♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Info Mama. Show all posts
Showing posts with label Info Mama. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Bahaya Ni

Oi, ni bahaya ni. Mama selalu nak balik kerja main masuk je dalam kereta, on enjin, on aircond, tunggu jap terus jalan. Haha. Kena ubah la pasni ye..


Tuesday, April 10, 2012

Freezer Burn

Masa tengah mengemas deep freezer aritu, Mama terjumpa beberapa pack ebm yang ada tompok2 putih macam kulat. Tapi Mama tak kalut sebab sebelum ni pernah terbaca pengalaman kawan2 KIM yang pernah jadi camni jugak.

Menurut mereka, ianya tak bahaya dan selamat untuk bagi baby. Syukurlah, kalau tak, banyak juga nak kena korbankan tu. Ni dasar pemalas nak cari info dalam internet, hanya baca pengalaman kawan2 sajalah. Hari ini terbaca perkongsian seorang teman KIM berkaitan freezer burn ni. Copy paste je aci tak? hihi.. *dengan izin ok*

tompok2 putih pada susu yang dibekukan ni la
namanya freezer burn

Apa itu Freezer Burn ?
Menurut wikipedia, Freezer burn is a condition that occurs when frozen food has been damaged by dehydration and oxidation, due to air reaching the food.[1] It is generally induced by substandard (non-airtight) packaging.
Maksudnya, kerosakan yang berlaku pada makanan yang dibekukan kesan daripada proses dehidrasi dan pengoksidaan pada makanan tersebut. Ia biasanya berlaku akibat proses pembungkusan yang tidak memenuhi piawaian.

Apabila susu perahan dibekukan, molekul air akan membentuk kristal ais. Molekul air akan bergerak ke bahagian yang mula membeku dan lebih sejuk. Ini mengakibatkan bahagian yang kurang sejuk sejuk mengalami dehidrasi. Tambahan pula, bagi bahagian yang berlemak, proses pengoksidaan akan berlaku dan menyebabkan perubahan warna dan bau. Inilah 'tompok-tompok putih' itu.

Pada pendapat izan, perubahan rasa ini juga menyebabkan sesetengah bayi tidak suka kepada susu perahan yang telah dibekukan.

Untuk lebih info,kawan2 boleh rujuk pada link wikipedia ini

Bagaimana nak elakkan freezer burn ?
Freezer boleh dielakkan dengan :
  • Elakkan kekerapan menbuka peti beku, Ini  membantu  menstabilkan suhu dalam peti beku serta memastikan suhu kekal di bawah 0C.
  • Gunakan kaedah pembungkusan yang piawai seperti plastik khas untuk susu perahan yang pre-steril. Pastikan udara dikeluarkan daripada bungkusan sebelum plastik. Tinggalkan sedikit ruang untuk 'susu mengembang'.
  • Sejukkkan dulu susu perahan di bahagian bawah peti ais sebelum dibekukan di peti beku. Ini mengelakkan perubahan suhu yang ketara pada susu. Perubahan susu yang mendadak juga menggalakkan berlakunya Freezer Burn.
  • Elakkan menyimpan susu perahan yang dibekukan telalu lama. Semakin lama di dalam peti beku, peluang Freezer Burn untuk terjadi semakin tinggi.

Apa yang penting,Adakah susu perahan ini masih selamat?

Ya, susu ini MASIH SELAMAT dan BOLEH diberikan pada bayi.



 

Bayi Susu Ibu





Monday, April 9, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 28 ~ Milk Booster Lagi

Agak lama juga Mama menyepikan diri. Sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Dua2 sama penting untuk diseimbangkan maka blog terpaksa diketepikan dahulu. Ada sedikit masa, nak share sedikit penemuan baru Mama.

Sejak akhir2 ini Mama selalu skip makan supplement. Yelah, nak makan tu perlu ambil sedikit masa sebab banyak kan. hihi. Maka Mama hanya ambil ESP, PD dan jus kurma pegaga sahaja sebagai minuman pagi sebelum ke tempat kerja.

Baru2 ini Mama mencuba softgel habbatussauda keluaran Halagel. Alhamdulillah badan bertenaga sepanjang hari, susu pun mula bertambah setelah mengalami zaman kemerosotan kebelakangan ini lantaran kesibukan dan mengabaikan pengepaman secara konsisten.


Kalau ibu2 di luar sana nak cuba, bolehlah beli. Murah saja, RM30 je. Ada 60 biji. Sehari makan 2 biji. Kira ni stok untuk sebulan la. Rasanya lepas ni nak beli lagi kot, insya-Allah. Tapi kena tunggu Cik Abang free la nak ajak dia cari kedai Halagel. hihi.

