♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Anak-Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-Anak. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Anak-Anak & Nebulizer

Dah lama rasanya anak2 tak kena lelah.
Cuti 3 hari sempena merdeka haritu tiba2 kena la pulak.

Kisahnya..
Bunyamin sorang saja yang selsema teruk.
Meleleh je ingus.
Malam tu tidur dengan nafas berbunyi.
Kesian betul.

Mama sapu minyak Bayyini Mastika.
Di dada.
Di bahagian belakang.
Tinggikan kepala.
Tak lama lepas tu dah tak bunyi nafasnya.
Bunyi ni bukan bunyi macam lelah tu.
Bunyi sebab idung tersumbat.
Gitu.

Abang ok saja.
Tiada selesema.
Tiada batuk.
Cuma malam tu tidur asyik terganggu.
Taktau kenapa.
Bila tanya, hanya sebut Mama.. Mama..

Esok pagi, Abang dah mula lelah.
Aduhai.. dah la hari cuti.. huhu..
Petangnya kami gi rumah Tok Abah.
Lepas zuhur bawak Abang neb la.. apa lagi..

Alhamdulillah lepas neb petang tu Abang dah ok sikit.
Malangnya balik2 je klinik membuas macam biasa.
Lari sana lari sini.
Bercakap dah la tak reti pelan2.
Macam halilintar kuatnya.

Malam tu mula la lembik balik.
Siap pakej muka pucat dan kuku dah kebiruan.
Sangat menakutkan.

Bawak la lagi gi neb.
Berdoa dalam hati janganlah teruk sangat.
Alhamdulillah lepas neb Abang dah ok.
Syukur..

Masa Abang lelah, Bunyamin aktif macam biasa.
Lebih aktif daripada Abang la.
Sebab dia tak lelah walaupun selesema.

Malangnya..
Esoknya Bunyamin pulak diserang lelah.
Hai lah.. turun Mama sungguh..
Mula2 sikit2 je.
Makin lama makin sukar bernafas.
Cakap pun dah mula tersekat2.

Petang tu berkunjunglah lagi kita ke klinik sama.
Ikut rekod sebelum ni, Bunyamin kena refer hospital setelah 2 kali neb pun masih bunyi.
MA pun ikut sama risau.
Lepas neb tu MA pulak yang cakap "Fuh lega.. dah takde bunyi"..
Kalau MA lega.. Mama sejuta kali lebih lega la..

Malang lagi sekali.. balik klinik Bunyamin minum air sejuk pulak.
Tak bagi.. dia mengamuk sakan..
Malam tu dapat la habuan..
Jadi balik la lelahnya.

Kami dah balik rumah sendiri.
Malam tu gi lagi klinik kali keempat.
Neb sekali.. alamak masih bunyi la pulak.
Teruk pulak tu MA cakap.
Neb lagi kali kedua.. pun sama.. tak kurang.
Maka refer ke hospital.

Tapi kami terus balik saja.
Sebab nampak Bunyamin makin ok tak lama lepas tu.
Bagi ubat, dengan huru haranya.
Sempat singgah rumah Nenek kejap.

Sehingga entri ini ditulis, Bunyamin dah semakin ok.
Malam tadi masih bunyi2 sikit2 lagi.
Pagi tadi dah ok.
Tadi telefon pengasuhnya, makcik cakap dia ok saja.
Alhamdulillah syukur.

Kali ni Mama tanda dalam kalendar.
Abang neb.
Adik neb.

Sebab nak tengok jarak lelah anak2.
Kali akhir kena; Bunyamin bulan Mei, Abang tak pasti pulak, rasanya dah lama jugak.

Anak2 ni tak boleh sejuk keterlaluan.
Musim2 sekarang ni kerap jugak hujan.
Tu yang lelah menyerang.

Mama doa banyak2 janganlah kena lelah lagi.
Merisaukan.
Sebab ianya melibatkan pernafasan kan.

Ada kawan bagi petua makan gula madu.
Siap mintak tolong kawan belikan.
Dah bagi semalam pada anak2.
Harap2 serasi dan berkesan dengan izin Allah..


Tuesday, August 19, 2014

Tantrum Si Abang

Sejak disahkan peknen, Mama ajar Iman Bunyamin membahasakan dirinya Abang Bunyamin.
Tapi kelakarnya beliau pelat nak sebut nama sendiri.
Jadi Abang Bun anin. 
Sampai dah jadi panggilan pulak sebutan Bun anin tu.
Tapi memang beliau terus lekat dengan panggilan tersebut.

Ada jugak hari-harinya "ni bukan Abang Bun anin, ni Adik"
Pulak dah..
Gitu la kerenah si kecik yang tak berapa nak kecik tapi baru nak jadi abang.

Sebenarnya Bunyamin ni memang suka tantrum.
Ada je tak kena.
Adakalanya baik2 saja.
Bukannya benda besar2 pun jadi punca.
Cuma bila nak dapat adik ni, makin menjadi2 pulak tantrum tu.

