♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, August 5, 2011

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 9 - Update Stok EBM

Hari ini Bunyamin berusia 56 hari. Hampir 2 bulan sudah. Bermakna sudah 22 hari Mama berusaha keras mengumpul stom ebm untuk Bunyamin bila Mama dah mula kerja nanti. 

Walaupun hasil perahan Mama taklah semeriah ibu2 lain yang dapat mengepam beroz2 dalam satu sesi, namun Mama berbangga kerana dapat juga melihat botol2 kosong itu penuh menghiasi peti ais rumah Tok Mama dengan di dalamnya tersimpan anugerah Allah buat anakanda Mama.
stok ebm beku : 69 botol x 3 oz = 207 oz

Mama sangat suka melihat botol2 ini tersusun rapi di dalam peti ais sebab ianya berwarna-warni. Ceria..seceria hati Mama bila melihat 'anak2 angkat' Mama ini berbaring dengan cantiknya di dalam fridge. 

Mungkin kelakar bunyinya, tapi inilah sumber inspirasi Mama untuk lebih gigih mengepam mengumpul stok sementara masih bercuti dan mempunyai banyak waktu terluang ini. Doa Mama agar bila dah mula kerja nanti, stok ebm akan maintain sebegini jua. Amin amin ya rabbal alamin... 
pandangan keseluruhan fridge
bawah tu memang dah padat sangat

Jika dilihat dalam gambar di atas, fridge bahagian bawah dah sangat padat. Memang takleh masuk apa2 lagi dah. Mujurlah fridge rumah Tok Mama memang takde simpan apa2 lauk basah seperti ayam atau ikan terutamanya di bulan Ramadhan ni kan. Kalo tak terpaksa la berebut2 tempat dengan ebm Mama.. hehe..

Bila dah penuh camni, terfikir juga nak sambar deep freezer sebijik kan. Dah suarakan hasrat hati pada Ayah, insya-Allah kalau ada rezeki lebih boleh la diusahakan. Mama berkenan upright freezer sebab nampak kemas dan senang nak susun keluar masuk ebm dalam drawer2, tapi Mama risau si Abang. Abang Iman sekarang dah pandai buka tutup pintu peti ais, dah la fridge rumah tu kat bahagian bawah.
upright freezer

Takut2 Abang buka pintu fridge/upright freezer tu pastu tak tutup rapat, tak ke meraung pagi esok tengok ebm semua cair. Oh no no no.. Tak dapat dibayangkan situasi ngeri itu. Oleh sebab itu, Mama rasa better dapatkan deep freezer jenis camni jela kan. Susah sikit kot Abang nak buka. Beli yang comel2 dah la kan. Janji ada tempat simpanan khas untuk ebm Mama bermukim dengan selamat sebelum digunakan kan..

deep freezer

Fridge rumah Tok Mama adalah sama dengan fridge rumah Mama. So belum balik rumah pun dah tau dah camne keadaan ebm Mama nanti. Bukan ebm saja, dengan ice pack lagi, dengan ebm cair yang baru nak dibekukan lagi. Yela kan, takkan la ebm cair yang nak dibekukan secara baring tu nak dibaringkan atas ebm2 beku atau ice pack, tentulah tak rata jadinya nanti.

ice pack MLO yang baru dibeli
dan ice pack medela
nampak tak ebm beku dalam liner di celah2 ice pack tu
gara2 tak muat ruang la ni.. ;)

Memang kena ada tempat khas untuk nak bekukan ebm yang cair tu. Bila dah beku barulah boleh letak di mana2 sesuka hati kan. Fridge Mama pulak jenis kat pintu takde ruang. So memang nak taknak kena sumbat semuanya dalam fridge.

susu cair yang dah disejukkan di bahagian tempat simpanan sejuk
sedia untuk dibekukan
kena la letak dalam tempat khas supaya ianya rata untuk disusun menegak bila dah beku nanti
menjimatkan ruang ;)

Ada kes2 terpencil Mama pernah dengar, ibu2 yang mengalami masalah tempat simpanan ebm ni lebih rela mengurangkan sesi pengepaman sebab nak kurangkan stok supaya takde la masalah nak letak mana kan. Bagi Mama.. oh no no no.. takde tempat simpan ke ada ke tetap akan ku pam ikut jadual seperti biasa. Takut ooo kalo susu tetiba merudum ke apa, stok kurang kan, pastu gelabah pastu susah hati pastu mula la susu pun malu2 kucen nak kuar kan.

Tak sanggup kuhadapi situasi sebegitu sekali lagi. Cukuplah dengan pengalaman lalu yang mengajar Mama supaya sediakan payung sebelum hujan. Kang kalo dah hujan kang mula la hujaaan je terus (nanges la tu maknanya).

Selain ada ruang khas untuk ebm, Mama juga tak perlu terkejar2 due date ebm2 tu sebab deep freezer ni boleh simpam ebm antara 6 bulan hingga setahun. Tak ke lama tu...


Moga2 Ayah approve la hasrat Mama nak deep freezer ni. Bukan untuk orang lain kan, untuk anakandanya juga.. ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