♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Check Up. Show all posts
Showing posts with label Check Up. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Check Up ASD Di Penang

Dari sekecil2 usianya, sampailah dah jadi Abang, Ahmad Iman Bukhari masih perlu dipantau perkembangan ASDnya (lubang di jantung). Alhamdulillah, setiap kali pergi scan, lubang semakin mengecil.

Kami ke Penang lagi. Kali ini bersama2 Adik. Seronok juga sesekali ke Penang. Boleh terus jalan2 makan angin. hihi. Kali terakhir kami ke sini adalah pada April lepas. Masa tu Mama sedang mengandungkan Bunyamin. Ingat tak entri Mama pasal nak naik Bukit Bendera tapi tak kesampaian sebab masih dalam pembinaan tu? Kali ini kami berkesempatan ke sana. 

Tapi kisah kami jalan2 tu Mama akan cite dalam entri lain. Sebab panjang nak membacanya jika semuanya letak dalam 1 entri kan. hihi. Masa mencemburui katanya. 

Entah macamana, kali ini kami bertolak agak lewat. Hampir jam 8.00 pagi masih di sekitar Taiping. Biasanya jam 6.30 pagi dah bertolak, jam 8.00 pagi dah berada di sana. Lebih awal daripada doktor. Biasanya pun kami akan dapat giliran awal. Tapi kali ini semuanya lewat. hihi.

Kami sampai pada jam 9.30 pagi. Memang dah ramaiiiii orang dah masa tu. Sebelum ni tak perasan pun jam berapa orang mula ramai sebab biasanya dalam jam 10.00 pagi dah selesai urusan kami. Takpelah, sesekali lewat best jugak. Leh lepak lama sikit di sana sambil pusing2 kat tempat yang sama berulang2 kali. *ayat penyedap hatikah?*

Oleh kerana ramai orang, lalu giliran pun agak lewat. Abang sebenarnya mengantuk. Adik juga. Sebab bangun awal pagi dan dalam kereta tak tidur. *anak sape la tu* Tapi dalam duk ngantuk2 tu, jangan haraplah nak terlelap ke apa. Sampai dah cenggini gayanya.

again... *anak sapelah ni?*

mula perasan orang snap gambar dia

Serius, masa Abang duk tergolek2 gaya macam dia tengok tv kat rumah ni, Mama memang tak perasan sebab asyik menengok orang. *gaya boring tunggu turn* Padahal Abang memang kat depan Mama je ni. haha. Pastu tiba2 terpandang dan berkata2 dalam hati 'eh, macam kenal je budak ni'. Otak macam jem sekejap. haha. Tengok baju macam kenal tapi tah kenapa macam tak dapat tangkap itu anak sendiri. Dalam 3,4 saat kemudian baru terjerit kecil 'ya Allah, abang..' sambil tergelak dan tergeleng2 kepala. 

Lucu la abang ni. Kat spital pun nak buat lawak. Lantai tu memanglah bersih sebab kawasan tu orang tak lalu. Tapi dah nama pun LANTAI, sebersih mana pun tetaplah lantai kan. huhu. Bila dilarang, abang buat tak reti. Berpaling sekejap sebab Mama snap gambar pastu sambung menongkat dagu semula. Abang... abang... Selalu nak buat Mama tersenyum sambil geleng2 pale...

abang si jantung hati Mama


Giliran abang akhirnya tiba ketika abang baru berkira2 nak jalan2 pusing2 spital dengan Tok Mama. Nasib baik belum gerak. hihi. Mula2 abang malu nak baring. Malu dengan doktor. Ala, mula2 je malu. Pastu Mama dan Ayah pujuk2 akhirnya abang nak juga baring.

Cuak dah Mama. Kalau sampai ke sudah abang taknak baring jawabnya kena makan ubat tidur la. Kalau dah makan ubat tidur (macam masa abang kecik2 dulu), kena tunggu abang tidur dulu baru leh scan. Nak tunggu abang tidur mau paling koman sejam kot. Nasib baik abang nak baring. Lega.

