♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Kronologi Kelahiran Anakanda Ahmad Iman Bunyamin Part 2

Kronologi Kelahiran Anakanda Ahmad Iman Bunyamin Part 1




Sabtu - 11/6/2011


Jam 3.00 pagi Mama dah tak dapat menahan kontraksi lagi. Semua dah serba tak kena. Baring tak kena, duduk tak kena, ngiring tak kena. Mama cuba alihkan perhatian pada kesakitan itu dengan bermain game. 


Namun kedinginan malam itu sikit pun tak terasa. Peluh2 halus di muka mula kelihatan. Game yang Mama suka main di masa lapang itu pun dah tak menarik minat lagi. Tiba2 nurse datang. Mama maklumkan kontraksi yang semakin kuat. Kata nurse kalau tak tahan nanti panggil dia dan dia akan buat VE untuk cek bukaan.


Mama masih cuba bertahan hinggalah jam 4.15 pagi. Akhirnya Mama picit loceng memanggil nurse untuk cek bukaan. Nurse tadi memang dah bersedia dengan gajet nak buat VE. Namun alangkah kecewanya Mama sebab bukaan masih 2cm. Terkejut pun ada sebab kontraksi dah kuat tapi bukaan baru 2cm.


Nurse yang bertugas malam tu salahkan Mama sebab minum air/minyak selusuh terlalu awal. Katanya air/minyak selusuh memberi kontraksi yang kuat tapi jalan tak bukak. Akhirnya operate. Hisy, apa la.. Ada ke orang tengah sakit cakap camtu. Menakutkan orang jela..


Terpaksa la Mama tunggu siang jugak untuk jumpa doktor. Pagi tu Mama dah tak boleh berbaring. Jalan pun kejap2 kena berhenti menahan kontraksi. Duduk pun sekejap2 je boleh pastu kena bangun.


Jam 8.45 pagi Tok Mama dan Tok Abah datang hantar air penawar untuk mandi dan minum. Masuk je dalam bilik doktor pun sampai. Doktor minta nak cek bukaan. Memang itulah yang Mama nanti2kan.


Akhirnya setelah menahan kontraksi sejak semalam, doktor sahkan bukaan Mama dah 4cm dan dah boleh masuk labour room. Lega Mama. Mama minta izin nak mandi dulu memandangkan Mama belum mandi pagi lagi sebab nak tunggu doktor punya pasal. Pastu fikir lak pas bersalin konpem la tak mandi dah untuk hari ini.


Pas mandi Mama jalan kaki ke labour room. Kali ini katil tempat Abang Iman dilahirkan ada orang. So Mama ditempatkan di katil lain di hujung sana. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Doktor pecahkan ketuban dan jalan mula terbuka dengan sangat cepat. Dah tentulah diiringi dengan kesakitan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata2.


Lebih kurang 2 jam sahaja di dalam labour room, akhirnya tepat jam 11.25 pagi Ahmad Iman Bunyamin pun dilahirkan. Terasa hilang segala kesakitan bila melihat anakanda yang dikandung dan dibawa ke mana2 selama 9 bulan lahir dengan sihat, sempurna dan selamat.


Alhamdulillah... syukur padaMu ya Allah. Mama dikurniakan putera lagi kali ini. Cukup membahagiakan Mama. Walaupun sedikit kecewa sebab pihak hospital dah susukan Bunyamin dengan susu formula (walaupun Mama dah request awal2 untuk disusukan dengan susu Mama sejurus kelahiran Bunyamin), namun Mama lega dan gembira sebab semuanya dah selamat.


Mama dan Bunyamin ditolak masuk ke wad pada jam 1.30 tengahari iaitu waktu melawat. Seluruh keluarga bergembira dengan kelahiran Bunyamin. Namun Mama sedikit kecewa sebab Abang Iman tiada. Waktu melawat sebelah petang barulah Abang Iman muncul. Itu pun sekejap saja sebab datang lewat dah nak habis waktu melawat. Mama sangat rindukan Abang Iman.


Anak-anak Mama..
Moga kalian membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada Mama dan Ayah serta berguna kepada agama dan negara. Mama sayang kalian berdua. Tak sedikit pun kasih Mama berubah pada Abang setelah kelahiran Adik. Kalian adalah cahaya, yang dianugerahkan Allah buat Mama. Mama sayang Abang dan Adik... 


Tuesday, July 5, 2011

Kronologi Kelahiran Anakanda Ahmad Iman Bunyamin Part 1

Sengaja Mama coretkan di sini kronologi kelahiran anak-anak Mama untuk tatapan kalian tika dewasa kelak. Moga kalian memahami bukan sedikit pengorbanan seorang Mama daripada mengandungkan kalian dengan penuh kasih sayang di dalam rahim Mama hinggalah di saat2 kalian dilahirkan. Semuanya tidak lari daripada melakukan pengorbanan demi suami dan anak-anak tersayang.


Isnin - 6/6/2011 
Sepertinya Mama sudah dapat merasakan sakit untuk melahirkan. Namun begitu sakitnya terasa ringan. Memang niat di hati Mama sebelum mengandungkan Bunyamin lagi, kalau sakit kuat baru nak ke hospital supaya tidaklah Mama terpaksa menunggu terlalu lama di wad sebelum dapat menatap wajahmu dik. Tidak Mama khabarkan kepada sesiapa termasuklah Ayah kerana rasanya dapat bertahan lagi.


