♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, February 14, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 19 ~ Projek Up Susu

Macam biasalah, bila dah start sekolah semula, mula la sibukkkk je memanjang. Sesi mengepam pun sempat sekali sahaja di sekolah. Sangat tak suka tau...


Cuti bersambung2 selama  4 hari ni Mama cadang nak buat projek up susu tapi disebabkan pam tertinggal di rumah masa kelam kabut nak balik rumah Tok Abah, maka tertunda la. Rugi 2 hari. Mama ada juga marmet tapi tak puas la sebab tak reti sangat so sikit je dapat sedangkan B masih penuh, adik kurang menyusu sebab sibuk nak main saja. Orang dah pandai merangkak dan berdiri katakan...


pp day 1 ~ 8 oz


Malam ni kami kembali ke rumah kesayangan kami. Anak2 kepenatan, ditambah dengan kurang sihat sebab batuk dan selsema, maka Mama dengan semangatnya memulakan sesi power pumping. Seronoknya berjaya kumpul 8 oz... Alhamdulillah... ;




*edited on 8/2/2012


Ini malam kedua. Projek diteruskan dengan semangat berkobar2. Takkan semudah itu nak menyerah kalah. Walau stok terkumpul sudah melebihi 1000 oz, namun Mama perlu tetap memastikan production susu Mama di tahap yang baik. 


Sediakan payung sebelum hujan. Selalu Mama ingatkan diri jangan leka dan lalai, jangan asyik curi stok beku tanpa top up semula, jangan malas mengepam...


Sebenarnya yang Mama cakap 'jangan' tu laa yang selalu dibuat pun. Sejak pam rosak hujung tahun lepas, semangat drop sikit. Namun bila dah ada pengganti ni legalah sikit. Cuma kekangan masa la pulak menjadi masalah. 


Tapi takpe, masa mengepam di sekolah terhad, hanya dapat pam sekali saja, lalu Mama memilih untuk 'berkorban masa' di rumah dengan sesi power pumping sebelum tidur dan pam selepas bangun tidur.


So inilah hasil malam kedua, sesi pp selepas menyusukan si adik.


pp day 2 ~ 5 oz

Syukur apa adanya. Mama cukup gembira walau dapat berapa oz sekali pun. Allah knows the best. Kita tengok hasil malam esok bagaimana pula ya... ;)



* edited on 9/2/2012

Ini malam ketiga. Sebaik2nya power pumping ni buat waktu pagi2 buta dalam kul 2,3 camtu. Baru hasilnya lebih meriah sebab paras hormon prolaktin yang menghasilkan susu sangat tinggi masa tu. Ditambah lagi dengan syahdu malam tu kan, menenangkan, so susu pun tak segan2 nak keluar.

Tapi bagi Mama, nak bangun jam 2,3 pagi itu sangatlah sukar rasanya. Pernah kunci jam beberapa kali, tapi tak sedar siapa yang off jam itu. haha. Sudah pastilah Mama, tapi Mama sendiri tak sedar Mama offkan jam. Nampak tak, betapa tak pandainya bangun tengah2 malam.

Oleh yang demikian, Mama buat jadual mengepam di rumah yang sesuai dengan diri Mama iaitu pam sebelum dan selepas tidur. Setakat hari ini, alhamdulillah sebelum tidur tu dapatlah dipraktikkan tapi selepas tidur tu semakin lama semakin tak sempat.

Padahal sebelum ni tiap2 pagi Mama akan mengepam dulu sebelum ke sekolah. Entahlah, M sungguh la rasanya. Bukan setakat M saja, masa pun kadang jeles sangat la. Bangun awal pun, tiba2 tengok jam, eh dah kul 7.. Adoi..

Moga2 Allah permudahkan urusan Mama, dapat bangun awal dan mengepam setiap pagi sebelum ke sekolah. Tak kisahlah dapat sikit ke banyak ke asalkan ada stimulation. Dah lama Mama tak mengepam waktu pagi so production sedikit kureng. Padan muka. Dah tu gi minum kopi pula. Sebelum ni minum kopi takpe, taktau kenapa sekarang ni minum kopi je susu pun surut sikit. Sikit jela, masih bersyukur apa yang dianugerahkan Allah.

