♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, May 23, 2013

Anakanda Sulung : Ahmad Iman Bukhari

Awal malam tadi adik-beradik bergaduh berebut pensel warna..
Si Abang nak mewarna, si Adik sibuk larikan pensel warna..
Mengamuk la si Abang, si Adik pun taknak mengalah..
Abang geram sampai renyuk2kan buku warna, tapi Adik buat muka selamba..
Tambah geram la si Abang..
Mama tau la pasal apa, ni semua mengantuk punya pasal la ni..
Mama ambik sekotak pensel warna tu dengan buku2 warna sekali..
Sambil merepek "bising2 camni Mama buang semua dalam tong sampah"..
Dan terus humban dalam tong sampah..
*psstt.. tepi je sebenarnya, kaya sangat ke nak buang 36pcs pensel warna begitu sahaja.. tapi eksyen kena lebih*
Hati memang kesian bila dengar Abang jerit2 minta belas ihsan Mama jangan buang pensel warnanya..
Adik muka toya je..
Tapi muka kena tunjuk kental dan tegas..
Memang bukan salah Abang pun..
Adik yang cari pasal..
Tapi Abang jerit2 dan buat Adik..
Mama denda dua2..
Selesai 'buang' pensel warna tu, buat susu Abang..
Masukkan Abang dalam buai, ye Abang masih tidur buai kalau kena 'paksa' tidur..
Adik pun menyusu sampai tertidur..
Mama bangun nak solat maghrib yang dah nak sampai penghujung..
Tengok2 dalam buai Abang tak nampak gaya macam nak tidur..
Mama suruh Abang tidur sendiri sementara Mama nak mandi dan solat..
Usai maghrib, jenguk teruna sulung itu..
Mata bulat je dalam buai..
Tanya2 katanya tanak tidur..
Ok, jom la kita tengok tv di luar tapi janji jangan bising sebab Adik tidur..
Selesai berjanji2 Abang pun baring atas toto depan tv sambil menghabiskan susunya tadi..
Mata dah terpejam2 jugak..
Tak lama pastu Mama bangun nak solat Isyak..
Terus segar mata si bujang itu..
Takut kena tinggal sorang la tu..


Mama selesai solat Isyak, Abang pun warna bukunya dengan 3,4 batang pensel warna yang tertinggal tak kena 'buang'..
Kesiannya Mama tengok..
Terus Mama cakap "Abang dah takde kaler ek?"
Abang muram saja sambil mengangguk2..
Tambah meruntun hati Mama..
Payah betul jadi Mama.. hati tisu..
Mama sambung "Pergi la ambik kat tepi tong sampah tu. Mama tak buang. Mama letak tepi tong sampah je"
Terus bersinar wajah anakanda..
Laju2 pergi dapur ambik pensel warnanya..
Terus ceria dan mula bercerita itu ini..
Mama iakan saja sambil mengingatkan jangan cakap kuat2 kang Adik bangun..
Ada ayat lawak Abang..
"Mama, kaler ni takde dakwat ek?", sambil tunjuk pensel warna berwarna putih..
"Itu warna putih memang tak nampak. Bukannya takde warna", jawab Mama.
Abang sambung mewarna lagi sambil selang seli tengok kartun kat tv..
Tiba2 Abang tanya lagi, "Mama, jarum dia terkeluar la"..
Mama fikir, jarum apa la pulak dah ni..
Bila tengok, mengundang senyum berpanjangan..
Jarum yang dimaksudkan adalah ubat staple kat tengah2 buku warnanya tu tercungit sikit..
Terus Mama betulkan risau terkena tangan Abang pula..
Inilah secebis kisah Mama dan anak2 bila Ayah tiada..
Antara malam2 yang akan menjadi kenangan buat Mama di hari tua nanti..
Bila mana anak2 sudah pandai membawa diri..
Belum apa2 Mama sudah rindu...











Wednesday, May 8, 2013

SuperMAN MAMA






Tuesday, May 7, 2013

Lebih KEMAS

Cuti hujung minggu yang lalu, Ayah kerja malam. Bertugas stand by nak pilihanraya. *nampak sangat update macam siput, hihi*

Mama dan anak2 stay rumah Tok Abah. Siangnya Mama tinggalkan anak2 rumah Tok Abah kejap. Mama balik rumah nak mengemas rumah yang tunggang langgang tu. Haih, memang dasyat kot rumah kami. Baju banyakkkk tak berlipat, nak sapu dan mop lantai, kemas dapur, kemas bilik2, sapu sawang.

Alhamdulillah bila anak2 takde cepat sikit kerja siap. Memang macam lipas kudung buat kerja sebab kesian anak2 tinggal lama di sana walaupun sebenarnya dorang seronok je duk rumah Tok Abah tu. Lebih kesiankan si kecil tu la sebab dia masih menyusu badan. Tambah susu Mama pun dah bengkak sikit sebab lama dia tak menyusu.

