Persoalan itu menjadi topik entri kali ini. Mama ingin kongsikan bersama pembaca semua mengapa Mama beria2 membuat stok ebm ketika cuti berpantang ini. Kita mulakan dengan singkapan sejarah ya.. ;)
Masa Iman dulu, niat di hati memang nak fully breastfeed sekurang2nya 6 bulan. Tapi tula, niat saja yang ada tapi persiapan mental dan fizikal tiada. Mungkin sebab Mama fikir menyusukan anak semudah A B C, sedangkan hakikat sebenarnya adalah sangat sukar dan sangat banyak cabarannya.
Dipendekkan cerita, Mama gagal menyusukan Iman secara eksklusif namun tetap bersyukur kerana diberikan peluang menyusukan Iman sehingga usianya setahun 4 bulan walaupun diberi juga susu formula tika Mama bekerja. Bercerai susu pun adalah kerana kehendak Iman sendiri tika Mama mula mengandung dan bukanlah Mama yang taknak bagi. Mungkin rasa dah sesedap tika Mama belum mengandung.
Pernah cuba mengepam siang dan malam setelah Iman tak tahan dengan susu laktosa. Masa tu baru la kesedaran timbul dan sangat menyesal kerana tak gali ilmu semasa mengandung lagi. Walaupun terpaksa berdikit2, bagi susu perahan kepada pengasuh Iman dan topup dengan susu formula jika tak cukup, namun Mama bersyukur kerana tetap diberikan kesedaran.
Bermula daripada itu, Mama nekad nak berusaha bersungguh2 untuk menyusukan anak2 seterusnya secara eksklusif sekurang2nya 6 bulan dan akan meneruskannya sehingga 2 tahun jika diizinkan Allah.
stok ebm Abang Iman dulu
Ada beberapa sebab mengapa Mama nak kumpul stok ebm banyak2 tika dalam pantang :
1) Masa dalam pantang baby sentiasa dengan kita, tak banyak kerja kena buat, masa banyak, hanya urus diri sendiri dan babu sahaja. Oleh sebab itu, hasil perahan ketika dalam pantang boleh terus dibuat stok ebm sebab baby sentiasa direct feeding.
2) Taknak kelam kabut bila stok ebm semakin sikit atau habis. Mana la tau hasil perahan merudum ke. Bila ada stok ebm yang banyak diharapkan dapatlah cover hingga misi selesai.
3) Untuk digunakan masa kecemasan. Contohnya masa kita sakit atau kena gi kursus berhari2. Stok ebm yang ada bolehlah digunakan. Dengan itu, baby tetap dapat khasiat susu ibu walau tak bersama dengan kita.
4) Sebagai persediaan bila anak kena growth spurt atau pecutan pertumbuhan iaitu keadaan di mana si anak tiba2 inginkan susu lebih banyak daripada biasa. Jika mempunyai stok ebm yang banyak tentulah lebih melegakan Mama.
5) Bila dah masuk kerja, nak taknak mesti akan rasa stress jugak tak kira sikit ke banyak. Bila stress mungkin akan pengaruhi pengeluaran susu. Eii..tu yang taknak tu. So bila ada ebm lega la sikit kan. Sementara nak usahakan tingkatkan hasil perahan ada la back up.
6) Sebagai back up jugak bila susu merudum ketika period datang. Kalau ikut pengalaman Mama masa Iman dulu, memang takdelah pengalaman period jejaskan pengeluaran susu. Sebab Mama adalah tidak datang period selama 1 tahun 4 bulan iaitu sepanjang menyusukan Iman. Bila period sekali, terus mengandung kan. So memang takde pengalaman. Tapi ini adalah sebagai persediaan saja kot2 kali ni period datang awal ke kan.
7) Juga sebagai persediaan untuk bulan Ramadhan ni. Mana la tau susu merudum. Walaupun pada asasnya puasa tak jejaskan susu ibu pun sebenarnya. Tapi bila ada back up ni lega la sikit kan.
Secara keseluruhannya dapat Mama simpulkan bahawa sebab UTAMA Mama kumpul stok ebm ini adalah sebagai BACK UP di saat2 yang tak terduga atau ketika kecemasan. Rasanya semua ibu di luar sana juga punyai reason macam Mama juga kan.
Oleh sebab itu, marilah kita rajin2kan diri mengumpul stok ebm banyak2 sebagai back up ye. Tak kisah walau disimpan lama pun (jangan la sampai expired lak) sebab susu ibu masih yang terbaik walau yang fresh atau yang telah dibekukan... ;)
0 comments:
Post a Comment