♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, August 20, 2010

Kronologi Kelahiran Anakanda Ahmad Iman Bukhari Part 2

sambungan Kronologi Kelahiran Anakanda Ahmad Iman Bukhari Part 1


Awal2 terbaring di labour room Mama masih sempat tengok sana tengok sini. Sempat jugak jenguk orang sebelah. Anaknya yang ni adalah yang ke-7 setelah 7 tahun tak melahirkan. So..kes akak ni dah jadi macam kes anak sulung la. Respect kat akak ni sebab walaupun sakit tapi bibirnya sikit pun tak mengaduh. Muka pun releks aje. Malangnya perjuangan akak ni terpaksa berakhir di bilik bedah ekoran darahnya yang naik tinggi sebab lama sangat proses mengeluarkan baby tuh...


Mama juga ada terdengar sorang akak nie dengar je..bukan tengok tau, dia jerit2 mintak tolong doktor sebab tak tahan sakit. Bising dan kecoh la jugak. Nurse2 sumer tenangkan dia. Mama fikir, "anak sulung biasa la..takde pengalaman.." Mungkin sakit bercampur baur dengan rasa takut. Lastly dia berjaya jugak melahirkan anaknya. Bila nurse tunjuk anunya...tersentak dan sayu hati Mama bila dengar dia cakap "laa..boy lagik.." Sian baby tuh..kelahirannya tidak dihargai.. Pastu masa nurse tengah jahit lukanya dia cakap "saya taknak mengandung lagi sebab saya takut bersalin..tapi suami saya nak lagi anak.." Time tu baru la Mama tau rupanya bukan anak sulung.. Tapi kecohnya mengalahkan Mama yang anak sulung ni ha.. Macam2 kerenah di laabour room nie...


Lebih kurang jam 8.00 pagi, doktor induce ubat melalui drip di tangan kiri Mama untuk cepatkan bukaan rahim. Mama tanya pada nurse jangkamasa tindakbalas ubat tersebut. Nurse cakap ikut orang, ada yang dos rendah dah bertindakbalas.. ada jugak yang sampai max dos pun still takde pape.. Mama berdoa moga Mama tergolong dalam golongan yang pertama la..


Tak lama pastu Mama mula rasa sakit semakin kuat.. Nurse datang tanya nak cucuk ubat kurangkan sakit ke? Mama cakap buat la apa2 yang nurse rasa patut. Pastu nurse cucuk kat peha Mama. Mak aii..nama je ubat tahan sakit, tapi masa cucuk masuk badan pun sakit ya amat.


Time ni memang dah tak teringin nak tengok apa2 dah.. Dalam hati hanya ingat Allah.. tok mama, ayah dan iman.. Masa tuh Mama panggil iman "adik"... Sepanjang2 Mama menahan sakit tuh Mama baca doa Nabi Nuh masa dalam perut ikan nun. Dah tak ingat nak baca yang lain. Sambil2 tu cuba larikan tumpuan daripada sakit tuh dengan memikirkan keadaan ni kejap aje, sakit kejap aje sebab nanti sakit hilang bila dah dapat tengok dan cium adik. Mama juga cakap dalam hati Mama berkorban ni untuk Ayah dan Adik. Airmata ni memang dah taktau nak cakap dah..berderai2 ha.. Bukan saja sebab menahan sakit.. tapi juga terharu, sedih dan tersedar betapa besarnya pengorbanan ibu2 demi melahirkan 1 nyawa.


Masa sakit kuat tuh, Mama ada la mengerang kesakitan jugak. Tapi rasa2nya tak kuat sangat kot. Mama hanya pejamkan mata je. Mama rasa Mama sempat tertido2 di antara masa kontraksi tuh akibat ubat yang dicucuk melalui peha tadi. Nurse suruh Mama sedut gas ubat tahan sakit kat tepi katil Mama bila tengok Mama macam sakit sangat. Mama buat tapi tak hilang jugak sakitnya malah semakin kuat. Nurse juga cakap kalo rasa nak teran bagitau. Tapi Mama tak rasa nak teran sangat2 pon. Ada rasa tapi sikit2 aje. Tapi Mama bagitau jugak kat nurse tuh.