Selasa - 7/6/2011
Sakitnya kuat sedikit dari semalam namun mengikut kiraan Mama masih jauh2 lagi jaraknya. Lebih kurang 1-2 jam sekali. Dan jangkamasa kontraksi itu juga masih terlalu singkat. Tapi hari ini Mama sms Ayah tika Ayah di pejabat memaklumkan keadaan Mama. Dikhuatiri apa2 berlaku sekurang2nya ada yang tau. Sempat lagi Mama ke rumah Tok Mama bersama Abang Iman. Kalau ikutkan petang tu Tok Abah nak hantar Mama balik tapi Mama masih larat lagi nak drive. 


Malam itu Ayah cadangkan kami ke rumah Tok Mama. Sebab kata Ayah esok Ayah kerja, lebih senang hatinya jika Mama di rumah Tok Mama sebab ada yang tengok2kan Mama jika tiba2 Mama sakit kuat. Masa ni semua orang dah Mama khabarkan tentang tanda2 sakit bersalin yang Mama alami. Kali ini tiada turun apa2 tanda sama ada air ketuban atau darah. Masa Abang Iman dulu turun tanda darah.


Rabu - 8/6/2011
Sakitnya makin kerap dan kuat sedikit daripada semalam. Jaraknya juga dah makin singkat iaitu lebih kurang 15-20 minit sekali. Tok Mama asyik2 bertanyakan keadaan Mama dan berpesan kalau tak tahan sakit gi hospital. Tapi Mama masih dapat bertahan lagi.


Hingga ke petang, sakitnya masih sama. Tapi jaraknya dah jadi 10 minit sekali. Ayah di pejabat juga kerap sms bertanyakan keadaan Mama. Sebenarnya sakit tu masih boleh Mama tahan lagi. Tapi memandangkan jaraknya dah semakin singkat, ditambah lagi dengan risaukan baby takut lemas ke apa, so Mama buat keputusan ke hospital malam tu lepas Isyak.


Lebih kurang jam 9.30 malam, Mama dihantar ke hospital oleh Ayah dan Abang Iman, Turut serta ialah Tok Abah, Tok Mama dan Achik Ana. Semua barang keperluan turut dibawa bersama kot2 la kena tahan wad. Selesai doktor memeriksa Mama, keputusannya Mama kena tahan wad memandangkan kontraksi dah ada dan jalan dah buka 2 cm. Sedih hati Mama nak berpisah dengan Abang Iman memandangkan Mama tak pernah berpisah dengan Abang Iman malam2 kecuali sekali je dalam entri ini. Waktu tu pun Mama dah mengandungkan Adik Bunyamin dan cuba membiasakan diri tidur tanpa Abang Iman.


So malam tu bermalam la Mama di Wad A Wing Hospital Taiping tanpa Abang Iman dan tanpa Ayah di sisi. Mama tak berapa lena tidur disebabkan riuh rendah dengan tangisan baby. Hehe..


Khamis - 9/6/2011
Hari ini Mama hanya duduk2 saja di wad. Kepala dah pening. Nurse pulak tak datang2 ke katil Mama. Hairan betul. Ni pengalaman baru untuk Mama sebab masa Abang Iman dulu Mama duk wad kelas 2 so memang selesa la. Nurse pun kerap datang cek tekanan darah dan suhu. Adakalanya check bilangan kontraksi. Di sini Mama macam tak wujud je. Hairan..hairan..


Tapi takpela, sebab plan Mama memang dah sakit kuat baru nak check bukaan (istilah perubatan dipanggil VE). Jarak kontraksi dah makin singkat iaitu 5 minit sekali. Masa ni ramai jugak yang kol dan sms bertanyakan keadaan Mama. Terima kasih semua... ;)


Masa melawat tengahari, Mama berpeluang bertemu anakanda tercinta. Rindunya Mama pada Abang Iman. Mama peluk cium berulang2 kali. Mama terpaksa keluar sebab Abang Iman tak boleh masuk. Peraturannya camtu. Manjanya Abang dengan Mama. Nak minum susu atas riba Mama, nak baring atas riba Mama. Abang Iman anak yang baik. Sepanjang ketiadaan Mama, Abang Iman baik2 saja.


Sebelah petang, keluarga suami pula datang menziarah. Alhamdulillah, akhirnya Mama dapat transfer dari Kelas 3 ke Kelas 1. Lega sangat2. Terima kasih kepada keluarga mertua yang sama2 tolong angkat barang2 masa nak pindah bilik tu... ;) Dah la barang2 macam nak pindah duk spital sebulan kan.. Haha..


bilik baru
wad 1B


Bila dah pindah masuk bilik berdua ni, baru la dapat luangkan masa untuk diri sendiri. Kalau tak Mama asyik nak tengok orang tu tengok orang ni sampai kepala pun jadi sakit. Sempat solat hajat moga semuanya dipermudahkan Allah...


Jumaat - 10/6/2011
Malam tadi rasanya kontraksi dah hilang langsung. Taktau kenapa. Tak rasa sakit langsung dah. Lebih kurang jam 3 pagi, bagitau nurse kontraksi dah takde. Nurse pun cek. Tapi nurse cakap kontraksi ada. Aik, peliknya Mama.. Tapi lepas nurse cek tu baru la rasa ada balik kontraksi. Malah semakin kuat daripada sebelumnya. Lega la jugak sebab risau jugak nanti kontraksi takde, doktor suruh discaj. Boringlah. Kalau boleh biarlah discaj bersama Adik Bunyamin.


tanda dot dot tu maknanya kontraksi tak kuat sangat

tanda garis panjang2 tu maknanya kontraksi dah kuat

Hari ini kontraksi memang makin kuat tapi masih dapat ditahan lagi. Ikut pengalaman lalu, kalau dah sakit camni, mungkin malam ni atau esok pagi dah boleh masuk labour room. Sebelah petang hampir maghrib, kontraksi dah makin kuat dan kerap. Dah 3 kali dalam 10 minit. Walaupun jangkamasanya masih sekejap2. Mama masih boleh sembang2 lagi dengan rakan sebilik, kira ok la lagi tu kan... ;)


bersambung...