Doktor cakap lubang di jantung abang dah semakin kecil sampai tak dapat kira berapa bukaannya. Syukur alhamdulillah. Check up akan datang adalah setahun lagi. Kiranya masa tu abang dah 3 tahun 4 bulan. Dah besar dan mesti dah sangat bijak. Moga tika itu lubang dah tertutup terus.

Selesai check up kami jalan2. Itu dalam next entri... ;)


Wednesday, July 20, 2011

Check Up Sama-Sama

Isnin lalu Iman Bukhari & Iman Bunyamin ada check up di Klinik Pakar Peadiatrik Hospital Taiping. Abang dengan check up ASDnya manakala Adik dengan follow up jaundisnya. Sebenarnya appointment Abang adalah Khamis minggu lalu namun Mama minta sekalikan dengan Adik untuk memudahkan urusan cuti Ayah.

Hari itu kami berempat serba biru. Rasanya inilah kali pertama kami sekeluarga keluar berempat sahaja tanpa ditemani ahli keluarga yang lain. 

Masa kami sampai memang ramai yang sedang menunggu giliran jumpa doktor. Dah memang dapat agak sebab biasanya pun begitu. Sebelum ni Mama pernah buat entri follow up Iman, sekarang ni follow up Iman & Bunyamin pula.

orang sangat ramai
belum campur yang di luar dan di sebelah sana lagi

Mata memang sangat mengantuk. Malam tadi Mama kurang tidur ke apa Mama pun tak pasti. Biasa la bila dah ada anak kecil, istilah 'cukup tidur' tu memang dah hilang dalam kamus hidup sementara nak tunggu anak besar sedikit. Giliran pula lambat lagi.

Iman dah mula tak sabar menanti. Aktif ke sana sini. Mula2 Ayah layan, lama2 Ayah yang keletihan menguruskan kenduri Pak Long serah pada Mama pula. Mama bagi buku kenderaan pada Iman. Iman memang suka buku tu. Mama sengaja bawa sebab dah agak tentu lama menanti giliran.

muka mengantuk Abang dan muka terbaru Mama ;)

Abang sedang baca buku kesayangan Abang

Sementara Mama melayan Iman, toleh ke kanan tengok2 Ayah dah terlena dengan Adik di ribaan. Mama risau tengok kedudukan Adik. Macam nak tergolek jatuh tapi Ayah cakap Ayah jaga Adik tak bagi jatuh. Alhamdulillah takde apa2 kejadian buruk berlaku. Bukan apa, Ayah kan kepenatan. Risau juga tak sedar Adik tergolek ke apa nanti.


Ayah dan Adik yang lena

Akhirnya setelah lama menanti sampai juga giliran kami. Doktor cuma memantau perkembangan Iman. Manakala si Adik kena ambil darah lagi hari ini sebab bacaan untuk hati agak tinggi daripada normal. Ya Allah, janganlah ada apa2 pada hati Adik.

Selesai semua, kami pulang ke rumah. Sebelah petang datang semula tanpa Abang untuk ambil darah Adik. Abang dijaga oleh Tok Abah dan Tok Mama. Kesian betul Mama terpaksa tengok doktor cucuk tangan comel Adik untuk kesekian kalinya. Doa Mama biarlah ini yang terakhir kalinya tangan montel Adik disakiti. Dah tak sanggup Mama melihat Adik menangis kesakitan.

Minggu depan ada temujanji sekali lagi untuk review keputusan darah itu. Moga segalanya normal. Amin.. Amin.. Ya rabbal a'lamin..


Tuesday, July 5, 2011

Check Up Terakhir

Ok, sebelum berlarutan dengan post2 terbaru, baiklah Mama publish draft yang dah terperuk lama ni ye. Bukan sebab apa yang boleh terpekasamkan entri ni, sebabnya adalah Mama masuk wad terrrrrrlalu lama daripada sebelum bersalin sampai dah bersalin dan disambung pulak dengan macam2 hal lagi berkaitan Adik Bunyamin.

