♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Friday, August 9, 2013

Aidilfitri 1434H



Salam Aidilfitri buat semua..
Mohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan diri ini..
Banyak kisah nak dikongsikan..
Tapi kekangan masa membatasi..
Sungguh ku rindu menukil di sini..
Mungkin kalau peknen atau dah ada baby mood menulis itu kembali..
Hihi..

Raya tu raya jugak..
Hati2 di jalan raya ye..
Makan pun berpada2 la..
Takut2 nanti pas raya semua naik..
Berat naik gula naik darah naik..
Pesanan penaja la plak.. huhu..

Ok, gambar raya takde yang cun..
Maka sajikan gambo anak2 jela..
;)


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, September 3, 2012

Ke Johor Kita Part 1

Anak2 tak berapa sihat. Selsema, batuk dan sedikit demam. Maklum la baru balik bejalan jauh. Cuti hari merdeka kami balik kampung Johor. Menziarah Yoyot (moyang) Iman dan Bunyamin. Alhamdulillah orang Johor sihat2 sahaja.


Banyak nak cerita tapi gambar dalam note Ayah, belum transfer. Bateri kamera flat dan charger adalah tertinggal lalu guna jela note Ayah. Taktau bila nak transfer sebab takde mood, masih penat sebab arini kena sekolah dalam keadaan hati tak tenteram memikirkan anak2.


Seronok beraya di Johor. Masih meriah dengan kuih yang pelbagai. Masih beraya sakan di sana dan berbaju raya lengkap lelaki dan perempuan. Nanti ada kelapangan Mama update dengan lebih terperinci.

Bye..

Wednesday, August 22, 2012

Cerita Syawal 2012

1 Syawal tiba lagi. Lega terasa sebab dah berjaya tunaikan amanah. Dapat menunaikan ibadah berpuasa lagi tahun ini. Ramadhan, moga kita ketemu lagi ya tahun hadapan.

Kami beraya di rumah Tok Abah dan Tok Mama. Kami berbuka di sana. Masa kami sampai, semua dah kat meja makan. Dah masuk waktu berbuka pun. Seronok makan ramai2, rebut2.

Malam tu Bunyamin tidur lewat sangat. Kul 1.00 lebih. Sibuk main dengan Kakak Aisyah. Tahun ni family Abang Dan beraya di sini. Meriah dan gamatlah rumah Tok Abah. Iman memang tak tahan mata dah. Kul 11.00 camtu dah tidur.

Pagi Syawal, Mama dan anak2 tak ke surau pun. Camne nak pergi dengan anak kecil2 gini kan. Semua orang ke surau. Tinggal kami anak beranak. Maka operasi gedix2 bergambar pun dijalankan. hihi.

Ahmad Iman Bukhari


Ahmad Iman Bunyamin

Bunyamin meragam betul raya kali ni. Tak boleh Mama hilang dari mata langsung. Menangis macam sakit2 gayanya. Bila pakai baju melayu, mungkin Bunyamin tak selesa. Bagi lak pakai kopiah, lagi la mengamuk dia. hihi.



Tengok gambar kat atas. Bunyamin masih meragam. Sebenarnya dia mengantuk pun sama sebab malam tadi kan tidur lewat pastu dah tidur tu tiba2 terjaga sebab Abang menangis kuat, pastu dia pun ikut nangis kuat2 serba tak kena. Tak puas tidur, bangun awal pulak. Mana la tak meragam pagi2 raya kan.

Tapi Abang Iman abang yang baik sangat. Abang pujuk2 Adik. Bagi Adik keropok sebab nak bagi Adik diam. hihi. Comel sangat rasanya.



Amboi, dapat kepok terus senyap ye. hihi. Nasib baik Abang pandai pujuk. Sebenarnya si Adik ni kalau dapat nenen dia tu ok je. Tapi masa ni Mama over nak bergambar bagai, mana tak meragam dia. hihi.




Hanya gambar anak2 je dulu sebab masa ni Mama belum siap pun lagi. Belum pakai baju raya. haha. Entahlah, raya tahun ni Mama tak beria sangat macam tahun2 sudah. Kuih pun belum masuk dalam bekas, rumah tak kemas beria, baju nak bermalam di rumah Tok Abah packing jam 4.00 petang hari terakhir Ramadhan, pas mandi raya tak terus bersiap dengan baju raya. Eh, pelik sangat rasanya tapi tah le, takde mood ke apa taktau la.


