♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Kembung Air La Camni

Setiap hari Mama akan pastikan Mama minum air yang banyak. Sekurang2nya 2 liter mesti Mama minum, tapi sebaik2nya adalah 3 liter. Ini adalah untuk memastikan vitamin yang Mama ambil diserap sempurna dalam badan. Juga bagi memastikan pengeluaran susu Mama tetap maintain macam biasa.

Mama perasan kalau dalam sehari Mama kurang minum air, badan rasa macam 'kering'. Walau bagaimanapun pengeluaran susu masih seperti biasa. Setakat hari ini Mama belum pernah miss minum air yang banyak. Kalau ada pun virus M (malas) tu, ada la dalam sehari je kot yang Mama tak banyak minum. Biasanya memang Mama minum baaaaaanyak air terutamanya bila hari kerja.


Nampak macam susahnya nak habiskan 3 liter air kan. Tapi sebenarnya takdelah susah mana pun. Cara Mama adalah Mama masukkan air dalam bekas yang ada indicator (penyukat). Biasanya Mama akan masukkan dalam bekas tupperware tu.


2 botol air ni bersamaan 2 liter


Di penghujung hari (sebelah malam sebelum tidur), Mama akan belek2 bekas air tu. Kalau semua bekas itu kosong bermakna Mama dah lengkapkan pengambilan 3 liter air dalam sehari. Kalau air masih berbaki dalam bekas tu bermakna Mama kurang minum air pada hari itu. Senang kan?


Tips nak habiskan 3 liter air juga adalah minum sikit2 tapi kerap. Minum juga sebelum, semasa dan selepas mengepam atau menyusukan. Sebab masa susu dikeluarkan daripada badan sama ada secara mengepam atau direct feeding, tekak memang rasa sangat dahaga. Masa ni boleh la minum lebih sikit sebab memang sangat2 dahaga.


Ada juga pendapat menyatakan bahawa tak boleh minum air banyak sangat sebab nanti air masuk dalam salur darah. Eh, yeke? Ya, mungkin benar jika orang itu tidak mengambil apa2 supplement. Bagi pengamal supplement seperti Mama, pengambilan air yang banyak adalah penting bagi memastikan vitamin tersebut diserap sempurna ke seluruh badan.


Supplement apa yang Mama ambil? Nanti Mama buat entri khas tentang itu ye... ;)

Tuesday, August 2, 2011

Benarkah ESP Membuatkan Baby Cepat Kenyang?

Hari ini rasanya nak bertestimoni la pulak. Hehe. Mama adalah pengguna Shaklee. Keberkesanan dan keserasiannya dengan tubuh badan Mama adalah tidak dapat disangkal lagi. Alhamdulillah, pencarian supplement yang sesuai berakhir dengan penemuan Shaklee.


Sabtu lalu kami sekeluarga menziarahi keluarga Chu (ibu saudara Ayah) bersama keluarga besar Ayah. Ini adalah kali pertama Mama nak jalan2 bersama 2 hero kesayangan. Masa tengah siap2 beg tu fikir2 juga nak bawa pam ke tidak. Sebetulnya masa mula2 Ayah khabarkan bahawa nak ziarah Chu pun Mama dah fikir 'hancusss la jadual mengepam Mama'.


Dalam pada duk fikir punya fikir punya fikir, akhirnya Mama buat keputusan nak bawa pam sebab mana la tau ianya diperlukan nanti. So bersiap2 la kami. Kami bertolak dari rumah Tok Mama. Bila dah separuh perjalanan, baru Mama teringat 'alamak... pam lupa bawak!'. Yela mana dengan anak2 lagi, nak siap baju2 anak2 dengan bekal susu Abang dan sebagainya, akhirnya pam lupa..... Satu lagi yang Mama lupa adalah 'lupa nak makan vitamin Shaklee' sebagaimana yang selalu Mama buat selepas sarapan pagi. Dah tu terlupa jugak nak bawa bekas vitamin tu. Adoiii... Adakah ini hari lupa sedunia?


