♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Monday, August 27, 2012

EBM





Tiba2 jumpa gambar ini. Gambar ebm yang sudah siap seal, sedia untuk dibekukan.
Sebelum beku, kita bergambar dulu ek...

Sunday, June 10, 2012

EBM Luput Tarikh

Bila susu yang diperah siang dan malam sudah lupus tarikh, terasa penatnya usaha memerah kan? Tambah2 lagi jika diperah tika dalam pantang. Mana nak jaga diri lagi, nak mengepam lagi, nak tengok si sulung lagi, dengan baby lagi, adakalanya ayah baby pun nak perhatian sama. hihi.

Tapi usahlah mengeluh ye, sebab Mama yakin dan percaya, insya-Allah rezeki di masa akan datang lebih berlipat kali ganda lagi dengan yang terpaksa kita lepaskan hari ini. Insya-Allah.. Perancangan Allah itu kan adalah yang terbaik?

Bunyamin bersama ebm yang sudah expired (Sept 2011)

Berlaku kepada Mama baru2 ini. Eh, sebenarnya sudah lama juga perasankan ebm ini, tapi rasa sayang nak buang maka ia tetap tersimpan bersama kawan2nya. hihi.

Semalam buat operasi menyusun deep freezer yang sudah tunggang langgang itu. Barulah ada kekuatan nak lupuskan yang sudah expired ini. Itu pun setelah Bunyamin asyik benar bermain dengan ebm2 nya sementara Mama meyusun mereka elok2 dalam depp freezer.

Liner Autumnz ni kan bucunya tajam lalu Mama gunting jadi bulat sikit baru bagi Bunyamin isap2 ebmnya ini. Kan sejuk. hihi.

Alkisahnya yang boleh expired tu, rasanya dalam bulan Mei baru Mama perasan ada 2 pack ebm terselit celah2 ebm lain yang serabut tu. Ini kes tergelincir jatuh la ni. Tu sebab Mama wrap setiap 5 keping supaya tak gelincir. Tapi tetap tergelincir juga, mungkin sebab Mama dah unwrap sebab nak guna. Dah guna 3 pack, lagi 2 pack ni tergelincir lalu tak perasan.

Sudah bukan rezeki. Tak mengapa, dik. Insya-Allah ada lagi rezekimu nanti.. Bersangka baik dengan Allah itu lebih baik kan.. ;)


Thursday, March 22, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 26 ~ Update Stok Jan - Feb 2012

Malam aritu, tiba2 bersemangat nak susun stok ebm yang berterabur dalam deep freezer tu. Akibat keputusan bekalan plastik wrap aritu, maka stok yang belum diwrap adalah bertimbun. 

Ni yang malas ni. Biasanya bila da cukup bilangan ebm untuk diwrap *setiap bongkah ada 5 keping ebm*, Mama akan wrap sikit2. 

Oleh sebab itu taklah perlu meluangkan masa yang lama nak wrap ebm tu semua. Tapi disebabkan masalah plastik wrap dah habis, tertunggak la kerja Mama. Banyak ebm belum wrap. Adeh, malasnya...

Rasanya dah lama juga Mama cover balik stok plastik wrap yang dah habis tu tapi semangat takde ditambah pula dengan ramai 'pembantu'. Bila 'pembantu' tidur, Mama juga ikut sama tidur so camne tu?

Tapi bila semangat dah datang, anak2 dah tido, suami tiada di rumah, tanpa tangguh2 terus buat projek wrap ebm sekaligus susun balik ikut turutan nombor. Banyak juga yang belum diwrap. Sebahagian stok bulan Februari, manakala yang bulan Mac sekeping pun belum wrap.

EBM Januari 2012
65 oz

Gambar di atas adalah stok bulan Januari. Semua sekali berjumlah 65 oz sahaja. Hasil paling sedikit kalau nak dibandingkan dengan bulan2 lain. Nanti Mama buat entri khas tentang jumlah purata untuk sebulan.

Kenapa bulan Januari sikit sangat? Biasanya purata Mama boleh kumpul 200 oz sebulan. Em, bila dah kira2 camni baru perasan perbezaannya. Mama rasa mungkin sebab Mama sangat sibuk di sekolah, stress dengan tugasan di tempat kerja dan di rumah, sibuk menguruskan anak2 dan rumahtangga. Maka penghasilan merudum dum dum la jawabnya...

EBM Februari 2012
216 oz

Dalam pada stress itu, alhamdulillah dapat juga mengumpul 216 oz untuk bulan Februari. Syukur sangat2. Sebenarnya tak sangka juga dapat maintain kumpul 200 oz sebulan sebab bulan ini juga stress semakin stress. hihi. Tapi takpe, apa ada dengan stress itu. Take it easy sudah. Just go with the flow.. *ecewah, jangan ngengada la nak speaking bagai, cakap melayu sudah*

Mama rasa yang boleh Mama maintain stok ni sebab Mama mula terfikir satu jalan yang sebelum ni tak terfikir. Jalan ini sebenarnya sedikit sebanyak mengurangkan stress Mama bila hasil perahan semakin merudum. Nanti di entri lain Mama cerita ye...

ebm Mac yang belum dikira
tapi gatal nak selitkan jugak

Walaupun Mac belum tiba ke penghujung, saja2 lah nak tempek juga ebm bulan Mac. Ebm dalam gambar adalah stok setakat 20.3.2012 ye. SEMUA ebm bulan Mac adalah BELUM diwrap. hihi. Dan juga ebm bulan Mac Mama belum kira. Nantilah Mama update lagi.

Aish, kononnya banyak nak cerita sampai nak kena buat 'entri lain' padahal entah bila mampu nak update entri yang dimaksudkan itu. Takpelah, biar lambat asal ada.. ;)

Nantikan ya..


Saturday, February 11, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 21 ~ Update Stok EBM

Selepas mengemas deep freezer secara berjemaah beramai2 cuti sekolah yang panjang aritu, Mama sedikit lega sebab deep freezer Mama dah tersusun dan mudah nak ambil ebm terawal. Mama hanya wrap sedikit2 sahaja ebm yang dibekukan selepas projek aritu. 


Maklum sajalah, ada 2 putera yang rajin membantu kan. Sorang putera rajin tolong kikis 'salji' tepi dinding deep freezer, sorang lagi kuang kuang nangis sebab kena tinggal. Padahal bukannya tinggal jauh pun, ada la sedepa je pun. Saja je tau.


Selang 4,5 hari ke seminggu ke, Mama wrap la sikit2. Bila bunyi 'siren' kena stop la. Tak khuatir sangat sebab ebm yang banyak2 aritu dah selamat diwrap. Dah susun2 semua, inilah dia stok terkumpul setakat ini... 

update stok setakat 8.2.2012 ~ 1056 oz

Dalam gambar ni, sebelah kiri yang dalam bekas kuning tu baru je nak bekukan. Yang bawah raga tu la stok yang disusun aritu. Stok Ogos hingga Disember. Yang sebelah kiri tu stok hujung Disember sampai sekarang. Ada yang belum wrap sebab wrapping plastic habis. haha.

Syukur ya Rahim... ;)

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