Testimoni Mama :

Pas makan ni badan segar, walau terpaksa berjaga malam, tak letih lesu. Tapi kesan ni Mama perasan setelah 2 minggu pengambilannya. Sekarang ni Mama totally stop ambik Shaklee, bukan sebab tak berkesan atau tak elok, tapi sengaja stop sebab nak rasai kesan habbatussauda ni.

Hari pertama Mama ambil habbatussauda ni, Mama pam dapat la 6 zo berbanding 3 oz sebab susu merudum teruk aritu. Sebelah malam pula, Mama buat power pumping. Baru 7 minit mengepam dah boleh dapat 3 oz dengan mudahnya. Alhamdulillah syukur..

Selain menambah susu, boleh segarkan badan. Best tu. Harga pun tak mahal mana. Nak makan pun mudah. Tapi konsep asas penyusuan kena penuhi dulu iaitu kerap kosongkan B untuk bagi signal kat badan supaya hasilkan susu lebih lagi. Cubalah... ;)

Wallahualam..



Thursday, March 8, 2012

Minum Pada Waktunya

Bila tiba Wednesday, berderet2lah entri wordless wednesday yang keluar. hihi. Tapi Mama tak pernah buat entri WW ni. Nantilah bila2. Hari ini dah Khamis ye. So hari ini nak kongsi sedikit maklumat yang Mama terbaca masa blogwalking.


Jom jom baca...


Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

1.  Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

2.  Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita. 

3.  Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

4.  Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!



Dah baca jom amalkan. Bagus info ni sebab Mama memang akan minum sekurang2nya 2 liter air kosong, kadang2 air masak kadang2 air tapisan Bior Aura. Bolehlah diamalkan selepas ini, insya-Allah...


Saturday, February 11, 2012

6 Sebab Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim

  • Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. 
  • Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..  
  • Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh  dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..  
  • Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 
  • Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.  
  • Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan  isteri agar tidak derhaka denganNYA.



Wednesday, February 8, 2012

Untukmu Anak

Cuti panjang ini tak banyak aktiviti kami sekeluarga. Hanya berehat2 saja di rumah Tok Abah, menziarah Nenek dan Atok, rehat2 di rumah sendiri. 


Di rumah Tok Abah, jari Mama terluka digunting Abang. haha. Aktif sangat si abang ni. Taktau nak cakap macam mana, Mama selalu terfikir kenapa Abang Iman ni lasak sangat ya? Mungkinkah masa mengandung dulu Mama ada makan apa2, atau ada buat apa2 yang mempengaruhi sikap abang yang lasak ni ye?


Terfikir juga mungkinkah sebab abang suka makan manis2 atau sebab suka makan jajan? Atau mungkinkah sebab dalam susunya mengandungi paras gula tambahan yang tinggi menyebabkan abang jadi sangat aktif? Tak ada jawapan untuk semua persoalan Mama ni.


Mama rasa Mama kena mulakan dari sekarang. Membentuk pemakanan abang supaya berkhasiat dan sesuai untuk perkembangannya. Abang Iman sekarang minum susu Dumex Dugro. Pernah bercadang nak selang selikan dengan susu Ilham. Ramai yang review susu Ilham ni sangat bagus sebab ianya dibacakan ayat2 suci al-Quran. Juga turut mengandungi makanan sunnah seperti kurma, kismis dan badam.


Harganya memang agak mahal, RM48.90 utk 600g. 





Susu Penuh Krim Ilham adalah:
  • Produk keluaran EBUNDA SDN. BHD. (915593-H), sebuah syarikat bumiputera muslim.
  • Susu yang dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik  dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal.  
  • Produk berasaskan susu lembu yang di import dari NEW ZEALAND, bukan dari CHINA. Susu lembu yang terbaik di dunia adalah dari negara New Zealand. 
  • 100% susu dan bukannya perasa susu yang ditambah zat, seperti kebanyakan produk pasaran yang murah.
  • Produk Susu Gred A, dengan harga yang jauh lebih murah, tetapi setara dengan produk susu di pasaran yang mencecah ratus ringgit.

Nilai tambah:
  • Dilengkapkan dengan Terapi 30 Juzuk Al-Quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Kerana itu produk ini TIDAK BOLEH DILANGKAH.
  • Diperkaya dengan khasiat badam, kurma dan kismis yang membantu pembesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna, dari segi kesihatan dan IQ. 
  • Sesuai untuk seisi keluarga termasuk golongan dewasa.

Asyiklah bertangguh2 nak membelinya, tiba2 terjatuh chenta pula dengan susu bio-lac. Harganya RM23.00 untuk 500g.