Tapi Mama positifkan diri, takpela 'pam semulajadi' kan ada.. Dengan senang hati berjimba2 la kami di rumah Chu dengan keadaan B yang sentiasa rasa 'penuh' sebab tak pam kan. Yela, sebelum2 ni di rumah pam setiap 2 jam sekali atau tandem pumping kan, ni hanya bergantung pada direct feeding saja, mana tak penuh dibuatnya.


Lebih kurang jam 7.00 malam kami bertolak pulang. Singgah solat Maghrib di pertengahan jalan, pastu terus ke rumah Nenek. Duk2 tengok tv, makan2, sembang2, last2 Ayah cakap nak balik rumah sendiri (rumah kami dekat dengan rumah Nenek). Takpela, malam tu kami tidur di rumah sendiri la kan.


Malam itu, Bunyamin sentiasa nak menyusu macam tak puas2. Berbanding sebelum2 ni, Bunyamin tak la kerap sangat nak menyusu. Mungkin sebab Mama ambil ESP yang memekatkan susu Mama sekaligus membuatkan Bunyamin cepat kenyang. 


Kan hari ni Mama tak ambil apa2 supplement sebab terlupa kan. Mama perasan itulah perbezaannya bila Mama ambil supllement dengan tak ambil supplement. Bila Mama ambil ESP, Bunyamin menyusu sekejap saja dah lepas kekenyangan. Malam tu di rumah sendiri tanpa ambil ESP seharian, Bunyamin asyik nak menyusu macam tak puas.


Alhamdulillah.. barulah Mama yakin bahawa susu Mama yang masuk ke perut Bunyamin adalah berkualiti dengan penambahan vitamin2 yang Mama ambil. Semoga anak Mama membesar sihat2 ye..


Walaupun Mama tak ambil apa2 supplement selama hampir 48 jam, tapi B Mama tetap sentiasa rasa penuh tanda perlu dipam. Nak buat camne pam tak bawa, nak marmet tak reti dan malas. Tahan jela dan suakan je kat Bunyamin tambahan pula Bunyamin pun macam tak kenyang2.


Kesimpulannya, sekarang Mama dah yakin bahawa ESP memang membuatkan susu ibu lebih pekat dan baby lebih cepat kenyang. Itulah testimoni Mama untuk ESP Shaklee.. ;)

Saturday, July 23, 2011

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 4 - Susu Kuning?

Susu kuning?

Mama mengambil supplement Shaklee sejak zaman menyusukan Abang Iman lagi. Mama meneruskan pengambilannya ketika mengandungkan Bunyamin hinggalah ke hari ini. Cuma berhenti mengambilnya seketika masa awal2 kelahiran Bunyamin dulu sebab risaukan G6PD dan jaundisnya walaupun sebenarnya tidaklah memberi kesan buruk.

Siang tadi ada kematian nenek saudara Mama. Maka agak kelam kabut bersiap balik kampung menziarahi jenazah. Dalam kepala memang teringat nak bawa bekas ubat Mama. Namun disebabkan kelam kabut bukan nak naik bot punya pasal, terlupa akhirnya.

Maka hari ini Mama tidaklah mengambil apa2 supplement pada sebelah siangnya. Sebelum maghrib kami sekeluarga bertolak pulang ke rumah. Bila dah sampai tu bukannya boleh terus makan kan. Bersihkan diri, susukan Bunyamin sambil mengepam, uruskan hasil perahan, barulah berkesempatan makan.

Malam ini Mama tak lalu makan nasi, so makan roti sahaja. Aksi ini tidak boleh ditiru oleh breastfeed mom ye sebab breastfeed mom kena makan banyak untuk hasilkan susu yang banyak. Tapi roti yang Mama makan adalah banyak. Cicah dengan milo panas. Selepas makan barulah Mama ambil semua supplement Mama. Supplement apa? Itu Mama akan ceritakan dalam entri lain ya.

Jam 12 malam Mama mengepam dan simpan hasil perahan disimpan dalam tempat simpanan biasa macam yang Mama dah cerita kat SINI kan. Kunci jam kul 2 pagi lalu bangun mengepam lagi. Simpan lagi dalam tempat simpanan biasa.