Wednesday, May 18, 2011

Kira Yang Pertama Semula Aci Tak?

Sabtu lalu kami sekeluarga outing. Rasanya dah lama tak outing sama2 bertiga. Selalunya Mama dengan Iman saja disebabkan kesibukan Ayah.

Kali ini memang kena keluar jugak sebab Mama nak cabut gigi. Lama dah menahan sakit. Gigi geraham bongsu Mama ni sebenarnya pernah serpih dulu dan dah tinggal separuh saja. Doktor tampal dan boleh la guna walaupun agak sukar sebab makanan selalu masuk situ. Pernah jumpa doktor gigi yang lain untuk cabut je sebab ada pun macam takde fungsi sangat. Tapi doktor cakap tunggu sakit.

Tah bila tampalan tu tertanggal Mama pun tak perasan. Bila tampalan lama tu dah takde, mula la rasa sakit. Sampaikan nak minum air kosong pun sakit. Teringat cakap doktor dulu bila sakit baru cabut, terus la buat keputusan nak cabut je. Kalau tak boleh cabut pun, buatlah apa saja agar tak sakit.

Maka setelah beberapa minggu tertangguh2, sampai la jugak kami ke klinik tu. Takde orang. Lepas daftar terus je masuk. Doktor cakap memang kena cabut dah ni. Lega Mama dengar sebab niat di hati memang nak cabut pun. 

Pastu doktor cucuk ubat bius. Sakit jugak masa cucuk tu. Pastu tunggu ubat tu berfungsi sepenuhnya. Sementara tunggu Mama, Ayah check gigi jugak dan terus cuci sekali. Masa Ayah menerima rawatan gigi tu, Iman duduk kat Mama atas kerusi rawatan tu jugak. Buat macam klinik sendiri sebab takde orang katanya kan. Hehe...

Masa di klinik ni Mama takde la snap apa2 gambar sebab terlupa. Selesai Ayah menerima rawatan, doktor cakap dah boleh cabut dah gigi Mama. Iman dan Ayah tunggu di luar semula. 


Grok grek grok grek doktor tu mengerjakan gigi Mama. Mama tunggu jugak kot2 rasa sakit. Tapi tak sakit langsung kesan ubat bius tu tadi kan. Doktor cabut gigi Mama guna playar khas tapi gigi bahagian luar saja yang patah dua. Bahagian akarnya tetap maintain. Haha..

Last2 doktor kena gerudi sket bahagian dalam gigi Mama sebab doktor cakap akarnya kuat walaupun bahagian luarnya reput. Lama jugak doktor proses gigi Mama tu. Satu2 doktor keluarkan. Tak boleh keluarkan sekaligus seketul gigi tu sebab akarnya kuat.

Dah selesai, doktor tunjukkan Mama gigi Mama tu. Bahagian luar yang reput yang patah dua tadi tu pun ada. Pastu ada 3 tunggul akar. Panjang tunjang gigi geraham ni rupanya ya. Mama lupa lagi nak snap gambar gigi Mama tu. Kalo tak boleh la buat kenangan.

Walaupun ini tah kali ke berapa Mama cabut gigi, tapi last cabut tak ingat dah bila. Rasanya masa sekolah rendha. Lama tu. Sejak sekolah menengah pastu masuk U pastu dah kerja 5 tahun ni, tak pernah cabut gigi lagi. Semua gigi kekal masih kekal di situ. Oleh sebab itu, Mama dah lupa camne rasanya sakit bila cabut gigi... Boleh kot kalau nak kira cabut gigi kali pertama... ;)

Cuma bila dah 2 kali mengandung ni, mula la gigi nak rosak la sakit la. Kalsium dah diambil oleh anak2 kan. Itulah pengorbanan ibu. Tanya la ibu2 mana pun mesti ada mengalami masalah gigi atau tulang bila mengandung. 

Cuma Mama rasa Mama ni masih bertuah sebab hanya KENA cabut jugak gigi ni masa anak kedua. Ramai yang Mama tanya, seorang anak 1 gigi cabut. Kalau 10 orang? Uih..mana la tak habis gigi mak2 ni ye...

Tok Mama pun camtu. 6 orang anak, 6 gigi cabut. Pastu disusuli dengan kerosakan2 lain lagi selepas tu. Tok Mama ada nasihatkan Mama, kalau boleh simpan, simpan la gigi kita. Kalau boleh tampal, tampal la. Atau kalau rosak dah buat la rawatan akar supaya ulat tak makan dah sebab dah takde apa2 kat gigi tu. Mahal sikit pun takpe sebab kita bekerja. Untuk diri sendiri jugak. Kalau kat sini rawatan akar tu RM250 untuk 1 gigi.

Balik rumah Mama letak minyak gamat kat kapas, tekapkan pada bekas gigi yang dicabut tadi dan gigit. Semakin hilang ubat bius semakin terasa berdenyut2. Rasa ada 'sesuatu' dalam mulut. Rasanya kesan bengkak tu kot yang membuatkan Mama rasa ada 'sesuatu' tu.

