♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Iman Junior. Show all posts
Showing posts with label Iman Junior. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Kronologi Kelahiran Anakanda Ahmad Iman Bunyamin Part 2

Kronologi Kelahiran Anakanda Ahmad Iman Bunyamin Part 1




Sabtu - 11/6/2011


Jam 3.00 pagi Mama dah tak dapat menahan kontraksi lagi. Semua dah serba tak kena. Baring tak kena, duduk tak kena, ngiring tak kena. Mama cuba alihkan perhatian pada kesakitan itu dengan bermain game. 


Namun kedinginan malam itu sikit pun tak terasa. Peluh2 halus di muka mula kelihatan. Game yang Mama suka main di masa lapang itu pun dah tak menarik minat lagi. Tiba2 nurse datang. Mama maklumkan kontraksi yang semakin kuat. Kata nurse kalau tak tahan nanti panggil dia dan dia akan buat VE untuk cek bukaan.


Mama masih cuba bertahan hinggalah jam 4.15 pagi. Akhirnya Mama picit loceng memanggil nurse untuk cek bukaan. Nurse tadi memang dah bersedia dengan gajet nak buat VE. Namun alangkah kecewanya Mama sebab bukaan masih 2cm. Terkejut pun ada sebab kontraksi dah kuat tapi bukaan baru 2cm.


Nurse yang bertugas malam tu salahkan Mama sebab minum air/minyak selusuh terlalu awal. Katanya air/minyak selusuh memberi kontraksi yang kuat tapi jalan tak bukak. Akhirnya operate. Hisy, apa la.. Ada ke orang tengah sakit cakap camtu. Menakutkan orang jela..


Terpaksa la Mama tunggu siang jugak untuk jumpa doktor. Pagi tu Mama dah tak boleh berbaring. Jalan pun kejap2 kena berhenti menahan kontraksi. Duduk pun sekejap2 je boleh pastu kena bangun.


Jam 8.45 pagi Tok Mama dan Tok Abah datang hantar air penawar untuk mandi dan minum. Masuk je dalam bilik doktor pun sampai. Doktor minta nak cek bukaan. Memang itulah yang Mama nanti2kan.


Akhirnya setelah menahan kontraksi sejak semalam, doktor sahkan bukaan Mama dah 4cm dan dah boleh masuk labour room. Lega Mama. Mama minta izin nak mandi dulu memandangkan Mama belum mandi pagi lagi sebab nak tunggu doktor punya pasal. Pastu fikir lak pas bersalin konpem la tak mandi dah untuk hari ini.


Pas mandi Mama jalan kaki ke labour room. Kali ini katil tempat Abang Iman dilahirkan ada orang. So Mama ditempatkan di katil lain di hujung sana. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Doktor pecahkan ketuban dan jalan mula terbuka dengan sangat cepat. Dah tentulah diiringi dengan kesakitan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata2.


Lebih kurang 2 jam sahaja di dalam labour room, akhirnya tepat jam 11.25 pagi Ahmad Iman Bunyamin pun dilahirkan. Terasa hilang segala kesakitan bila melihat anakanda yang dikandung dan dibawa ke mana2 selama 9 bulan lahir dengan sihat, sempurna dan selamat.


Alhamdulillah... syukur padaMu ya Allah. Mama dikurniakan putera lagi kali ini. Cukup membahagiakan Mama. Walaupun sedikit kecewa sebab pihak hospital dah susukan Bunyamin dengan susu formula (walaupun Mama dah request awal2 untuk disusukan dengan susu Mama sejurus kelahiran Bunyamin), namun Mama lega dan gembira sebab semuanya dah selamat.


Mama dan Bunyamin ditolak masuk ke wad pada jam 1.30 tengahari iaitu waktu melawat. Seluruh keluarga bergembira dengan kelahiran Bunyamin. Namun Mama sedikit kecewa sebab Abang Iman tiada. Waktu melawat sebelah petang barulah Abang Iman muncul. Itu pun sekejap saja sebab datang lewat dah nak habis waktu melawat. Mama sangat rindukan Abang Iman.