Tak lama pastu yang lain2 balik dari surau. Mula la gamat suasana. O ye, pas bergambar dua beradik tadi, Mama tidokan Bunyamin sementara tunggu yang lain2 balik surau. Takpe la tido sekejap bagi hilang sket ngantuknya tu.

Dah siap2 semua, maka sesi makan2 lagi. Pas makan2 bersalam-salaman dan bergambar2 lagi. hihi.

Iman Bukhari bersama Adik Aqil dan Kakak Aisyah

tiba2 kuih raya.. haha

kami berempat

sekeluarga besar

bujangs

Lepas sesi bersalam dan bergambar tu, family Tok Abah balik kampung Tok Nek. Kami berempat ke rumah Nenek dulu. Beraya di sana pula. Bersalam-salaman, bermaaf-maafan, bagi duit raya, makan lontong (hidangan wajib family Nenek, biasa la Nenek orang Johor), makan lemang, makan kek, makan kuih, sampai penuh2 perut, baru kami gerak balik kampung Tok Nek pulak.


Sebelum gerak biasa la kan, kena la ready susu panas si Abang. Ingatkan nak tido la dalam kereta kan. Takde maknanya. haha. Jalan penuh kereta sana sini. Biasa la, raya.


Tengok Bunyamin, orang duduk atas kerusi, dia seronok duduk bawah. Tak larat nak melarang, tak larat asyik nak angkat naik atas dengan badan meliuk lentuk tu, last2 Mama hampar kain pelikat, ha duduk la kat situ. Bila Mama tak larang, pandai pulak sibuk nak duduk atas. Ha, tau pun.


Kami lepak rumah Tok Nek sampai petang. Makan, minum, tido, tengok tv. haha. Takde keje lain. Kami gerak dulu, dalam jam 5.00 petang. Tak singgah mana2 sebab anak2 dah tido dalam kereta. Terus balik rumah. Malam tu baru gi rumah Nenek. Tok Abah pun singgah beraya rumah besannya. Malam tu main bunga api. Tangan Adik kena bunga api tapi Mama tak cerita kat Tok Mama, nanti kena marah. hihi. Gelembung sket tapi tak teruk sangat. hihi. Kesian Adik.

Raya kedua, kami beraya di kampung Tok Abah pulak, di Bidor. Rancangan awal nak pergi dengan kereta kami sendiri, kira gi 2 kereta la. Tup tup, rupanya Abang Dan dah nak balik beraya di Kelantan pula, maka Abang Dan gi dengan keretanya, maka kami naik dengan Tok Abah la. 

Kereta banyak sangat. Tapi perjalanan lancar la. Alhamdulillah. Sampai sana, sama jugak macam di rumah Tok Nek, makan minum tengok tv. hihi. Tok Abah ada jugak pergi beraya rumah jiran sebelah tu, tapi Mama tak ikut sebab masa tu tengah susukan Bunyamin.

Makan tengahari ramai2 sangat best. Jam 6.00 petang kami gerak balik. Huuuyai, kereta atas hiway punya la banyak. Merangkak2 la kami sampai la Taiping. Abang Dan dah sampai Kelantan, kami masih dalam kereta. Orang Kelantan sampai dulu. hihi.

Raya ketiga, sebelah pagi duk rumah saja. Basuh baju yang bertimbun, kemas rumah, packing kuih (baru nak packing pada raya ke-3..haha). Tengahari dalam jam 12.30 camtu kami siap2 gi open house ofismate Ayah. Gi dengan family Nenek. Pastu gi rumah mertua Pak Long di Ipoh. Pastu gerak balik rumah.

Teringinnya nak makan laksa. Mak Njang dengan Achik Anna buat laksa. 

Mama : Jom terus gi rumah Mama (Tok Mama) la. Pastu terus gi rumah Cik Chik (jiran).
Ayah : Balik rumah dulu.
Mama : *senyap*

Sampai rumah, terus tidokan anak2. Anak2 sudah mandi di rumah Pak Long tadi. Bunyamin memang tak tido sepanjang jalan tadi. Jam 9.20 Ayah kejutkan. Sudahnya ke mana2 pun tak. Adoyai, Mama dah agak ini akan berlaku sebab tu Mama suh gi terus je. Takpe la takde rezeki nampaknya.

