Alhamdulillah.. Sudah 19 bulan perjalanan penyusuan bersama Bunyamin. Banyak suka duka sepanjang tempoh ini. 19 bulan yang menyaksikan jatuh bangunnya Mama dalam memperjuangkan penyusuan susu ibu sepenuhnya.
Mama masih mengepam di sekolah. Tuntutan masa di sekolah membuatkan Mama hanya sempat mengepam sekali je. Di rumah sudah tidak mengepam. Sepatutnya ini tidak boleh dilakukan sebab masih ada 5 bulan lagi sebelum mencecah misi 24 bulan penyusuan penuh susu ibu.
Sudah cuba komited dengan jadual mengepam di sekolah dan di rumah tapi tak konsisten ikut jadual itu. Mujurlah ada stok dalam deep freezer. Stok itulah harapan Mama. Harapnya mencukupi hingga tamatnya perjalanan ini.
Sejak 1 tahun 6 bulan, style Bunyamin menyusu semakin advance. hihi. Ini pengalaman pertama Mama sebab Iman dulu menyusu sampai 1 tahun 4 bulan sahaja sebab Mama peknenkan Bunyamin.
Dulu Bunyamin suka pegang jari Mama bila menyusu. Sekarang ni sampai tertonggek2 menyusu. Kadang sampai bertenggek atas muka Mama. Amboi dia tuuu.. Sabo jela. Pernah jugak Bunyamin sampai tertidur atas Mama. hihi.
Tapi Mama suka je Bunyamin menyusu camtu sebab lebih selesa bila berbaring telentang daripada mengiring. Mula2 dulu rasa sakit jugak terpulas2 camtu tapi lama2 Bunyamin pun dah tau kedudukan camne yang selesa untuknya dan untuk Mamanya. hihi.
Doa Mama moga perjalanan penyusuan ini berjaya sampai ke penghujungnya. Lepas wean off boleh la Mama berusaha untuk baby girl pulak.. hihi..
1 comments:
samala..azza pun myusu tetonggeng2.. siap tukar2 lg nak kiri or kanan... tp azza bejaya full bf smpi 13bln jer.. xtaula...ibu nyer xlarat kot nak mgepam sbb jadual belajar makin pack + pam medela swing rosak... huhuhu... skrg ni xtau la... i da peknen 6w gtu.. kekdg azza mcm xpuas je bila myusu (time tido azza begayut jer).. siap nangis2 lg kdg2.. mmg bila peknen da krg yer susu ibu ni?
Post a Comment