♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label AidilAdha. Show all posts
Showing posts with label AidilAdha. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Cerita Arkib

Ini adalah cerita terpendam dah lama gila. Haha.. Gambarnya baru jumpa dalam folder. Ini adalah cerita raya haji tahun 2010 lalu. Muahaha...

Alkisahnya, raya haji kan banyak daging. So biasa la.. antara menu feveret adalah bihun sup tulang atau daging la kan. Yang lawaknya adalah gelagat Iman makan bihun sup.

Orang makan masuk perut, dia makan bihun melekat kat dada. Hehe.. Lebih kelakar adalah bihun yang melekat kat dada dia tu jadi bentuk huruf B. Yang perasan mula2 adalah Tok Mama.

Masa tu Mama tengah makan. So mintak tolong Achik Anna snap gambar. Cadang2 nak masuk blog la kan. Tapi dah tersimpan dalam folder henset tak trasfer.. jadi la cerita arkib. Haha..

bukan senang nak snap gambar Iman

nampak tak kat dada Iman?

bihun bentuk B...

 

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha 1431H


Salam Aidil Adha 1431H
buat keluarga, teman2 dan seluruh umat Islam sedunia...

Friday, December 4, 2009

AidilAdha Yang Meriah

AidilAdha kali ni sangat meriah dengan kehadiran dua little precious dalam family. Riu rendah dengan gelagat budak berdua tu. Sebenarnya dua little honey bunny tu tak laa bising pon, yang riuhnya suara ketawa geli hati seisi keluarga melihat telatah mereka. Memang cute dan menghiburkan.

Namun begitu dalam riuh gamat suasana, terasa ada yang tak kena. AidilAdha tahun ni seperti tahun lalu, Ayah tiada di sisi kerana bertugas. Harapan Mama semoga AidilAdha tahun depan kita dapat beraya bersama Ayah...

.: seisi keluarga bergambar raya lepas penat ketawa :.


.: Iman dan Aisyah yang menghiburkan :.


.: Iman dan Tok Abah kesayangannya :.

Iman & Aisyah

Rasanya Mama belum penah letak entry pasal sepupu iman kan. Haa..ni nak citer laa ni. Kejadian ni berlaku masa Hari Raya Aidiladha. Dalam perjalanan nak balik kampung Tok Nek di Jelai. Biasa laa..Mama memang suka merakamkan aksi dan gelagat anak Mama ni.

Walaupun Mama terpaksa tertungging terbalik nak mengambik gambar anak Mama dan Aisyah yang tengah sedap menjerang bontot di atas riba Tok Mama, tapi Mama tetap seronot. Siap interframe lagi tu yang tak tahan tu. Huhu...


.: Iman dan Aisyah di ribaan Tok Mama :.

.: Mama yang sibuk nak interframe gak :.



...: berbunga rasa hati melihat anakanda membesar di depan mata :...




♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