Hari ini raya keempat, Ayah kerja. Sebab tu ada masa update blog. hihi. Petang kang katanya ada open house. Ikutkan jela. Harap2 baju semua sempat kering. ;)

Friday, August 17, 2012

Tradisi Raya

Tolak arini, tinggal sehari je lagi Ramadhan akan berlalu, Syawal pula akan menjelma. Entah kan jumpa lagi Ramadhan tahun depan, entah tidak. Moga dipanjangkan usia nak jumpa lagi Ramadhan tahun depan.

Dekat2 nak raya ni, teringat tradisi raya Mama sekeluarga dulu2. Sekarang ni dah berkeluarga, tradisi raya dah tak sama. Macam Mama masih belum ada 'rentak' ketika raya. Tak tentu. Kadangkala begitu kadangkala begini.

Dulu2 masa kecik2, 2,3 ari sebelum raya dah balik kampung Tok dan Tok Yah. Baju packing sendiri. Packing untuk masa di rumah Tok dan Tok Yah, packing sekali untuk nak pakai masa raya kedua di rumah arwah Opah dan Tok.


Biasanya sehari sebelum raya, sekeluarga sibuk buat itu ini. Abah biasanya amik kontrak tetap setiap tahun membakar lemang atau kalau ada extra, kacau dodol. Dodol tak buat setiap tahun, ikut keadaan. Kadang2 dalam hujan Abah bakar lemang. Yang perempuan2 duk dapur masak rendang la ketupat la, gulai la, macam2. Yang wajib ada adalah daging masak kicap kegemaran arwah Tok Yah. Walau sesudah Tok Yah pergi, menu tu jadik menu wajib sebagai kenang-kenangan bersama arwah.

Malam tu memang riuh rendah la rumah Tok dan Tok Yah dengan hiruk pikuk cucu2. Anak menantu pun rancak berborak sakan sebab bukan selalu dapat berkumpul ramai2 kan. Yang anak2 dara kena dera iron baju. Nangis wok iron baju berhelai2. 

Esok pagi bangun mandi sunat raya, pastu solat Subuh berjemaah. Sarapan pagi sikit, pakai baju raya, gi solat sunat aidilfitri di masjid. Masa Tok Yah ada, Tok Yah la jadi imam. Seronok sangat rasanya raya masa dulu2.


gambar kami 3 beradik pompuan wajib ada setiap kali raya ;)

Dalam perjalanan balik rumah Tok, singgah rumah Tok2 Sedara. Kami jalan kaki je ramai2 ke masjid. Tak jauh sangat tapi penat jugak la jalan kaki. Tapi dah ramai2 camtu mana nak terasa penatnya kan. Best je.

Balik dari masjid kan singgah sana sini, jadi bila sampai rumah Tok memang kenyang gile la kan. haha. Penuh perut. Pas rehat2 jap, kami sekeluarga siap2 nak balik kampung Abah lak. Opah dan Tok dah takde tapi adik-beradik Abah memang wajib berkumpul di rumah pusaka pada hari raya kedua. Sampai arini tradisi itu masih dikekalkan.


Cuma kalau dulu2 kami tido sana 2,3 malam. Tapi sekarang ni tak tido, balik hari je. Dalam perjalanan nak balik kampung Abah, singgah rumah dulu hantar baju2 kotor dari rumah Tok. Pastu baru teruskan perjalanan.

Begitulah tradisi raya kami sekeluarga sampai la anak2 Abah berumahtangga. Dah berubah la tradisi itu. Tapi masih kekal dalam kenangan. Seronok masa dulu2 sebab semua adik-beradik ada. Sekarang ni memang susah sangat nak cukupkan korum adik beradik tu. 


Raya tahun ni insya-Allah semua ada. Kat rumah Abah pun masa entri ini ditulis cuma tunggu Abang Dan je lagi. Lain2 semua dah ada kecuali Ayah la sedang bekerja. hihi. Seronok raya tahun ni sebab semua ada. Tak sabar nak jumpa anak2 susuan Mama dari Melaka. Esok baru dorang sampai. Pasti makin gamatlah suasana rumah Tok Abah ni.. ;)

Friday, September 2, 2011

1 Syawal

1 Syawal tahun ini kami beraya dengan family sebelah Mama. Ala, sebenarnya rumah family Mama dan Ayah ni dekat2 saja so hari raya pertama pun boleh jumpa kedua2 belah family kan. Cumanya nak kira pagi raya tu jela di mana.


Awal pagi Mama dah bangun. Mengepam dulu awal2 sebab nanti kelam kabut buat itu ini tak dan nak pam dah kan. Memang dah plan awal2 Mama akan tetap mengepam walaupun raya. Huhu..


