♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Monday, July 25, 2011

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 7 - Jadual Pengepaman

Pada awal mengepam secara serius untuk mengunpul stok ebm, Mama mengepam setiap 2-3 jam sekali diselang selikan dengan direct feeding on demand. Setelah 2 hari mengepam begitu tanpa jadual khusus, Mama mula membuat jadual khas untuk setiap sesi pengepaman untuk melatih badan mengeluarkan susu pada masa yang sama setiap kali.


Oleh sebab itu, Mama mengepam mengikut jadual yang ketat seperti di bawah ini :


12.00 am - 2.00 am - 4.00 am - 6.00 am - 8.00 am - 10.00 am
12.00 pm - 2.00 pm - 4.00 pm - 6.00 pm - 8.00 pm - 10.00 pm


Semua sekali ada 12 sesi pengepaman. Sengaja Mama buat jadual ketat setiap 2 jam sekali untuk menggalakkan pengeluaran susu. Mama perasan bila dah buat jadual tetap camni, B pun akan membengkak setiap 2 jam. Tanda dah kena keluarkan susu tak kira secara direct feeding atau pam.


Celah2 tu bila2 masa Bunyamin nak menyusu Mama bagi jugak. Alhamdulillah susu sentiasa cukup walau pam boleh dikatakan setiap masa. Nanti dah dekat2 nak masuk kerja semula mungkin Mama kena ubah sedikit jadual mengikut masa kerja Mama.


Ada sedikit tips daripada Mama untuk mengelakkan anda tertinggal sesi pengepaman iaitu :


Adakalanya sesi malam Mama terlewat jugak setengah jam atau sejam daripada jadual. Maklum la ngantuk kan... Tapi Mama tetap mengepam walaupun lewat. Yang paling penting sesi pengepaman seterusnya adalah tetap mengikut jadual. So takde la kena anjak2 masa bila kita terlewat untuk satu sesi tu kan.


Ada jugak yang bertanya berapa lama masa diambil untuk satu sesi mengepam. Mula2 dulu Mama pam 30 minit setiap sesi. Sekarang ni Mama hanya mengepam dalam masa 15-20 minit saja. 


Takpe kalau susu tak banyak keluar pun (terutamanya pam selepas baby nyusu) asalkan pam tetap pam bagi memberi signal bahawa lebih banyak susu diperlukan. 


Jom ibu2 semua.. Kita kerapkan sesi mengepam..

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