Tapi... eh, ada kelainan pada susu Mama. Sedikit kekuningan pada susu yang diperah pada jam 2 pagi. Baru teringat pasal supplement yang Mama makan tadi. Memang vitamin B complex yang Mama ambil akan memberi kesan kekuningan pada air susu yang diperah.


kiri - perahan jam 12 malam
kanan - perahan jam 2 pagi

Ini bermakna khasiat vitamin2 yang Mama ambil masuk juga ke perut Bunyamin. Moga2 Bunyamin sentiasa sihat dengan khasiat susu ibu yang diperkaya dengan vitamin2 yang diperlukan oleh tubuh manusia. 

kiri - warna keputihan
kanan - agak kekuningan

Oh ye, jam 2 pagi adalah hasil perahan B sebelah kanan sahaja kerana Bunyamin bangun menyusu di sebelah kiri. Selepas mengepam sambil Bunyamin menyusu, Mama rasa nak update blog sikit. Pasni nak mengepam pula untuk sesi jam 4 pagi.. Chaiyok chaiyok Mama!


Saturday, April 23, 2011

Eksklusif Untuk Ibu Menyusu

Minggu lalu Mama ada posting tentang tips rahsia untuk meningkatkan penghasilan susu ibu buat anak2 tersayang. Mama dah pernah cerita yang Mama consume vitamin Shaklee kan. 


Masa Mama post tu, Mama belum terima balasan emel daripada Kak N, pengedar Shaklee yang selalu menjadi tempat rujukan Mama. Juga sudah tentulah Mama membeli daripada beliau.


Oleh kerana tips tersebut adalah eksklusif, Mama tak dapatlah nak post di sini. Untuk mendapatkan tips tersebut, cubalah trial pack Shaklee. Sekiranya anda seorang ibu yang menyusukan anak, dan sedang mengalami zaman kemerosotan pengeluaran susu, cubalah trial pack Shaklee dengan harga serendah RM80 termasuk pos. 


Trial pack ini disediakan untuk consume selama sebulan. Mama dah mencubanya dan menikmati hasilnya. Cuma tips rahsia ini belum dicuba sebab masa zaman Mama menyusukan Iman Bukhari dulu, Mama belum tau lagi tips ini.


bestnya kalau ebm Mama yang sebanyak ni..


boleh bertimbun2 macam ni.. ;)
inilah cita2 Mama..
nak kumpul stok ebm banyak2 masa berpantang nanti...
salah seorang idola Mama ni


Insya-Allah.. akan Mama praktikkan selepas bersalin kali ini. Doa Mama semoga Allah tetapkan hati Mama, beri Mama kekuatan dan ketabahan untuk sekali lagi mengharungi suka duka sepanjang penyusuan yang bakal dilalui dalam masa terdekat ini. Moga Allah memberi Mama semangat untuk konsisten menyusukan anak2 Mama... 


Amin.. Amin.. Ya rabbal a'lamin...


Friday, April 15, 2011

Tips Rahsia

Membaca blog Kak N sangat memberi semangat dan perangsang untuk Mama menyusukan anak2 Mama dengan susu kurniaan Allah ini secara eksklusif. Memang Mama berniat nak menyusukan anak2 Mama sehingga sekurang2nya 2 tahun. Tapi sekiranya dapat secara eksklusif selama 6 bulan pun sudah cukup membanggakan Mama...


Daripada blog Kak N juga Mama mendapat perangsang melalui testimoni2 pelanggan Shaklee Kak N. Jom kita baca dulu komen2 mereka...








Haa..teruja tak bila baca cerita tentang peningkatan penghasilan susu camtu? Mesti teruja kan? Ni yang tambah tak sabar nak bersalin dan memulakan proses penyusuan itu. Haha.. ;)


Ada tips2 rahsia yang dikongsikan oleh Kak N bersama mereka. Apakah tips itu? Mama pun sedang tertanya2 dan menanti jawapan Kak N. Sebelum ini pernah terbaca tapi dah lupa.. Haha..


