♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Cerita Blog. Show all posts
Showing posts with label Cerita Blog. Show all posts

Monday, December 10, 2012

KOMEN Box


Sedikit makluman..

Mama dah masukkan kembali komenbox aka shoutbox dalam blog Mama.
Dulu memang ada, tapi kena remove sebab
perkhidmatan free dah tamat.
Lepas remove tu tak terfikir nak letak lagi.
Tapi susah jugak takde komenbox nak tinggalkan jejak kan.
Sebab bukan semua orang suka komen dalam entri.
Maka Mama letakkan kembali komenbox di sidebar sebelah kiri ye.

Silalah tinggalkan jejak anda ye.
Insya-Allah Mama akan ziarah kembali.

Salam kasih sayang..

Saturday, November 17, 2012

Panjang KE Pendek?

Anda sebagai pembaca blog, suka entri panjang2 ke pendek2?


Macam Mama suka baca entri yang panjang.
Merapu meraban pun takpe asalkan panjang.
Biasanya Mama suka baca perkongsian pengalaman penulis blog.
Gi bercuti ke kenduri ke majlis pape ke.
Sebab adakalanya boleh dijadikan panduan.

Adakalanya terasa nak update blog
tapi takde idea nak tulis panjang2.
Pernah terfikir nak upload gambar dan sedikit caption je.
Aci tak camtu?

Yela, at least ber update la jugak blog ye dak?
hihi..

Apa kata anda?


Monday, September 10, 2012

Entri Tanpa Gambar

Post entri dengan bloggeroid ni memang best, mudah, cepat dan mobile. Kat mana saja, janji ada line tenet la. Kalo dalam hutan memang apa pun x boleh la kan.

Tapi buat masa ni Mama blom berjaya post entri bergambar. Asyik failed je. Nape ek? Taktau nak solve camne. Ada sape2 tau silalah share ye. Kalo boleh nak update apa jua aktiviti keluarga or kerjaya. Tapi lebih best kalo bergambar kan?

posted from Bloggeroid

Sunday, September 9, 2012

My Very 1st Entry Using Bloggeroid

Sudah hampir setahun memilikinya, namun baru kini ku tahu. Haha.. Yes, akhirnya dapat jugak update blog tru tablet guna aplikasi bloggeroid. Sebelum ni punya payah nak ejas huruf guna blogger cam kat lappy tu. Try dulu ni..


posted from Bloggeroid

Monday, March 19, 2012

Test Pen

Alhamdulillah, akhirnya sampai jua.. ;)

3 




Friday, March 2, 2012

Nak Jugak Yang Baru2

Teringat entri lama sebelum kelahiran si kecil bam bam Bunyamin. Mama ada hasrat nak tukar header blog ni. Saja suka2 nak tukar angin.


Tapi fikir2 balik kalau tukar masa tu, nanti kalau baby dah lahir nak jugak letak gambar dia kan. Pastu kalau nak buat header kartun family pun, nak letak anak2 tu girl n boy ke atau boy dua2 sebab masa tu taktau lagi jantina adik.


Oleh sebab banyak sangat berfikir2 itu ini, maka Mama tangguhkan dulu hasrat itu. Setelah adik berusia 9 bulan ni baru terfikir semula. 


Erm.. nantikan wajah baru blog Mama ye.. ;)

Wednesday, February 29, 2012

Keep In Touch

Penat rasanya mengepos entri melalui tablet. Jenuh klik klik tapi tak jugak dia klik di tempat sepatutnya. Lebih puas berceloteh di lappy kesayangan. Taklah asyik tensen saja selama berjam2 sedangkan entri yang ingin dipos hanyalah sebaris ayat. *tensen*


Sudah lama berkira2 ingin mendapatkan ini,

Colours

RM18.50 instead of RM41 for a Touch Pen (with Clip)

for iPad, iPhone, Galaxy Tab & Other Touchscreen Devices

from Phone Case Discount [55% OFF]



namun asyik tertangguh2 nak ke kedai membelinya. Itulah kisah Mama kepada dua orang putera yang asyik sibuk dengan hal dunia. Apa nak jadi taktau lah...


