

Nanti kalau ada kawan2 upload lagi, Mama update kat sini...


♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