Keistimewaan susu BlO-LAC yang menjadi kegemaran bayi, telah dirumus mengikut nilai keperluan pemakanan garamtisu Biokimia (BTS) Dr. Schuessler, yang berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan tisu tubuh khusus untuk tumbesaran. BlO-LAC formulasi Prof. Dr. Hj. Azizan b. Ismail (Allahyarham) menjadi sumber nutrisi yang utama dalam tahun-tahun awal kehidupan bayi. Susu BlO-LAC menjaga kesihatan tubuh bayi sesuai dengan konsep piramid makanan, jika diambil bersama makanan pelengkap yang seimbang.

BIO-LAC yang telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2001 ini dipasarkan oleh Era Edar Marketing Sdn. Bhd. Sumber tenusu BlO-LAC diimport dan New Zealand yang sememangnya terkenal dengan kualiti persekitaran dan penyediaan susu yang terbaik di dunia. Susu ibu adalah yang terbaik, tetapi sekiranya perlukan susu ganti, BlO-LAC memenuhi keperluan bayi anda.


Rasanya nak cuba dua2, tapi ongkosnya... hihi.. Mungkin boleh cuba bio-lac dulu kot.. ;)



Friday, December 23, 2011

Ajaibnya Bayi

  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

Ahmad Iman Bukhari
6 Jun 2009 @ 12.40 pm
3.1 kg

Ahmad Iman Bunyamin
11 Jun 2011 @ 11.25 am
3.05 kg
  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.




Saturday, November 12, 2011

Didikan Sempurna

Malam ini Mama tinggal berdua saja dengan si kecil tomel Bunyamin. Sudah 'paksa' Bunyamin tidur. Mama gunakan istilah 'paksa' sebab sedari siang tidurnya hanya main2. Pagi tadi hujan lebat, membuatkan Bunyamin kembung perut sedikit. Namun alhamdulillah sudah lega setelah diberi ubat dan urutan-hentam-sajalah daripada Mamanya.


Dari rumah Nenek, Bunyamin buang air besar. Mama bersihkan, tukar pakaian, letak bedak wangi2, tak lupa minyak afiat warna hijau itu beserta urutan ala2 reti Mamanya ini, susukan dan letak dalam buai. Nangis2 juga, Mama bedungkan lalu memaksa Bunyamin tidur sebab Mama tau Bunyamin mengantuk amat. Sementelah abang di rumah Nenek, Mama paksa Bunyamin tidur bagi memastikan tidurnya tak terganggu bila abang balik nanti.


Dalam kepala ada berderet senarai tugasan nak dilaksanakan malam ini, namun sempat menjengah fb dan blog yang dah lama tak berupdate ini. Lalau terjumpa artikel bermanfaat ini. Membacanya dengan khusyuk sambil sesekali melihat buaian si kecil takut2 ada nyamuk mengganggu tidurnya, membuatkan Mama tersedar rupanya banyak yang salah dalam cara Mama mendidik si anak. 


Insya-Allah Mama cuba baiki diri dan mengisi lompong2 kekurangan itu dengan ilmu2 bermanfaat sebegini. Moga artikel yang Mama kongsikan di blog ini bermanfaat untuk anda juga ya...


dua permata hati yang menjadi perasa dalam hidup Mama




PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. 
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”..



kredit to : Misteri & Keajaiban Alam


Monday, October 10, 2011

Teknik Marmet

Secara peribadi, Mama belum betul2 menguasai teknik marmet (memerah susu menggunakan tangan). Tapi Mama tetap cuba belajar, belajar dan teruskan belajar. Manalah tau kot2 terpaksa bermarmet atas sebab2 yang tidak dijangkakan. 


Mama terjumpa info berguna ini daripada blog azhaan ini. Moga dapat menjadi panduan buat Mama dan ibu2 di luar sana ye..


PELAJARI TEKNIK MARMET…

Selain menggunakan pam untuk mengumpul susu perahan kita boleh melakukannya secara manual. Tidak memerlukan kos,gune tangan pun boleh dijadikan sebagai alat untuk memerah payu dara kita. Teknik ini dikenali sebagai MARMET..
Ia sungguh mudah kerana teknik ini merupakan kaedah yang banyak membantu kita mengumpul lebih banyak susu ibu berbanding menggunakan pam..
Selain itu, sentuhan kulit ke kulit (tangan ke payudara) lebih efektif dalam merangsang payu dara untuk mengalirkan susu dengan lebih lancar jika dibandingkan dengan breast shield yang dihasilkan daripada plastik..
Dengan menggunakan teknik ini juga, kita dapat mengurangkan kerosakan tisu payu dara,payu dara lebam mahupun kulit di sekitar melecet akibat penggunaan pam yang berlebihan..
Sebelum melakukan teknik Marmet untuk memerah payudara, kita seharusnya melakukan urutan terlebih dahulu. Dengan itu, proses pemerahan pasti akan berjalan lancar..
MENGURUT
Cuci tangan & pastikan ia bersih..tekap payudara dengan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam dan urutla mengikut langkah langkah di bawah:
1. Massage..dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukanmembulat dari hujung ketiak hingga aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri dan sebaliknya..
2. Stroke..gunakan kelima lima jari tangan,tekan payudara secara lembut.
3. Shake..condong kan sedikit badan kite ke depan, goyangkan dada secara lebut..Dengan ini, daya graviti yang terhasil akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu.