Blog pun dah terbiar lama tak update2. Update pun adalah dengan berita2 penting saja ye. Hehe.. Oleh sebab Mama nak post banyak entri baru berkaitan Adik Bunyamin, breastfeeding journey, gelagat Abang Iman bersama adiknya dan macam2 lagi perkara baru dalam hidup Mama setelah bergelar 'Mama dengan 2 hero' ni kan, so haruslah dipublish siap2 entri lama ini.

Ini adalah check up mengandung Mama yang terakhir sebelum bersalin. Masa ni mesti la Mama tak tau bahawasanya ini adalah check up terakhir kan. Masa ni dah start cuti sekolah, so Mama pergi bersama Iman dan Achik Ana. Sementelahan Achik Ana cuti sem kan, so kita gunakanlah kederat dia habis-habisan kan. Jangan mere.. Hehe..

Masa Mama tunggu turn jumpa nurse, Achik Ana la yang layan Iman. Main la, jalan2 la, nak susu la. Macam2 kerenah Iman.

anak Mama yang ensem

Pas selesai check up, ingat nak balik rumah terus sebab pertu dah kruk krek kelaparan. Tapi Achik Ana anak ke Tesco sebab nak daftar pemilih di Pejabat Pos kat Tesco tu kan. Mama ok je, tapi haruslah mencari makan dulu sebelum buat apa2 urusan disebabkan kelaparan dah tahap maksima.

Mula fikir2 nak makan di Kenny Roger's memandangkan Mama memang sukeeee dengan KR kan. Tapi memikirkan nak menapak ke Taiping Sentral (walaupun sebelah Tesco je kan) dengan keadaan perut yang kelaparan dan tangan dah terketar2 menahan lapar kan, tidaklah ku sanggup.

So, ke KFC jela kita ye. Mama punya lapar tahap gaban sampai dah tak boleh berdiri dah. Masuk2 je KFC terus melilau cari port best2 (kat hujung restoran), terus duduk dan tunggu saja Achik Ana bawa rejeki untuk dimakan bersama Iman... ;)

sementara tunggu Achik Ana sempat jugak posing dulu


Pas perut kenyang, alhamdulillah... Baru la dapat berfikir dengan waras dan meneruskan aktiviti lain. Haha.. Pastu singgah Tesco jap beli pampers Iman memandangkan Iman ber_ _ dan pampers tinggal dalam kereta dan Mama malas nak menapak ke kereta ambik pampers semata2. Haha.. Lagipun memang pampers Iman kat rumah pun dah nak habis.

Sementara tunggu Achik Ana daftar pemilih, Mama dan Iman tunggu di luar. Iman main mainan yang ada di situ. Ala, mainan jenis bila masuk duit dia gerak2. Tapi Iman ni penakut main benda alah tu bila dia bergerak. Biasanya dia hanya akan naik saja tanpa bergerak. Kalau nak bagi dia turun, acah2 je nak masukkan duit, serta merta Iman akan turun. Kadang2 melompat terus atas dukung. Senang cerita.. Hehe..

nak main tapi takuit.. ;)

Pas dah basuh ber_ _ Iman, kami pun gerak balik rumah. Oleh kerana baju Iman dah bau asyem, dan baju spare adalah di dalam kereta, so terpaksa la Iman 'seksi' sementara nak sampai kereta. Dalam kereta baru pakai baju lain... ;)

aktiviti basuh membasuh ;)


Iman 'seksi'



Thursday, May 19, 2011

Check Up 34 Minggu

Eh..dah 34 minggu dah Mama. Bermakna lagi 2 minggu genap 9 bulan. Makin hampir dengan saat2 gemilang menjadi seorang Mama... ;)


Semalam Mama ada check up dengan doktor. Scan untuk kali kedua. Nanti 40 minggu scan lagi jika berkesempatan sampai ke 40 minggu.


