Hari ini nak update sikit pasal stok ebm Mama. Setakat usia Bunyamin 48 hari, sebanyak inilah stok ebm yang berjaya Mama kumpulkan. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, mungkin tak sebanyak mana.
Ditambah lagi dengan permulaan mengumpul stok yang agak lewat berikutan masalah jaundis Bunyamin dan masalah2 lain, so inilah hasil setakat ini. Namun begitu Mama menadah tangan bersyukur di atas rezeki Allah ini.
Dalam diam stok ebm ini menjadi sumber inspirasi Mama untuk lebih gigih mengepam. Syukur padaMu ya Rabbi atas rezeki yang dikurniakan ini. Insya-Allah kalau banyak lagi boleh la share dengan Abang..
46 botol X 3 oz = 138 oz
ebm dalam plastic storage
Peti ais Tok Mama dah hampir penuh dengan stok ebm untuk anak2 Mama. Takpela, kami pun dah nak balik rumah sendiri dah pun. Nak travel ebm pun tak risau sangat memandangkan rumah kami dekat je dengan rumah Tok Mama.
Cara2 travel susu boleh rujuk SINI ye.
ice pack MLO pun tumpang sekaki
0 comments:
Post a Comment