Bila nurse tengok bukaan.. its time !!! Pastu diorang pun siapkan gajet2 sumer.. Dah ready sumer dorang ajar Mama cara meneran. Alhamdulillah Mama dapat nurse2 yang sangat prihatin. Masa tuh Mama punya la mengantuk. Sampai nurse pujuk jangan tido lagi...jangan tido lagi... Walaupun Mama tak reti cara yang betul pada awalnya, namun dengan bantuan mereka Mama akhirnya selamat melahirkan iman setelah lebih kurang sejam berjuang. Pas iman dah selamat dilahirkan, nurse tunjuk pada Mama dan suruh Mama cakap jantinanya. Mama cakap "lelaki". Nurse tanya 3 kali. Sebab Mama ala2 lalok sket dah time tuh..


Pastu nurse bawak iman untuk dibersihkan. Sorang nurse senior bagitau kalo Mama nak tido dah boleh tido dah. Rehat. Tapi masa ni Mama dah tak rasa nak tido sangat dah. Mama nangis2 taktaula kenapa ek. Nak kata terharu atas kelahiran iman, mungkin. Nak kata sebab letih sangat2, mungkin jugak. Nak kata sebab lega segala dah selamat, mungkin jugak. Bila nurse tanya, Mama hanya mampu jawab "letih la nurse".. Pastu nurse pujuk Mama dan cakap "besalin memang letih..boleh tido dah..pasni tahan sakit jahit je lagi.."


Alamak ! Ni pun masa yang digeruni jugak ni. Tapi mata lak dah tanak tido. Tadi ngantuk sangat. Dah tiba time boleh tido tak ngantuk pulak.. hisyy... Nurse keluarkan uri dulu. Haa..masa nak keluarkan uri ni baru la Mama rasa betul betul betul betul nak meneran. Tapi nurse x bagi teran pulak sebab takut rahim terkeluar. Masa ni rahim lembut..senang nak keluar..


Masa proses jahit luka, memang sakit jugak tapi rasanya ok kot. Alhamdulillah... Mama mintak dibius sebab dah tak larat menahan sakit. Nurse cakap bahagian dalam memang bius.. tapi bahagian luar takleh bius sebab takut kembang nanti payah nak jahit elok. Alhamdulillah la proses jahit tuh tak lama...


Lepas siap jahit kaki Mama diturunkan dari besi tuh. Mama dipakaikan baju wad warna pink tuh. Diorang bersihkan katil Mama. Pastu bagi Mama milo panas. Mama disuruh berehat. Masa ni memang best.. Dah lam dalam aircond..selimut tebal..dah tak sakit..lega sangat2.. Mama tertidur kat situ sampai la nurse bawak iman jumpa Mama.


Pertama kali menatap wajah iman, Mama tersenyum penuh makna. Yang mula2 Mama nampak ialah pusar iman yang kat depan, atas sikit je dari dahi. Ikut Mama. Hehe.. Mama ambil kesempatan menyusukan iman. Iman pandai menyusu walaupun baru kali pertama. Nurse tu cakap yang datang tengok tadi Ayah, Tok Mama dan Tok Nek. Tok Nek cakap iman girl. Hehe.. Muka iman memang ramai yang cakap macam girl. Lembut dan selalu tersenyum...


Iman lahir pada jam 12.40 tengahari, 4 Jun 2009. Mama ditolak masuk wad pada jam 3.30 petang. Waktu melawat petang tuh jam 4.30 petang...riuh rendah la wad Mama dengan keluarga kedua-dua pihak meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga.


Indahnya kenangan itu... Menjadi ingatan dan pengalaman berharga dalam lipatan sejarah peribadi hidup Mama...Detik bergelar seorang MAMA...



Yang Ini Pun Best



2 comments:

Zaidah said... [Reply to comment]

firas lahir 20 jun 2009 pukul 8.30 malam...sebayalah diorang niekan...

babylove said... [Reply to comment]

hehehehehe.. 4 kali melahirkan.. lain2 style... hehehhe.. pjg ooo nak cite!

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