Anak-anak Mama..
Moga kalian membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada Mama dan Ayah serta berguna kepada agama dan negara. Mama sayang kalian berdua. Tak sedikit pun kasih Mama berubah pada Abang setelah kelahiran Adik. Kalian adalah cahaya, yang dianugerahkan Allah buat Mama. Mama sayang Abang dan Adik... 


Wednesday, July 6, 2011

Bunyamin @ Day 26

Hari ini Adik Bunyamin dah 26 hari. Jaundis Adik masih ada tapi menurut doktor tidak terlalu tinggu dibandingkan dengan usianya. Last cek semalam bacaan SB Adik adalah 11.2 mg/dl.


Makin bijak menangis kuat2 bila nak susu. Dah pandai senyum2 bila diagah terutamanya bila tangannya dilagakan sesama sendiri. Semua orang geram dengan Adik Bunyamin yang bam bam... ;)


Adik Bunyamin dah bam bam ;)


Tuesday, July 5, 2011

Kronologi Kelahiran Anakanda Ahmad Iman Bunyamin Part 1

Sengaja Mama coretkan di sini kronologi kelahiran anak-anak Mama untuk tatapan kalian tika dewasa kelak. Moga kalian memahami bukan sedikit pengorbanan seorang Mama daripada mengandungkan kalian dengan penuh kasih sayang di dalam rahim Mama hinggalah di saat2 kalian dilahirkan. Semuanya tidak lari daripada melakukan pengorbanan demi suami dan anak-anak tersayang.


Isnin - 6/6/2011 
Sepertinya Mama sudah dapat merasakan sakit untuk melahirkan. Namun begitu sakitnya terasa ringan. Memang niat di hati Mama sebelum mengandungkan Bunyamin lagi, kalau sakit kuat baru nak ke hospital supaya tidaklah Mama terpaksa menunggu terlalu lama di wad sebelum dapat menatap wajahmu dik. Tidak Mama khabarkan kepada sesiapa termasuklah Ayah kerana rasanya dapat bertahan lagi.


Selasa - 7/6/2011
Sakitnya kuat sedikit dari semalam namun mengikut kiraan Mama masih jauh2 lagi jaraknya. Lebih kurang 1-2 jam sekali. Dan jangkamasa kontraksi itu juga masih terlalu singkat. Tapi hari ini Mama sms Ayah tika Ayah di pejabat memaklumkan keadaan Mama. Dikhuatiri apa2 berlaku sekurang2nya ada yang tau. Sempat lagi Mama ke rumah Tok Mama bersama Abang Iman. Kalau ikutkan petang tu Tok Abah nak hantar Mama balik tapi Mama masih larat lagi nak drive. 


Malam itu Ayah cadangkan kami ke rumah Tok Mama. Sebab kata Ayah esok Ayah kerja, lebih senang hatinya jika Mama di rumah Tok Mama sebab ada yang tengok2kan Mama jika tiba2 Mama sakit kuat. Masa ni semua orang dah Mama khabarkan tentang tanda2 sakit bersalin yang Mama alami. Kali ini tiada turun apa2 tanda sama ada air ketuban atau darah. Masa Abang Iman dulu turun tanda darah.


Rabu - 8/6/2011
Sakitnya makin kerap dan kuat sedikit daripada semalam. Jaraknya juga dah makin singkat iaitu lebih kurang 15-20 minit sekali. Tok Mama asyik2 bertanyakan keadaan Mama dan berpesan kalau tak tahan sakit gi hospital. Tapi Mama masih dapat bertahan lagi.