Anak2 belum bangun lagi masa Mama mengepam. Selesai pam adik bangun. Bila dah ramai, sukalah adik sebab ramai yang melayannya kan. Cuba kalau di rumah tentu dah melalak bila lapar dan bila takde orang tepi dia.


si abang Bukhari


Mama mandi, anak2 mandi pastu pakai baju baru. Snap sana snap sini.  Anak2 dua2 dah comel berbaju melayu. Yang lelaki ke surau menunaikan solat sunat aidilfitri. Yang fomfuan berjimba2 di rumah sambil makan2 sambil tengok tv sambil menunggu yang ke surau pulang sebab nak balik kampung pula.


si Adik Bunyamin


Tahun ini Tok Abah tetiba diserang sakit pinggang. Mungkin sebab makan lemang kot. So Tok Abah hanya bersolat di rumah saja. Tok Mama, Pak Su dan Ayah saja yang ke surau. Bila diorang dah balik, siap2 balik kampung jumpa Tok Nek (nenek Mama sebelah ibu) pula. Sempat la ziarah-menziarahi sanak saudara di kampung. Petang kami pulang semula ke rumah Tok Abah.


Malam itu kami balik tidur di rumah sendiri. Mama siap2 packing barang2 untuk nak beraya esok di kampung sebelah Tok Abah pula. Lewat jugalah Mama tidur malam itu. Nasib baiklah anak2 tak buat perangai dan baik2 saja.


2 Syawal dalam entri lain ye sebab malas nak menaip pepanjang kang jemu lak membacanya.. ;)


Monday, August 29, 2011

Aidilfitri Lebih Bermakna

Alhamdulillah... hari ini secara rasminya Mama dapat menghabiskan tuntutan fardhu ke atas diri Mama walau dalam keadaan menyusukan Bunyamin. Syukur kerana dapat menunaikan rukun Islam ketiga ini dengan jayanya.


Sedikit terkilan kerana Ramadhan tahun ini Mama tak dapat bersolat tarawikh lantaran tuntutan dengan anak2 perlu diutamakan. Ditambah lagi dengan suami yang sering tiada kerana bertugas pada waktu malam. Namun Mama tetap bersyukur kerana diberi kesempatan dan nikmat kekuatan tubuh badan untuk menunaikan puasa hingga ke akhirnya.


Harapan dan doa Mama moga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir buat Mama. Moga dipertemukan semula Ramadhan pada tahun hadapan. Mungkinkah dengan cahaya mata baru lagi? Wallahu 'alam. Apapun Mama terima dengan redha.






Esok hari raya. Aidilfitri kali ini lebih bermakna kerana kami akan beraya berempat dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga, Ahmad Iman Bunyamin. Tahun ini Mama beraya dengan keluarga Mama. Seronok rasanya dapat beraya dengan keluarga. Baju2 raya untuk kami sekeluarga semua sudah siap sedia diseterika sejak semalam lagi. Moga segalanya berjalan lancar esok.. ;)

Salam Aidilfitri 1432 H

Salam aidilfitri buat seluruh kaum keluarga, sanak saudara serta handai taulan walau di mana saja anda berada. Maaf dipinta andai terkasar bahasa, terlanjur laku, tersinggung perasaan.


Salam wida' ya Ramadhan, ahlan wasahlan ya Syawal. Moga dipanjangkan umur untuk kita ketemu lagi Ramadhan tahun hadapan.


Moga bergembira dan ceria di aidilfitri mulia...



Wednesday, May 18, 2011

Tempah Awal2 Senang

Selepas selesai Mama cabut gigi aritu, Mama ajak Ayah gi tempah baju raya Ayah. Baju raya Mama dah tempah dah minggu lepas. Insya-Allah siap masa Mama dalam pantang nanti kot. 

Sengaja Mama minta Ayah tempah awal2 sebab taknak jadi macam tahun2 lepas. Masa hujung2 puasa baju raya masih belum siap.Pastu bila siap tak puas hati. Nak oter dah tak sempat. Tensen btol..

Ayah sedang memilih2 kain
warna tema tahun ni adalah kuning dan silver

Lagipun tahun ni Mama risau tak berkesempatan macam tahun2 lepas. Yela, anak dah 2 orang kan. Ikutkan due Mama hujung Jun. Takut2 termasuk Julai pulak. Kita puasa awal Ogos. Dikhuatiri masa raya Mama baru habis pantang atau kalau dah lepas pantang pun belum kuat sepenuhnya nak bergerak sana sini kan.