Buat itu buat ini yang penting2, baru setelkan yang tak berapa penting tapi pending dah beberapa lama. huhu. iaitu...




Laa.. apa kebenda pulak dah ni? Haa.. ni la namanya penyidai tudung awning. hihi. Memang bersyukur berjumpa dengannya di internet. Sangat praktikal dan rumah lebih kemas. Tak caya? Ok baca sampai habis.. hihi..



Ok, gambar di atas zoom in sket. Sekeping ni boleh sidai 17 helai tudung. Klip dia homei2 je tapi sangat ketat ok. Yakin la nak sidai tudung berat2 tu, in shaa Allah...



Tengok tu. Tu gambar sebelumnya. Cara yang sama jugak Mama sidai cuma yang tu Mama guna hanger biasa dan sepit dengan sepit biasa. Berapa banyak hanger kena guna daa.. hihi.. Pastu sepit tu ada yang tak ketat menyebabkan kadang2 tudung jatuh ke bawah.



Haa.. tengok gambar selepasnya. Lebih kemas dan tersusun kan? Mama hanger ikut warna tudung. Suka sangat2 sebab lepas ni Mama punya lebih ruang untuk hanger baju yang lain. Paling utama dah tak nampak serabut sangat.

Harganya RM35 untuk sekeping hanger. Mama beli 3 keping dengan harga RM100 termasuk pos. Murah ke tak, Mama taktau sebab ni pertama kali jumpa dan beli hanger jenis ni. Yang penting praktikal sangat2.

Kalau nak beli jugak boleh beli dengan :

0134565712
the_niey91@yahoo.com

Chef DAUN

Mama bukanlah seorang wanita yang pandai memasak. Sungguh. Ini kenyataan. huhu. Masa anak dara memang tak pandai memasak. Bukan bermakna tak masak, cuma memang tak cekap. Bila nak masak mesti bukak buku resipi yang Tok Mama tulis. hihi.



Tapi bila dah kawen nak taknak kena la belajar memasak. Sungguh pun begitu tidaklah Mama masak hari2. Biasanya hari cuti sahaja. Atau bila tekak sudah jemu dengan masakan kedai. Biasanya makan lauk kedai di hari2 persekolahan. Atau beli kat pasar malam. 

Bila cuti Mama masak. Walau simple tapi menyelerakan sebab masak sendiri. Air tangan ibu itu istimewa bukan. Anak2 dan suami makan dengan selera sekali bila Mama masak. hihi. Tapi tetaplah tengok buku resepi jugak sikit2 takut tersalah bahan yang dimasukkan. hihi.



Tapi anak2 Mama sangat suka 'memasak'. Habis pinggan mangkuk senduk sudip Mama dijadikan mainan mereka. Mulanya si abang, sekarang si adik pun dah pandai ikut 'memasak' jugak.


Adeh.. nak kata kenan sebab masa mengandung Mama suka memasak tak la jugak. Nak kata sebab Mama suka tengok rancangan masakan pun tak jugak. Tapi mereka memang sangat suka suka suka memasak.

Aritu di rumah Tok Abah, Mama petik daun di luar rumah dan masukkan dalam 'kuali' mereka. Bukan main suka lagi sebab macam masak betul2 kan kekdahnya. huhu.

Abang.. Adik..

Nanti besar korang masakkan untuk Mama ye.. hihi..


TANAH

Selain anak2, setiap pasangan yang berumahtangga pasti ingin mempunyai rumah sendiri, kereta sendiri, harta sendiri. Mesti punya la. Betul tak?

Dan Mama sesungguhnya sangat bersyukur kerana dihantar bertugas di 'kampung' sendiri. Alhamdulillah. Tambah bersyukur bila suami juga bertugas di sini. Walau tidaklah terlalu hampir dengan rumah, tapi masih boleh berulang setiap hari.

Kesian dengan kawan2 yang terpaksa berjauhan dengan suami dan keluarga bila dihantar bertugas jauh. Tambah malang bila perkerjaan pasangan statik di satu2 kawasan sahaja yang memaksa hanya seorang sahaja perlu berusaha minta ditukarkan.

Guru j-QAF macam kami ni memang agak sukar nak mohon bertukar kecuali kalau kita tau sape2 nak tukar suka sama suka. Agak sukar la nak jumpa yang nak tukar suka sama suka ni. Kena usaha lebih sikit. Tapi ramai jugak yang berjaya jumpa dan akhirnya dapat tinggal sekali dengan keluarga. 



Impian ini sudah lama. Sejak mula berumahtangga. Mengimpikan ada rumah sendiri. Sudah 5 tahun menyimpan impian ini, sambil duk tanya2 jugak kot2 ada tanah nak jual. Setelah sekian lama akhirnya jumpa juga...



