♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Petua Selsema



Hari ini Mama nak kongsikan sedikit petua orang tua2 bila anak selsema. Bukan kanak2 aje, orang dewasa pun boleh cuba tapi takut nanti kuning muka jela kan. Huhu..

Petuanya tumbuk sedikit kunyit hidup, ambil airnya dan sapu di hidung dan area kening pesakit. Try la 2, 3 kali insya-Allah selsema akan berkurangan. Petua ni Tok Mama yang bagi dan dah diaplikasikan masa Iman selsema teruk hari tu. Tapi satu jela Mama rimas sebab baju kotor. 

Oleh kerana nak elakkan baju kotor, Mama bukak semua tinggal pampers je. Hehe.. Sian Iman.. Tapi kalau budak2 dinasihatkan pakai kejap aje la sebab takut nanti dia kesat habis. Lepas pakai biasanya akan jadi kuning di tempat yang diletakkan tu. Kejap aje, nanti hilang la.

Ok, sekarang jom kita tengok model Mama pakai kunyit ubat selsema...


Saturday, December 4, 2010

Petua Hilangkan Mabuk Di Awal Kehamilan

Rasanya mengandung kali ini teruk juga alahan Mama. Boleh dikatakan setiap hari Mama muntah. Kalau masa Iman dulu, Mama tak pernah muntah. Cuma rasa loya dan pening aje. Itulah kata orang, setiap anak memang berbeza pembawakannya kan.


Ada seorang junior Mama masa di sekolah dulu berikan Mama petua2 untuk hilangkan mabuk di awal kehamilan. Mama belum try, baru baca tadi. Saja nak share di sini. Moga boleh dijadikan manfaat bersama.

Mabuk, loya, pening di awal kehamilan memang mencabar mental dan fizikal.
Redha dan anggaplah ia ujian Allah yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tidaklah seorang Muslim ditimpa
penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti
pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW lagi, "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan
hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang
lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya
satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi
bencana dan kesusahan tersebut." (Hadis riwayat al-Hakim)

Untung jadi perempuan ni, tau. Selain daripada mendapat pahala, dosa-dosa
kita juga diampunkan, insya Allah. Yang penting, kena sabar dan redha.

Mabuk hamil kebiasaannya berlaku pada trimester pertama dan jika bernasib
baik, akan berakhir di sekitar minggu ke 16 kehamilan. Kenapa saya kata
'nasib baik', ya? Sebab saya mengalami morning sickness hingga hari terakhir
dibawa ke labor room... hu hu...

Untuk mengurangkan, puan boleh cuba petua di bawah:

1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat
memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil
untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat
besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat
besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat
besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa
perut masih kosong. Pastikan puan tidak mengambil apa-apa minuman/makanan
setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam
darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah
yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan
tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada
hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan
pening/mabuk.

3. Bukan nak promote, tapi ada kebenarannya. Minum air 100 plus, pastikan
puan buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk.
Puan boleh minum bgitu saja, atau bekukan dalam freezer (dlm ice cube tray).
Bila puan rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan
buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus
juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam
badan yang hilang akibat muntah.

4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau
tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang
berkesan, cuma susah nak jumpa buah pala dijual di sini (kawasan saya)
5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan
kurang (memang berkesan!)

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum
direndam dalam air teh.


Petua tradisional yang ada dalam koleksi saya.

1. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu
manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu,
tutup. Minum waktu pagi dan malam.

2. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut
dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa
loya tekak akan hilang.

Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi,
minta suami berniat seikhlas hati, jika kita mengandung, minta
mabuk/loya/pening tu ditanggung juga oleh suami. So, mabuk/loya/pening akan
berpindah kepada suami. Penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas,
mungkin tak jadi.

Hadis Rasulullah SAW:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala
sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan
silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin
hubungan silaturrahim." (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Wednesday, October 20, 2010

Petua ~ Baby Girl Part 2

Salam sejahtera...

Ingat lagi tak entri Mama pasal petua mendapatkan baby girl? Mama dapat feed back yang memberangsangkan daripada readers.

Hari ini Mama nak update lagi petua2 mengikut kajian saintifik pulak. Mama dapat petua ni daripada Lan_ax yang bersusah payah emel pada Mama petuanya.