Ini tips utama yang perlu diamalkan sebelum mencuba tips rahsia sampingan itu ye... ;)


Vitamin hanya sebagai salah satu cara agar tubuh ibu sustained sihat dan bertenaga. Mempunyai mood yang baik dan boleh menangani stress dengan baik. Namun 3 perkara ini tidak boleh DIABAIKAN SAMA SEKALI iaitu :

1. Pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan bagi yang bekerjaya, pastikan anda membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam...konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan.

2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 L sehari. Pastikan menyediakan botol minuman dengan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan 3L air dipenuhi untuk tempoh seharian.

3. Amalkan zikir dan mengaji setiap hari dan doa tanpa putus padaNYA kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua. Jadikan amalan harian. 




Jom sama2 tunaikan amanah Allah ini dan penuhi hak anak2 kita... ;)


Nota Mama : Info kredit to http://www.anakkuwiraku.com/


Wednesday, February 9, 2011

Bekal Ke Sekolah

Sejak mengandung semula ni, inilah bekalan Mama setiap hari ke sekolah. Ada jugak hari2nya termiss nak bawak. Haha.. Gara2 lewat bangun pastu terkocoh2 nak jemur kain, buang sampah, time tu jugak nak packing baju Iman..mana la tak tertinggal habis..

Biasanya time banyak kene nak buat pepagi la pun terbangun lewat. Selalunya Mama memang akan siapkan semua malam2. So tak la kelam kabut pepagi terutamanya bila bangun lewat kan. 

Arini Ayah bangun awal sebab nak pergi kerja awal sebab ada ikrar bulanan. So arini Mama pergi kemudian daripada Ayah la. Oleh sebab masih awal, sempat la Mama snap bekalan seharian Mama ni.

Vitamin C, Kalsium, B-Complex, Multivitamin dan Omega
serta bacuhan ESP bersama tropicana twister

barulah berkesempatan letak gambar Shaklee sendiri...


Pengalaman Mama dengan Shaklee boleh baca di SINI...


Tuesday, February 1, 2011

Premium Beautiful...

Pernah dengar Premium Beautiful tak? Rasanya mesti pernah dengar walaupun tak berapa tau sangat kan. Mama pun ada satu. Mama beli pada tahun 2007 dengan kawan sekolah. Harga masa Mama beli tu tak berapa ingat dah. Bayar bulanan sikit2. Bila dah habis bayar lega rasanya.




Pengalaman Mama pakai PB ni memang best sebab badan rasa ringan je. Tujuan Mama beli PB ni adalah untuk jaga badan sebab masa tu memang plan nak kawen tahun 2008. Haha... Taknak la badan macam belon masa hari bersejarah kan.


Semalam Mama dapat mesej kat FB daripada Izyan Liyana. Beliau mempromosikan PB ni la. Tapi Mama bagitau beliau yang Mama dah ada PB ni. Tapi sekarang sedang mengandung memang takleh pakai la kan. Cadang2nya nak pakai masa dalam pantang nanti. 


Dulu masa dalam pantang Iman Mama pakai sesekali aje PB ni sebab masa tu tak sedar bahawa Mama ada benda yang hebat ni. Hehe.. Tah pape je. Mama beria beli bengkung lain yang panjang tu. Tengok iklan kat tv macam best dan senang je. 


Memang la senang pakai, tapi bila bergerak atau baring atau menyusukan anak, dia jadi longgar. Pastu dah tak selesa lagi dah sebab rasa menggelebeh. Camne la boleh tak terfikir nak konsisten pakai PB je sepanjang pantang tah. Pakai sesekali aje. Hehe...


Harganya memang agak pricy. Tapi menurut Izyan, anda boleh bayar ansuran. Caranya camni :


"Normally, harga Premium Beautiful untuk normal size is RM2400 and RM2600 untuk size besar. For this rebate nyer promo, you boleh beli denga harga member, which is RM2000 untuk normal size, and RM2200 untuk size besar. On top of that, setiap satu set Premium Beautiful yang dibeli boleh dapat rebate RM225.00. So, dah jimat banyak sangat tue...:)

Cara pembayaran, either full cash, RHB Easy installment (for those yang takder cash) or credit card. Untuk RHB Easy Easy installments, you can go as low as RM50 per month. Up to you...:)

This is a really good investment for your, sebab benda nie kiter nak pakai lamer. Body kiter pon kiter nak pakai lamer kan? Btul tak dear?"