Kadang2 jeles dengan Abang.
Apa Abang ada, itulah yang dia nak.
Abang pun bukanlah besar mana untuk sentiasa beralah kan.
Selalu jugak kena lepuk dengan Abang.
Pastu bila Bunyamin nangis, situasi bertukar macam dia tak bersalah.
Kesian Abang.. huhu..

Tiap2 hari ada saja benda yang nak diamukkan.
Balik je dari rumah pengasuh, masuk je kereta, tantrum bermula.
Nak naik kereta sendiri, nak babai Opah, nak duduk tengah,
nak off aircond sendiri, nak makan itu, nak rebut ini.
Macam2 kerenah.

Bila sampai rumah, Mama kena bukakkan pintu.
Kalau orang lain, merasa laa dengar amukannya.
Dia kena tutup pagar, tak boleh orang lain.
Apa dia nak mesti diturutkan.

Kesabaran penuh di dada sangat ke Mama kamu nak ikutkan saja kehendak kamu?
Eiii.. bukan jenis Mama laa nak turutkan saja SEMUA kemahuan anak.
Melampau2 sangat, kena jugak la dengan Mama.

Kalau nak suruh apa2, kena suruh dia.
Ambil remote control ke, ambil bantal ke, tutup kipas ke, apa2 jela.
Kalau suruh Abang.. siap laa dengar dendangan amukannya.

Penatnya Mama dengan kerenah Bunyamin ni.
Abang.. alhamdulillah tak banyak masalah.
Sejak dah sekolah (pra sekolah dengan Mama), Abang mudah diuruskan.
Mungkin sebab Abang dah besar dan faham bahasa lebih sikit daripada adik.

Kalau dulu susah tidur, sekarang senang sangat2.
Balik sekolah, mandi, bagi susu botol, tidurlah dia.
Malam pun sama.
Walau dah tidur petang tu, malam pun Abang masih senang nak tidur.
Alhamdulillah.. Mama syukur bab peel Abang.
Kadang2 memang laa buat perangai jugak.
Tapi tidaklah macam Bunyamin; HARI2 buat perangai.

Mama harap dapat bertahan dengan kerenah anak2.
Selalu pujuk hati bahawa ini semua sementara cuma.
Nanti anak2 makin dewasa, pasti Mama rindu semua ini.
Maka sekarang silalah nikmati apa adanya.. huhu.. #nanges

Maaflah entri tidak bergambar.
Malas nak transfer.
Harap bertabah dengan alasan itu. hihi..


Wednesday, August 13, 2014

Iman Junior II ~ 16 Minggu

Assalamualaikum w.b.t

Allah.. lamanya tak menulis di ruangan ini.
Bukannya tidak ada hati ingin menulis.
Tapi kesibukan membatasi waktu.

Alhamdulillah minggu ini sudah masuk 16 minggu si Iman Junior II.
Terasa kandungan ketiga ini lambat pulak waktu berjalan.
Rasa macam dah ke sana ke sini buat itu ini.
Tup2 baru 16 minggu.
Haih.. Mama nak cepat2 melahirkan kamu.
Tak sabo ni.. huhu..

Memanglah kalau ikutkan teringiiiiiin sangat baby girl.
Geram tengok anak2 sedara yang gugurl pakai baju comey2.
Pakai aksesori comey2.
Pakai baju sedondon dengan Mama.
Ikat tocang comey2.
Letak reben warna warni.
Pakai sepit corak2.
Geram tau tak..

Walau apa pun jantina si Iman Junior II ini..
Mama terima dengan redha dan terbuka.
Siapa kita mempersoalkan anugerah Ilahi?
Setiap yang Allah aturkan itu sudah cantik susunannya kan?

Syukur apa adanya.
Mama sudah ada zuriat sendiri.
2 orang pulak tu.
In sha Allah akan bertambah menjadi 3, 4 dan seterusnya..

Berbanding mereka yang belum dikurniakan rezeki anak?
Lagi sedih kan?
Maka silalah bersyukur ye.. ;)

Kandungan kali ini berbeza dengan abang2nya..
Alahan sedikit teruk.
Sampai sekarang masih ada rasa loya.
Cuma tidak seteruk sebelum ni.

Ini juga kali pertama Mama berpuasa dalam keadaan mengandung.
Dulu2 terfikir juga, mungkin puasa ketika menyusu lebih teruk.
Sebab air keluar dari badan kan.
Rupanya puasa ketika mengandung lebih azab.
Petang je lembik macam kain buruk.
:(

Sampai satu tahap Mama nak cepat2 habiskan Ramadhan.
Bukan sebab apa, risau Mama akhirnya tak dapat bertahan.. huhu..
Alhamdulillah berjaya juga mengharungi 29 hari berpuasa penuh.
Takyah susah2 fikir nak mengganti.

