Ok, berbalik pada tajuk entri. Hari ini Mama nak cerita sikit cara Mama ke tempat kerja. Eh, bukanlah cara nak naik kereta ke bas ke, tapi cara Mama bawak peralatan mengepam dan juga beg kerja.
Selepas habis cuti bersalin selama 3 bulan, Mama gunakan backpack Autumnz, di bahagian atasnya Mama letak cooler bag Stylo Mama dan di bahagian bawahnya Mama letak peralatan mengepam iaitu corong, pam, charger dan botol. Tak lupa juga hand sterilizer, sapu tangan dan nursing cover.
Setelah 10 bulan usia Bunyamin, terasa berbondong2 la pulak dengan beg pam, beg laptop dan handbag. Maka Mama mencari alternatif lain bagi lebih memudahkan Mama. Yela, kalau sorang2 takpe lah sangat setakat nak bawa 3 beg. Ni dengan beg abang di taska lagi, cooler bag berisi ebm untuk Bunyamin di rumah Opah pengasuh lagi, tak ke senget2 bahu Mama ni kan.
Oleh sebab itu, Mama survey2 cara yang lebih mudah. Lalu mengambil keputusan beli cooler bag Mom's Precious yang sungguh comel ini.
cooler bag Mom's Precious
pandangan dari depan
cooler bag Mom's Precious
pandangan dari belakang
Sebenarnya dah lama jugak Mama sedia maklum pasal beg ni. Ia ada 2 compartment yang mana 1 bahagian boleh letak ice pack beserta ebm manakala 1 bahagian lagi letak manual pam dan botol.
Tapi Mama teragak2 nak beli sebab Mama pakai Medela Freestyle yang mana corongnya ada dua, pastu botol lak Mama akan bawa 4 biji. Risau tak muat lalu tangguhkan hasrat membelinya. Sampai la terasa sangat susah bawa beg banyak2, baru survey betul2 dengan bertanya itu ini kepada penjualnya.
Akhirnya Mama buat keputusan beli dengan Kak Aqilah Idris. Syukurlah ianya muat nak letak corong dan botol2. Nak letak 4 biji botol di 1 bahagian bersama dengan corong memang tak muat, lalu Mama fikirkan cara sendiri.
bahagian berisi 3 ice pack Mom's Precious
bersama 2 biji botol kosong
Cara Mama, 2 biji botol Mama letak bersama 3 ice pack Mom's Precious. Dan 2 biji lagi Mama letak bersama corong dan charger. Bila nak pam sesi pertama, Mama guna botol yang diletak bersama corong dulu sebab botol tu kering, takde peluh2 air akibat suhu sejuk bersama ice pack tu.
bahagian berisi corong dan charger
bersama 2 biji botol kosong
Selesai mengepam sesi pertama, Mama simpan ebm dalam bahagian berais dan pindahkan 2 botol kosong tadi ke bahagian corong. Oleh sebab itu, sementara nak tunggu sesi kedua, botol tadi telah kering sepenuhnya.
beg strawberi
Pam pula bagaimana? Kan Mama ada buat entri sebelum ni pasal tempat simpanan pam Mama kan? Mama simpan pam dalam beg comel bergambar strawberi dan dimasukkan ke dalam handbag sahaja. Mudah sangat. ;)
Medela Freestyle dalam beg comel
Sekarang ni barulah rasa lebih 'ringan' bila ke sekolah. Hanya bawa handbag, beg laptop dan beg pam comel ini sahaja. Walaupun comel tapi lengkap semuanya ada.
beg laptop, handbag dan beg pam
Kadang2 rasa macam tak lengkap je sebab dah biasa bawak berbondong2 beg ke sekolah. Setiap hari mesti cek dulu apa yang tak ada. Pernah juga tertinggal beg laptop dan cooler bag untuk Bunyamin tapi setakat hari ini beg pam belum pernah lupa. hihi.
Oklah, sekolah dah sunyi. Mama pun dah nak balik. Rindu anak2.. ;)
0 comments:
Post a Comment