Ok, kalau ada yang berminat bolehlah menghubungi beliau :


blog : http://princesyahir.blogspot.com
emel : lea4016@yahoo.com
facebook : facebook.com/IzyanLiyana4016
fon : 019-4419180


Rancangan Mama dalam pantang ni nak pakai PB aje. Tak perlu membazir duit beli bengkung lain mahal2 padahal dah ada dah yang best dalam simpanan. Nanti lama2 almari yang kurus sebab almari yang pakai. Haha... 


Boleh baca testimoni yang Mama jumpa masa blogwalking di SINI ye... 


Juga rancangan Mama nak ambil set berpantang Shaklee saja. Sebab utamanya adalah ianya tidak panas. Serik ooo Iman kena jaundis dulu sampai 23.7 SB dia. Kalau nak add on pun mungkin pil prawan Leesa Formula sebab pil tu memang sesuai dengan badan Mama. Itu pun setelah Adik berumur sebulan kot. Takut2 jaundis naik pulak. Nauzubillahi min zalik...


Masa awal2 bersalin mungkin nak mandi dengan mandian TYT tu. Cam best jerk dengar iklannya (ni pengaruh iklan la ni...). Tapi ada kawan cakap kat sini ada jual mandian herba yang home made. RM10 je sepeket. Tu pun cam best jugak. Lagipun home made katakan. Mesti lagi best. Tengok la camne. Yang penting memang tanak beli la set jamu mahal2. Kang buat tak habis je.


Sekejap je dah bulan Februari. Tak lama lagi Jun. Adoi..tak sabarnya nak bersalin. Haha.. Sebab ada banyak rancangan menanti... ;)


Friday, January 28, 2011

Jadual Pembelian Shaklee

2011 terasa sangatlah sibuknya. Tapi Mama taklah terasa kepenatan seperti masa mengandungkan Iman dulu. Masa Iman dulu memang tak alah tapi dari start mengandung sampai bersalin memang badan rasa berat dan lesu saja. 




Mulanya Mama tak perasan sangat. Tapi makin lama makin sibuk dengan kerja, tapi alhamdulillah badan tetap bertahan walaupun mengandung. Mula la terfikir2, mungkin kesan Shaklee yang Mama ambil. Masa mula2 Mama consume Shaklee, Iman kecik lagi. Dalam 4 ke 5 bulan camtu.


Mula2 ambil memang terasa berbeza. Bertenaga, bersemangat, tak lesu, ceria. Tapi bila dah habis, malas nak beli mula la skip2 last2 tak makan dah selama lebih kurang 3 ke 4 bulan. Sampai la Mama mengandung semula, terasa perlukan suplement.


Dalam kepala memang tak fikir lain selain Shaklee sebab kesannya memang Mama dah rasa. Bila ada yang cakap "hanya yang dah rasa je tau", itu memang tepat. Kalau tak caya try la...


Sekarang ni memang Mama konsisten makan Shaklee saja. Untuk yang mengandung macam Mama ni perlu ambil :



  • Vita-Lea Iron Formula
  • B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
  • Vitamin-C
  • OsteMatrix (Calcium-Magnesium)
  • Omega Guard
  • ESP (terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga)
(kredit to Kak Cery)

Sebelum mengandung Mama ok jerk bila telan semua vitamin di atas, tapi bila mengandung ni..aduhaii..rasa cam nak muntahkan balik je..loya la tak sedap tekak la..macam2..

Tapi alhamdulillah cuma tika trimester pertama saja. Masuk je trimester kedua, semakin kurang. Sesekali jadi jugak tapi taklah seteruk trimester pertama dulu.

Untuk maklumat tambahan, Omega Guard hanya mula Mama makan bila masuk trimester kedua. Ini penting untuk perkembangan otak bayi. Otak Mamanya sekali la ye. Hehe...

Oleh kerana sepanjang masa mengandung ni Mama perlu consume vitamin, dan of course la akan continue selepas bersalin juga, maka Mama dah buat jadual bila Mama nak kena beli vitamin daripada Kak N. Hehe.. 

