♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, March 7, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 23 ~ Review Plastik Simpanan Susu

Maafkanlah jika entri2 Mama kebanyakannya 'berbau' susu ye. Sebab Mama nak menaikkan semangat Mama sendiri untuk terus berjuang menyusukan Ahmad Iman Bunyamin hingga ke usianya 2 tahun. Insya-Allah...

Oleh sebab itu, kebanyakan entri Mama berkisar tentang perjalanan penyusuan Mama. Harap janganlah bosan ye. Kalau terasa bosan, cuba tengok sebelah kanan atas tu ada tanda X kan? Sila klik ye.. No heart feeling punya.. hihi..

Baiklah, entri kali ini Mama nak cerita sedikit tentang plastik simpanan susu yang pernah Mama guna. Maafkanlah jika gambar2 ada yang pinjam dari uncle google ye.. Sebab tak dan nak snap sendiri punya pic. *alasan*

Masa zaman menyusukan Ahmad Iman Bukhari dulu, Mama ada sekotak liner brand Playtex. Tak guna pun sebab masa tu susu pun ciput, botol pun tak guna habis ini kan pula liner. Huh, tak memandang *bak kata orang peghak*

Sebelum bersalin si Bunyamin, Mama ada beli storage bag brand You Have A Baby (100 pcs). Saja nak bagi lebih semangat, target nak gunakan storage bag tu walau camne gaya sekalipun. Azam kena kuat. Target kena tinggi kan. haha.

Alhamdulillah, berkat usaha dan doa tak putus2, juga dengan izin dan pertolongan Allah jua, Mama berjaya gunakan kesemua botol (lebih kurang 70 biji) dan 100 pcs storage bag yang Mama beli sebelum bersalin tu. *botol adalah masa zaman abang, cuma tambah 10 biji saja lagi*

Duk google2 dan baca pengalaman kawan2, juga sebab ada sale, Mama try gunakan storage bag brand Autumnz (25 pcs). Setelah menggunakannya, ada pro dan kontranya. Ini adalah pendapat peribadi Mama saja ye. Ramai yang sukakannya tapi Mama kurang berkenan.


Autumnz Storage Bags

Kebaikannya, ia berseal kiri, kanan, atas dan bawah so memang diyakini selamat dari kebocoran, insya-Allah. Plastiknya juga tebal. Bahagian bawahnya ada tapak so boleh berdiri. Paling best ia ada double zip lock so takyah susah2 nak seal lagi.


Tapi Mama kurang berkenan sebab bila bekukan ia tak jadi nipis sangat, ia jadi sedikit gemuk dan susah nak simpan. Dah kata tadi ini pendapat Mama saja ye. Mama memang wrap setiap 5 pack ebm untuk mudah susun supaya ta gelongsor satu sama lain. Brand ni memang agak sukar nak wrap sebab ia macam membulat kat bahagian perutnya walaupun dah bekukan secara baring. Pastu Mama khuatir bucunya yang tajam akan membocorkan kawan2 yang lain. Oleh sebab itu, Mama dah tak beli lagi. hihi.


Bersama2 dengan autumnz, Mama beli juga brand Jingle Jungle. Memang ok sangat, tapi ianya besar (12 oz) manakala Mama hanya simpan 3 oz saja setiap plastik, untuk sekali feeding, supaya mudah Mama nak cairkan bila nak bagi kat Opah pengasuh. Oleh sebab itu, Mama dah tak beli jugak dah.



Jingle Jungle Storage Bags


Akhirnya setelah mencuba pelbagai brand, Mama memilih yang ini sebagai pilihan hati. hihi. Brand You Have A Baby. Ada 100 pcs, 8 oz, murah, berbaloi2. hihi.


You Have A Baby Storage Bags

Walaupun ianya takde zip lock, Mama suka. Plastiknya tak setebal autumnz dan jingle jungle tapi just nice la. Ukuran oz juga just nice dengan sukatan ebm Mama, tak kecil sangat dan tak besar sangat.  Pendek kata 'just nice'. Mama gunakan plastik sealer untuk seal ebm Mama. Boleh baca di ENTRI INI. Memang menjimatkan ruang peti ais juga.

Mula2 guna mungkin rasa agak leceh tapi lama2 alah bisa tegal biasa. Alhamdulillah setakat hari ini pernah sekali saja bocor bahagian bawahnya. Lepas tragedi 3 oz susu tumpah gara2 bahagian bawahnya bocor tu, sekarang ni Mama akan lapik dengan kole besar, in case bocor ke apa insya-Allah masih dapat diselamatkan. Lain2 alhamdulillah sangat ok. Kadang2 ada juga yang penyek2 tapi masih cukup 100 pcs, mungkin yang penyek2 tu tak kira kot. hihi.

Untuk rekod, gambar di atas adalah kotak keempat dan kelima yang dah Mama beli. Kotak pertama masa sebelum bersalin, kotak kedua dan ketiga masa cuti sekolah hujung tahun lalu dan kini dah nak masuk kotak keempat dan kelima. Syukur dengan rezekinya...

Mama beli online je sebab kat tempat Mama ni pernah jumpa sekali je pastu dah takde jual dah. Agaknya orang kurang gemar sebab dia takde zip lock kan. Apa2pun yang penting Mama suka. hihi... Harganya rm25 (kebanyakannya jual rm29.90), kalau beli dua offer dengan harga RM48 sahaja. Termasuk pos adalah RM56. Masih jimat lagi kan.

Biasanya bila dah sampai ke tangan Mama, Mama akan labelkan siap2 dengan nombor mengikut turutan dan satu lagi label kosong untuk tulis tarikh dan oz. Gambar non ado sebab malas snap. haha. Nanti kalau rajin Mama tempek kat sini yo...

Yang Ini Pun Best



3 comments:

Imaan09 said... [Reply to comment]

tq for the review..currently saya tgh guna lebihan YHAB y kawan bag sbb dia xabes pakai..so far ok laa, tp hanya menyimpan..blum amik pakai lagi..nk tanya.. klu nk pakai, lemak2 susu xlekat n xtertinggal ke dkat plastik tu?
lagi satu.. 'plasctic sealer' tu cmana sis? sbb slalu saya gna gelang getah je..

mamaiman said... [Reply to comment]

pas dah cairkan, goyang2 lembut plastik tu bagi semua susu dan lemak sebati.. baru gunting dan masukkan dlm botol.. kalau tertinggal pun hanya sikit2 sajalah lemaknya tu..

nak seal dengan plastic sealer tu leh klik link yg saya add tu.. memudahkan awak nak view nanti..

thanks sbb bertanya ye.. ;)

~*Dandelicious Princess*~ said... [Reply to comment]

Beli kat mane ye...

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