♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts
Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Bunyamin BerCD

Ahmad Iman Bunyamin berusia 48 hari pada hari ini. Dalam usianya 48 hari, kali pertama Bunyamin memakai cloth diaper atau lampin kain moden atau singkatannya CD.

CD ni boleh dibasuh dan dipakai semula. Sangat menjimatkan. Lagipun ianya sangat cute bila dipakai oleh anak2 kita terutamanya kalau yang jenis bercorak. Ada banyak lagi di rumah tapi hanya yang ini saja ada di rumah Tok Mama.





Niat di hati Mama memang nak fully CD kat anak2 Mama bila di rumah nanti. Insya-Allah.. Atau paling tidak siang pakai CD malam pakai DD (disposable diaper). Bergantung pada terkawal ke tidak anak2 Mama masa di rumah nanti. Maklumlah sorang2 menguruskan rumahtangga kan. Kalau di rumah Tok Mama ni ada yang membantu, nanti dah balik rumah sendiri pandai2 lah.. ;)


Kalau nak beli CD ni boleh KLIK SINI ye.. Pelbagai corak menarik dengan harga mampu milik menanti anda... ;)


Friday, May 20, 2011

Cloth Diapers Pilihan Terbaik

Alhamdulillah.. semalam stok cd baru dah sampai setelah seminggu menanti. Insya-Allah Mama nak aktif semula menjual cloth diapers a.k.a. lampin kain moden. Bolehlah visit blogshop Mama ye.. Tapi belum update lagi dengan stok baru ni.

Paling teruja tentulah Iman Bukhari bila melihat kotak2 besar dalam rumahnya. Sibuk nak bukak. Tapi disebabkan dah seal susah la nak bukak kan. Sengaja Mama taknak bukak lagi. Tunggu malam sket masa Iman dah tidur.

sengaja Mama biarkan Iman main dengan kotak2 ni


Iman tidur awal semalam sebab sebelah siangnya Iman tidur kejap je di rumah Opah. Lebih kurang jam 8.00 malam Iman dah tidur. Ayah pula bertugas Imam. So tinggallah Mama terkontang-kating sengsorang dengan perut beso mengerjakan kotak cd siang tadi.

cd2 yang belum unpack untuk kiraan stok
baru bukak seal... ;)

Setelah beberapa lama selesai la Mama mengira stok. Terhegeh-hegeh la sorang2 kan. Tapi Mama suka camtu sebab kalau dengan Iman jawabnya kerja tak jalan pastu letih terjerit2.


sebahagian stok baru


Selesai mengira stok Mama asingkan pula cd untuk anak2 Mama.. ;) Sudah menjadi kebiasaan Mama, bila stok baru sampai Mama akan reserved untuk anak2 Mama. Walaupun memang dah banyak, tapi sengaja Mama reserved jugak buat koleksi. Tak kira design girl atau boy semua Mama reserved untuk anak2 Mama.


Malam tu jugak Mama pre-wash memandangkan ampaian kosong sebab takde kain baju yang berbasuh. Insya-Allah kalau hari ini panas hingga ke petang seperti semalam, keringlah cd anak2 Mama.


Dalam pantang nanti mungkin tak pakai kot cd sebab Mama kesiankan siapa2 yang akan jaga Mama nanti. Nak kena basuh cd pulak kan. Insya-Allah lepas pantang Mama akan fully cd anak2 Mama termasuklah Iman Junior..


Mama suka melihat anak2 Mama pakai cd sebab cute dan nampak chubby sangat. Ditambah lagi dengan corak2nya yang menarik...


Jom lawati kedai kecil Mama...


www.aimnaonlinestore.blogspot.com


♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