Mujurlah tak buta teknologi. *ceh*. Akhirnya dapat jua ku menyambar touch pen ini bagi lebih memudahkan kerja2 update blog. Takde lah asyik bersawang saja blog ku ini. 


8


Pertamanya sebab memang memerlukan, keduanya sebab ianya MURAH. hihi. Tak sabar menanti ia tiba. Moga pasni dapatlah kerap2 update blog walau hanya sekeping gambar. kan kan kan...


Kalau nak boleh cepat2 klik SINI. Offer still on....

Tuesday, January 3, 2012

Cuba Mencuba

Percubaan kedua upload gambar...



berjaya

Monday, January 2, 2012

Entri Pertama

Entri pertama menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus. Masih teraba2 dan masih mencuba2. Nak upload gambar anak2 tapi lambat pula. Nak beradu dah ni sebab esok kena gi sekolah ada mesyuarat pula..

Insya-Allah Mama akan coretkan lagi pelbagai kisah hidup Mama. Dah ada yang mobile ni mudahlah sikit Mama nak update blog kan. Takdela kena berebut2 dengan anak2 lagi walaupun masih perlu sorok2 juga kan.

Tengoklah, habis terdelete signature. haha...

Friday, December 16, 2011

Group

Ingat tak masa zaman sekolah, cikgu selalu suruh kita buat study group. Terutamanya subjek sejarah la. Sebab sejarah kan ada banyak fakta nak kena ingat. Dalam satu group amik la dalam 3-4 orang. Lagi sikit lagi bagus sebab kalo dah ramai2 nanti jadi sembang group or ngumpat group. *eh*


Dalam group tu amik la sorang satu tajuk. Ko amik tajuk 1&2, aku amik tajuk 3&4, ko yang lain amik tajuk 5&6 dan gitu la.. Pastu masa join tu bentang la tajuk memasing so jimat la masa kan sebab at least dah ada kefahaman secara menyeluruh tentang tajuk tu. Pastu baru la hafal fakta ke apa ke bebetul kan.


Ecewah, tetiba teringat zaman sekolah kan. Tapi yang Mama cerita kat atas tadi tu adalah sekadar cerita saja sebab Mama tak buat *read as tak pernah 'berjaya' buat. Yela, dah kawan2 rapat dalam satu group, maunya nak study sangat kata ko. haha. Last2 jadi makan2-sembang2-ngumpat2 group je. Tapi fun sangat sebab masa tu hanya fikir diri sendiri sahaja kan. Mana nak fikir hal anak2, suami, kerja, rumahtangga dan macam2 hal dunia yang lain kan. Zaman itu indah tapi jika diberi peluang untuk kembali ke masa itu, ohhh tak sanggup dah nak bersengkang mata *kononnya la kan* untuk study terutamanya bila nak exam, nak kena buat assignment bagai, gi kelas lagi. *malas ok.


Bila dah tua2 ni, ada jugak group tapi bukanlah study group kan. Lebih kepada group orang dewasa yang membincangkan hal orang dewasa juga. *fenin* Mama ingat lagi group pertama yang Mama join di facebool adalah Geng Hot Mama Blogger (GHMB). Masa Mama join baru beberapa kerat je ahlinya. Kira Mama ni macam senior jugak la dalam group tu. *ceh


Sebab Mama ada blog, sebab tu boleh jadi ahlinya. Masa tu Mama pun tak tau kat facebook ini baaaaaaanyak group2. Kan tujuan asal create akaun fb sebab nak main farmville je kan. hihi.


Pastu masa Mama dalam pantang, sedang mencari gali ilmu berkaitan breastfeeding, buat la status dengan ayat lebih kurang 'menambah ilmu tentang bf' pastu ada sorang kawan fb add Mama join Kumpulan Ibu Menyusu (KIM).


