Sebenarnya Mama dah coretkan kisah sedih KAT SINI. Malas nak cerita lagi dah. Arini Mama cuma nak cerita pasal ebm Mama yang terpaksa dibuang.
Masa Mama sakit telinga aritu, doktor bagi ubat yang tak selamat untuk breastfeeding. Oleh sebab itu, Mama terpaksa minta tolong orang lain susukan Bunyamin dengan stok susu Mama manakala susu yang Mama pam kena la buang.
4.5 oz terbuang
Sayang memang la sayang. Tapi apa daya Mama, terpaksa jugak buang. Banyak jugak la yang terpaksa dibuang tu. Kalau ikutkan memang taknak ambil ubat ni, tapi sebelum tu Mama dah consume ubat yang selamat untuk breastfeeding tapi tak berkesan. Tu yang follow up semula dan doktor preskipsi ubat yang lebih kuat.
1.5 oz terbuang
Mama start makan ubat dalam waktu tengahari, malam tu Bunyamin resah gelisah dah tak dapat nenen dia. Jenuh jugak nak tidokan. Plan asal Mama nak mengepam setiap 3 jam tapi disebabkan tak larat sebab sakit sangat (walau sudah makan ubat), maka waktu mengepam tu dalam 4-5 jam sekali.
4.5 oz terbuang
Kalau ikutkan Mama kena consume ubat tu dalam 4-5 hari tapi disebabkan tak tahan tengok Bunyamin tak tentu arah, Mama berkorban menahan sakit tu dengan stop ambil ubat. Memang sakit tapi demi anak apa2 pun sanggup kan.
3.5 oz terbuang
Masa Mama sakit tu, Bunyamin baru 10 bulan. Belum cukup setahun pun lagi. Mana la hati Mama tak sedih. Nak tidokan dia, Mama kena lari2. Mama juga tak boleh baring depan dia, pasti dia akan datang sondol2 nak nenen.
3.5 oz terbuang
Alhamdulillah, beberapa hari lepas tu Mama beransur sembuh. Takpela, ini ujian. Dan 3 bulan selepas itu Mama sakit semula di telinga yang sama. Tapi tak seteruk dulu. Tak sampai perlu makan ubat yang kena stop breastfeeding. Tapi Mama terpaksa korbankan sehari puasa sebab Mama sakit tu masa awal Ramadhan yang lalu.
Tak lama pastu sakit kaki pulak. Aih, macam2 penyakit haih. Takpe, Mama redha. Cuma Mama kesiankan anak2. Alhamdulillah walau sakit Allah permudahkan segala urusan...
1 comments:
Ϻy partner and I sfumbled over here from a dіfferent website and thougght I might check things out.
I like what I see so now i'm following you.
Look forward to looking over your web pɑge again.
My pagе: distance learning
Post a Comment