Lepas cabut gigi kami jalan2 lagi sebelum balik. Iman dah mengantuk sebenarnya. Nanti sambung di entri lain ya. Kang panjang beno tak terbaca pulak... ;)


Thursday, April 7, 2011

Kencing Kotor @ UTI

Hari tu kan Mama ada cerita pasal Mama kemungkinan mengalami placenta previa kan? Alhamdulillah setelah scan semula doktor sahkan uri Mama berkedudukan yang sesuai. Syukur yang tak terhingga... ;)


Masalah sebenar Mama adalah kencing kotor. Masa mengandungkan Iman dulu Mama dah mengalaminya. Berlarutan selepas bersalin hingga sampai ke tahap Mama tak boleh buang air kecil. Sampai kena tahan wad 5 hari, masuk tiub di saluran kencing untuk rehatkan pundi kencing Mama yang penuh aritu.


Rupanya rasa sakit di bahagian ari-ari sejak mengandung adalah tanda kencing kotor. Bukan Mama tak bagitau masa check up, tapi jawapan yang Mama dapat adalah "kebiasaan ketika mengandung". Oleh kerana mengandung sulung, Mama ye kan ajela.


Mengandung kali kedua ni pun mengalami rasa sakit yang sama. Malah lebih teruk lagi hingga makin lama rasa makin susah nak angkat kaki. Nak jalan pun terhincut2 sebab menahan rasa sakit. 


Akhirnya scan dengan doktor swasta, dah dikatakan uri bawah pulak. Follow up di klinik ibu anak yang selalu Mama check up tu, doktor cakap uri ok. Cek urin rupanya kotor. Doktor bagi ubat lawas kencing dan antibiotik. Alhamdulillah setelah 2 hari makan, sakit beransur kurang. Semalam ubat habis. Malamnya sakit berulang kembali. Adoi.. kena gi ambil ubat lagi nampaknya ni...


Setelah google2 cari info pasal ni, kat bawah ni serba sedikit info tentang kencing kotor ni yang dapat Mama share kat sini... ;)




Apa itu kencing kotor?

Kencing kotor atau istilah Urinary Tract Infection (UTI) adalah istilah umum untuk menunjukkan bahawa air kencing tidak normal. Tidak normal disini bermaksud kemungkinan air kencing itu terdapat kesan-kesan jangkitan di 'urinary tract' yang biasa terjadi kepada perempuan terutama bila perempuan tersebut mengandung. Air kencing kotor boleh juga menunjukkan bahawa kandungan air kencing terdapat bahan-bahan mineral lain yang tidak sepatutnya ada pada air kencing yang biasa. Antaranya adalah komposisi albumin,keton,urobilinogen yang menunjukan tanda-tanda awal fungsi ginjal dan hati tak berfungsi dengan baik.

Kencing kotor ini boleh terjadi dari kandungan berusia 6 minggu - 24 minggu. Kencing kotor terjadi pada wanita mengandung kerana berlakunya tekanan pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar yang mengakibatkan kencing tidak dapat keluar dengan sempurna sehingga boleh menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.

Kencing kotor juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah yg serius seperti praeklampsia.

Gejala dan Tanda

- Sakit ketika buang air kecil
- Kerap buang air kecil (inilah gejala yang Mama alami)
- Tidak dapat menahan kencing dengan baik
- Terdapat darah atau mukus dalam air kencing (urin)
- Rasa kejang dan sakit di bahagian bawah abdomen
- Sakit ketika 'bersama' suami
- Sejuk, menggigil, berpeluh, air kencing bocor
- Terjaga dari tidur untuk terkencing
- Air kencing semakin bertambah atau berkurang
- Air kencing warna gelap, berbau busuk daripada biasa
- Sakit di bahagian pundi kencing (inilah gejala yang Mama alami)
- Jika bakteria telah merebak sehingga ke buah pinggang, anda akan merasa sakit belakang, menggigil, demam, sejuk, muntah dan loya

Langkah Pencegahan

- Minum 6 hingga 8 gelas air kosong sehari
- Jus cranberry tanpa gula mungkin juga membantu
- kurangkan makanan berproses, jus buah, kafein, dan gula
- Terus buang air jika terasa ingin membuang air dan kosongkan sepenuhnya pundi kencing anda (anda boleh berdehem)
- Kencing sebelum dan selepas hubungan seks (intercourse)
- Jika sedang jalani rawatan UTI, hentikan sementara hubungan seks
- Blot dry sisa-sisa air di kemaluan, jangan lap (terutamanya lap dari belakang ke depan).
- Elakkan sabun yang kuat, douches, pencuci wanita dan juga bedak
- Tukar kerap saluar dalam
- Pakai seluar dalam yg selesa dan tidak ketat daripada kain kapas
- Jangan berendam dalam bath tub lebih daripada 30 minit / lebih 2 kali sehari



Saturday, April 2, 2011

Placenta Previa

Sejak 2-3 minggu lalu, Mama rasa semakin sukar nak berjalan. Terasa sakit di bahagian ari-ari. Terutamanya bila nak bangun dari pembaringan yang keras macam lantai. Nak bangun dari katil pun kena pelan-pelan.


Sampai la Khamis lalu Mama memang betul2 sakit pinggang sampai jalan pun dah tak betul, ditambah lagi dengan rasa ngilu di bahagian ari-ari. Mama tak gi kerja, gi scan kat klinik pakar sakit puan.


Mama ceritakan masalah Mama, ditambah lagi dengan sejarah melahirkan anak pertama iaitu tak boleh kencing selepas bersalin, doktor pun scan la nak tengok apa masalah Mama.


Masa doktor cakap tu, Mama memang terkejut dan terdebar2. Doktor diagnos Mama mengalami placenta previa atau biasa kita sebut uri di bawah. Ya Allah, semua rasa bercampur2. Sedih, takut, bimbang, keliru... Dah la sorang2 masa tu. Tiada sokongan moral daripada sesiapa.


