♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, March 22, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 26 ~ Update Stok Jan - Feb 2012

Malam aritu, tiba2 bersemangat nak susun stok ebm yang berterabur dalam deep freezer tu. Akibat keputusan bekalan plastik wrap aritu, maka stok yang belum diwrap adalah bertimbun. 

Ni yang malas ni. Biasanya bila da cukup bilangan ebm untuk diwrap *setiap bongkah ada 5 keping ebm*, Mama akan wrap sikit2. 

Oleh sebab itu taklah perlu meluangkan masa yang lama nak wrap ebm tu semua. Tapi disebabkan masalah plastik wrap dah habis, tertunggak la kerja Mama. Banyak ebm belum wrap. Adeh, malasnya...

Rasanya dah lama juga Mama cover balik stok plastik wrap yang dah habis tu tapi semangat takde ditambah pula dengan ramai 'pembantu'. Bila 'pembantu' tidur, Mama juga ikut sama tidur so camne tu?

Tapi bila semangat dah datang, anak2 dah tido, suami tiada di rumah, tanpa tangguh2 terus buat projek wrap ebm sekaligus susun balik ikut turutan nombor. Banyak juga yang belum diwrap. Sebahagian stok bulan Februari, manakala yang bulan Mac sekeping pun belum wrap.

EBM Januari 2012
65 oz

Gambar di atas adalah stok bulan Januari. Semua sekali berjumlah 65 oz sahaja. Hasil paling sedikit kalau nak dibandingkan dengan bulan2 lain. Nanti Mama buat entri khas tentang jumlah purata untuk sebulan.

Kenapa bulan Januari sikit sangat? Biasanya purata Mama boleh kumpul 200 oz sebulan. Em, bila dah kira2 camni baru perasan perbezaannya. Mama rasa mungkin sebab Mama sangat sibuk di sekolah, stress dengan tugasan di tempat kerja dan di rumah, sibuk menguruskan anak2 dan rumahtangga. Maka penghasilan merudum dum dum la jawabnya...

EBM Februari 2012
216 oz

Dalam pada stress itu, alhamdulillah dapat juga mengumpul 216 oz untuk bulan Februari. Syukur sangat2. Sebenarnya tak sangka juga dapat maintain kumpul 200 oz sebulan sebab bulan ini juga stress semakin stress. hihi. Tapi takpe, apa ada dengan stress itu. Take it easy sudah. Just go with the flow.. *ecewah, jangan ngengada la nak speaking bagai, cakap melayu sudah*

Mama rasa yang boleh Mama maintain stok ni sebab Mama mula terfikir satu jalan yang sebelum ni tak terfikir. Jalan ini sebenarnya sedikit sebanyak mengurangkan stress Mama bila hasil perahan semakin merudum. Nanti di entri lain Mama cerita ye...

ebm Mac yang belum dikira
tapi gatal nak selitkan jugak

Walaupun Mac belum tiba ke penghujung, saja2 lah nak tempek juga ebm bulan Mac. Ebm dalam gambar adalah stok setakat 20.3.2012 ye. SEMUA ebm bulan Mac adalah BELUM diwrap. hihi. Dan juga ebm bulan Mac Mama belum kira. Nantilah Mama update lagi.

Aish, kononnya banyak nak cerita sampai nak kena buat 'entri lain' padahal entah bila mampu nak update entri yang dimaksudkan itu. Takpelah, biar lambat asal ada.. ;)

Nantikan ya..


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