Jadual ni hanya sebagai reminder sebab Mama pun adakalanya pening nak beli yang mana, yang nama apa, yang warna apa. Maklum la, bukannya farmasist kan... Hehe...

Inilah jadual ringkas untuk panduan Mama. Tujuan Mama buat jadual pembelian ini adalah :

  • Nanti senang la Mama buat rujukan bila dah masuk bulan seperti dalam jadual. Tapi jadual ni Mama buat sampai Jun saja iaitu sampai due Mama saja. Insya-Allah jika berkesempatan Mama akan buat jadual untuk selepas pantang pula. Masa dalam pantang Mama dah buat keputusan nak consume set berpantang Shaklee saja...
  • Memudahkan Mama bajet kewangan setiap bulan untuk suplement...
  • Meyakinkan diri sendiri (dan mungkin pembaca semua) bahawa takdelah banyak mana pun kita perlu habiskan untuk vitamin.. Bukan setiap bulan pun nak beli semua jenis. Ada jenis2 tertentu saja.. Contohnya kalsium. Itupun sebab masa mengandung perlu ambil dos lebih...

Jadual pembelian Shaklee hingga bersalin (Jun 2011) :

  • Kalsium (setiap bulan = RM49 X 5 bulan) = RM245
  • Omega (bulan April = RM109 X 1 bulan) = RM109
  • B-Complex (bulan Mei = RM43 X 1 bulan) = RM43
  • Vita-lea (bulan Mei = RM71 X 1 bulan) = RM71
  • JUMLAH KESELURUHAN = RM468
Banyak ke tak RM468? Memanglah kedengarannya agak banyak. Tapi perlu diingat kita bukan keluarkan segedebuk RM468 tu kan. Mama dah tulis siap2 bulan berapa kena beli. Cara Mama tetapkan bulan tu adalah dengan mengira bilangan yang perlu diambil seharian.

Contohnya Kalsium kena ambil 4 biji sehari. 1 botol ada 120 biji. 120 biji bahagi 4 biji = 30 hari. Maknanya 1 botol tahan 30 hari je. Sebab tu setiap bulan kena beli. Nasib baik murah... Hehe...

Oklah..rasanya ni entri terpanjang Mama taip di celah2 kesibukan ni. Ni pun break kejap sebab penat wat keje. Hehe.. Ok, nak sambung kerja semula... Di lain masa Mama cerita lagi ye...





Tuesday, December 14, 2010

Tropicana Twister Buat Mama Jatuh Cinta Pada ESP

Ingat lagi tak entri Mama berkaitan ESP Shaklee? Dalam entri tersebut Mama berkongsi detik2 awal percintaan Mama dengan Shaklee. Bibit2 cinta mula mekar diceritakan di entri tersebut. Mama juga ada janji nak share lagi tentang macamana Mama boleh jatuh cinta dengan ESP yang pada mulanya sangatlah Mama tak suka sebab tak boleh masuk tekak Mama ni.

Ok, hari ini Mama ada sedikit kelapangan disebabkan Iman ketiduran setelah penat bermain. Hehe.. Mama nak cerita sedikit perjalanan kisah Mama dengan ESP. Mula2 baca2 blog orang macam best jerk ESP ni. Baca blog Kak N lagi la teruja nak try kan. Terus la order. Sampai2 terus la try. Eiii..langsung tak suka terus. Tapi tetap minum jugak sikit2 tapi bukan hari2. Try dengan milo, dengan nescafe dengan air sejuk semua tak jalan. 

Sampai la baru2 ni Mama try dengan Tropicana Twister atas nasihat Kak Hadha. Try sekali terus jatuh cinta ko. Bestnye sebab akhirnya Mama ketemu jua cara nak bagi masuk ESP dalam perut. Hehe.. 