Pastu Mama ke klinik ibu dan anak yang Mama selalu check up bulan2 tu. Doktor suruh datang pagi esoknya sebab dah petang sangat kan. Biasa  la kerajaan kan... 


Jumaat, Ayah half day sebab nak bawak Mama gi jumpa doktor. Iman pun ikut sama. Semalam kesian Iman kena tinggal kat rumah Nenek sampai ke petang. Nasib baik la orang tak ramai kan.


Ingatkan doktor nak scan la. Tapi doktor cakap Mama masih belum 28 minggu. 50% kes memang uri berada di bawah dan digelar placenta low lying, bukan previa lagi. Oleh sebab Mama belum cukup 28 minggu, doktor minta Mama datang minggu depan untuk scan konfemkan semula.


Sedikit lega la Mama dengar doktor tu cakap camtu kan. Maknanya Mama ni belum konfem la uri kat bawah. Selagi belum cukup 28 minggu, uri berkemungkinan akan naik semula. Alhamdulillah... Moga2 scan akan datang uri berada di atas la...


Pastu doktor tu suspek Mama ni mengalami masalah kencing kotor. Doktor suruh Mama check air kencing. Memang sah Mama mengalami masalah kencing kotor. Sebab tu Mama rasa sakit. Doktor cakap kalau uri bawah simptom dia takde kesakitan cuma mungkin berlaku pendarahan. Doktor bagi Mama antibiotik dan ubat lawas kencing. Dua minggu lagi Mama kena datang semula untuk check air kencing lagi.


Gambarajah kat bawah ni lebih jelas menunjukkan masalah Mama kot. Sekarang ni Mama mengalami low lying placenta di mana kes2 biasa yang dialami lebih 50% wanita mengandung, berkemungkinan akan naik ke atas bila mencecah 28 minggu.



Sekarang ni kita tengok pulak perbezaan antara normal placenta dengan placenta previa. Kalau normal placenta tu akan berada di atas. Jauh dari pintu rahim. Kalau time bersalin baby akan keluar dulu kemudian baru la uri akan dikeluarkan. Tapi kalau placenta previa, uri berada dekat dengan pintu rahim. Yang ditakutkan adalah masa bersalin uri keluar dulu daripada baby. Sebab tu kalau dah konfem placenta previa, doktor biasanya akan operate. Nauzubillahi min zalik...


uri berkedudukan normal - kiri
uri berada di bawah - kanan

Ada sorang kawan Mama baru je lepas operate sebab masalah placenta previa ni. Dia ada la cadangkan berubat dengan sorang bidan ni. Mama akan tunggu doktor konfemkan dulu, baru nak fikir nak berubat ke apa kan. Tapi Mama memang akan ikhtiar sedaya yang mampu untuk mengelakkan kena operate. Moga Allah izinkan Mama bersalin normal macam Iman dulu.. Amin ya Rabbal A'lamin...

Sunday, March 27, 2011

Lintah Bulan

Kenal tak lintah bulan? Adik-beradik jugak dengan lintah dan pacat. Antara lintah bulan, lintah dan pacat, Mama paling geli dengan lintah bulan. Mungkin sebab ianya berlendir2 kot. Kalau pacat tu Mama sanggup pegang kalau nak buang kan. Lintah pun rasanya ok lagi kot kalau kena gigit.



Tapi lintah bulan ni Mama memang geli geleman la. Dan Mama tak pasti lak lintah bulan ni makan darah ke tak sebab rasanya tak pernah pulak dengar orang kena gigit dengan lintah bulan kan.

Minggu lepas, tak ingat hari apa, kat dinding bilik mandi rumah kami ada lintah bulan! Hairan sungguh Mama sebab tak pernah pulak seumur hidup Mama jumpa lintah bulan dalam bilik mandi. Biasa jumpa dalam bilik mandi ni adalah katak, cicak, lipas, semut. Ini lintah bulan pulak.

Pastu Mama dengan geli gelemannya jirus la lintah bulan tu masuk dalam lubang kan. Malam yang sama, Mama masuk bilik mandi lagi (biasa la orang ngandung kan, kerap buang air kecil), tengok2 ada lagi lintah bulan tu.

Kali ni dah kat atas lantai lak, kat muka pintu bilik air. Mama jirus lagi masuk dalam lubang. Pastu dah tak ke bilik air dah malam tu. Keesokan paginya masa nak mandi nak gi kerja, Mama tengok dah takde dah lintah bulan tuh. Lega la Mama kan.

Tapi dalam duk lega2 pun, dalam hati terfikir tah2 ada kat selipar bilik air ni. Sambil duk fikir sambil sarungkan selipar tuh. Masa tu lampu bilik air masih dalam proses nak menyala sepenuhnya, mata pun duk lalok2 lagi, baru bangun tido kan. 


Pakai2 je selipar... terus geli geleman tapak kakiku. Terus campak selipar tu serta-merta..tindakan refleks sebab kan tadi tengah terfikir mungkin lintah bulan tu ada kat situ.


Tengok2 memang betul ada. Eiiii...gelinyaaa... Akhirnya menyentuh kulit Mama jugak. Lendirnya susah nak hilangkan. Jenuh tonyoh sabun, lama2 baru hilang. Tu pun Mama macam terasa2 masih ada lendirnya di tapak kaki Mama.


