♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, December 6, 2011

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 16 - The Power Of Hyperstimulation/Power Pumping

6Lama rasanya Mama menyepi. Banyak perkara ingin dikongsikan namun kekangan masa menghalangi. Minggu ini dah masuk minggu ketiga cuti persekolahan. Mama sedikit releks bila dah mula cuti ni.

Mana taknya, 2,3 minggu sebelum cuti Mama adalah terkejar2 waktu di sekolah. Banyak perkara perlu diselesaikan. Hingga hari terakhir persekolahan pun terasa macam tak cukup nafas menyelesaikan saki baki tugasan yang belum selesai.

Oleh sebab itu, Mama hanya sempat mengepam 2 kali sahaja di sekolah. Pernah juga beberapa kali hanya sempat sekali pam sahaja. Balik rumah sibuk dengan tugasan di rumah pula. Melayan anak2 dan suami. Pam bermasalah lagi. Tambah tak bersemangatlah Mama mengepam di rumah. Jumlah mengepam hanya 1-2 kali sahaj sehari. 

Bunyamin pula entah mengapa semakin kurang menyusu. Menyusu tak sampai 5 minit, ketika susu memancut2 itulah dia stop nyusu. Menyebabkan B sentiasa rasa penuh. Nak pam malas dan tak bersemangat bila pam bermasalah.

Bila cuti bermula, sibuk pula dengan persiapan nak kenduri kawen adik Ayah. Ramai saudara bermalam di rumah membuatkan Mama tak semangat nak mengepam. Tak selesa mengepam dalam bilik. Mama suka mengepam dengan santai sambil melayari internet. Bila pam dalam bilik, rasa tak best lalu susu pun segan2 nak keluar.

Minggu kedua cuti, anak2 tak sihat. Paling teruk adalah Bunyamin. Mula2 demam malam, masuk hari ketiga terus demam siang malam tambah dengan batuk dan selsema. Bunyamin taknak menyusu langsung. Mama bagi juga guna botol. Nak habiskan 1 oz pun susah.

Hampir seminggu begitu, tidur malam tak lena, mungkin tak selesa dengan kahak di tekak. Mama juga tak tidur menjaga anak sakit. Susu membengkak tapi malas mengepam. huhu. Dah bengkak sangat barulah nak pam. Tapi Mama perasan susu memang drop. Biasa dapat 6-9 oz sekali pam, kali ni Mama hanya dapat 3-4 oz sahaja.

Akhirnya fikir, tak boleh jadi ni. Nanti susu drop teruk Mama juga yang susah kan. huhu. Oleh sebab itu, Mama gigih mengepam setiap 3 jam. Maklumlah cuti kan. Gunakanlah masa cuti ini sebaik2nya. Demi anak2 tersayang. 

Mama juga buat power pumping / hyperstimulation setiap malam. Power pumping kali ini penuh dugaan sebab diselang seli dengan Bunyamin yang merengek2 (demam dan batuk) juga si abang yang asyik mengigau terjerit2. 

Bermula malam pertama hanya dapat 3.5 oz sahaja. Sikit kan? Tapi Mama taknak down dan sentiasa positifkan diri. Baru malam pertama....

pp malam pertama ~ 3.5 oz

Malam kedua, walaupun mengantuk dan rasa nak baring je terus tidur dengan anak2, namun Mama kuatkan semangat untuk buat power pumping. Alhamdulillah ada peningkatan. Malam kedua Mama berjaya dapat hampir 4 oz. Tapi dalam gambar hanya 3 oz sahaja sebab dah bagi Bunyamin 1 oz. *pada masa itu Bunyamin refuse direct feeding, Mama bagi susu perahan melalui syringe*

pp malam kedua ~ hampir 4 oz
* dalam gambar hanya 3 oz sebab 1 oz dah bagi Bunyamin*

Malam ketiga Mama tertidur. Terjaga jam 3 pagi, terus buat power pumping. Berjaya dapat 4 oz. Syukur. Ada peningkatan.


pp malam ketiga ~ 5 oz
* dalam gambar hanya 4 oz sebab 1 oz dah bagi Bunyamin*

Malam keempat menunjukkan hasil yang lebih memberangsangkan. Power pumping malam keempat ini Mama berjaya dapat 7 oz. Malangnya gambar tak sempat snap sebab kelam kabut dengan Bunyamin merengek. 

Malam kelima menambah kegembiraan di hati Mama. Berjaya dapat 9 oz. Alhamdulillah syukur sebab nampak peningkatan pengeluaran susu Mama.

Malam keenam Mama berjaya up lagi menjadi 11 oz. Ini adalah rekod terbaik Mama. Rasanya sepanjang perjalanan mengepam Mama ni, ada la 2-3 kali je yang dapat 11 oz. Belum pernah lebih lagi tapi Mama tetap bersyukur dengan rezeki Allah beri. Apa yang kita dapat, itulah yang anak kita perlukan. Mama sentiasa percayakan itu. Gambar tak sempat snap juga sebab Bunyamin merengek. Tapi masih ada dalam chiller, belum dibekukan. Kalau sempat nanti Mama snap. 

Malam ini, adalah malam ketujuh. Cukup seminggu berpower pumping. Harap2 hasilnya memberangsangkan. Alhamdulillah syukur sebab production susu Mama dah kembali kepada sedia kala. Mama bertekad nak tambah stok sedia ada sepanjang cuti ni.

Stok sekarang dah ada lebih kurang 380 pack X 3 oz. Mama target nak dapatkan 400 pack dalam cuti ni. Kalau lebih, syukur alhamdulillah... ;)


Yang Ini Pun Best



3 comments:

mamaiman said... [Reply to comment]

alhamdulillah..

ye, btul tul.. stok sangat penting di waktu2 kecemasan..
sebab tu la takleh leka walau stok banyak..
tp saya ni asyik la malas mengepam.. huhu..

Anonymous said... [Reply to comment]

mama slalu buat PP pukul brape?selama 1 mgu ek?-amihs

farahmt said... [Reply to comment]

salam mama
sangat suka baca blog ni.
kalo x keberatan bleh x mama tnjk step dr nk pam susu smpi ke step nk sediakan susu ebm utk bg pd baby (thaw n cairkan pastu rendam air panas?).huhu.sori ye.sy baru nk blajar ni


Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