Syukur bertemu dengan KIM sebab banyak ilmu dan pengalaman dapat dikongsi. Selain itu, Mama juga suka melihat ebm kawan2 KIM yang menjadi penguat semangat Mama untuk terus menyusukan baby Bunyamin. Tengok stok ebm berketul2 tu, semangat berkobar2 nak jadi camtu jugak.


Alhamdulillah perjalanan penyusuan kali ini dipermudahkan oleh Allah dan lebih bermakna sebab diiringi dengan sedikit ilmu asas penyusuan. Mungkin terasa mudah juga dengan sokongan suami. Walau Ayah tak pernah mengungkapkan bahawa 'Ayah sokong Mama', tapi cukup sekadar Ayah tak komplen itu ini dan tak menjatuhkan semangat Mama. Cukup sekadar itu pun Mama dah puas hati.


Banyak lagi group lain yang add Mama sebagai ahli cuma rasanya dua group ini terkesan di hati. Sampai sekarang kalau buka fb wajiblah buka wall KIM. Ada juga Mama post pic ebm Mama buat menaikkan semangat Mama sendiri dan membantu menyemarakkan semangat kawan2 KIM.


Wednesday, December 14, 2011

Penghargaan Buat Kalian

Serius.. memang ada banyak benda dalam kepala ingin dikongsikan di dalam blog kesayangan Mama ini. Ada2 sahaja yang ingin dikongsikan. Adakalanya sedang mandi pun boleh merangka ayat yang ingin dikarang di sini, namun masa mencemburui Mama.

Punya anak dua yang masih kecil2 dan memerlukan 100% perhatian daripada Mama, punya rumahtangga yang perlu diurus sebaiknya juga punya kerjaya memang sangat sangat dan sangat menagih pengorbanan yang bukan kepalang banyaknya.

Namun Mama bahagia dengan jalan yang Mama pilih ini. Mama punya segalanya. Alhamdulillah syukur. Walau tak mewah, namun Mama tak perlu meminta2. Pada Mama, Mama adalah 'kaya'. Kaya dengan nikmat kasih sayang, nikmat kesihatan (diri dan keluarga), dapat berbakti terhadap ibu bapa dan macam2 lagi nikmat Allah kurniakan.

Niat menulis blog pada awalnya hanya untuk suka2 sebab Mama memang suka menulis. Mama rasakan menulis blog seperti menulis diari. Nak tulis diari dengan status isteri dan Mama macam sekarang ni memang takkan ada masa la kan. So Mama menulis blog untuk mencatat perjalanan seharian Mama juga pengalaman dan mungkin info2 bermanfaat untuk rujukan dan untuk dikenang2 di kemudian hari nanti.

Juga niat asal adalah untuk didedikasikan buat anakanda dan suami tercinta memandangkan kebanyakan entri Mama adalah berkaitan keluarga dan peribadi. Namun setelah sekian lama, Mama rasa makin seronok menulis blog sebab dapat berkongsi pengalaman berkaitan penyusuan susu ibu dengan ibu2 di luar sana.

Obses dengan penyusuan susu ibu, rasanya blog Mama ni dah macam banyak menjurus ke arah itu. Tak sangka rupanya dalam diam ramai yang mengikuti perjalanan penyusuan Mama. Terima kasih tak terhingga buat kalian yang sentiasa sudi membaca hasil tulisan tak seberapa Mama ini.



Segalanya bermula dengan pengalaman. Kebanyakan entri Mama ditulis berdasarkan pengalaman Mama sendiri. Mungkin ada juga yang Mama petik daripada blog2 bermanfaat yang lain untuk dikongsikan bersama.


Apa pun, jutaan penghargaan buat pembaca setia blog Mama ini. Walau kalian silent reader sekalipun, anda tetap Mama hargai. Sekiranya ada komen2 yang tidak Mama jawab, mungkin Mama terlepas pandang. Maafkan ye.