Bila Syawal.. ada soalan "tak puasa 6 ke?"
Jawapannya.. oh tidak.. sebab rasa tak mampu..
Tahun depan in sha Allah.. ;)

Mengandung kali ini juga dipaksa minum air gula.
Sebab sekarang ni diwajibkan.. 2 kali sepanjang mengandung..
Hoih.. Mama tak pernah minum air gula sebelum ni.
Pun 1st time jugak ni.
Banyak bebeno kali pertamanya.. padahal anak ketiga ni..
Minggu depan kena minum..
Harap2 Mama tabah.. huhu..

Asalnya nak check up di klinik swasta saja.
Tapi akhirnya Mama check up juga di KKIA..
Sebab rasanya check up di KKIA lebih detail..

Asalnya nak bersalin di spital swasta..
Tapi rasanya bagi sama laa dengan abang2nya..
Di spital kerajaan sudah.
Kan spital panel Mama tu..
Free of charge je.. ;)

Oh.. nanti Mama cerita pasal abang2 Iman Junior II pulak ye.
Di entri lain.. bagi banyak sikit entri.. huhu..
Dah usang rasanya blog ni..
Mari kita usaha keras memeriahkannya kembali..

Jumpa lagi.. ;)


Monday, June 16, 2014

3rd Journey ~ Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Segala pujian hanya untukNya

Dalam entri lepas, baru Mama bercadang nak berkongsi serba sedikit usaha Mama untuk mengandung kali ketiga. Rupa-rupanya perancangan Allah lebih besar dan mengatasi segala-galanya.

Ketika entri itu ditulis pun sebenarnya Mama sudah pun mengandung. Alhamdulillah. Sujud syukur hambamu ini ya Allah.

Gembira tak terkata. Hingga hilang segala perancangan yang telah diatur untuk kandungan ketiga ini.

Hampir setahun mencuba, Mama juga telah hampir lupa segala perancangan. In sha Allah kita recall balik satu2. Moga dipermudahkan olehNya.

Juga kerana sudah hampir setahun berlalu, membuatkan Mama sudah tak kisah jantina anakanda. Jika puteri, alhamdulillah. Itulah impian. Double bonus buat Mama. Jika putera lagi, pun alhamdulillah. Allah knows best..

Doa Mama moga kandungan ini sihat sejahtera, dipermudahkan dan selamat dilahirkan ke dunia. Untuk info, masa scan mula2 aritu Mama sudah 8 minggu. Hari ni ada check up lagi.

Kali ni Mama tak check up di KKIA lagi. Mama check up di klinik swasta biasa saja. Sebab tak larat kena ambik darah kerap sangat. Urat dah la kecik. Tak dapat kanan, kiri jadi mangsa. Kena yang betul2 mahir je baru boleh ambik darah Mama. Pastu tak larat menunggu. Kalau menunggu sebab ramai orang takpe, ni orang 2,3 orang je tapi tunggu sampai nak tutup klinik.

Oh sudah cukup sudah. Tak mampu dah mengharunginya. Lagipun sekarang dah ada kat luar 2 ketul tu; Iman Bukhari dan Iman Bunyamin. Jenuh fikir nak tumpangkan di mana sementara Mama check up. Lebih baik pilih yang mudah. Lagipun tak mahal mana. Masih dalam bajet. hihi.

Ok la, nanti Mama update lagi. Kan dah cakap aritu, bila peknen semula ni banyak la sikit kisah nak dikongsikan. Semangat pun tiba2 datang kan. hihi.

Thursday, August 22, 2013

IMAM Muda Mama








Saturday, June 15, 2013

DOA Mama


Setelah 4 tahun bergelar Mama, kini saya akui benarlah 'kata2 ibu itu suatu doa'.
Belum cakap lagi, baru terdetik di hati, jadi terus.
Taklah semua perkara, tapi kebanyakannya begitu.
Contoh; terdetik di hati syukurlah anak2 dah lama tak demam.
Tup2 malam tu atau esok pasti salah seorangnya demam.
Baru2 ni terdetik di hati, camne la nak cerai susu dengan si kecil ni.
Kalau kena kursus bermalam 2,3 hari mungkin lebih mudah kot.
Padahal masa fikir tu memang tau dah agak mustahil la kena kursus bermalam di luar sebab selalunya cikgu kecik macam saya ni kursus dekat2 saja.
Tup2 semalam dapat surat arahan kursus di Kedah 3 hari 2 malam.
Urut dada sat.
Bukan sebab kena pergi kursus, tapi sebab betapa cepatnya ia berlaku.
Allahu Rabbi..
Terus ingatkan diri sila jangan cakap bukan2 ye selepas ini.
Susahnya nak kawal mulut kan.
Tapi usaha la demi kebaikan keluarga.
Ok, mula berfikir yang indah2 dan baik2.
Kita mulakan dengan baby girl 2014..

