♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Iman Untuk Mama. Show all posts
Showing posts with label Iman Untuk Mama. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

Birthday Celebration

Salam...

arini besday si kecik iman bukhari
malamnya Mama & Ayah buat majlis makan2 sikit
dengan family Tok Abah & Tok Mama

ada kek Garfield...
tapi tulisan tak best la..
orang tu tulis tak cun...
ada ke patut tulis 1st year kat tepi
adoiii... rosak kek kami...



ada tomyam...
ikan siakap sweet sour..
puyuh goreng..
telur bungkus..
udang goreng cendawan..
sayur campur..



jom kita tengok aksi iman potong kek...
masamnya muka..
mata dok tengok jer garfield baring atas kek dia..



zoom sikit...




Mama suap birthday boy..
nyam.. nyam..



iman..
moga iman membesar sebagai anak soleh
insan berguna
dipanjangkan usia
dimurahkan rezeki

Mama & Ayah
sayang iman...


Hari Ini : Setahun Yang Lalu




Setahun sudah berlalu
Terasa pantasnya waktu berterbangan pergi
Masih terbayang2 di ruangan mata
Detik dan ketikanya kau hadir ke duniaku
Saat manis pertama kali menatap wajahmu
Indah dan mendamaikan
Tika itu semacam ada rasa tak percaya
Aku kini bergelar Mama
Berbeza sekali rasanya
Menyambut ulangtahun kelahiran diri
Dengan menyambut ulangtahun kelahiran permata hati
Bila tiba ulangtahun sendiri
Aku hanya menghitung hari dan waktu kelahiranku sahaja
Namun bila tiba ulangtahun kelahiran anakanda sendiri
Semua pengalaman dan kenangan
Sebelum, semasa dan sesudah kelahirannya
Hadir menjelma satu persatu
Ada rasa bahagia dan berbunga2 di situ
Terkadang timbul rasa sebak
Entah mengapa
Mungkin kerana aku kini adalah seorang
MAMA...

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama
Ahmad Iman Bukhari

~ birthday boy di pagi ulangtahun kelahirannya ~


Sayang 1000 Kali Sayang

Monday, May 31, 2010

Adakah Ini Satu Penderaan?

Salam semua...

arini nak cerita pasal
budak bertuah ni lagi




aik.. ni anak siapa ni?
tengok la dia duk kat mana tu...




laa...
budak gedebot iman rupanya
duduk dalam
mesin basuh

tau kenapa?
sebab sangatlah rajinnya
mengemas dapur Mama
masa Mama sibuk memasak

Mama tak menang tangan nak mengawalnya
dengan nak masak lagi kan
last2 masukkan iman dalam mesin basuh

haa..dok dalam tu senang
boleh tengok Mama masak
Mama pun tak risau terkena minyak ke
atau berlaku apa2 yang tak diingini kan

tapi hanya sementara waktu aje
berpeluh2 iman dok dalam tu
maklum la kat dapur kan

tak lama pastu Mama siap masak
Mama pun kuarkan iman

adoii..beginikah pengalaman Mamaku dulu????

nota penting : ini bukan kes penderaan ye...huhu...


Iman Botak?


Salam semua..

arini Mama nak cerita aktiviti yang best
dilakukan oleh 3 beranak ni ye...

aktivitinya adalah...

GUNTING RAMBUT IMAN

malangnya Mama takde pic
ketika kejadian berlaku ye..

memang dalam kepala dah plan nak snap gambar
barang sekeping dua
untuk jadik bahan update blog
huhu...

tapi disebabkan
Mama
Ayah
dan of course la
Iman
dah diselaputi dek rambut halus iman tu
di seluruh badan

tukang gunting
tukang pegang @ kepit
dan
tuan punya badan yang digunting rambutnya
penuh rambut
jadi Mama terpaksa la batalkan niat suci Mama tu ye

dari ruang makan dapur
melarat sampai ke bilik mandi
punya la dasyatnya acara ini ye..

selepas selesai mengerjakan rambut iman
kami 3 beranak mandi manda bersuka ria
bersama-sama dalam bilik mandi kami yang kecik tu
huhu...

dah bersih dan selesai menunaikan solat
baru la Mama berpeluang menyelesakan diri
nak snap gambar terbaru iman
jom kita intai2 sesama ye...


~BEFORE~



~AFTER~


comel tak anak Mama?
hehe...