Sayang kamu semua... ;)

Tuesday, May 3, 2011

Watermark Baru, Signature Baru

Hari ini kerja. S.I.B.U.K adalah sinonim bila dah mula kerja ni. Ni short entry saja sebelum balik sebab petang ni kena mai balik, ada latihan sukan pulak dah. Hadoih..adakah mak buyung ni nak bersukan? Kehkehkeh... Takde la..nengok anak2 murid sajok la..

Nak tayang watermark dan signature baru jap. Nanti baru buat full entry tentangnya. Nice kan? 






Tuesday, April 19, 2011

Rindunya Kat Blog

Lamanya Mama tak update blog. Bukannya sebab apa, rasa takde mood disebabkan bermacam2 masalah yang melanda. Ditambah lagi dengan masalah kesihatan Mama.


Sejak Sabtu aritu kami sekeluarga stay di rumah Tok Abah. Lewat petang pas Asar kami sekeluarga bersama Tok Abah, Tok Mama dan Pak Su jalan2 rumah Mak Njang di Batu Gajah. Saja jalan2 sambil makan2 bubur durian, buah hujung2 dah...


Solat Maghrib dan Isyak di rumah Mak Njang. Pas Isyak kami bertolak pulang. Dalam perjalanan Iman tak tidur sampai la ke rumah. Iman... Iman...


Ahad kami bersantai2 di rumah Tok Abah lagi. Pagi2 lagi Mama dan Ayah dah keluar sebab Mama ada appointment di Klinik Ibu & Anak. Follow up untuk tekanan darah dan urine sebab berat naik terlebih. Padahal Mama bukannya lalu makan sangat pun. Mungkin tension kot. Disebabkan sebelum check up Mama makan roti cicah bubur durian, urine Mama ada glukos sket. Huh, risau je..


Isnin Mama dan Ayah cuti. Mama ada temujanji di Klinik Ibu & Anak lagi. Check up sama macam semalam. Sepatutnya selang sehari. Disebabkan Selasa Mama kena bawak Iman follow up di peads Penang, so Mama kena la check up arini. Alhamdulillah check up arini urine Mama ok je. Sebelum check up memang tak makan apa2. Haha...


Malam ni Ayah gi mengaji. Iman dah tidur. Mama ambik kesempatan kejap update blog sebab dah rindu sangat dah. Haha.. Biasa kan paling koman pun selang sehari mesti update, ni dah 4 hari kot tak update. Mana tak rindu... ;)


Oklah, nak tidur dah. Guruh berdentum dentam kat luar dah ha. Insya-Allah nanti Mama update pasal check up Iman esok ya... ;)

Monday, March 28, 2011

Nak Tukar Ke Tak

Header blog Mama ni bagi Mama memang dah cantik. Juga terus direct menggambarkan isi blog Mama ini. Tapi sejak akhir2 ni Mama macam teringin je nak tukar header. Bukanlah bermakna header sekarang ni dah membosankan. 


Cuma saja2 nak tukar selera kan. Dah la camtu, dulu2 nak mencari tempat nak menempah header dan watermark sikit punya la susahnya. Sekarang ni banyak pulak blog untuk tempahan header dan watermark Mama jumpa.


Namun begitu, oleh kerana rasa sayangggg sangat dengan header lama ni, Mama tangguhkanlah dulu hasrat nak tukar header tu. Lagipun kepala tengah blank nak design macamana. Biasa la Mama, kalau dah berkenan dengan sesuatu tu, memang susah nak tukar kepada yang lain. 


Contohnya kalau gi kedai makan. Sesetengah orang suka mencuba menu baru dan pelik2, macam Ayah dan macam arwah Mak Ngah Mama. Tapi kalau Mama, dah suka milo ais, gi mana2 kedai pun milo ais la yang akan jadi yang pertama dalam list. Sesekali je tukar fresh orange ke sirap bandung ke jus tembikai ke. Gitu la Mama...