Doktor cakap semua ok. Doktor tanya dah tau ke jantina dan Mama jawab belum. Doktor tunjukkan kepada Mama jantina adik. Hua hua hua.. Nampaknya Ayah dapat kawan lagi la nanti. Kali ini boy lagi.


Walaupun Mama mengharapkan girl, tapi Mama tetap terima dengan senang hati dan gembira kalau boy pun. Anak Mama, zuriat Mama, darah daging Mama. Mama tetap sayang. Mama bawa ke hulu ke hilir selama 9 bulan, tentulah Mama sayangggggg... ;)


Takpela, mungkin yang ketiga nanti baru berkesempatan beli skirt kot. Hehe.. Mama gembira bila dah tau jantina ni. Senang Mama nak siapkan apa2. Walaupun rasanya semuanya dah siap kot. Termasuklah nama untuk adik. Hanya menanti kelahiran adik saja.


Rasanya mungkin selepas adik ni Mama nak lengkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun dulu baru fikir nak baby girl pulak. Insya-Allah.. Mama nak besarkan 2 orang hero ni dulu. Bila dah faham bahasa senang sikit nanti Mama nak mengharungi suka duka alam mengandung untuk kali ketiga kan.


Mungkin ada hikmahnya Allah mengurniakan Mama putera lagi kali ini. Menjadikan putera Mama 2 orang sudah. Nanti senang la Mama nak ke mana2 ditemani 2 orang putera kacak kan. Kalau yang seterusnya puteri, rasa selamat la sikit fomfuan2 ni nak ke mana2 ditemani 2 hero ni. Alhamdulillah ya Allah... PerancanganMu itu semuanya tepat dan hebat...


Adik dan Abang.. Mama sayang kalian. Membesarlah menjadi insan berguna di dunia dan di akhirat ye sayang... ;)


Tuesday, April 19, 2011

Check Up ASD Sambil Jalan2

Hari ini ada temujanji check up Iman Bukhari di Klinik Pakar Jantung Kanak2 Hospital Pulau Pinang. Kami kan memang sejak Sabtu stay di rumah Tok Abah. Petang semalam balik rumah sekejap ambik baju nak ke Penang arini.


Seawal jam 7.00 pagi kami dah gerak ke Penang naik kereta Tok Abah. Yang pergi adalah kami bertiga bersama Tok Mama dan Tok Abah. Hari ini Perak adalah cuti sempena hari keputeraan Sultan Azlan Shah. Kiranya check up kali ni merangkap bercuti jugak la ye... ;)


Sampai sana lebih kurang jam 8.15 pagi. Terus gi daftar dan ambil nombor dulu. Iman belum mandi sebab tadi masa nak keluar Iman masih tidur. Naik kereta baru bangun. So Mama decide Iman mandi di spital jela.


Pas mandi Iman kena timbang berat dan ambik bacaan degupan jantungnya. Mama pun tak pasti. Mungkin tekanan darah kot. Yang jenis kepit2 kat jari pastu ada lampu merah tu. Alhamdulillah Iman berdisiplin sekali time tu...


Tak lama duduk, nama Iman dipanggil. Kalau klinik pakar kanak2 ni, diorang bukan ikut nombor sangat. Diorang ikut baby mana yang tidur dulu, dia la yang diorang scan jantung dulu. Disebabkan Iman dah besar dan dah faham bahasa, so tak perlu la makan ubat tidur lagi macam masa kecik2 dulu.


Iman baring je atas katil tu, pastu doktor buat la prosedur kardiografi tu. Mula2 ok sangat. Senyap je sambil tersenyum2 tengok Mama dan Ayah di sisinya. Pastu lama2 kebosanan melanda, mula la nak bangun la la Tok Abah la nak tengok keretapi la. Apa saja yang terlintas di fikirannya akan dicakapkan. Jenuh jugak nak memujuk sampai doktor selesai prosedur tersebut.