Thursday, April 1, 2010

EBM Mama


Niat mama ingin menyusukan iman dengan susu mama
sekurang-kurangnya 2 tahun
atau lebih...

setiap hari mama pam susu untuk simpanan
kegunaan masa akan datang

mama sentiasa berdoa kepada Allah
semoga mama dapat berikan anugerah Allah ini
untuk iman
seberapa lama yang mama mampu

walaupun penat...
walaupun sedih...
walaupun tertekan...

mama tetap akan mendakap iman
di dalam tidur
dan di dalam jaga

demi kebaikan iman
mama tekad meneruskan penyusuan untuk iman
kerana mama tahu susu mama adalah yang terbaik buat iman

dengan harapan
setiap titis susu mama
yang telah mama halalkan
akan menjadi darah daging yang baik

semoga iman sentiasa mengingati mama
walaupun mungkin satu hari nanti
ada insan lain akan berada di sebelah iman
walaupun mungkin satu hari nanti
bukan mama yang akan mendakap iman

mama berdoa
walaupun bukan mama lagi di sebelah iman
moga mama sentiasa di hati iman
berada dekat di hati iman

ni la antara stok susu mama
untuk anakanda mama
ahmad iman bukhari...

Friday, March 5, 2010

Dalam Usia Sembilan Bulan

iman dah 9 bulan
terasa cepatnya masa berlalu

dalam usia ini
iman dah boleh merangkak merata alam
bediri meniti
kat sofa..
kat mama..
kat ayah..

mulut iman banyak bunyi
dah boleh sebut
ma ma ma...
ta ta ta...
ya ya ya...

bila kena marah muka sebek
pastu nangis merajuk

dah tak suka dipegang
"macam belut" kata nenek
bila orang pegang time iman nak buat kerja
iman menggeliat-geliat nak lepaskan diri

dah pandai babai..
pandai nak ikut ayah jenjalan naik motor
kalau nampak ayah atas motor
dengan mama pun dah taknak

suka mengutip benda2
terutamanya buku dan kertas
anak cikgu la katakan
huhu...


iman sentiasa buat mama
tersenyum...

~mama sayang iman~

Friday, February 5, 2010

Dalam Usia Lapan Bulan

.: iman suka senyum :.


iman 8 bulan
dengan iman 7 bulan
tak banyak yang berbeza

tetap anggap semua benda makanan
semua nak masuk mulut

.: sarung kamera mama = feveret iman :.


suka main air liur
cuma dah kurang sikit la...

suka berposing depan kamera
tapi yang lebihnya
nak main sarung kamera mama

sangat aktif...
suka senyum...
suka nyanyi...
suka dengar azan dan ikut ayah azan...
suka selawat dan alunan zikir pastu ikut sama...
mulut memang pot pet pot pet...

membuatkan orang yang berada di sekelilingnya
ketawa...
senyum...
geli hati...

itulah iman permata hati mama


~mama sayang iman~

Tuesday, January 5, 2010

Dalam Usia Tujuh Bulan


Januari 2010
usia iman 7 bulan

anakanda mama dah besar
iman dah boleh merangkak sikit-sikit
tapi tak terror sangat lagi...

iman lebih suka meniarap
sambil menyulur ke depan
suka pegang apa yang dilihat


mulut bising sebut
ma ma ma...

iman suka main air liur
sampai basah baju..

iman suka gigit-gigit
semua benda iman ingat makanan...


taknak duduk sorang-sorang
nak orang teman iman main
kalau mama bangun mula la
menangis..
menjerit..

rambut pun dah semakin panjang
tapi pusar kat depan tu yang paling comel...

.: iman dan Cik Chik :.


~mama sayang iman~



Wednesday, December 23, 2009

Bercuti Ke Cameron Highlands

Cameron Highlands...
satu nama yang memang sinonim dengan family kami
kalau terfikir nak bercuti, fikiran mesti teringat nak ke sana
tempatnya yang dingin dan segar memang mendamaikan perasaan

Awalnya rasa nak tukar angin ke tempat percutian yang baru pulak
tapi jenuh fikir
akhirnya Cameron Highlands juga menjadi pilihan
setelah mengambil kira tempoh cuti, bajet dan sebagainya
semua sepakat bercuti ke sana untuk kesekian kalinya

Walaupun agak kerap ke Cameron Highlands,
tapi percutian kali ini sangat bermakna
kerana anakanda iman turut serta

Selain itu, antara yang turut serta
Tok Mama,
Tok Abah,
Mak Njang,
Cik Ana,
Pak Su...