Tuesday, May 7, 2013

Chef DAUN

Mama bukanlah seorang wanita yang pandai memasak. Sungguh. Ini kenyataan. huhu. Masa anak dara memang tak pandai memasak. Bukan bermakna tak masak, cuma memang tak cekap. Bila nak masak mesti bukak buku resipi yang Tok Mama tulis. hihi.



Tapi bila dah kawen nak taknak kena la belajar memasak. Sungguh pun begitu tidaklah Mama masak hari2. Biasanya hari cuti sahaja. Atau bila tekak sudah jemu dengan masakan kedai. Biasanya makan lauk kedai di hari2 persekolahan. Atau beli kat pasar malam. 

Bila cuti Mama masak. Walau simple tapi menyelerakan sebab masak sendiri. Air tangan ibu itu istimewa bukan. Anak2 dan suami makan dengan selera sekali bila Mama masak. hihi. Tapi tetaplah tengok buku resepi jugak sikit2 takut tersalah bahan yang dimasukkan. hihi.



Tapi anak2 Mama sangat suka 'memasak'. Habis pinggan mangkuk senduk sudip Mama dijadikan mainan mereka. Mulanya si abang, sekarang si adik pun dah pandai ikut 'memasak' jugak.


Adeh.. nak kata kenan sebab masa mengandung Mama suka memasak tak la jugak. Nak kata sebab Mama suka tengok rancangan masakan pun tak jugak. Tapi mereka memang sangat suka suka suka memasak.

Aritu di rumah Tok Abah, Mama petik daun di luar rumah dan masukkan dalam 'kuali' mereka. Bukan main suka lagi sebab macam masak betul2 kan kekdahnya. huhu.

Abang.. Adik..

Nanti besar korang masakkan untuk Mama ye.. hihi..


Friday, April 26, 2013

Anak SOLEH Mama







Sunday, December 30, 2012

Coretan 2012 : Anak-Anak

Tirai 2012 semakin hampir melabuhkan tirainya. Banyak suka duka pahit manis ditempuhi sepanjang 2012 ini. Entri ini khusus menyingkap kembali memori 2012 bersama anak2 tersayang...

Ahmad Iman Bukhari

2012 berusia 3 tahun. Semakin banyak keletah, semakin bijak, semakin matang. Menjadi seorang Abang tidaklah sesukar mana buatnya kerana sememangnya Iman seorang yang sangat matang.

Bercakap seawal usia 8 bulan, kini sudah banyak perbendaharaan kata yang mampu diucapkannya. Kadang2 tak tercapai dek minda bahawa Iman boleh menuturkannya.

Awal 2012 dihantar ke Taska, satu pengalaman baru buatnya. Di awal2 tu agak sukar menyesuaikan diri sebab biasa di rumah Opah pengasuh Iman tidur buai, minum susu guna botol, bebas nak tidur waktu bila nak main waktu bila nak makan waktu bila.

Tapi di Taska (atau digelar sekolah olehnya) semuanya berjadual. Nak tidur la yang paling sukar rasanya sampai cikgu dia pun naik hairan. Mungkin budak2 lain lebih cepat sesuaikan diri tidur bawah kot.

Masa awal2 tu Iman masih dibenarkan guna botol lagi sebab berenti mengejut kang kesian kat dia. Dalam 2 minggu pastu baru dia minum susu guna cawan. Lama2 susu pun tak minum dah, minum milo je kat sekolah. Tapi bila sampai je rumah terus mintak susu panas (susu dalam botol). Kadang2 tu masuk kereta dah mintak dan mengamuk2 sampai rumah sebab Mama tak bawak susu panasnya.

Biasanya kalau Mama balik rumah dulu, mandi solat baru gi ambik Iman, Mama akan bawak siap2 susu panasnya sebab paham ketagihnya tu. hihi. Dah hujung2 tahun aritu asyik balik lambat je, Mama balik mandi dan solat dulu baru keluar balik ambik Iman. 

Tahun depan insya-Allah nak hantar Iman ke Tadika dekat rumah ni. Sebab dah 4 tahun boleh la masuk tadika situ. Dekat dengan rumah, balik tadika terus gi rumah Nenek kat belakang tu je. Mama tak risau sangat kalau terpaksa balik lewat.

Hobi Iman adalah main lori, bajak, kereta bomba dan yang seumpamanya. Iman bukan jenis suka tengok tv. Memang dari kecik camtu. Biasanya dia hanya akan tengok tv kalau Mama pun sama2 baring dengan dia. Kalau bukak tv bagi dia tengok, tapi Mama buat kerja lain, dia akan mengekor je Mama gi sana sini. Sambil tangan tu tarik itu ini la kan.

Bukan jugak jenis pemakan. Kalao mai mood dia nak makan dia akan makan dengan super banyak. Kalau tak, sehari tak makan pun takpe. Cukup dengan susu panas dia tu je seharian.