Dah selesai, Mama dan Ayah diberi penerangan oleh doktor di bilik sebelah memandangkan bilik tadi penuh. Alhamdulillah... syukur pada-Mu ya rabbi.. Lubang di jantung Iman dah mengecil daripada 0.3mm kepada 0.2mm. Check up sebelum mengecil 0.1mm, kali ni pun semakin mengecil sebanyak 0.1mm jugak. Syukur sangat. Perkembangan positif...


Doktor cakap lama2 nanti akan tutup habis. Leganya Mama dan Ayah mendengarnya. Tak putus2 mengucapkan syukur. Kesian Mama dengar penerangan doktor tentang pesakit sebelum Iman tu. Baby girl, masalah lubang macam Iman juga cuma lubangnya ada 2 pastu bengkak sket jantungnya. Baby tu jugak ada mengalami sesak nafas.


Dalam diam Mama bersyukur sebab Iman tak pernah ada efek apa2, cuma ada lubang saja. Rupanya masih ada yang lebih berat ujian Allah kepada mereka. Syukurnya Mama tak terhingga kerana berita gembira yang Mama terima hari ini...


Lepas check up, biasanya kami terus pulang ke Taiping. Tapi hari ni ubah angin pulak, jalan2 Penang dulu sebelum balik. Lagipun hari ni check up habis awal, lebih kurang jam 9.30 pagi dah selesai semua. Temujanji akan datang adalah pada 19.10.2011, 6 bulan lagi. Nanti datang dengan adik la pulak... ;)


Kami ronda2 Bukit Bendera. Cadang nak naik keretapi baru tapi belum mula beroperasi. Mula 1 Mei nanti. Tok Abah cakap, takpela nanti bulan 10 kita datang lagi...

entrance ke Bukit Bendera

info keretapi


Kami cuma berkesempatan tengok2 aje la keretapi yang belum beroperasi tu. Ada la 3,4 orang juruteranya yang membuat pemantauan di situ. Kami diberi peluang tengok dari jauh aje. Yang kesiannya Iman Bukhari la sebab beria2 nak naik keretapi tapi tak boleh... ;)

eksaited nak naik keretapi


Pastu kami ronda2 naik tram kat Taman Botani. Bagi Iman tram tu keretapi la kan. Ok la tu pengubat tak dapat naik keretapi Bukit Bendera tadi. Orang tak ramai, tapi tetap ada pengunjung la. Suasana nyaman sebab penuh dengan pokok2. Tram kami naiki punya la slow. Angin pun tak terasa sebab slow sangat. Haha.. Ok la tu, pemandunya nak kami nikmati suasana nyaman Taman Botani...

Iman atas tram dengan Tok Abah dan Tok Mama


pokok pelik..buahnya pada batang

pemandangan sekitar Taman Botani

tram yang kami naiki..tak ramai pun..

Turun daripada tram tu kami jalan2 pulak sekitar Taman Botani tu. Tapi takde la nak pusing lagi sekali kan. Kalau ada yang nak pusing pun, Mama tak join kot sebab tak larat la. Haha.. Tok Abah dan Tok Mama melihat2 pokok pelik tadi dari dekat. Sementara Iman pulak sibuk nak tengok bajak yang kebetulan ada kat situ. Kelihatan masih baru, mungkin belum digunakan.

Iman dan bajaknya..nampak Iman keciiiik je..


Pastu kami singgah di Masjid Terapung Batu Feringgi. Rehat2 jap, Iman siap yak dan mandi lagi kat situ. Mama, Ayah, Tok Mama dan Tok Abah duduk2 di beranda masjid bersantai2 sambil menikmati angin laut, si Iman sibuk jalan sana jalan sini. Tapi mujur jugak cuaca panas, pergerakannya terhad di tempat2 yang tak panas aje la... ;)




Pastu kami bertolak pulang melalui Balik Pulau. Berbukit2 dan berbelok2 jalannya. Mula2 ok, lama2 Mama dah semakin pening kepala. Terus lelapkan mata. Iman pun tertidur jugak. Kami singgah lunch dan solat jamak Zohor dan Asar di R&R Juru.