Kat kasut jangan cakap la, memang berlendir je. Mama mandi pagi tu dengan sebelah selipar saja. Memang geli... Lepas tragedi tu, sekarang ni Mama tunggu lampu menyala penuh dulu (sebab bilik air rumah kami gelap, siang2 pun kena on lampu), check selipar, takde pape baru sarungkan.. ;)


Dua hari kemudian Mama jumpa lagi lintah bulan kat dinding yang sama. Memang mencabar kesabaran betul la lintah bulan ni. Masa tu Mama baru balik sekolah dan nak mandi dengan Iman. Terus Mama ambil penyembur racun serangga tu, sembur banyak2 sampai pening dan tak tentu arah si lintah bulan tuh, pastu baru jirus masuk lubang.


Pastu Mama pantau2 jugak kot2 dia keluar balik. Tengok takde pun. Mungkin pening sangat kena racun sampai takleh nak panjat lubang tu balik kot. 


Tapi pagi esoknya Ayah pulak jumpa seekor lagi. Nasib jugak la pagi tu Ayah yang mandi dulu daripada Mama sebab nak gi kerja awal, ada program. Biasanya Mama yang mandi dulu. Kalau ikut kebiasaan, memang Mama la yang akan jumpa lagi.


Ayah cakap lintah bulan ni kena bakar baru dia mati. Ish, Mama tak sanggup la nak bakar kan. Sembur aritu pun dah kesian. Mama tak tengok pun Ayah bakar tu. Takpela, yang penting bendalah tu takde sudah la.


Setakat entri ini ditulis, Mama tak jumpa lagi dah lintah bulan. Iman pun dah kenal dengan lintah bulan. Bila tanya, mana lintah bulan? Iman jawab, hilang. Tanya lagi, siapa buang? Iman jawab, Ayah. Cis, padahal Mama dia yang buang betul2 depan mata dia. Ayah dia yang dapat nama...


Friday, January 28, 2011

Hargai Selagi Ada


Petang tadi Mama basuh kereta. Sebab dah tak tahan mata menengok tahap kebersihan kereta Mama tu. Hehe.. Mama nak basuh sendiri tapi faham2 jela ibu mengandung macam Mama ni. Risau jugak nak buat kerja2 berat camtu walaupun nampak cam tak la berat sangat.


Lagipun Mama tak reti basuh kereta sampai bersih. Bila Mama basuh mesti pastu ada debu2 lagi. Haha.. Memang takde bakat basuh kereta. Jawabnya gi hantar kedai jela yang Mama reti. Hehe.. Ni kalau pak mertua baca ni mau dileternya sebab katanya basuh kereta 2 baldi pun dah cukup. Alamak...


Alkisahnya, Mama basuh kereta di tempat basuh kereta yang Mama tak pernah try lagi sebab tempat yang biasa tu tutup. Ada storm sebijik dah hampir siap dibasuh. Pastu tengah Q adalah avanza sebijik. Oleh kerana tak tahan mata tengok kereta kesayangan, Mama redah jela mencuba.


Masa tu Mama dengan Iman. Ada sorang akak ni duk tunggu keretanya dibasuh. Avanza tu kereta dia la. Sembang punya sembang rupanya dia pun seorang guru. Bila dah sama bidang tu, macam2 la boleh disembangkan. Nak2 pulak lama jugak masa diambil untuk basuh kereta tu.


Berbuallah kami tentang anak, masa berpantang, tentang sekolah, cikgu itu cikgu ini. Kebetulan Mama ada kawan di sekolahnya. Rupanya akak ni dah kematian suami. Suaminya meninggal tahun 2006. Tak sakit apa pun. Tiba2 diserang sakit jantung dan meninggal masa tu jugak.


Gitulah mudahnya Allah nak ambil nyawa manusia kan. Dalam duk sihat2 pun boleh diambil-Nya. Katanya masa memula suaminya pergi, rasa gelap juga dunia dirasakan. Masa tu anak yang kecil baru setahun 4 bulan. Yang sulung Tingkatan 2 kalau tak silap. Ada yang baru nak masuk Tingkatan 1. Huru hara jugak hidupnya masa tu.


Bergenang jugak airmatanya tika menceritakan kisah sedih hidupnya. Mujur jugak dia boleh drive dan ada kerjaya sendiri. Rumah sendiri pun ada. Lebih beruntung berbanding mereka yang hilang kedua-dua ibu bapa, tiada rumah sendiri, harta pun takde. Tabah sungguh akak tu. Rasanya kalau kita diberi ujian seberat itu pun, kita terpaksa jadi tabah sepertinya juga.


Dalam diam Mama bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah pada Mama dan keluarga Mama. Pada usia ini, rasanya Mama dah capai banyak kejayaan yang menjadi rekod peribadi Mama. Setiap manusia berbeza. Bagi Mama, apa yang ada dah mencukupi. Jika dapat lebih, syukur pada-Nya. Apa yang ada, alhamdulillah...


Hargailah setiap detik dan nafas yang kita sedut ini kerana seketika nanti belum tentu masih menjadi milik kita. Cuma doa Mama selalu moga dipanjangkan usia untuk Mama melewati hari2 tua bersama yang tersayang...


Friday, December 24, 2010

Update Lagi Cerita Di Bank Muamalat

Ingat lagi tak entri Mama pasal tragedi sadis di Bank Muamalat dan update selepasnya? Hari ini nak update lagi...


Semalam masa Mama dalam perjalanan ke Ipoh nak ambik Abah Long Iman di stesen ETS, Mama terima satau panggilan telefon daripada En Hadafi, Pengurus Bank Muamalat cawangan sini. Masa tu jam menunjukkan 7.00 pm.


Seperti En Karim daripada Bahagian Khidmat Pelanggan HQ haritu, beliau juga memohon maaf bagi pihak Bank Muamalat khususnya bagi pihak staf beliau. Katanya beliau baru lepas berjumpa dengan staf tersebut yang namanya Azwan. Staf beliau juga turut menyatakan rasa kesal dan mengakui kesilapannya. Memang dia nampak Mama tersentak masa mereka mentertawakan Mama.