iman pun pernah ke Cameron Highlands
cuma tika itu iman masih di dalam kandungan Mama
kali terakhir ke sana tika iman dah hampir nak melihat dunia
meraikan ulangtahun perkahwinan Mama & Ayah yang pertama

Kebetulan ketika percutian kami sekeluarga
musim sejuk menyambut kehadiran kami
sejuknya menyucuk hingga ke tulang
hujan pun renyai-renyai

Antara tempat lawatan kami adalah Ladang Teh Boh
Ayah iman tak pernah ke sana lagi
tika percutian meraikan ulangtahun perkahwinan dulu
ladang ini ditutup atas sebab-sebab tertentu

Sejuk sangat...
hujan pulak tu...
shawl Mama tertinggal dalam kereta
terpaksa la menahan kesejukan
nasib la Mama tak lupa bawa baju sejuk iman
sungguh pun begitu
iman tetap tersenyum riang
ceria selalu anakanda Mama ni...

Kami juga melawat
Mardi,
Pasar Malam Brinchang,
makan aiskrim strawberry di Taman Sedia...
paling seronok bergambar-gambar kenangan la...

Ada juga la buah tangan untuk
nenek & atok,
abang syukry,
abang syafie,
kakak dayah,
abang suffian,
kakak aisyah,
adik muaz...

iman pun Mama belikan
t-shirt Cameron Highlands
2 pasang lagi...

.: seronok makan aiskrim strawberry ramai-ramai :.


.: Mama, Iman & Ayah berlatarbelakangkan ladang teh :.


.: Iman dan senyum cerianya :.


.: Pak Su, Tok Abah, Ayah & Iman khusyuk tengok apa la agaknya tu :.


.: Bergambar kenangan dalam hujan renyai :.


Monday, December 7, 2009

Iman Untuk Mama

.: senyummu penawar dukaku :.

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata
yang tak mampu ku ungkapkan
kepada diri mu

aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakini ku
kau tercipta untuk ku
sepanjang hidup ku

meski waktu akan mampu
memanggil seluruh raga ku
ku ingin kau tahu
ku selalu milikmu
yang mencintai mu
sepanjang hidup ku...

Saturday, December 5, 2009

Dalam Usia Enam Bulan


Disember 2009
iman masuk 6 bulan

iman dah semakin besar
tapi mama tetap rasa iman anak kecil mama
yang comel...
yang baik...
yang sihat...

mama tetap rasa iman manja dengan mama
mama tetap nak berikan susu mama buat iman

telatah iman pun dah makin banyak
dan mencuit hati...


iman penawar duka mama...
setiap saat mama rindukan iman
mama masih belum puas mencium pipi gebu iman
walau sudah 6 bulan iman hadir dalam hidup mama

mama sentiasa geram nak gigit gigit pipi iman
tapi mama tau iman sakit kalau mama picit pipi iman
sebab tu mama tahankan jugak
walaupun memang mama geram...
sebab tu jugak mama tak suka orang picit pipi iman
kesian iman...

ramai yang cakap muka iman macam muka ayah
tak kisah la iman mcam siapa pun
yang mama tau iman anak mama yang baik
semua orang cakap iman baik
iman sentiasa menghiburkan hati mama


iman jadi anak yang baik ye...

~mama sayang iman~

Thursday, November 5, 2009

Dalam Usia Lima Bulan

November 2009
anakanda mama dah masuk 5 bulan

masa ni iman dah pandai menyulur ke depan
dah angkat-angkat punggung
macam orang nak lumba lari je gayanya

suka main air liur
suka tersenyum
baru belajar pegang benda

mama beli piano
iman main dengan kaki
hehe...


~mama sayang iman~

Friday, June 5, 2009

Iman Newborn


Inilah saatnya...
yang dinanti telah tiba...
yang dirindui akhirnya dalam dakapan...

Ahmad Iman Bukhari
hadirmu dinanti dan dirai..

04 Jun 2009
tarikh bersejarah penuh kenangan indah

doa Mama & Ayah mengiringi
perjalanan hidupmu
yang baru bermula pada tarikh ini

Mama sayang iman
Ayah sayang iman

moga dirimu menjadi insan berguna
anak soleh..
insan berjaya..
hamba Allah yang bertaqwa..

menatap wajahmu buat kali pertama
adalah detik terindah
dalam hidup mama

kehadiranmu...
melengkapi seluruh kehidupan mama
sangat besar ertinya
dalam sejarah peribadi hidup mama

mama telah menjadi seorang MAMA
dengan hadirnya dirimu
dalam alam rumahtangga
Mama & Ayah


~Sayang Iman~

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