MEMERAH
Langkah 1: Mengalirkan takungan susu
1. Buat pengangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm dari aerola. Manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bawah bahagian aerola. (Kedua dua jari ini berfungsi menampung bahagian payudara)..memandangkan payudara setiap ibu adalah berbeza, anggaplah payudara seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6..
2. Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan tangah tadi.
3. Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada putting. Kemudian, lepaskan & ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.
4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga aliran susu berkurangan..
5. Kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9, 8, dan 7 manakala jari telunjuk & jari tangah ke arah jam 5, 4, 3, 2, dan 1. Lakukan gerakanmemerah sama seperti langkah 1 hingga 4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya..
6. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.
7. Beralihlah ke payudara di sebelahnya jika kite yakin sudah berjaya mengosongkan payudara.
p/s: Semasa melakukan rutin picit-lepas, jangan lupa untuk terus menerus mengurut payudara. Cara sebegini sedikit sebanyak membantu susu ibu mengalir dengan lancar.
Elakkan Pergerakan ini!!
1. Jangan picit putting payudara. Ini akan menyebabkannya lebam.
2. Jangan tarik putting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara
3. Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkannya melecet.
contoh yang salah..
Langkah 2: Melancarkan Aliran Susu
1. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima lima jari ke arah dada bermula daripada bahadian atas. Lakukan dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat ) saluran susu ) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain.
2. Usap payudara bermula daripada atas hingga ke putting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda & seterusnya membantu melancarkan aliran susu..
Tempoh Pemerahan
Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit ke 30 minit. Perah setiap payudara antara 5 hingga 7 minit, setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke & shake). Kemudian perah lagi setiap payudara dalam 3 hingga 5 minit. Selanjutnya ulang semula rutin urutan & diakhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah paudara..
INFO
Ketika melakukan teknik marmet ini, pergerakan tangan harus lebih cepat daripada mata.
Penting: Teknik yang tidak tepat boleh mencederakan payudara.



Wednesday, August 10, 2011

Perkara Sebelum Tidur

Muhasabah untuk diri Mama sendiri dan juga untuk anda yang sedang membaca...


SEBELUM TIDUR
Perkara Sebelum Tidur ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

1. Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

Al-ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim , Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim , Allahumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Astaghfirullahal adziim alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

4. Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, subhanallahi walhamdulillaahi walaailaaha illallahu wallahu akbar (3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama...



Tips Kekal Sihat Ex-PM & Kaitannya Dengan Shaklee


Jom kita ikuti artikel di bawah ini, karya asal kredit kepada Susu Sejat

Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.

Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?


5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir

1 – Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4 – Makan Multivitamin (ni yang nak ditekankan ni..)
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

5 - Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997).

Nota Mama : Beruntungnya kita yang bertemu dengan produk Shaklee ni kan. So sama2lah kita meneruskan pengambilan supplement untuk kecergasan tubuh badan selain memberi tenaga sepanjang breastfeeding journey ini.. ;)


Saturday, July 9, 2011

G6PD & Bunyamin

Aritu Mama ada sebut sedikit pasal G6PD kan. Takdir Ilahi, anak kedua Mama adalah pengidap kekurangan enzim G6PD ini. Ini adalah entri khas mengenai G6PD yang Mama fully copy paste daripada SINI.

Ahmad Iman Bunyamin yang istimewa
dianugerahkan Allah kepada Mama dengan kekurangan enzim G6PD
namun Mama redha dan menerimanya dengan lapang dada
Adik ada kekurangan di sana namun Mama yakin dan percaya
Adik punya banyak kelebihan di sini... ;)

Info ini khas utk rujukanku sebagai ibu kepada seorang anak pengidap G6PD!!!

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.

Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan “rantai perubatan” yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya.

Info lain : 
‘GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.

Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).

Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

Bagaimana masalah ini dikesan?

Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.

Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.

Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.
Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan

Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.







♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