Namun bagi diri Mama, mengambil supplement adalah penting kerana :
1) Mama tau pola pemakanan Mama dan dah sedia maklum bahawa pemakanan Mama sememangnya tak seimbang setiap hari. Memang tak boleh nak konsisten mengambil makanan seimbang disebabkan kesibukan bekerja dan mungkin juga tak mengambil berat tentang pemakanan seimbang. Asal sedap je belasahhh.. Hehe..
2) Kerana Mama merupakan seorang ibu yang bekerja dan mempunyai anak 2 serta memerlukan tenaga yang banyak menguruskan rumahtangga serta kerjaya.
3) Kerana Mama juga merupakan seorang ibu yang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Oleh sebab itu badan Mama memerlukan khasiat secukupnya untuk baby dan juga untuk badan Mama sendiri.
Di atas sebab2 yang telah dinyatakan di atas, maka Mama memilih Shaklee sebagai supplement Mama. Mulanya hanya trial pack, bila merasakan ianya serasi dengan badan (badan lebih bertenaga, tak mudah letih, tak mudah stress, penghasilan susu meningkat), terus Mama ambil full pack.
Namun begitu, apa yang Mama perhatikan, pengambilan supplement juga memerlukan jadual khas bagi memastikan ianya diserap sempurna oleh tubuh badan. Pengamal supplement juga perlu minum lebih banyak air berbanding orang yang tidak mengamalkan supplement. Biasanya Mama mengambil sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari. Mula2 tu memang rasa macam nak muntah juga tapi lama2 alah bisa tegal biasa...
Kat sini Mama nak kongsikan jadual pengambilan supplement di bulan biasa serta di bulan Ramadhan...
Bulan Ramadhan
Selepas bersahur :
Vita-lea
B complex
3 biji Alfalfa
1 sudu ESP + performance drink
Selepas berbuka :
Vitamin C
Ostematrix
3 biji Alfalfa
1 sudu ESP + performance drink
Sebelum tidur :
Omega
Zinc
3 biji Alfalfa
1 sudu ESP + performance drink
supplement Mama
nampak macam banyak tapi bila makan ikut jadual
sebenarnya biasa saja
Bulan biasa
Selepas sarapan pagi :
Vita-lea
B complex
2 biji Alfalfa
Selepas makan tengahari :
Vitamin C
Omega
2 biji Alfalfa
Selepas makan malam :
Ostematrix
Zinc
2 biji Alfalfa
Setiap kali lepas mengepam :
1/2 sudu ESP + performance drink
2 biji Alfalfa
jadual makan supplement Mama
siap tampal kat dinding supaya senang nak makan
Mula2 Mama hentam je makan sekaligus semua sekali. Tapi bila Mama makan ikut jadual camni, Mama dapati kesannya lebih cepat dan bertahan lama. Dalam bulan puasa ni alhamdulillah badan taklah lembik sangat berbanding masa berpuasa sambil menyusukan Abang Iman dulu. Masa tu Mama baru kenal Shaklee, so badan Mama pun masih dalam proses penyesuaian dengan supplement.
Setelah 2 tahun lebih consume Shaklee, alhamdulillah Mama kini lebih ceria, bertenaga, susu pun meningkat. Pada yang nak mencuba boleh klik blog Kak N untuk dapatkan maklumat lanjut atau untuk pertanyaan.. ;)
Eh, bukan untuk yang dah kahwin atau ibu2 saja, untuk anak dara, warga emas, bapa2 pun boleh ambik supplement tu untuk kesihatan yang optimum..
0 comments:
Post a Comment