Mama juga diberi peluang menyatakan perasaan Mama. Mama cuma menyatakan rasa terkilan atas apa yang berlaku. Juga mengharapkan perkara sama tidak akan berulang dan terkena pada orang lain pula.


Mama juga ialu-alukan datang lagi ke bank tersebut. Insya-Allah, kalau ada urusan mungkin Mama akan datang lagi. Menurut En Hadafi, sebaik2nya Mama datang lagi untuk memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi. Rasanya tak perlulah nak datang lagi semata2 nak tunjuk muka aje kan. Cukuplah kepercayaan yang diberi kali ini.


Lama juga Mama bercakap dengan En Hadafi tu. Beliau juga menyatakan insiden tersebut bukanlah mencerminkan keseluruhan institusi mereka. Itu Mama sedia maklum. Sebab tu Mama ada sebut dalam posting terdahulu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Bagus juga Mama posting pasal ketidakpuasan hati Mama haritu. Banyak pihak yang prihatin. Walaupun tak puas hati dengan tragedi haritu, tapi Mama juga ucapkan syabas kepada pihak Bank Muamalat kerana sangat prihatin dengan kesulitan pelanggannya dan terus ambil tindakan atas aduan yang dikemukakan walaupun bukanlah aduan secara rasmi.


Hanya dalam tempoh lebih kurang seminggu, mereka menjalankan siasatan dan terus mengambil langkah menghubungi Mama untuk memohon maaf. Tindakan ini memang membanggakan dan boleh diberikan pujian. Hati Mama yang panas ni pun dah sejuk dah bila 2 orang pegawai mereka menghubungi Mama dan memohon maaf.


Dah jadi macam VIP la pulak dah bila En Hadafi minta save nombor fon dia dan boleh menghubungi beliau terus ke talian peribadi sekiranya timbul apa2 masalah pada masa akan datang. Hehe.. Apa yang dapat Mama katakan hanya terima kasih kerana prihatin dengan kesulitan pelanggan mereka. Juga berharap perkara sedemikian tidak berulang lagi...


Wednesday, December 22, 2010

Lagi Cerita Tragedi Di Bank Muamalat

Ingat lagi tak entri Mama pasal kena gelak oleh kerani kaunter Bank Muamalat aritu? Hari nie Mama nak update pasal cerita tu.


Alkisahnya adik kepada kakak ipar Mama bekerja di bank. Beliau ada kawan yang bekerja di Bahagian Khidmat Pelanggan kat HQ Bank Muamalat KL. Katanya kawan beliau tu dah maklumkan pada bos mereka setelah membaca blog Mama dan meminta maklumat Mama untuk tindakan susulan.


Mama sedia memberi kerjasama sekiranya tindakan Mama ini adalah demi kemaslahatan orang lain pada masa akan datang. So Mama beri la maklumat berkaitan.


Petang tadi lebih kurang jam 4.30 petang Bahagian Khidmat Pelanggan mereka kol terus ke henset Mama memohon maaf dan berhajat meminta Mama menceritakan semula kisah yang berlaku. Namun begitu, oleh kerana di blog Mama sudah tercatat secara terperinci perjalanan kisah yang berlaku, Mama tak perlulah nak ulang2 banyak kali kan.


Berkali2 En Karim memohon maaf bagi pihak Bank Muamalat. Mama taktau nak cakap apa. Hanya mengiakan saja. Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Tak pasal2 je orang HQ lak kena mohon maaf sedangkan yang salah orang lain. Sebenarnya Mama taklah sampai nak buat aduan ke HQ. Kalau sekadar di peringkat cawangan ni pun dah ok sebenarnya. Tapi Allah tu Maha Kaya, Maha Adil... Mama tak buat apa2 pun, ada insan prihatin yang sudi membantu. Alhamdulillah...


Menurut En Karim, mereka akan teruskan siasatan ke atas Bank Muamalat cawangan sini dan akan pastikan kerani tersebut kol Mama sendiri memohon maaf. Aduh..tak terfikir la sampai ke tahap itu. Tapi menurut beliau, mereka sangat malu dengan sikap staf mereka. Walaupun perkara sedemikian mungkin kecil atau remeh bagi mereka, tak sepatutnya mereka mentertawakan Mama. Sepatutnya Mama dilayan dengan baik sebab Mama bukan kerja bank dan sudah semestinya Mama taktau semua hal berkaitan perbankan.


Mama ni dah pernah terkena dengan bank lain, bila terkena lagi dengan institusi kewangan jugak, tu yang Mama rasa sangat terkilan. Bila Mama ceritakan pada Tok Mama, Tok Mama kata nanti bila Mama gi Bank Muamalat lagi mereka dah aim Mama. Bagi Mama, takpela kalau nak aim pun sebab Mama mengharapkan biarlah timbul kesedaran dan orang lain tak terkena macam Mama.


Oklah..sampai kat sini dulu Mama nak cerita. Insya-Allah kalau ada apa2 perkembangan Mama update lagi. Nak tido dah ni...


Sunday, December 19, 2010

Benci Berurusan Di Kaunter

Sebelum meneruskan pembacaan anda, Mama nak mohon maaf siap2 kepada sesiapa jua yang akan terasa dengan entri Mama kali ini. Ini hanyalah secebis pengalaman Mama berurusan dengan kaunter tak kiralah kaunter bank ke, pejabat pos ke atau apa2 jua kaunter.


