♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, March 30, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 27 ~ Catatan Stok EBM

Ok, hari ini ada sedikit masa untuk dicuri menaip entri tertangguh. Sambil mengepam sebelum balik sekolah, bolehlah menaip entri ini kejap.

Kali ini nak kongsi sedikit hasil penat lelah mengumpul stok ebm bermula Ogos 2011 hingga Februari 2012. Walaupun mula buat stok pada bulan Julai, tapi masa stok ini dikira, semua stok Julai sudah habis digunakan.. ;)



Berdasarkan gambar, tulisan pun huru hara. Sebenarnya Mama catat ni masa buat projek susun ebm secara besar-besaran aritu. Catat pun dalam keadaan huru hara, mana tak hasilnya pun huru hara kan. hihi..

Takpelah janji boleh difahami. Ok, dalam catatan Mama tu, bulan Julai takde sebab dah habis digunakan selepas naik kerja. Berdasarkan gambar di atas, hanya fokuskan nombor dalam kotak tu je kalau rasa2 dah pening dengan nombor2 lain ye.. ;)

Berikut adalah hasil dapatan sepanjang bergelar bf & pumping mom :

Julai ~ 201 oz

Ogos ~ 261 oz

September ~ 204 oz

Oktober ~ 210 oz

November ~ 162 oz

Disember ~ 192 oz

Januari ~ 65 oz

Februari ~ 216 oz

Hasil Mac belum kira lagi sebab belum cukup bulan. Insya-Allah nanti kalau rajin, kalau ada kesempatan, bila dah habis bulan Mac Mama akan update lagi stok ebm terkumpul ye. Tapi rasanya tak banyak Mama sebab kan ada cuti sekolah seminggu?

Biasalah bila cuti mengepam pun cuti. Eh, tak tak, taklah cuti mengepam cuma tak sekerap masa bekerjalah. gitu.

Em, perasan tak hasil berbeza2 setiap bulan? Secara purata Mama dapat kumpulkan 200 oz sahaja setiap bulan. Tetap bersyukur apa adanya. Banyak mana Mama dapat, itulah yang Bunyamin perlukan. Tak perlulah nak risau sebab ibu itu dapat beratus2 oz lagi dalam sebulan. Ini pun Mama dah bersyukur sangat2.

Bulan2 cuti hasil memang kurang sebab kebanyakan masa Bunyamin menyusu direct dengan Mama. Mungkin ada hari2nya Mama skip mengepam sebab virus M menular, mungkin ada hari2nya Mama keluar jalan2 makan angin sampai kembung ke kan. Maka sebab itulah hasilnya 100++ sahaja, tak sampai 200 pun, macam bulan November dan Disember.

Tapi agak musykil kenapa hasil Januari lagi teruk, tak sampai 100 oz pun. Mama rasa mungkin disebabkan awal tahun, awal sesi persekolahan bermula, maka agak sibuk di sekolah. Mengepam hanya sekali, kat rumah culas buat power pumping, makan tak ketahuan, supplement skip2 ambil, maka inilah hasilnya. Takpe, syukur sebab masih punya banyak masa untuk cover balik stok yang keluar tanpa digantikan.

Alhamdulillah, untuk Februari Mama kembali dapat 200++ oz. Syukur ya rabbi. Ada caranya yang menyebabkan Mama boleh maintain stok. MAINTAIN ye, bukan bertambah2 stok. Means stok tak jadi negatif la. Kiranya yang keluar tu tetap berganti.. Nanti akan Mama kongsikan di entri lain.

Dah habis mengepam ni, nak balik dah. Anak2 dah menunggu Mama ambil. Esok dan lusa cuti, yeay.. Nak jalan2 tenangkan fikiran dan redakan stress... ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