Ok, malas bebel panjang lagi. Kita tengok jela hasil pp hari ketiga ni pula ye. Malam ni pp Mama hanya sekerat jalan sebab Bunyamin dah bagi signal. Baru nak let down reflex, bunyi pula siren maka terpaksalah stop. Nak tandem memang agak sukar sebab Bunyamin dah besar, suka tarik tiub dan dia tak fokus menyusu.

pp day 3 ~ 5 oz

Berapa oz yang Mama dapat, syukur alhamdulillah. Mama pernah merasa mengepam lama-sampai-sakit-pinggang-punggung-nipple namun hasilnya hanya di dasar botol sahaja. Pernah juga pam takde hasil langsung. Maka bila dapat penuh sebotol pun dah nikmat sangat rasanya. Syukur ya matin....




* edited on 10/2/2012


Malam tadi pp hari keempat. Dapat buat sejam penuh. PP malam tadi adalah selepas menyusukan Bunyamin juga. Pagi ni alhamdulillah dapat mengepam lagi.


Biasanya hari ketiga pp, susu dah up semula. Tapi kali ini agak lambat nak up. Mungkin sebab sedikit stress dengan kerja. Tak dinafikan itu.


Tapi Mama tak bimbang sedikit pun. Usaha tetap usaha. Cuba mengawal stress juga adalah salah satu usaha Mama untuk up semula production selain jaga makan, minum air banyak, makan dan minum milk booster, tambah sesi pumping dan power pumping setiap malam.


Moga susu kembali seperti sedia kala. Ni hasil pp malam tadi...


pp day 4 ~ 5 oz

Tak sampai 5 oz sangat sebenarnya. Lebih kurang saja. Tetap jangan lupa, syukur apa adanya...



* edited on 11/2/2012

Malam tadi Mama pengsan. haha. Pas Isyak gi rumah Nenek. Jam 11.00 balik rumah sendiri dengan mata garfield. Sampai rumah rendam ebm untuk Bunyamin (pagi Sabtu Mama kena gi mesyuarat PIBG sekolah, so Bunyamin tinggal dengan Ayah), buat susu abang dan angkat adik masuk bilik untuk tidurkan adik.

Kononnya nak tidurkan anak, last2 jam 3.00 pagi baru tersedar dan mamai, fikir2 balik apa yang berlaku sebelum Mama tidur. haha. Punya la penat sampai tak sedar langsung dan macam hilang jap memori masa tengah ngantuk gile sebelum tertidur tu.

Niat di hati nak bangun buat pp tapi tak larat sangat dan akhirnya terlelap semula. Jam 5.30 pagi tersedar, masih terasa kepenatannya namun paksa diri untuk bangun mengepam. Projek pp tak boleh tinggal. W.A.J.I.B.

pp day 5 ~ 11/2/2012 ~ 7 oz

Alhamdulillah, rezeki lebih sikit pagi ini..


* edited on 12/2/2012



Walau prolaktin tinggi, tapi oxitoxin kurang tinggi, maka susu lambat nak up kali ini...
Utk rekod : prolaktin = hormon rangsang susu, oxitoxin = hormon gembira..



pp day 6 ~ 5 oz


*update on 13.2.2012

Akhirnya dah seminggu Mama ber-pp. Alhamdulillah semakin stabil. Jom tengok hasil pp arini...


pp day 7 ~ almost 9 oz


*update on 16.2.2012

Alhamdulillah susu dah semakin stabil. Hari ini hari ke-9 projek berjalan. Azam nak teruskan sampai sebulan, nak lihat hasil pp  selama sebulan camne sebab belum pernah cuba. Biasa bila susu dah stabil mula la leka. Kali ni taknak lalai lagi.

Dalam blog Mama hanya update sampai hari ke-7 sajalah ye. Sebab nanti panjng berjela pula entri ni. Insya-Allah kalau berjaya hingga sebulan Mama akan up lagi entri ni. Doakan ya.. ;)


Yang Ini Pun Best



5 comments:

izyandyiean@life said... [Reply to comment]

cayok! sama2 a kita meng'up' stok..hehe

Suhaida said... [Reply to comment]

best2..=) em..cantik botol..ni botol apa ye??

mamaiman said... [Reply to comment]

izyan : ye, jom jom up stok.. ;)

suhaida : botol pertama yg 8 oz tu ke? tu btl baby king tp tutupnya tu tutup mlo..

NoEn said... [Reply to comment]

All the best..kite selalu wat pp kat office dlm kul 10 pg camtu..kat rumah tak larat..huhu

since just pam kat cubicle, so xde masalah la nk wat pp..org pun tak sedar kite tgh wat project..hihi

mamaiman said... [Reply to comment]

takpelah klo ada masa d ofis..
sy d sek nk pm pn terkejar2 inikn plk nk pp..
hihi.. tu yg buat mlm ms d umh..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