Untuk memudahkan dan menyenangkan hati, tempahlah awal2. Baju anak2 takpe nanti beli je. Baju mak paknya la kena tempah sebab kalau beli ni Mama dan Ayah kurang berkenan. Kecuali kalau terpaksa la kan.

Iman mengantuk sangat
hisap susu sambil baring

Lega bila dah tempah. Sekarang ni takyah fikir dah pasal baju raya. Hanya menunggu siap saja. Yeay... Iman pun dah mengantuk, bila mengantuk mula la serba tak kena. Pas tempah baju kami pun pulang ke rumah Tok Mama...


Saturday, October 2, 2010

Open House IPDKK 2010

Salam sejahtera...

Hari nie baru Mama berkesempatan nak upload gambar2 sekitar Open House IPD Kuala Kangsar a.k.a. office Ayah. Diadakan pada hari persekolahan a.k.a. hari kerja Mama, punya la kelam kabut macam nak naik bot dibuatnya. Melompat2 Mama terkejar2 masa. 

Mama minta izin balik awal sejam daripada waktu pulang yang biasa sebab majlis bermula awal. Itu kira yang paling awal Mama dapat balik disebabkan j-QAFmate Mama kan cuti bersalin, so tinggal Mama dan seorang lagi GPI je kena handle kelas dan perkara2 berkaitan. Itu pun di saat2 akhir Mama diminta print out kertas kerja program lalu. Nasib baik diorang salah maklumat. Haha..

Kami pergi dengan kereta officemate Ayah. Mama balik rumah dulu. Dalam perjalanan ke sana singgah ambik Iman. Iman tukar baju jalan dalam kereta aje.

Sampai2 sana punya la panas teriknya sebab dah kul 1 tengahari. Meriah suasana, ramai jemputan, makanan pun banyak. Meronda kiosk2 dulu survey makanan yang ado. Then Ayah suh Mama dan Iman duduk dulu sementara Ayah gi amek makanan sumer. Ada laksam, lemang dan rendang of course la, sate, roti jala, cendol.. macam2 ada..

Biasa la..bila dah lama Iman mula la nak turun main kat bawah. Dah siap makan sumer Ayah suh lepak kat officenya. Punya la best sebab ada air cond. Iman siap tido2 lagi. Mama pun rasa nak terlena jerk. Tapi takkan la nak tido lak kot kat office Ayah. Haha. Just baring nyusukan Iman. Tapi masa Mama bangun nak solat, Iman pun turut bangun.

Selesai solat Zohor kami ziarah anak Achik Ihsan Iman, Muhammad Uzair. Kejap aje di sana, terus gerak balik Taiping. Sempat singgah rumah Nenek Iman. Makan2..sembang2.. Lewat..lebih kurang kul 12 baru balik umah. Punya la penat seharian full dengan aktiviti.

blue-ish us

Mama & Iman di ofis Ayah

Ayah bersama rakan sekerjanya

pose istimewa daripada Iman


Wednesday, September 15, 2010

Cerita Ceriti Raya 2010

Salam Aidilfitri...

Baru berkesempatan update cerita ceriti raya tahun ni. Tahun ni...walaupun bukan seperti yang dirancang, aidilfitri tetap disambut meriah. Kami beraya di kampung Ayah di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Jauh kan.. Kami bertolak pada petang 30 Ramadhan dan berbuka di dalam kereta saja.

Aidilfitri di Johor sangat meriah tak terkata. Ditambah lagi dengan kepulangan semua anak2 atok. Gamatlah suasana. Aidilfitri kali nie juga sangat bermakna buat Achik Ihsan dan Achik Asmak iman sebab dorang dapat baby boy pada pagi 1 Syawal. Walaupun kecoh namun semuanya gembira dan lega dengan kehadiran seorang lagi hero menjadikan cucu nenek dan atok semuanya hero melainkan seorang sajork heroinnya... ; )

Ni lah gambar kami bertiga di pagi raya berpakaian sedondon biru yang sepatutnya menjadi tema Aidilfitri di Taiping. Wuaaa..sedey dalam gembira...

@ JOHOR

~ ayah ~ mama ~ iman

~ iman men beskal sepupunya ~

~ ayah & iman ~

~ di pagi raya kedua ~

~ atas kuda pulak ~


@ PERAK

~ bersama akhirnya kami sekeluarga ~

~ tok abah & tok mama bersama anak2, menantu2 & cucu2 ~

~ mama & abah bersama kami 6 beradik ~

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