Oh, paling teruja nak cerita, Iman sudah diaperless. yahoooo.. Teruja Mamanya sebab Mamanya adalah trainer sepenuhnya. Cuti sekolah kan, boleh la jadi jurulatih Iman. hihi. Alhamdulillah syukur akhirnya Iman dah pandai buang air di toilet sendiri.

Memang mencabar keimanan dan kesabaran nak potty train anak ni kan. Sampai sekarang ni pun ada waktu2nya Iman tak sempat ke tandas, tetap kena cuci lantai jugak. Tapi tak selalu la. Itu pun sebab terrrr... 


Ahmad Iman Bunyamin

2012 berusia 1 tahun. Gigi sudah ada 10 batang termasuk 2 geraham atas. Dulu masa setahun lebih2 sket, hobinya suka menggigit masa menyusu. Sakit woo.. Tapi alhamdulillah tak pernah luka teruk macam sesetengah ibu tu kan. Setiap kali menyusu dia akan gigit. Mama akan picit pipi gebu dia baru dia akan lepas.

Tapi dah setahun 6 bulan ni dah tak gigit dah. Ada hobi baru pulak dan Mama rasa akan kekal sampai wean off kot. Hobi Bunyamin masa menyusu ialah buat aksi stunt. Tonggek sana tonggek sini, baring atas Mama, kadang2 atas muka Mama pun jadi tempat dia baring. Terpulas2 nenen jadinya. Sakit jugak mula2 tapi ni macam dah biasa so ok la.

Kadang2 Mama cakap jugak 'Mama sakit', Bunyamin paham dan dia akan buat aksi yang sopan2 sket. hihi. Seronok menyusukan Bunyamin 24-7 sepanjang cuti ni. Misi nak tambah stok ebm adalah kelaut sebab virus M melanda sepanjang cuti. *jangan tiru* Oleh sebab itu, hanya direct feed sepanjang cuti ni. Teruk betul. naik sekolah nanti tengok la production camne..

Syukur masih diberi peluang oleh-Nya merasa nikmat menyusukan permata hati tersayang. Sampai sekarang tak boleh imagine camne nak wean off Bunyamin nanti sebab cadang2 tu 2013 ni nak peknen lagi. Harap2 girl la pulak kali ni kan.

Tapi walau camne pun, 2 tahun penyusuan penuh susu ibu masih menjadi impian. Selepas Bunyamin genap 2 tahun, insya-Allah nak mengandung semula. Eii, kadang rasa malasnya nak melalui masa check up, sakit besalin, jaga malam, jaundis.. Tapi nak taknak kena la hadapi sebab hati memang teringin anak perempuan. Moga dipermuadahkan urusan dan diperkenankan doa menimang baby girl pulak pasni...

Bunyamin masih belum boleh bercakap. Cuma pandai sebut MAMA je. Semua pun Mama. hihi. Intonasinya tu betul cuma bunyi je takde lagi. 

Bunyamin masih gebu gebas, masih montel, masih menggeramkan sapa2 saja. Cuma taklah semontel kecik2 dulu. Bunyamin sudah boleh lari, tapi lariannya kelakar sebab dia kan tembam maka bila berlari dia adalah comel. hihi.

Sekarang ni pandai senyum dah bila nak snap pic. Cuma biasa la, ikut mood la kan. Senyum pulak mesti nak tunjuk gigi. huhu.

Bunyamin faham cakap orang cuma dia belum pandai nak jawab je. Semua benda nak buat sendiri. Kalau nak makan nak suap sendiri, minum nak pegang cawan sendiri. Orang hulur suruh pegang pun taknak. kena letak atas meja atau lantai, dia ambik sendiri, baru nak. Kadang2 geram dengan perangainya yang ni sebab kalau kat rumah takpe la semua plastik, kalau kedai ke rumah kenduri ke, kan kaca. Uih, seriau je bila Bunyamin pegang. Kita alas dengan 1 jari pun dia taknak. Dah tu baju konpem basah la. isy, geram tau..

Aritu kat rumah kenduri menyambut Mak Njang tu, dia buat perangai nak pegang gelas berkaki tu sendiri. Maunya Mama bagi. Konpem tak bagi la kan. Pastu meraung menggelupur la dia. Campur dengan mengantuk pun sama, penat kenduri semalam pun sama. Lama2 baru ok bila bagi pegang sendiri.

Bunyamin ni cool orangnya. Suruh duduk dia duduk, suruh gi salam di salam, suruh gi sana sini dia gi. Lembut orangnya. Tapi bila datang amukannya, kalah abangnya yang moody selalu tu. haha.

Bunyamin juga kuat merajuk orangnya. Tertinggi sket suara dah sebek2 mulut tu. Nafas dah tersekat2 sebab merajuk. Kelakar sangat. Orang pun suka usik dia bagi dia merajuk sebab muka Bunyamin merajuk adalah comel dan kelakar.

