Eh, tiba2 rasa nak buat entri pasal pam kesayangan Mama. Tak pernah lagi Mama review pam Mama sebelum ni sebab apa entah. Tak teringat kot. hihi.
Mama adalah pengguna tegar Medela Freestyle. Sebenarnya ini adalah pam kedua Mama. *nampak macam kaya je beli freestyle sampai dua*
Eh, tak tak. Mama taklah kaya sampai beli dua bijik freestyle. Ada kisahnya, baca dulu sampai habis baru komen. Kalau dalam dunia penyusuan susu ibu, medela freestyle ni memang femes dan menjadi kegilaan ibu2 yang menyusukan.
Mungkin masih ingat entri freestyle Mama kena servis masa cuti hujung tahun aritu. Spoil betul. Baru cadang2 nak buat projek up stok ebm masa cuti panjang aritu.
Untuk pengetahuan semua, selepas servis kali pertama, dia meragam balik. Masalahnya adalah tiada suction, tapi minit tu masih berjalan. Alkisahnya aritu Mama nak ketuk2 remote control sebab tak berfungis, bateri nak habis kot, tapi tah camne terketuk di freestyle Mama. Aduhai, lepas tragedi tu la dia meragam. Sian dia...
freestyle sulung
Hantar servis balik untuk kali kedua tapi sampai sekarang tak tiba balik. Telefon akak yang servis tu tak berjawab, smsm pun sama. Aduhai, takkanlah pam rosak pun nak rembat kot. Akak tu owner blog INI. Taktau nak wat camne lagi nak dapatkan balik pam Mama tu. *sedey* Pam tu pam kenangan. Digunakan sejak Abang Iman lagi. Banyak sentimental value pada pam itu.
freestyle bongsu
Kalau ikutkan Mama nak beli pam yang lebih murah. Dah cuba beberapa pam *takyah la bagitau pam apa kan* tapi macam tak serasi dengan Mama. Yang serasi hanya medela swing *medela jugak yang serasi dengan jiwaku* pinjam daripada kawan sekolah. Rasanya sebulan juga menggunakannya.
Sampailah penghujung cuti sekolah, ada rezeki lebih sedikit, syukur ya Rabbi, dapatlah Mama 'ganti' semula kesayangan Mama yang taktau khabar berita itu. Moga kamu ok2 saja ye freestyle sulung.
Harap2 freestyle bongsu ini benar2 'bongsu'. Harap dapat digunakan hingga ke anak seterusnya. Kali ini Mama extra care. Plastik dia yang ada bulat2 udara tu masih Mama gunakan takut terhentak2 masa bawak ke sekolah.
Sedikit review Mama tentang Medela Freestyle ini :
KELEBIHAN;
- Kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana2. ~ Masa dalam pantang penggunaannya sangatlah heavy. Ke hulu ke hilir, keluar masuk kelambu, bawak depan tv, letak tepi laptop.. Yela, dalam pantang pam 12x sehari. Gila kentang rajin. *dulu la* Semangat itu kenapa susah nak kembali ni...
- Battery operated, so takyah susah2 cari plug kalau on the go ~ Yang ni Mama suka sebab senang nak pam masa kerja.
- Suction sangat soft ~ Masa mula2 pakai rasa macam tak suck nipple sebab terlalu soft. Guna sampai level 9 ha. Tapi lama2 baru serasi dan langsung dah takleh tukar la pulak. haha. Sekarang selesa dengan level 5-6 sahaja.
- Ada 2 fasa suction ~ Fasa 1 dia suck cepat2 untuk stimulate nipple nak dapatkan let down reflex (yang rasa macam B membengkak pastu susu kuar memancut2 tu). Boleh set nak berapa minit. Kalau tak set dia akan suck dalam 2 minit pastu tukar ke fasa 2 iaitu suction yang panjang2 tu. Kira macam suction pam lain la.
- Ada memori ~ So boleh set level mana yang selesa, berapa minit nak set phase 1, bila nak start pam hanya tekan je button memori tu.
