Selepas mengemas deep freezer secara berjemaah beramai2 cuti sekolah yang panjang aritu, Mama sedikit lega sebab deep freezer Mama dah tersusun dan mudah nak ambil ebm terawal. Mama hanya wrap sedikit2 sahaja ebm yang dibekukan selepas projek aritu.
Maklum sajalah, ada 2 putera yang rajin membantu kan. Sorang putera rajin tolong kikis 'salji' tepi dinding deep freezer, sorang lagi kuang kuang nangis sebab kena tinggal. Padahal bukannya tinggal jauh pun, ada la sedepa je pun. Saja je tau.
Selang 4,5 hari ke seminggu ke, Mama wrap la sikit2. Bila bunyi 'siren' kena stop la. Tak khuatir sangat sebab ebm yang banyak2 aritu dah selamat diwrap. Dah susun2 semua, inilah dia stok terkumpul setakat ini...
update stok setakat 8.2.2012 ~ 1056 oz
Dalam gambar ni, sebelah kiri yang dalam bekas kuning tu baru je nak bekukan. Yang bawah raga tu la stok yang disusun aritu. Stok Ogos hingga Disember. Yang sebelah kiri tu stok hujung Disember sampai sekarang. Ada yang belum wrap sebab wrapping plastic habis. haha.
Syukur ya Rahim... ;)
0 comments:
Post a Comment