Dalam perjalanan balik kami singgah di sekolah Pak Su. Pastu terus pulang ke rumah. Sampai rumah Mama mandikan Iman, basuh yak, susukan, dodoi dalam buai dan sekarang ni Iman sedang lena dibuai mimpi dalam hujan lebat. Begitu juga dengan Ayah, Tok Abah dan Tok Mama... ;) Semua keletihan...


Wednesday, April 13, 2011

Iman Junior @ 29 Week

Minggu ni, Iman Junior dah 29 minggu. Kejap je masa berlari. Terasa macam baru je disahkan mengandung, tiba2 dah 7 bulan...


Masuk 28 minggu, check up adalah 2 minggu sekali. Memenatkan ok. Yela, check up kalo gi2 je turn kita seronot la kan. Tapi biasanya Mama gi, menunggu punya la lama baru la dapat turn tak kira orang ramai ke sikit ke...


Biasanya Mama memang sama2 la tutup pintu klinik tu. Sampai rumah paling awal pun mesti kul 5.30 petang. Kadang2 Ayah yang sampai dulu. Petang ni dah la kena jumpa doktor untuk follow up kencing kotor aritu kan. Agaknya lagi la lama menanti...


Kalau mengandung, time2 camni la yang tak best. Check up kena gi jugak. Risau jugak kalau miss kot2 ada masalah pape kan. Tapi tu la, nak menunggu turn tu yang lelah... :(


Petang ni Mama gi sorang je. Senang. Iman tinggal umah Opah dulu. Dah bagitau Opah dah Mama ambik Iman lewat...

Thursday, March 31, 2011

Iman Junior @ 28 Week

Hari ini check up Iman Junior. Kali ini Ayah ada bersama. Lega la jugak sebab Mama memang tak berapa sihat minggu ini. Nak drive pun tak berani sebab sakit pinggang...


Iman ikut. Biasanya memang lama nak check up ni. Kalau datang jam berapa pun, habisnya tentu jam 5.00 petang. So sementara nak tunggu turn Mama tu, jenuh jugak la nak mengawal Iman.


Sebenarnya Iman dah mengantuk sebab kat rumah Opah tak tidur. Tapi biasalah Iman, mana la dia nak tidur dalam keadaan banyak permainan, ramai orang dan terbuka camtu. Kalau kat rumah pun, kalau ada ramai2 Iman susah nak tidur, ini kan pula kawasan terbuka camtu. Haha... Cuma kepelikan pernah je berlaku yang Mama citer dalam entri INI.


Seperti yang Mama dah agak, HB Mama turun sikit berbanding bulan lepas. Bulan lepas 11.7, bulan ni 11.5. Alhamdulillah masih di tahap terkawal. Kalau bawah 11 memang jadi special case la. Leceh la kalau dah termasuk dalam special case ni.


Nasib baik la bulan ni berat Mama naik 1.2 kg je. Kalau macam bulan lepas.. fuh, merisaukan betul.. Naik sampai 2.3 kg tu. Nurse cakap kalau naik 3 kg ke atas kena minum air gula sebab nak test kot2 ada kencing manis. Eiii... ngerinya lahai...


Hari ni Mama kena cucuk ATT untuk elak kancing gigi. Cucuk ni memang akan mengakibatkan tangan lebuh2. Masa Iman dulu kena cucuk 2 kali sebab anak sulung kan. Cucuk kali pertama, seminggu Mama takleh angkat tangan sebab lenguh sangat2. Haha.. Cucuk kali kedua alhamdulillah ok sikit. Setakat ni cucuk siang tadi ok la jugak, lenguh2 sikit2 je.