Mama hanya copy paste aje emel beliau. Moga memberi manfaat kepada kita semua...
Saya ada satu petua yang saya perolehi dari Dr. Hamid Arshad empat tahun
yang lalu di dalam sessi perbincangan dan perbualan berkenaan kandungan dan permasalahannya,
kerana waktu itu saya mengandung anak pertama dalam keadaan songsang.
Dari sessi perbualan tersebut, Dr. telah memberi panduan untuk saya mencubanya.
Puan bolehlah membuat pengiraan dari tarikh puan datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :-
KALENDER KESUBURAN BULANAN (cth;sekiranya haid Puan jatuh pd 1hb)
Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (Anak Perempuan): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)
Berdasarkan kalender diatas Puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid Puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak perempuan.
Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalendar tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras (bersama suami).
Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.
Jadi pada hari ke 11 hingga 17 (Puan di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak L (lelaki) adalah cerah.
Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan. Untuk itu, saya sarankan agar Puan menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan.
Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25(lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit2 badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangai haid dalam masa seminggu dan masa Haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari) dari tarikh period terakhir.
Saya telah mencubanya dan berjaya mendapat sepasang anak lelaki dan perempaun. Sementara kakak saya berjaya mendapat empat anak L,P,L,P dan begitu juga dengan kawan2 saya yang dah mempunyai 3 anak L dan baru2 ini dia telah bersalin anak ke empat dengan anak P.
Selamat mencuba untuk puan.Disamping itu jangan lupa menjaga cara pemakanan dan berdoa selalu...


Thursday, September 30, 2010

Petua ~ Baby Girl



Salam sejahtera...


Akhir2 ini Mama selalu terasa..mungkinkah mimpi..atau mungkinkah terlalu kepingin membuatkan diri ini berada di alam fantasi.. Adakalanya ketika tidur Mama terasa macam ada tendangan kecil dalam rahim Mama. Sama ketika Mama mengandungkan Iman dulu. Adakalanya Mama terasa gerakan kuat macam masa di akhir2 kandungan Mama dulu. 


Mungkinkah ada seseorang dalam rahim Mama? Rasanya kalau soalan itu ditanya sekarang mungkin jawapannya tidak. Tapi masa akan datang taktau la kan. Mama juga pernah bermimpi Iman dapat adik girl. Punya la teringin anak perempuan. Hehe..


Mama sekarang pon memang sedang berusaha untuk mengandung. Banyak2 doa, usaha..kemudian bertawakallah. Hanya kepada Allah saja kita dapat memohon apa2 jua yang dihajati.


Mama juga dapat beberapa petua daripada seorang bidan. Petua untuk dapatkan baby girl. Ini cuma salah satu usaha kita sebagai makhluk-Nya. Sesungguhnya rezeki itu Allah jua yang menentukannya mengikut kehendak-Nya.


Ok, jom kita share sikit petua nak dapatkan baby girl. Girl saje sebab yang boy Mama tak tanya la pulak. Hehe.. Kata nak baby girl kan.. Sila jangan fikir negetif okkay.. Ini hanya satu perkongsian ilmu...


1) Doa ~ Ini yang utama la kan...


2) Berurut ~ Mama baru tau rupanya boleh berurut untuk dapatkan baby girl. Mama berurut jugak sebab kebetulan bidan tu datang urut biras Mama yang baru bersalin. Bila dia kata boleh, Mama urut ajela. Cara dia urut, dia betulkan kedudukan peranakan Mama ke kanan sikit. Dia tarik rahim ke kanan la senang cakap. Supaya dinding sebelah kiri lebih hampir dengan pintu rahim.


3) Elakkan makan kekacang ~ Ni pon Mama baru tau. Rupanya kekacang juga perlu dielakkan. Ingatkan seafodd aje kena elakkan untuk baby girl nie.


4) Banyakkan makan masam2 ~ Yang ni Mama tau tapi menurut bidan tue masam2 tue bukan asam yang kita selalu makan tuh. Masam2 nie masam asli like mangga, epal hijau.. Ooo..Mama ingatkan asam2 tue pon boleh jugak.. Tapi asam2 tue memang tak elok pun untuk badan kan..


5) Bersama suami sebaik sahaja habis haid dan STOP pada hari ke 13, 14 dan 15 ~ Katanya pada hari ke 13, 14 & 15 tu telur jantan yang aktif.


6) Semasa tidur, letakkan anak di sebelah kiri ~ Ini bagi memastikan kita tidur mengiring sebelah kiri. Kan biasanya ibu-ibu yang menyusukan anak ni akan tidur ngadap anak untuk disusukan kan.


7) Selepas bersama terus mengiring sebelah kiri ~ Rasanya petua ni ramai yang tau kot. Kalo nak baby boy ngiring sebelah kanan. Ikutkan pengalaman Mama (mungkin rezeki Allah juga), dalam usaha nak ngandung Iman memang Mama suka ngiring kanan.


8) Selepas bersama jangan terus bangun ~ Bidan tu kata kena tunggu dalam sejam ke setengah jam ke baru boleh bangun gi buang air ke apa. Untuk memastikan benih2 suami menuju ke dinding sebelah kiri la kot.


9) Isteri perlu 'mengalah' ~ Yang ni tak payah ulas la. Kalo dah kawen mesti tau. Hehe...


Mama-mama yang sedang baca nie ada apa2 petua tambahan lagi tak? Jom share...



♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