2012 juga menyaksikan palitan memori pahit masa Bunyamin demam tinggi dan kena sawan demam tu. Boleh baca entri lanjut kat SINI ye. Sampai sekarang fobia bila badan Bunyamin panas sikit risau berulang sejarah pahit tu.

 


Anak-anak Mama..

Kalian penawar duka lara Mama
Kalian racun hati Mama
Siapa cakap mudah menjadi seorang Mama
Terlalu banyak cabarannya
Namun kalianlah penguat semangat Mama
Segala2nya untuk kalian
Hidup baik-baik
Selalu Mama pesan begitu kan
Membesarlah kalian yang manis
Menjadi insan berguna
Sudah besar anak2 Mama
Masih terasa keperitan melahirkan kalian
Mama sayang Abang..
Mama sayang Adik..
Kalian sentiasa manis di mata dan hati Mama...


Thursday, December 13, 2012

SAMA Tapi Tak SERUPA

SAMA
sebab dua2 putera
dan kedua2nya adalah buah hati Mama..
yang comel, bijak, sihat..


tak SERUPA
sebab sorang ikut muka Ayah
dan sorang lagi ikut muka Mama..

walau apa jua pun..
kalian adalah anakanda Mama
yang sentiasa manis dan masyam di mata Mama

hidup baik-baik..

sayang selalu..

Sunday, December 9, 2012

Di Sebalik NAMA

Amboi, tajuk.. haha..

Saja la.. sementara teruna2 ku itu tidur sila la update blog laju2 sebab bila terjaga je imam muda berdua itu, sila jangan berharap nak bukak laptop. Kang sorang alih mouse *ye, Mama guna mouse ye, tak reti touch2 ni, haha*, sorang sibuk nak tutup skrin lappy, kejap lagi ada yang nak tekan keyboard. Jadi sila jangan buka laptop untuk mengelakkan diri sendiri stress. haha.

Rasa macam nak berkongsi kenangan menamakan anak2. Ecewah, kenangan la sangat. Yela, bolehlah dikira kenangan manis sebab masa tu sedang mengandung kan. Maka memang eksaited nak menamakan anak.

Paling eksaited tentu la masa nak dapat anak sulung. Dulu2 masa zaman anak dara, suka sangat nak namakan anak dengan pangkal huruf nama sendiri dan nama suami. Tapi tak penah la pulak mereka2 nama kan. Cuma sekadar suka sahaja.

Pastu masa zaman U, siap dah reka2 nama. Masa tu dah tak kisah dah pangkal nama huruf apa sebab nama Mama pangkalnya N dan H; kalau N tu banyak kot pilihan tapi kalau H macam jarang2 je kan. Maka huruf pangkal dah tak kisah.

Tapi yang lawaknya *sekarang la baru rasa lawak* semua nama tu adalah nama GIRL, ok. haha. Ketara nampaknya sukakan baby girl. Ye, Mama memang sangat suka baby girl. Mungkin sebab boleh pakaikan dia macam2 jenis baju, aksesori, boleh padankan dengan Mama. Masa mengandung sulung pun mengharapkan girl tapi dah Allah nak bagi boy Mama terima je.

Kalau tak silap nama yang Mama reka dulu tu mula dengan huruf I dan H kot. Lupa sudah. haha. Tapi nama girl je. Nama boy tak pernah difikirkan. haha. Kejamnya..

Ahmad Iman Bukhari

Sampai la mengandungkan Iman, ada jugak nyatakan hasrat nak letak pangkal huruf nama Mama dan Ayah. Tapi Ayah tak suka camtu. Ayah suka nama tokoh2 Islam. Bila sebut je, tak perlu nak tanya lagi 'apa makna nama tu?'. Impian Ayah, bila orang tanya makna nama anaknya, bukan dijawab dengan makna, tapi dengan kisah si empunya nama.

O ye, masa perbincangan nama ni, Ayah cuma pilih nama baby boy. Untuk girl Ayah nak letak Umi Kalthum sempena nama anak Rasulullah SAW tapi Mama yang tanak. haha. Teruknya Mama kan. Last2 Ayah cakap takpe la, Ayah pilih nama lelaki saja. Macam dah tau2 je anaknya lelaki.

Ayah cakap nak letak nama Bukhari. Sebenarnya Mama tak setuju jugak dengan nama ni sebab nama kelas Ayah masa sekolah dulu! isk, nanti orang cakap semangat kekelasan yang tinggi pulak. haha. Tapi apa kisah dengan kata orang kan. Dah nama tu baik makan terima saja. Ayah nak Bukhari saja. Bagaimana susunan nama itu, itu kerja Mama.

