♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, July 23, 2011

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 3 - Penyimpanan EBM

Penyimpanan ebm

Selepas mengepam, Mama biarkan seketika dalam suhu bilik untuk menstabilkan suhu susu yang baru diperah. Ini kerana susu yang baru diperah adalah sedikit panas. Tak caye? Cuba lihat dinding botol susu selepas selesai mengepam. Anda akan dapati terdapat sedikit haba di situ. Susu perahan dapat bertahan di dalam suhu bilik selama 2-4 jam.

Setelah beberapa minit (biasanya tak lama sebab khuatir Abang menumpahkannya atau pada waktu malam risau Mama pula yang menumpahkannya.. sayang..), barulah Mama simpan di dalam peti ais (tempat simpanan biasa).






Susu tidak seharusnya terus disimpan di dalam tempat simpanan sejuk beku bagi memastikan suhunya stabil di dalam tempat simpanan biasa terlebih dahulu. Susu yang disimpan di dalam tempat simpanan biasa boleh bertahan 24-48 jam.


Oleh kerana Mama baru mula mengepam dan adakalanya tandem pumping seperti dalam entri terdahulu, maka hasil perahan Mama tidaklah semeriah mana.


Mungkin sebab B baru nak membiasakan diri kembali dengan pam. Kan dah lama tak mengepam, so B pun memerlukan sedikit masa menyesuaikan diri kembali dengan pam.


Hasil yang sedikit2 itu Mama kumpul2 dulu dalam tempat simpanan biasa. Bila agak2 dah cukup dalam 3 oz barulah Mama akan satukan dalam satu botol lain yang dah dilabel dengan tarikh dan bilangan botol.


Sengaja Mama tuliskan nombor bilangan botol untuk memudahkan Mama menyusun mengikut tarikh terdahulu. Jenuh juga kalau nak menelek2 tarikh mana yang dulu tarikh mana yang kemudian. Dengan menulis nombor di setiap botol lebih memudahkan Mama.


Setelah semua susu dimasukkan dalam botol yang telah dilabelkan, barulah susu tersebut disimpan dalam tempat simpanan sejuk beku untuk proses pembekuan dan stok ebm. Susu yang disimpan dalam peti ais 1 pintu dapat bertahan sehingga 2 minggu, manakala di dalam peti ais 2 pintu pula dapat bertahan sehingga 3 bulan. Jika disimpan dalam deep freezer pula ianya dapat bertahan daripada 6 bulan hingga ke 1 tahun mengikut keupayaan deep freezer tersebut.


Adakalanya cemburu melihat hasil perahan ibu2 lain yang boleh diagihkan dalam beberapa botol hanya dengan sekali sesi perahan. Namun begitu ianya tidaklah mematahkan semangat Mama untuk lebih gigih lagi stimulasi B dengan kerapkan mengepam supaya hasil perahan Mama juga mampu sebanyak mereka.


Moga Allah permudahkan urusan Mama demi anakanda2 tersayang.. ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