Cuma yang Mama rasa nak tukar adalah watermark jela kot. Nak yang jenis bulat pulak. Mama dah request kat incredible design melalui emel. Belum dapat apa2 reply lagi. Harganya pula murah je. Kalau yang ada kartun2 tu RM10 je. Kalau link blog saja lagi la murah, RM4 je. Design diorang ni cun2 tau.


Mula nak order dengan Jiya, tapi Jiya tak ambik tempahan dah wat masa ni sebab tangannya sakit. Terjumpa dengan incredible design, terus la order kan. Nanti dah dapat watermark baru Mama update lagi ye... ;)


Sunday, March 27, 2011

Appreciation Award From Mama Aerish

Lama tak menjenguk blog sahabat lama, mama aerish @ eb. Tadi saja2 jenjalan blognya. Dulu masa awal2 Mama berblogging, blog eb la antara blog yang Mama admire sebab banyak benda2 kreatif dan cun2 dalam blognya.


Dah lama tak ziarah, dah berubah wajah dah blog eb. Eb pun dah sambung study ek. Masa mula2 kenal eb anaknya baru si aerish tu. Pas aed lahir Mama dah jarang follow cerita eb. Soryy ye eb..


Gi blog eb Mama dapat award! Best betul... Kalau nak kumpul award jom la follow blog eb.. Jangan lupa ambik award daripada Mama juga di sidebar kiri blog ini ye... ;)


award daripada mama aerish


Lagi Cerita Header & Watermark

Aritu Mama ada update pasal header dan watermark blogshop Mama kan. Saja2 je nak tempek kat sini, pereka header dan watermark Mama, Jiya dah letak header dan watermark Mama tu kat blognya.


Menjadi kebiasaan si Jiya ni, setiap order yang dah siap diambil oleh customer akan ditempek di blognya sebagai contoh untuk customer2 baru. Kalau nak tengok2 atau nak order boleh lawat blog Jiya kat SINI ye... ;)


Bye Yang Lama, Welcome Yang Baru

Pagi ni terasa nak tukar layout pulak. Setelah hampir setahun pakai layout yang sama kan. Layout lama Mama ambik dari www.hotbliggityblog.com. Inilah layout paling lama Mama guna. Awal2 berblog dulu, Mama suka tukar2 layout sementara nak jumpa yang betul2 sesuai dengan jiwa kan. ecewah...

Sebenarnya bukan taknak tukar sebelum ni tapi tak jumpa dengan yang berkenan di hati dan jiwa. Lagipun nak jumpa yang match dengan warna header blog adalah susah. Atau bila jumpa pun tak berkenan pulak kan.

layout lama Mama

Cerewet? Ye, memang Mama agak cerewet. Hehe. Terutamanya perkara2 teknikal camni kan. Kalau boleh semua nak perfect atau kalau tak memuaskan hati orang pun, asal hati sendiri suka sudah. Hehe...

Semalam jenjalan tengok kat www.scrappinblogs.blogspot.com. Selalu jugak tengok layout blog orang lain guna layout scrappin' blog ni. Tapi Mama tak pernah pulak terfikir nak tinjau2. Sampai la semalam, masuk2 je jadi teruja gile sebab ada baaaaanyak layout yang cun2 dan cute2. 

Asalnya nak tukar layout blogshop Mama, www.aimnaonlinestore.blogspot.com sebab kan baru letak header kan. Layout lama tak match dengan header sebab layout lama ala2 lady look gitu, header pulak ala2 baby look gitu. So cari2, try yang tu try yang ni, akhirnya letak yang INI. Silakanlah tengok ye...

Masa tengah2 cari tadi, ada pulak terjumpa yang sesuai dengan blog ini. So, terus la tukar dan tengok2 memang cun. Fully lady look. Hehe... ;) Ok la tu kan, nama pun 'blog mama' kan. Haruslah sesuai layout dengan isi kandungannya...

