Susu kuning?
Mama mengambil supplement Shaklee sejak zaman menyusukan Abang Iman lagi. Mama meneruskan pengambilannya ketika mengandungkan Bunyamin hinggalah ke hari ini. Cuma berhenti mengambilnya seketika masa awal2 kelahiran Bunyamin dulu sebab risaukan G6PD dan jaundisnya walaupun sebenarnya tidaklah memberi kesan buruk.
Siang tadi ada kematian nenek saudara Mama. Maka agak kelam kabut bersiap balik kampung menziarahi jenazah. Dalam kepala memang teringat nak bawa bekas ubat Mama. Namun disebabkan kelam kabut bukan nak naik bot punya pasal, terlupa akhirnya.
Maka hari ini Mama tidaklah mengambil apa2 supplement pada sebelah siangnya. Sebelum maghrib kami sekeluarga bertolak pulang ke rumah. Bila dah sampai tu bukannya boleh terus makan kan. Bersihkan diri, susukan Bunyamin sambil mengepam, uruskan hasil perahan, barulah berkesempatan makan.
Malam ini Mama tak lalu makan nasi, so makan roti sahaja. Aksi ini tidak boleh ditiru oleh breastfeed mom ye sebab breastfeed mom kena makan banyak untuk hasilkan susu yang banyak. Tapi roti yang Mama makan adalah banyak. Cicah dengan milo panas. Selepas makan barulah Mama ambil semua supplement Mama. Supplement apa? Itu Mama akan ceritakan dalam entri lain ya.
Jam 12 malam Mama mengepam dan simpan hasil perahan disimpan dalam tempat simpanan biasa macam yang Mama dah cerita kat SINI kan. Kunci jam kul 2 pagi lalu bangun mengepam lagi. Simpan lagi dalam tempat simpanan biasa.
Tapi... eh, ada kelainan pada susu Mama. Sedikit kekuningan pada susu yang diperah pada jam 2 pagi. Baru teringat pasal supplement yang Mama makan tadi. Memang vitamin B complex yang Mama ambil akan memberi kesan kekuningan pada air susu yang diperah.
kiri - perahan jam 12 malam
kanan - perahan jam 2 pagi
Ini bermakna khasiat vitamin2 yang Mama ambil masuk juga ke perut Bunyamin. Moga2 Bunyamin sentiasa sihat dengan khasiat susu ibu yang diperkaya dengan vitamin2 yang diperlukan oleh tubuh manusia.
kiri - warna keputihan
kanan - agak kekuningan
Oh ye, jam 2 pagi adalah hasil perahan B sebelah kanan sahaja kerana Bunyamin bangun menyusu di sebelah kiri. Selepas mengepam sambil Bunyamin menyusu, Mama rasa nak update blog sikit. Pasni nak mengepam pula untuk sesi jam 4 pagi.. Chaiyok chaiyok Mama!
0 comments:
Post a Comment