Mama suka baca majalah Mingguan Wanita. Dalam tu ada gambar2 baby dengan nama yang unik2 sampai susah nak sebut pun ada. Tah camne aritu Mama jatuh chenta terus dengan nama IMAN. Terus cakap dengan Ayah nak letak nama Ahmad Iman Bukhari. Dan Ayah ok je.

Gitu la sejarah nama Abang Iman. Dan selepas itu terus Mama berangan nak letak nama IMAN kat semua anak2 Mama tak kira lelaki ke perempuan. Antara sebab Mama berkenan dengan nama IMAN ialah ianya sesuai diberi kepada baby boy dan baby girl.

Ahmad Iman Bunyamin

Sampai la mengandungkan Bunyamin pula. Masa ni ada 'lebihan' nama yang dipilih masa mengandungkan Iman, so terus nak letak yang itu je. So masa mengandung tu memang takde la aktiviti memilih nama anak. Masa tu nama boy ke girl ke dua2 dah ada.

Bila dah bersalinkan Bunyamin, Ayah tetiba jadi konfius sama ada nama yang dipilih tu betul ke wujud tokohnya. Nama tu adalah nama salah seorang Imam di Mekah tapi tak pasti namanya yang tepat.

Dalam ketakpastian tu, maka kami cari2 nama lain. Sama ada nak letak Mikail atau Bunyamin. Terfikir jugak nak letak nama Imran menggantikan Iman tu. Jadi serba salah sebab niat dari awal nak mengIMANkan semua anak2 tapi berbelah bagi la pulak sebab rasa macam susah nak panggil Bunyamin atau Mikail.

Fikir punya fikir, sampai buat undian bagai, akhirnya Mama pilih nama Bunyamin. Masa mengundi tu Mama sorang2 je kat spital. Masa tu Bunyamin kena tahan wad sebab G6PD dan jaundis. Kalau ikutkan cabutan Mama tu, nama Mikail. Tapi hati berat nak Bunyamin. Tah pape, baik takyah undi kalo camtu. haha. Undian tu sekadar nak menyedapkan hati je.

Pasal Imran atau Iman.. akhirnya Mama pilih Iman la sebab dah niat nak mengIMANkan semua anak kan. Ahmad Imran Bunyamin sedap jugak kan. Boleh panggil Imran. Tapi akhirnya nekad memilik Ahmad Iman Bunyamin. Memang sesuai rasanya nama Bunyamin tu dengan dirinya. Rasa kena je. Dengan tembamnya, lembutnya, putihnya.. ;)

Bukhari adalah seorang imam hadis manakalan Bunyamin pula adalah adinda Nabi Yusuf AS. Nama baby girl pula, dah tentu ada. Dah LAMA dah ada. Cuma yang empunya nama saja masih taktau di mana. Harap2nya yang ketiga biarlah si empunya nama itu ye. Apakah namanya? Oh, biarlah rahsia.. Sampai waktunya diumumkan jua..

Yang pasti, pangkal huruf nama anak2 iaitu A.I.B. bukanlah disengajakan. Memang tak dirancang pun sebenarnya. Kebetulan saja. Si gadis nanti, kalau ikutkan pilihan sekarang ni pun bukannya A.I.B. pun tapi taktau la masa dah ada depan mata kot2 lain jadinya pulak kan.

Hanya mampu berdoa, nama yang ada ni jangan la ada sedara terdekat yang rembat. huhu. Kalau kawan2 mungkin boleh letak je nama yang sama tapi kalau sedara terdekat.. taktau la.. Oh, Iman gigirl Mama.. tunggu Abang Bunyamin kamu bercerai susu dulu ya.. Mama nantikan kamu penuh sabar..


Sunday, October 7, 2012

Jaundis Adik Beradik

Menyusun atur gambar2 mengikut folder, terserempak gambar anak2 ketika di wad jaundis. Terkenang kenangan lalu. Pengalaman yang mendewasakan.


Masa admit, jaundis Bukhari 24.3 manakala Bunyamin 9 je. Tapi Bunyamin terpaksa admit wad sebab masaah G6PD. Wajib kena tahan wad sampai umur 5 hari.


Tapi Bunyamin duk wad sampai 11 hari sebab jaundisnya tak turun rendah daripada yang sepatutnya. Kalau ikutkan 13 boleh discaj tapi Bunyamin setia dengan 14-15 bacaannya.

Bukhari pulak duk wad 5 hari sebab jaundisnya tinggi dan hampir2 kena tukar darah. Nauzubillahi min zalik. Namun syukurlah kedua2nya kini sihat dan ceria. Banyak keletah dan kerenah yang menggeramkan dan menggelikan hati sekeluarga.. ;)

Friday, October 5, 2012

Permata Ayah Bonda

Ini untuk dua cinta hati Mama yang manis..

Ahmad Iman Bukhari
Ahmad Iman Bunyamin




Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dcita

Selangit harapan didamba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan airmata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah 
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa 
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....