- Boleh handfree ~ Ingat telefon je ke boleh handfree? haha. Dia ada la dia pun tali dan cangkuk nak freekan hand tu. Masa Iman dulu Mama terror guna handfree ni, tapi masa Bunyamin Mama jadi kekok last2 takyah la handfree2, pegang jela senang. hihi
KEKURANGAN;
- Parts dia banyak ~ Yela, dah double pam kan so semestinya la parts dia banyak. Eh, tapi ni kalau single pun memang banyak, kalau double bertambah2 la banyak. Kalau semua kering takpe jugak, kadang2 masa nak pam tu ada sebahagian part yang tak kering, kena la keringkan dulu. Tu yang leceh sikit.
- Walaupun part dia banyak yang besar2, tapi ada jugak lubang2 yang susah nak cuci. Kena guna berus kecik tu pun jenuh jugak nak jolok2.
Rupanya bila dah senaraikan camni baru perasan kelebihannya lebih banyak dari kekurangannya. Patut la ramai yang suka kan. Termasuklah Mama. Mama suka bukan saja sebab kelebihan2 di atas tapi juga disebabkan hasil yang berbaloi2 bila menggunakan freestyle ni.
stok setakat 08.03.2012
1104 oz
DISCLAIMER : Jangan la pulak ada yang kata sebab pam boleh dapat susu yang lumayan. Bukan bukan bukan. Sebenarnya pam bukan faktor utama walaupun tak dapat dinafikan ianya turut membantu. Usaha ibu itu sendiri mempengaruhi hasil tenusunya. Ada juga yang hanya guna pam manual, dapat juga menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu selama 2 tahun dan mungkin lebih lagi.
Lagi satu, bila tengok stok susu seseorang ibu tu banyak, jangan terus buat andaian 'dia takpela jenis banyak susu' atau 'susu saya tak sebanyak susu awak' atau 'anak saya kuat minum' atau lain2 andaian yang adakalanya negatif.
Jangan lihat hasilnya, lihatlah bagaimana usahanya mengumpul stok sebanyak itu. Mama cakap ni bukan bagi pihak diri Mama tapi bagi pihak ibu2 yang asyik kena kondem menunjuk hasil susu la, riak la, tayang susu la ape la. Kadang2 rimas juga sebab Mama pun suka jugak tempek ebm Mama di blog dan di fb. Seikhlasnya bukan nak riak atau menunjuk tapi ianya sebagai motivasi untuk diri sendiri di kala zaman kemuruduman melanda macam sekarang ni.
Eh, membebel pula. Nak ceritanya pam bukan semata2 sebab banyaknya susu ibu itu. Usaha lain yang UTAMA ialah kosongkan B sekerap mungkin, minum air banyak, jaga makan *bab jaga makan ni Mama pun failed*, kalau rajin boleh amalkan milk booster.
Untuk rekod, walaupun Mama menggunakan medela freestyle sejak zaman menyusukan Abang Iman, tapi Mama tetap tak dapat menyusukan Abang Iman sepenuhnya dengan susu Mama sendiri. Tetap campur walaupun hanya di rumah pengasuh sahaja.
Tengok, betul kan pam tak mempengaruhi. Yang penting usaha ibu. Juga ilmu dan kena jugak ada idola atau tempat bertanya; kebiasannya ibu2 yang berjaya menyusukan la yang jadi tempat bertanya tu.
Sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman...
3 comments:
Salam kenal, wah terujanya tgk susu ebm ni..rindu pulak nk mengepam lg..ank dh besar blom ade rezki ber'adik'.:)
tula.. kalo nak ber'ebm' kena la ber'anak kecik' dulu kan.. hihi
sgt eksaited tgk ebm2 ni...anak sy skrg dah 6 bln, masih fully BF tapi hasil tuaian dah tak semeriah dlu.cuma sekadar on daily basis..pam arini, abeskn utk esok...oh, jeles nye nk penuhkn fridge macam dolu2...huuu
Post a Comment