Inilah dia rupa layout baru Mama. Bagi Mama memang cantik sebab warnanya sangat match dengan header dan jiwa Mama... ;)

layout baru Mama


Friday, March 25, 2011

Sape Nak Header & Watermark Cute?

Seperti yang semua sedia maklum (ecewah..macam la ko glemer ek..), selain blog peribadi, Mama juga mempunyai blogshop. Macam iklan sticky entry kat atas tu la kan. Kalau nak tengok2 produk jualan Mama leh la klik www.aimnaonlinestore.blogspot.com ye... ;) (sempat promote tu..)

Blog tu memang mengiklankan produk jualan Mama saja. Sebab insya-Allah produk jualan Mama sentiasa in stock. Terfikir jugak nak letak header macam blog peribadi kan. Mama order lama dah daripada Jiya ni. Tapi disebabkan banyak tempahan yang beliau terima, kena la Q kan.

Akhirnya setelah lama menanti, siaplah juga header dan watermark Mama itu. Yahoooo... Seronok sungguh.. Terus tempek di blog.. Inilah dia sample header blogshop Mama...

cute tak? cute tak?

Jiya memang pandai lukis kartun. Semua hasil kerja tangannya cute2, cun2, kreatif2... Kalau nak tengok hasil2 beliau boleh la gi visit http://littlecolourshop.blogspot.com/ Kalau nak tempah pun boleh, ikut tahap kesibukan beliau la... ;)

Ok, kat bawah ni pulak watermark Mama. Saja ngengada tempek kat gambo nikah kan. Ngeh ngeh ngeh... Tak seswai... ;) Ada tulisan warna hitam dan pink. Ikut kesesuaian gambar yang kita nak tempek tu la ye...

contoh watermark pink & hitam yang dah ditempek kat gambar

Harga header dan watermark yang ditempah adalah mengikut tahap kesukaran nak buat ye. Juga mengikut bilangan kartun, aksi kartun dan background. Macam header Mama tu, background simple je Mama request. Watermark pulak Mama request nak kartun yang sama dengan header dan berbentuk bulat. 

Memang cun la.. Puas hati sesangat.. Nanti kalau ada ongkos lebih nak order untuk blog ni pulak. Mungkin nak order watermark sekali kot. Saja nak tukar selera kan... 

Thanks Jiya... ;)


Sunday, March 20, 2011

Penangan Jelajah Blog Ibu

Buat pertama kalinya Mama join segmen Ben Ashaari dalam Jelajah Blog 2011 : Kategori Ibu. Walaupun mungkin tak direview oleh Ben, tapi Mama tetap berpuas hati sebab dapat memeriahkan segmen Ben Ashaari ini.


Apa yang lebih penting, Mama dapat ramai kenalan dan follower baru melalui penglibatan Mama dalam segmen tersebut. Seronoknya... Kebanyakannya di kalangan ibu-ibu jugak. 


Selain GHMB, melalui segmen ini juga Mama dapat bertukar2 fikiran dan pengalaman bersama ibu-ibu di seluruh Malaysia... ;)


Friday, March 18, 2011

Cara Tingkatkan Kelajuan Uploading & Downloading FB

Jalan2 blogwalking ke blog rakan ghmb, ummychentahati.. Terjumpa post menarik daripada beliau tentang cara2 nak speed up uploading dan downloading facebook. Mama cuba memang jadi la. Memang laju je upload facebook.


So kat sini Mama nak share info berguna ni dengan kawan2 semua ye... ;)


1) Bukak C\windows\systems32\drivers\etc\


2) Bukak file hosts dengan menggunakan notepad.exe


3) Taipkan 203.106.85.66 www.facebook.com di bahagian bawah dalam notepad tersebut.


4) Simpan.


5) Try la bukak facebook pastu.. Insya-Allah laju je uploading... ;)


Nota Mama : Kredit to http://sayang4a.blogspot.com

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