♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, September 18, 2011

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 13 - EBM ke-200

Lama tak update stok. Sejak mula bertugas semula, biasa la masa memang sangat mencemburui. *ecewah. Dalam fikiran ni memang asyik duk fikir 'pasni nak susun stok, pasni nak susun stok'. Tapi akhirnya duk dalam fikiran sajalah tanpa berjaya dilaksanakan.

Ada malam bila tah, memang dah bersemangat waja nak susun stok. Dah la semangat ni kena tunggu sampai seru baru nak mai, dah mai tetiba takleh buat lak. Bukan sebab apa, malam itu Bunyamin menangis teruk. Tak pernah Bunyamin meragam sebegitu.

Macam2 dah Mama buat. Urut perut, sapu minyak, tuam bagai. Tangisnya makin lama makin kuat dan berpanjangan. Ayah lak takde di rumah. Mujurlah abang dah tidur dan tak pulak terjaga dek tangisan adik. Pas makan ubat homeopathy untuk kembung barulah Bunyamin terlena dalam buaian dengan memakai pampers saja. Mama buka pakaian Bunyamin sebab dia berpeluh seluruh badan.

Maka tak dapatlah menjalankan operasi walau semangat dah waja dah. Hinggalah ke hari ini, ditambah pula kesihatan Mama yang tak mengizinkan lagi la kelaut sajalah. Bila nak simpan stok, hanya mampu memandang saja stok2 sedia ada yang berterabur belum tersusun itu.

Alhamdulillah, semalam bersamaan 17 September 2011 Mama berjaya mengumpul sebanyak 200 bekas ebm beku. Kiranya sejak mula mengumpul stok masa Bunyamin berusia 34 hari hingga kini, Mama dah ada 200 ebm x 3 oz. Syukur..

ebm ke-200

Moga2 Mama berjaya melaksanakan misi menyusukan Bunyamin hanya dengan susu Mama sendiri selama mana yang Mama mampu...

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