Wednesday, August 29, 2012

Abang & Adik


Ahmad Iman Bunyamin. Hari ini genap berusia 1 tahun 2 bulan 2 minggu 4 hari. Saja nak update perkembangan si Adik yang debab ini.

  • Sudah boleh berjalan laju. Ala2 nak berlari tapi tak macam lari pun. hihi.
  • Cuma boleh sebut 'Mama'; adakalanya bila nampak Tok Abah boleh sebut 'Babah'; kadang2 terkeluar 'Abang' bila bermain bersama Abangnya. Pernah sekali sebut 'Pah' bila Mama tanya Opah mana?
  • Sangat cranky walau sudah besar cenggini. Masih dengan tabiat lamanya iaitu 'pantang Mama bangun'. Padahal kalau Mama ada pun adakalanya terbiar begitu saja sebab Adik sibuk bermain.
  • Buat masa ni, suka bangun awal pagi, time Mama sedang kelam kabut nak ke sekolah. Dah la pantang Mama hilang, lalu senget2 la bahu Mamanya kena dukung sambil bersiap2 apa yang patut di waktu pagi. Yela, awal pagi, dah la nangis tak reti slow2, Mama yakin dan percaya pasti raungan si Adik didengari seluruh pelusuk taman kediaman kami. hihi.
  • Gigi sudah ada 6 batang; 4 di atas dan 2 di bawah. Bila pergi kedai baby yang ada signboard besar muka baby, Abang cakap baby tu macam Adik sebab giginya ada 2 batang di bawah. hihi. Nampak gaya macam nak tumbuh lagi sebatang di bawah tu.
  • Baru 3 kali potong rambut. Sekali masa dalam pantang, cukur habis. Sekali Mama gunting sket bahagian depan sahaja sebab dah mencucuk mata, terus jadi macam anak jepun, hihi. Sekali ni sebelum raya aritu, Tok Mama yang gunting dalam keadaan kepala Adik tak diam sesaat. Gunting bahagian tepi telinga dan belakang saja sebab sudah panjang macam girl. Adakalanya Mama rimas lalu Mama ikat rambut Adik. Tapi takleh buat selalu sebab Adik kan boy, bukan girl. Tok Mama nak gunting bahagian depan juga tapi Mama tak bagi sebab dah serik aritu punya cutting tak comel. hihi.
  • Apa Abang buat, Adik pun nak buat termasuklah memanjat meja atau kerusi. Masalahnya panjat pandai tapi nak turun kena mintak tolong orang. Mula la menjerit2 minta tolong walaupun jarak kaki dengan lantai hanya seinci. hihi.

  • Pandai turun katil sendiri. Tapi dengan cara yang sangat berhati2. Slow je turun sambil kedua2 tangan pegang erat cadar selagi kaki belum mencecah lantai. Mama rasa Adik ni besar nanti mungkin seorang yang teliti sebab buat apa pun sangat teliti.

  • Sudah pandai bonceng basikal Abang. Kereta kecil Abang pun Adik dah pandai naik sambil kaki tolak2 bagi kereta tu jalan.
  • Pandai gomol Abang. Kadang2 Abang lari takutkan Adik yang nak gomolnya. hihi.


Ahmad Iman Bukhari. Hari ini genap berusia 3 tahun 2 bulan 3 minggu 4 hari. Abang sudah besar, macam2 sudah pandai. Paling pandai adalah bertanya. Macam2 soalan yang adakalanya sukar nak jawab. Pandai juga membebel macam orang tua. haha.


Kalau ikutkan memang macam2 la sesi perbualan antara Mama dengan Abang yang lucu2. Adakalanya macam tak sangka Abang boleh cakap camtu. Perbendaharaan katanya macam buku. hihi.


Abang memang suka buli Adik. hihi. Abang suka gomol2 Adik. Sambil ketap bibir Abang akan cakap "geramnye, geramnye". hihi. Bukan kata Abang, Mama ngan Ayah pun suka gomol Adik. Sedap gomol Adik si debab kesayangan keluarga tu. Tapi pas Abang gomol Adik, Adik lak gomol Abang. hihi.


Sangat susah nak bergambar. Macam Ayah. hihi. Time raya aritu jenuh berdiri menunggu dia semata2 nak bergambar keluarga je. Memang tak puas hati sangat gambar raya kami berempat tahun ni tapi disebabkan susah nak mengajak Abang bergambar, redha jela. Kalau nak pujuk Abang bergambar sorang2, suruh Abang buat sign 1Malaysia, laju je dia buat. Tapi ikut mood dia jugak la. Kalau dia sibuk main, takde maknanya 1Malaysia ke apa ke.



Mama taktau nak cerita potpet Abang ni camne, tapi banyak jugak Mama update kat status fb. Maka Mama printscreen jela ye..







Ok, tu je sempat ps. Hihi.. Anak2 Mama memang bijak dan cerdik..

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