Alhamdulillah harganya berpatutan dan kedudukannya hampir jugak dengan kawasan tempat kerja Mama. Dengan tempat kerja Ayah tu memang agak jauh la jugak sebab tempat kerja Ayah sememangnya agak jauh. Tapi Mama rasa lebih kurang dengan rumah sekarang kot.

Tak sabar nak uruskaan hal pembelian tanah ni. Kami beli 2 lot sebab harganya masih di bawah bajet kami. Moga Allah permudahkan urusan kami. Insya-Allah Mama akan update dari semasa ke semasa perjalanan kami untuk rumah impian. :)

Syukur...

Tuesday, April 30, 2013

Bunyamin & Kiub


Hari cuti minggu lepas kami tak ke mana2. Melepak di rumah saja. Sejak Ayah terlibat dengan jadual kerja sempena nak PRU ni, kami memang tak dapat berjalan ke mana2. Mana taknya, Ayah kerja 12 jam – rehat 24 jam – kerja 12 jam. Gitu la gilir2 sampai 7 mei nanti.

Bila Ayah di rumah, Ayah banyak rehat dan tidur sebab nak cover masa kerja yang panjang dan memenatkan tu. Sementara Ayah tido, Mama dan anak2 dengan aktiviti kami la kan. Huhu.

Aktiviti apa? Mama macam biasa la, buat kerja rumah apa yang patut. Adakalanya pause bila Bunyamin merengek nak menyusu, Abang nak buang air, nak minum, nak itu nak ini.. campur dengan gaduh adik beradik berdua tu lagi.. huhu.. Penuh aktiviti masa cuti kami..

Pagi tu Mama baring2 je sambil meneman anak2 main. Bunyamin minta Mama letak kiub atas lori kecilnya sebab dia nak tarik lori tu. Belum sempat tarik, kiub dah jatuh. Dia suruh Mama letak lagi dan lagi dan lagi berulang2 kali.



Last2 Mama cakap :


“Adik gi ambik mainan lain la. Yang ni tak boleh la..”

Pastu Bunyamin dengan selambanya gi ambik kiub yang SAMA macam yang dia tengah main tu. Huhu. Aduhai.. adik.. adik.. Kamu sangat comel tahu..

Tapi tak lama pun diaa main dengan kiub tu. Pastu dia bosan sebab kiub tak bagi kerjasama dengannya. Huhu. Akhirnya dia main tarik2 lori saja. ;)


Friday, April 26, 2013

Anak SOLEH Mama







Thursday, April 25, 2013

Breastfeeding Journey With Bunyamin : Menyusu Ketika Demam

Banyak jugak entri Mama bercerita alkisah anak2 demam, batuk, selsema, penat. Alhamdulillah budak2 berdua sudah semakin sihat dan jarang2 demam. Mama amalkan meal shake dan omega daripada Shaklee. Alhamdulillah serasi..

Bercerita pasal demam anak2, sepanjang perjalanan menyusukan Bunyamin ni, Mama pun selalu diduga dengan kesihatan yang merudum.

Demam la, sakit telinga la, sakit kaki la. Macam2.. namun kena la hadapi ujian dan dugaan ini dengan tabah dan sabar. Baru sikit ujiannya. Takde la sampai perlu menggadai nyawa macam rakyat Palestin kan.

Kali ni bukan nak bercerita pasal anak2 demam. Nak cerita sikit pasal Mama dorang yang demam. Eh, selalu pulak Mama demam sekarang ni. Bila demam je, mula la timbul spekulasi mengatakan ada 'orang baru' la.. ada 'isi' la.. haha...

Yang pastinya buat masa ni belum ada apa2 hepi news lagi untk dikongsi. Belum ada rezeki lagi. Lagipun misi menyusukan Bunyamin sampai 2 tahun masih belum lengkap. Ada lebih kurang sebulan lebih je lagi sebelum selesai menunaikan haknya. Moga Allah permudahkan baki perjalanan yang masih bersisa ini.


Aritu sebelum cuti sekolah bulan Mac, tiba2 Mama diserang bengkak susu sampai demam menggeletar kesejukan. Suhu tinggi sangat tapi Mama rasa sejukkk sangat. Ini kali kedua Mama kena.

Plan asal tu nak cuti rehat sebab nak uruskan rumah yang 'sangat kemas' itu. Last2 terbaring je. Gi klinik doktor bagi mc 2 hari. Kensel cuti rehat.

Sakit sungguh bengkak susu ni. Berketul. Pam memang tak jalan la. Suh Bunyamin isap pun kurang berkesan sebab dia dah besar. Minum sikit je pastu kalut nak main dengan Abang. 

Maka terpaksa la telan ubat. Telan jugak kalsium Shaklee. Alhamdulillah semakin kurang kurang dan kurang. 