Ceritanya begini, Jumaat lepas Mama ke Bank Muamalat untuk tunaikan cek PIBG sekolah Mama. Disebabkan Mama ni diberi tanggungjawab sebagai Bendahari, maka Mamalah yang kena tunaikan walaupun sebenarnya Mama ni memang agak malas nak berurusan di kaunter sebab biasanya layanan pasti kurang memuaskan. Dah sebab terpaksa, pergi la jugak...


Cek tersebut memang cek Bank Muamalat. Tapi akaun PIBG sekolah adalah di Bank Islam. Taktau nak tunaikan di mana, maka Mama pergi la ke Bank Muamalat dulu nak bertanya. Kalau kena tunaikan di Bank Islam, nanti Mama ke sana la pulak. Cadangnya begitulah...


Masuk2 dalam tu Mama tanya pada Pak Guard memandangkan kaunter pertanyaa kat luar tu takde orang. Lagipun kebiasaannya kat bank ni kalau taktau memang la bertanya pada Pak Guard. 


Mama : Pakcik, macamana nak tunaikan cek ni? (sambil beria2 tunjukkan cek tu kat dia)
Pak Guard : Ambik nombor..ambik nombor.. (sambil tangan main henset dan tak tengok pun kat Mama)


Masa tu Mama sabar lagi la. Sebab Mama ni kalau ikutkan memang jenis tak pandai nak menjawab atau nak bersoal balas dalam situasi2 camni.


Pastu Mama kol Ayah tanya nak kena isi borang ke apa ni. Ayah suruh tanya Pak Guard. Mama bagitau apa yang berlaku tadi. Mama tanya Ayah boleh ke nak tanya kat kaunter je sebab orang tak ramai. Ayah cakap ok.


Mama : Assalamualaikum..
Orang Bank : Wa'alaikumussalam...
Mama : Nak tanya, camne nak tunaikan cek ni? Nak kena isi borang ke apa? (kali ni soalan lebih jelas sambil menunjukkan cek jugak)
Orang Bank : Ni siapa sain ni? Siapa sain ni? Ni..ni..Tak boleh tunaikan ni sebab dia tak palang... (sambil menunjukkan sain pada cek tu)
Mama : Yalid Enterprise ni la yang sain. (sambil menunjukkan nama syarikat yang bagi cek tu)
Orang Bank : Tak boleh tunaikan ni. Kena masuk akaun.
Mama : Takpela, masuk akaun pun boleh.
Orang Bank : Ada akaun ke?
Mama : Ada la. Tapi kat Bank Islam. Kena gi Bank Islam la ye?

Orang Bank : Yela.. tak boleh tunaikan ni.. (sambil gelak2..geng sebelah dia pun gelak2 jugak)
Mama : Yang encik ketawakan saya ni kenapa? Jangan la ketawakan saya. Saya mana tau. (dah mula hot)
Orang Bank : Tak la..dah pukul 4 dah ni.. Nak balik dah.. )sambil terus gelak2) 
Mama : (dalam hati --- pale hotak ko..ko keje sampai kul 4 ke?)
Mama : Bistu nape encik ketawakan saya?
Geng Orang Bank : Ok..ok..sorry..sorry.. Cek ni tak boleh tunaikan sebab nama PIBG. Kena masuk akaun. Kalau nama individu baru boleh tunaikan.
Mama : (dalam hati --- baru ko nak jelaskan setelah ko gelakkan aku kaw kaw punya?)
Mama : (terus berlalu sambil geleng2 kepala dan tak ucap terima kasih dan berkata) Boleh encik ketawakan saya...


Diorang masih ada sisa2 ketawa di bibir. Apa yang lawak sangat? Walaupun ada banyak kenangan pahit berurusan di kaunter, tak pernah la Mama kena gelak camni. Apa sebabnya diorang gelakkan Mama? Adakah sebab Mama taktau bahawa cek tersebut tak boleh ditunaikan? Atau sebab Mama ni kelihatan bodoh sebab taktau bahawa cek yang takde nama kita tak boleh ditunaikan oleh kita melainkan masuk akaun penama aje? Ke sebab apa?


Mama memang bengang gila dan terus kol Ayah menceritakan tragedi tersebut. Mentang2 la Mama ni perempuan kan, mungkin kelihatan macam bodoh2 aje sebab tak bergaya sakan kan, korang gelakkan aku ek. 


Kalau Mama nak panjang2kan cerita, boleh aje Mama panggil pengurus diorang. Biarlah Mama tak dapat apa2 pun atau diorang nak setel sesama diorang pun asalkan Mama puas hati sebab orang atasan diorang tau sikap diorang di kaunter camne. Ke memang diorang dah dikenali suka bersikap begitu? Sebenarnya Mama tak pernah berurusan di Bank Muamalat. Inilah kali pertama dan mungkin kali terakhir.


Mama juga tak sangka kali ini Mama berani bersuara. Mungkin kalau dulu2 masa zaman anak dara atau zaman belajar di U dulu Mama akan terus berlalu tanpa banyak soal lagi. Tapi kali ni Mama berani menyuarakan ketidakpuasan hati. Sebab Mama rasa mereka perlu menjawab pertanyaan Mama kerana Mama memang taktau sangat bab2 cek ni. Ianya bukan bidang kerja Mama. Itu bidang tugas mereka. Sepatutnya mereka memberikan kerjasama, bukan mentertawakan Mama sesuka hati dan memalukan Mama di depan semua orang. Dah alang Mama malu, Mama malukan mereka semula dengan sengaja cakap kuat2 biar semua di situ tau mereka sedang mentertawakan pelanggan mereka sendiri.


Anda pernah ada pengalaman pahit macam Mama? Jom kongsikan supaya kerani kaunter ni lebih bersopan dengan pelanggan...


♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