♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, March 22, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 25 ~ Review Pam Manual Avent

Entri Mama sebelum ini adalah berkaitan pam susu kesayangan Mama, Medela Freestyle. Entri kali ini nak tambah sedikit juga berkaitan pam susu. 


Oleh kerana Bunyamin sudah 9 bulan usianya, sudah aktif merangkak sana sini, kuat berdiri pegang2 dan adakalanya goncang2 tempat berpautnya itu, maka adalah sangat sukar untuk Mama tandem pumping. 


Apa kebenda la pulak dah dengan tandem pumping ni? Tandem pumping ni boleh jugak disebut sebagai tandem nursing. Caranya sebelah baby menyusu, sebelah lagi kita pam. Kira dua2 cik B bekerja secara serentak mengeluarkan susu. Cara ni sangat praktikal untuk tingkatkan stimulasi sekaligus tingkatkan penghasilan susu.


Selain daripada itu, tandem pumping juga memberi faedah 2 dalam 1 iaitu dapat mengenyangkan bayi sekaligus dapat juga buat stok. Mama sangat suka buat tandem pumping ni ketika dalam pantang aritu dan juga ketika Bunyamin masih kecil *hanya tau baring saja*.


Sekarang ni memang dah lama Mama tak buat tandem pumping. Rindu saat manis itu. Dulu masa dalam pantang, kan Mama ada cerita Mama mengepam setiap 2-3 jam. Jika sudah tiba waktu mengepam, namun dalam masa yang sama Bunyamin bangun minta susu, Mama akan buat tandem pumping ini untuk memberi extra rangsangan kepada extra penghasilan susu ibu. Mudah cakap kita ciptakan 'demand' yang tinggi, so 'supply' juga akan tinggi. Insya-Allah...


Bila zaman kemeruduman melanda, rasa nak buat balik tandem pumping ni. Pernah cuba 2,3 kali tapi si kecil Bunyamin sudah pandai main tarik2 tiub sampai pernah hampir tumpah susu Mama. Aduhai...


Resolusi untuk masalah ini, Mama mencuba manual pam Avent. Belum pernah tandem lagi dengan Bunyamin, tapi sebab review daripada kawan2 yang sangat mengujakan, maka Mama tandem dengan Freestyle je dulu. hihi. Ada ke istilah tandem dengam sama2 pam? Ala, kira double pam la, tapi sebelah Mama guna Freestyle sebelah lagi guna Avent.


hasil perahan menggunakan Medela Freestyle (kiri) dan Avent Manual (kanan)

Dalam masa hampir 20 minit, hasil yang Mama perolehi untuk freestyle adalah 3.5 oz manakala untuk avent adalah 3 oz. Kesimpulannya, hasil adalah lebih kurang sama.

Review Mama untuk manual pam Avent (berdasarkan pengalaman 2x mengepam, juga berdasarkan pendapat peribadi sahaja)  :

  • Suction soft, memang tak menyakitkan langsung.
  • Mula2 Mama teruja dengan 5 petal massagenya, tapi bila guna rasa soft sangat macam tak puas lak. Try kali kedua tanpa petal massage, baru sedap.
  • Hasil lebih kurang dengan Avent.
  • Part besar2 macam freestyle jugak dan mudah diuruskan.
  • Mudah dibawa sebab ringan.
  • Tak serabut dengan wayar dan tiub bagai sebab manual kan. ;) 
  • Bakal menjadi pam kesayangan Mama. ;)
6.5 oz

Syukur Alhamdulillah, inilah hasil perahan sesi pertama hari ini. Untuk sesi kedua Mama dapat 2 oz untuk setiap cik B, kali kedua tukar pulak, kanan freestyle kiri avent. Tetap hasilnya lebih kurang sama.

Mungkin juga dah bercuti seminggu, dah legakan tekanan2 sebelum cuti, juga Mama mula ambil softgel habbatussauda', maka pengeluaran pada hari ini agak meriah setelah melalui zaman kemeruduman sejak 2 bulan yang lalu.

Syukur ya Rabbi...


 

Yang Ini Pun Best



1 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Softgel habbatusauda tu nak beli kat mana? Apa nama dia?

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