Boleh ke menyusu bila Mama demam?

Oh, sangatlah boleh ye.. Sebab anakanda akan membina antibodinya sendiri bila si ibu demam..

So jangan risau2 bila kita demam ye..


Breastfeeding Journey With Bunyamin : KIM

KIM.
Kumpulan Ibu Menyusukan.

Itu grup feveret Mama di facebook. Macam2 info berkaitan penyusuan susu ibu insya-Allah ada dalam grup tu. Cuma kena rajin gali dan cari jela.

Ibu2 menyusu tu silalah join grup ni ye. Tapi sebelum nak post tanya apa2, cari dulu kat file tu. Kalo takde or tak jumpa baru post soalan ye. 

Sebab nak elakkan soalan berulang. Kadang tu orang ambik kesempatan meniaga. Bukan apa, kesian ibu2 yang nak cari info pasal penyusuan ni. 

Tapi sekarang ni soalan pun kena tapis dengan admin dulu. Kalau tanya sekarang, mungkin malam atau esok baru post kita float. Bergantung pada masa lapang admin la nak baca post kita. Kalau nasib baik admin tengah online, ok la. Float terus post kita. Tu pun kalau soalan tu mematuhi etika KIM ni.

Tu sebab better cari dulu info kat file dulu ye. Eh lupa pulak.. nak join klik sini ye..

https://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/

Mama mula kenal KIM ni masa dalam pantang Bunyamin. Sekitar bulan Jun 2011. Sampai sekarang masih suka tengok gambar2 ebm kawan2 di sana. Tapi masa agak terhad nak tengok semua.. macam dulu hari2 bukak.. sekarang ni jarang dah bukak..




Memang KIM ada wat sticker kereta. Tapi masa tu Mama tak beli pun. Sampai la baru2 ni ada new design. Lawa pulak Mama tengok. Lalu 'terbeli' la pulak. huhu.



Murah je. Sekeping RM10. Mama beli 2 keping. Cadangnya nak hadiahkan kat Mak Njang yang insya-Allah akan join d club Oktober ni. Jarang jumpa dia sejak dia kawen. Tambah2 dah peknen lagi la jarang coz dia masih dalam fasa alahan.

RM10 sahaja


Belum tampal kat kereta lagi. Sibuk apa tah taktau la. huhu. Nanti dah tampal Mama show off.. huhu..

Kalau berminat boleh contact Kak Syim ye..

Monday, April 22, 2013

Hujung Minggu Tanpa Ayah

Amboi tajuk.. macam tak biasa je berhujung minggu tanpa Ayah kennn...

Nak PRU13 ni kan.. Ayah kena standby kat ofis 12 jam. Rehat 24 jam - keje 12 jam. Gitu la jadualnya sampai la PRU13 nanti. Start minggu lepas lagi.

Ini bermakna tak kira la langgar Sabtu Ahad ke cuti umu ke apa, tetap la kena kerja 12 jam gitu. Selang2 malam dan siang.

Ahad aritu Ayah kerja siang dari jam 8.00 pagi sampai 8.00 malam. Ayah suruh kami gi rumah Tok Abah saja. Duk rumah melengung je watpe kan. huhu.

Ahad, rutin Tok Abah dan Tok Mama gi mana lagi selain gi kebun kan? Tapi Achik Anna tak gi pulak minggu ni. Diberi cuti sebab baru baik demam. huhu.

Cuti gi kebun, tapi kami ajak Achik Anna jalan2. huhu. Kami jalan sana sini. Hujan pun tak kira redah saja. huhu.


Mula2 gi makan dulu sebab kami tak sempat sarapan pagi tadi. Amboi, sarapan di Kenny's Rogers gitu. Takleh selalu.. rabak Mama korang nanti..



Macam biasa, anak2 memang tak boleh duduk diam terutamanya si sulung Mama. Lari sana sini sementara tunggu makanan sampai. Nasib baiklah takde orang lain selain kami. huhu.



Elok makanan tiba, anak2 la paling eksaited. Lupa nak minum kali ini. Biasanya air la dulu yang dorang terpa. Dah separuh gelas baru ingat nak makan. Tapi ni lapo sangat kot, makan makan dan makan je. Last2 baru minum. huhu. Bagus bagus..


Lepas makan kami jalan2 TS tu. Naik turun saja suka2. Anak2 suka la naik eskulator tu. Jumpa pulak kawan sekolah. Sempat sembang macam 10 tahun tak jumpa. Padahal esok kan jumpa lagi. huhu. Jumpa memang la jumpa tapi kat sekolah bukan ada masa nak sembang sangat, huhu.

Takde agenda yang khusus. Saja jalan2 saja. Tapi dalam pada jalan2 tu beli la jugak sket2. huhu. Dasar kan..


♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