♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, October 1, 2011

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 14 - Susu Merudum?

Minggu ini production susu Mama agak merudum gara2 stress. Bila Mama stress mula la malas makan supplement, malas minum air, mala mengepam, malas itu malas ini. Padahal dah tau dah kalo malas2 nanti susu merudum. Ha, kan betul merudum.

Tahap merudum Mama tu, biasa kalo pam purata dapat dalam 5-6 oz, atau paling banyak 8-9 oz, tapi bila merudum ni dapat la 2-3 oz sekali pam. Walaupun Mama tetap bersyukur dengan 2-3 oz tu, tapi Mama juga berusaha untuk up semula production susu Mama.

Apa yang Mama buat untuk tingkatkan penghasilan susu seperti sebelum ini?

1) Mama aturkan semula jadual pemakanan supplement.
2) Mama aturkan semula jadual mengepam.
3) Minum air banyak sekurang2nya 2L sehari.
4) Minum esp + performance drink + jus kurma pegaga.
5) Minum susu marigold HL.
6) Buat power pumping setiap malam.

Setelah 2 hari Mama berusaha, alhamdulillah production susu Mama perlahan2 meningkat semula. Hari ketiga Mama berjaya dapat 5 oz lebih untuk sekali sesi mengepam. Alhamdulillah syukur..

ini adalah hasil power pumping Mama pagi tadi

Walaupun production sudah mula menunjukkan peningkatan, namun Mama masih meneruskan usaha meningkat production Mama. Tidak mudah berasa selesa dengan production sekarang, Mama teruskan buat power pumping untuk kali ketiga pagi tadi.

Sepatutnya Mama buat power pumping malam tadi tapi disebabkan kepenatan lalu tetidur, maka Mama qada pagi ini. Buat tetap kena buat. Tekad Mama ak buat power pumping setiap hari. Memang berkesan meningkat hasil pengepaman bila kita rajin buat power pumping.

Mungkin ada yang tak tau camne nak buat power pumping ni kan. Mudah saja sebenarnya. Biasanya Mama buat pam 10 minit - rehat 5 minit - pam lagi 10 minit - rehat lagi 5 minit. Mama akan buat selama sejam. 

Adakalanya tengah best2 buat projek power pumping, Bunyamin pula nak menyusu. Mama dengan senang hati menyusukan Bunyamin pula kemudian sambung lagi power pumping. Camtu la setiap malam. Setakat hari ini Mama baru buat 3 hari. Insya-Allah nak continue seminggu lagi secara konsisten.

Moga2 selepas ini semakin meningkat penghasilan susu Mama. Apa saja yang terbaik untuk anak2 Mama... ;)


Yang Ini Pun Best



1 comments:

Set Menyusu , Berpantang & Milkbooster Shaklee said... [Reply to comment]

alhamdulillah..susu bertambah semula.. :)

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