Antara kelebihan yang Mama dapati bila campur dengan Tropicana Twister ni ialah :

1) Bila bancuh tak perlu kacau atau goncang kuat2 pun ia terus sebati dalam air. Takde berketul2 macam sebelum ni Mama campurkan dengan milo.
2) Rasa ESP seimbang dengan rasa Tropicana Twister yang masam. Sebelum ni Mama tak la suka sangat Tropicana Twister tu. Tapi bila campur dengan ESP jadik suka pulak sebab ianya jadi tak masam sangat.
3) Mama boleh campurkan dengan 2 sudu ESP berbanding sebelum ni setengah sudu pun jenuh nak habiskan sampai kena tahan2 nafas.
4) Mama boleh ambil ESP 2 gelas sehari iaitu di waktu pagi dan malam berbanding sebelum ni kadang2 skip2 je. Hehe..
5) Iman pun boleh minum walaupun muka dia kerut2 jugak. Sebelum ni ada jugak Mama campurkan hujung2 sudu ke dalam susu dia tapi terus dia tolak. Agaknya tekak Iman sama dengan tekak Mama. Hehe...

Oleh sebab itu, sesiapa di luar sana yang menghadapi masalah macam Mama ni. cubalah campur dengan Tropicana Twister. Bagi Mama memang sedap dan boleh masuk tekak. Cubalah...

Inilah rupanya bila Mama dah masukkan ESP bersama Tropicana Twister...




Saturday, December 11, 2010

Shaklee & Mama

Rasanya Mama tak pernah menulis tentang supplement yang Mama ambil untuk menjaga kesihatan badan Mama kan. Memang ada terfikir nak berkongsi pengalaman cuma bila nak menulis tu jadi berat sikit. Hehe.. Sharing is caring kan.. So hari ni Mama nak berkongsi sedikit pengalaman Mama. Mungkin ada yang beranggapan tak perlu ambil supplement. Itu bergantung kepada diri masing2 sebab diri sendiri yang lebih arif tentang keperluan badan masing2 kan. Bagi Mama, Mama perlu ambil supplement kerana Mama tau cara pemakanan Mama memang takkan dapat bekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan Mama.


Masa Iman berumur 3 bulan lebih kurang, Mama ambil supplement untuk maintain susu dan kesihatan badan Mama. Mula2 Mama ambil trial pack selama sebulan. Memang sangat berbeza dengan sebelum Mama ambil supplement. Rasa bertenaga, ceria selalu, hati tenang, terasa lapang, nak buat kerja pun tak rasa berat badan.


Mama ambil produk SHAKLEE daripada Kak N. Titik permulaan Mama ambil supplement ni bila Mama tiba2 diberi hidayah oleh Allah untuk menyusukan Iman sepenuhnya dengan susu ibu. Ceritanya di SINI. Masa tu baru la terhegeh2 mencari supplement untuk tambah susu badan. Hinggalah suatu hari Allah temukan Mama dengan blog Kak N yang Mama dapat dari laman susuibu.com. 


Oleh kerana kesan yang sangat positif daripada trial pack tu, Mama terus ambil full pack. Walaupun agak mahal tapi berbaloi2 sebab boleh tahan sampai 4-5 bulan camtu. Masa tu Mama ambil :


Alfalfa
ini la produk yang mula2 buat Mama jatuh cinta
sebab ianya berfungsi sebagai milk booster

Vitamin C

Multivitamin

B Complex

ESP
mula2 minum memang tak boleh masuk
oleh sebab itu Mama jarang ambil
nanti Mama kongsikan macamana Mama boleh suka pulak dengan ESP ni

Tapi bila disahkan mengandung Iman Junior, Mama tanya Kak N boleh ke ambil alfalfa. Kak N nasihatkan supaya stop dulu ambil alfalfa. Tapi Mama teruskan ambil Vitamin C, Multivitamin dan B Complex. Tambah lagi dengan Kalsium.

Kalsium untuk tulang

Insya-Allah nanti Mama akan buat satu entri lain nak kongsi pengalaman Mama yang mula2 tak suka langsung dengan ESP tapi cuba itu cuba ini akhirnya ketemu jua dengan yang boleh masuk tekak ni. 

Untuk pembaca semua, kalau nak sihat tanyalah diri sendiri. Mama dah buat pilihan dan insya-Allah kekal dengan pilihan terbaik ini. Jom sihat jom...


♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