Pregnant Mother, Vaccine


Hari ni juga dalam sejarah bila Ayah tiba2 teringin nak tengok buku check up Mama yang warna pink tu. Masa Iman dulu Ayah tak pernah sentuh, tak pernah tanya dan dah tentulah tak pernah tau apa isi kandungan buku tu kan. Mungkin kali pertama memegangnya adalah ketika Mama dah di hospital nak bersalin kot. 


Ayah juga, buat pertama kalinya tanpa Mama suruh, tekapkan telinganya di perut Mama kot2 dengar bunyi jantung adik. Mama pelik, tapi Mama biarkan. Ayah juga tanya laki ke pompuan (masa scan) sebab Ayah ingat petang tadi ada scan masa masuk check up tu. Masa Iman dulu Ayah kurang berminat dengan kandungan Mama dan layan Mama macam Mama tak mengandung pun. 


Mungkin kali ni girl, girl kan rapat dengan Ayah kan.. Sebab tu Ayah teruja sikit dengan kandungan kali ini... Ok la tu, perubahan yang baik.. Alhamdulillah... ;)


Selesai check up, terasa lapar la pulak. Masa tu dah dekat kul 5.00 tapi kedai makan semua tak ready lagi. So kami balik la rumah dulu. Iman dalam kereta dah tidur sebab mengantuk sangat. Malam pas maghrib kami keluar ronda pasar malam. Walaupun sakit pinggang sampai terpaksa jalan kengkang2 sikit, tapi Mama ikut jugak sebab kesian Iman dan Ayah berdua je kan...


Pas makan Mama tidurkan Iman, update blog jap, ni nak tidur dah ni. Esok kalau larat gi kerja, kalau pinggang masih sakit dan terpaksa jalan kengkang2 jugak, kena la mc jugak... 


Sunday, March 20, 2011

Check Up Abang

Isnin lalu Abang Iman ada temujanji kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Sengaja Mama minta time cuti sekolah. Senang sikit. Lagipun tak la letih sangat pas kerja terkejar2 nak ke klinik pulak. 

Mama pergi bersama Achik Ana. Kami pergi sebelah pagi. Lama juga menanti sebab orang ramai. Tengah tunggu tu, Iman sibuk nak gi main kat payground kat belakang tu. Tapi Mama tak bagi sebab Mama tau Iman mengantuk. 

Mama bagi susu terus tertidur. Mama minta Achik Ana snap gambar Iman tido masa check up kali ni sebab Iman tak pernah tidur masa check up walaupun dia mengantuk. Mungkin kali ni tahap ngantuknya dah keterlaluan tak dapat ditahan lagi... ;)

Iman dah lali2 masa minum susu


Ketika kami sampai, nombor giliran baru 21. Nombor kami 31. Adoii..lamanya nak menanti 10 orang tu. Sebenarnya baby tak ramai. Diorang campur sekali dengan ibu2 ngandung yang special kes yang datang arini. Letih jugak menunggu. Tapi disebabkan Iman tidur, lega la sikit. 


Bila nombor dah 30, Iman bangun tidur. Ok la jugak, pasni turn kami. Jumpa nurse, check2, tanya2, pastu balik la. 


botol susu pun dah tak larat nak pegang
sila abaikan mak buyung yang bam bam itu ye..hehe..


Pasni check up Iman adalah pada 16/06/2011 pulak. Mula2 nurse bagi tarikh seminggu pas cuti sekolah. Mama mintak masa cuti sekolah sebab senang sikit Mama nak bawak Iman. Tambah2 bulan Jun tu Mama dah sarat kan. Masa cuti sekolah Achik Ana ada. Atau paling koman Pak Su dia boleh temankan. Malas nak mengharap Ayah sebab kerja Ayah tak menentu. Biasanya time ada check up tu la ada je program kat ofis Ayah.


Check up akan datang Iman genap 2 tahun. Nanti kena makan ubat cacing... ;)


♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