Hingga ke petang, sakitnya masih sama. Tapi jaraknya dah jadi 10 minit sekali. Ayah di pejabat juga kerap sms bertanyakan keadaan Mama. Sebenarnya sakit tu masih boleh Mama tahan lagi. Tapi memandangkan jaraknya dah semakin singkat, ditambah lagi dengan risaukan baby takut lemas ke apa, so Mama buat keputusan ke hospital malam tu lepas Isyak.


Lebih kurang jam 9.30 malam, Mama dihantar ke hospital oleh Ayah dan Abang Iman, Turut serta ialah Tok Abah, Tok Mama dan Achik Ana. Semua barang keperluan turut dibawa bersama kot2 la kena tahan wad. Selesai doktor memeriksa Mama, keputusannya Mama kena tahan wad memandangkan kontraksi dah ada dan jalan dah buka 2 cm. Sedih hati Mama nak berpisah dengan Abang Iman memandangkan Mama tak pernah berpisah dengan Abang Iman malam2 kecuali sekali je dalam entri ini. Waktu tu pun Mama dah mengandungkan Adik Bunyamin dan cuba membiasakan diri tidur tanpa Abang Iman.


So malam tu bermalam la Mama di Wad A Wing Hospital Taiping tanpa Abang Iman dan tanpa Ayah di sisi. Mama tak berapa lena tidur disebabkan riuh rendah dengan tangisan baby. Hehe..


Khamis - 9/6/2011
Hari ini Mama hanya duduk2 saja di wad. Kepala dah pening. Nurse pulak tak datang2 ke katil Mama. Hairan betul. Ni pengalaman baru untuk Mama sebab masa Abang Iman dulu Mama duk wad kelas 2 so memang selesa la. Nurse pun kerap datang cek tekanan darah dan suhu. Adakalanya check bilangan kontraksi. Di sini Mama macam tak wujud je. Hairan..hairan..


Tapi takpela, sebab plan Mama memang dah sakit kuat baru nak check bukaan (istilah perubatan dipanggil VE). Jarak kontraksi dah makin singkat iaitu 5 minit sekali. Masa ni ramai jugak yang kol dan sms bertanyakan keadaan Mama. Terima kasih semua... ;)


Masa melawat tengahari, Mama berpeluang bertemu anakanda tercinta. Rindunya Mama pada Abang Iman. Mama peluk cium berulang2 kali. Mama terpaksa keluar sebab Abang Iman tak boleh masuk. Peraturannya camtu. Manjanya Abang dengan Mama. Nak minum susu atas riba Mama, nak baring atas riba Mama. Abang Iman anak yang baik. Sepanjang ketiadaan Mama, Abang Iman baik2 saja.


Sebelah petang, keluarga suami pula datang menziarah. Alhamdulillah, akhirnya Mama dapat transfer dari Kelas 3 ke Kelas 1. Lega sangat2. Terima kasih kepada keluarga mertua yang sama2 tolong angkat barang2 masa nak pindah bilik tu... ;) Dah la barang2 macam nak pindah duk spital sebulan kan.. Haha..


bilik baru
wad 1B


Bila dah pindah masuk bilik berdua ni, baru la dapat luangkan masa untuk diri sendiri. Kalau tak Mama asyik nak tengok orang tu tengok orang ni sampai kepala pun jadi sakit. Sempat solat hajat moga semuanya dipermudahkan Allah...


Jumaat - 10/6/2011
Malam tadi rasanya kontraksi dah hilang langsung. Taktau kenapa. Tak rasa sakit langsung dah. Lebih kurang jam 3 pagi, bagitau nurse kontraksi dah takde. Nurse pun cek. Tapi nurse cakap kontraksi ada. Aik, peliknya Mama.. Tapi lepas nurse cek tu baru la rasa ada balik kontraksi. Malah semakin kuat daripada sebelumnya. Lega la jugak sebab risau jugak nanti kontraksi takde, doktor suruh discaj. Boringlah. Kalau boleh biarlah discaj bersama Adik Bunyamin.


tanda dot dot tu maknanya kontraksi tak kuat sangat

tanda garis panjang2 tu maknanya kontraksi dah kuat

Hari ini kontraksi memang makin kuat tapi masih dapat ditahan lagi. Ikut pengalaman lalu, kalau dah sakit camni, mungkin malam ni atau esok pagi dah boleh masuk labour room. Sebelah petang hampir maghrib, kontraksi dah makin kuat dan kerap. Dah 3 kali dalam 10 minit. Walaupun jangkamasanya masih sekejap2. Mama masih boleh sembang2 lagi dengan rakan sebilik, kira ok la lagi tu kan... ;)


bersambung...


Saturday, June 25, 2011

Jaundis

Hari ini Mama nak berkongsi pengalaman Mama menghadapi anak jaundis. Masa Abang Iman dulu, kuningnya naik tinggi sebab lewat bawa cek darah, hanya cuba berubat sendiri tapi tak serasi dengannya. Tapi alhamdulillah akhirnya jaundis Abang turun sedikit demi sedikit sehingga discaj terus dari hospital.


Kali ini Mama diuji Allah. Mama dianugerahkan Adik Bunyamin yang istimewa; mengalami masalah kekuraangan enzim G6PD. Tapi Mama redha dengan ketentuan-Nya. Nak dibanding dengan anak orang lain yang ada sakit jantung la otot la.. Mama ni jauh lebih beuntung.


Sakit Adik ni cuma perlu jaga pemakanan. ubat-ubatan tertentu dan benda2 tertentu saja. Selain itu mereka boleh menjalani kehidupan seperti kanak2 normal lain. Adik Mama juga mengalami masalah sama. So takdelah Mama tercangak2 hairan bila diberitahu anak Mama ada G6PD.


Mama masih belum kuat untuk menaip entri panjang2. Ditambah lagi dengan Mama yang belum berubat apa2, dikhuatiri mempengaruhi kadar jaundis Adik. So kat bawah ni Mama senaraikan hasil bacaan serium bilirubin Adik Bunyamin dari hari ke-2 hingga ke-13. Hari ini tiada check up SB sebab Adik dah 14 hari, so selepas ini check up Adik adalah 2 hari sekali.


Day 2 : 9.4
Day 3 : 11.4
Day 4 : 12.4
Day 5 : 13.6
Day 6 : 15.2
Day 7 : 15.6
Day 8 : 12.2
Day 9 : 15.4
Day 10 : 13.4
Day 11 : 11.8
Day 12 : 12.6
Day 13 : 13.7


Tengok esok macamana pulak. Harap2nya makin turun la bacaan serium bilirubin Adik...


Wednesday, June 22, 2011

2 Hero Di Hati Mama

Setelah 12 hari, barulah Mama berkesempatan membuat pengumuman rasmi ini disebabkan beberapa masalah yang melanda. Mama telah selamat melahirkan seorang lagi hero pada 11.06.2011 jam 11.25 pagi Sabtu lalu.

Membuatkan Mama menjadi satu-satunya wanita tunggal dalam keluarga. Hehe.. Yang akan menjadi kesayangan 3 lelaki dan pastinya dirindui kalau takde di depan mata.

Memperkenalkan putera kedua Mama,
Ahmad Iman Bunyamin bin Mohd Khairul Amin...

Seperti Abang Iman dulu, kali ini sekali lagi Mama terpaksa berada di wad agak lama (11 hari) disebabkan adik ada G6PD. Apa itu G6PD? Mama akan ceritakan secara detail pada entri2 akan datang bila keadaan dah kembali normal dan tenang. ;)


Inilah 2 hero di hati Mama
Ahmad Iman Bukhari & Ahmad Iman Bunyamin

Banyak gambar dan cerita untuk dikongsikan termasuklah kronologi kelahiran Bunyamin, breastfedding journey yang baru bermula, pengalaman baru mempunyai anak dengan G6PD dan banyak lagi. Tunggu kesihatan Mama dah kembali normal, jaundis adik dah kurang, nanti Mama update lagi ye.. ;)


Thursday, May 19, 2011

Check Up 34 Minggu

Eh..dah 34 minggu dah Mama. Bermakna lagi 2 minggu genap 9 bulan. Makin hampir dengan saat2 gemilang menjadi seorang Mama... ;)


Semalam Mama ada check up dengan doktor. Scan untuk kali kedua. Nanti 40 minggu scan lagi jika berkesempatan sampai ke 40 minggu.


Doktor cakap semua ok. Doktor tanya dah tau ke jantina dan Mama jawab belum. Doktor tunjukkan kepada Mama jantina adik. Hua hua hua.. Nampaknya Ayah dapat kawan lagi la nanti. Kali ini boy lagi.


Walaupun Mama mengharapkan girl, tapi Mama tetap terima dengan senang hati dan gembira kalau boy pun. Anak Mama, zuriat Mama, darah daging Mama. Mama tetap sayang. Mama bawa ke hulu ke hilir selama 9 bulan, tentulah Mama sayangggggg... ;)


Takpela, mungkin yang ketiga nanti baru berkesempatan beli skirt kot. Hehe.. Mama gembira bila dah tau jantina ni. Senang Mama nak siapkan apa2. Walaupun rasanya semuanya dah siap kot. Termasuklah nama untuk adik. Hanya menanti kelahiran adik saja.


Rasanya mungkin selepas adik ni Mama nak lengkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun dulu baru fikir nak baby girl pulak. Insya-Allah.. Mama nak besarkan 2 orang hero ni dulu. Bila dah faham bahasa senang sikit nanti Mama nak mengharungi suka duka alam mengandung untuk kali ketiga kan.


Mungkin ada hikmahnya Allah mengurniakan Mama putera lagi kali ini. Menjadikan putera Mama 2 orang sudah. Nanti senang la Mama nak ke mana2 ditemani 2 orang putera kacak kan. Kalau yang seterusnya puteri, rasa selamat la sikit fomfuan2 ni nak ke mana2 ditemani 2 hero ni. Alhamdulillah ya Allah... PerancanganMu itu semuanya tepat dan hebat...


Adik dan Abang.. Mama sayang kalian. Membesarlah menjadi insan berguna di dunia dan di akhirat ye sayang... ;)


Monday, May 9, 2011

Sayangnya EBM Mama

Kan Mama ada cerita pasal operasi membasuh dan menyimpan storage bottle untuk buat stok ebm aritu kan. Kali ni cerita sikit je tokok tambah entri aritu.

Sebenarnya sejak September 2010 lalu dalam fridge Mama memang tersimpan 4 botol ebm untuk abang dulu. Tapi disebabkan leka, terlupa nak guna sampai dah expired. Bila dah expired rasa sayang la pulak nak buang kan.

ebm terakhir Mama untuk abang dulu

Duk simpan laa sampai dah mengandung semula ni. Pun masih sayang nak buang. Yela, susu badan mana la nak dibeli kat kedai kan. Memang takde dijual di mana2...

Kalau simpan pun, bukannya boleh guna dah. Fakta tu memang dah dimaklumi cuma hati ni je rasa berat dan sayang nak buang. Tapi akhirnya terpaksa la jugak buang sebab nak guna balik botol tu untuk adik pulak kan.

Takpela, insya-Allah masa dalam pantang nanti nak usaha sedaya mungkin buat stok ebm banyak2 sampai tak cukup bekas. Hehe.. Moga tiada apa2 halangan yang buat semangat Mama down...

O, ye... aritu Mama ada cerita jugak pasal Mama beli liner untuk simpan ebm walaupun masa abang dulu pun memang dah beli tapi salah letak. Baru2 ni Mama dah jumpa semula liner tu. Alhamdulillah... Bolehlah nanti menambah semangat Mama nak mengepam... ;)

bersambung...


Saturday, May 7, 2011

Untuk Adik Part 2

Ini adalah sambungan daripada kisah persediaan menyambut adik. Part 1 adalah kat SINI.

Pada hari yang sama Mama mengumpul, membasuh dan menyimpan storage bottles adik tu, Mama juga dah basuh pakaian adik. Mana yang perlu dinila, dah siap2 dinilakan. Apa yang dinila itu adalah kain lampin dan pakaian2 abang yang berwarna putih.

Kain lampin Mama tak beli tambah pun sebab rasanya yang abang punya masih berkeadaan elok. Lagipun bukannya nak pakai lama sangat pun. Habis pantang rasanya dah tak guna dah.

Nak buat bedung pun dah tak muat. Bedung kena pakai kain lain yang lebih besar. Biasanya kain pelekat yang memang dah siap2 dijadikan kain bedung. Nenek punya dan Nenek bagi untuk bedung Iman masa kecik2 dulu.

pakaian adik dah kering
sedia untuk dilipat dan disimpan

Rasanya gambar di atas adalah sebahagian besar pakaian adik. Eh, ke semua pakaian adik ada di sini ye? Yang pastinya memang inilah pakaian yang akan Mama bawa ke rumah Tok Mama.

Ketika entri ini ditulis, semua pakaian ini dah siap2 dilipat dan disimpan dalam storage box untuk dibawa ke rumah Tok Mama nanti. Buat masa ni rasanya masih terlalu awal nak bawa sebab kot2 nanti nak masukkan apa2 barang atau pakaian lagi.

Gambar di atas adalah baju, lampin dan selimut sahaja. Sarung tangan dan kaki Mama jemur di penyidai payung kecil dan terlupa nak snap gambarnya. Begitu juga dengan sarung tilam dan bantal adik yang masih belum kering sepenuhnya sebab tebal. Hahaha... Ini kes dah penat punya pasal la ni. Ambil gambar asal ada jela ye... ;)

Ada juga sepasang dua adalah baju abang. Mama basuh sekaligus je. Hari itu Mama sidai pakaian 2 trip. Trip pertama adalah pakaian adik dan abang. Trip kedua baru la nak sidai pakaian Mama dan Ayah. Ini adalah kerana ampaian tak muat. Hehe.. Alhamdulillah cuaca panas nak semua pakaian sempat kering.

Pasni Mama cerita pasal persiapan lain pula ya. Sebenarnya boleh dikatakan 90% dah sedia, cuma mungkin ada sikit2 je lagi nak susun semula elok2. Sekarang ni apa saja yang nak dibawa atau nak digunakan masa berpantang Mama letak je dalam stor dulu bersama setimbun barang2 lain yang dah siap packing. 

Nanti tunggu satu waktu pulak Mama nak susun elok2 balik dan finalize barang apa nak dibawa. Setakat ni yang dah dibawa adalah set tilam kekabu dan toto kecik, breast pump, storage bottle, nursing pillow. Nursing pillow ni Mama cadang nak bawa masa ke hospital nanti. Sebab pengalaman lalu, bantal hospital adalah keras dan tebal sangat. 

Dah la sakit luka, sakit nak memanjat katil tinggi, bantal lak tak syok. Sebab itulah kali ini Mama nak bawa nursing pillow. Dulu Mama bawa juga bantal tapi nipis je bantalnya. Tak best jugak sebab tujuan asal bawa bantal nipis tu nak sendal2 badan je, bukannya nak jadikan bantal tidur.

Pengalaman adalah guru terbaik. Semoga kali ini Mama lebih bersedia mental dan fizikal untuk menyambut kehadiran orang baru dalam hidup Mama...

Pasni Mama akan snap barang2 yang dah sedia saja ye... ;)

bersambung...


Tuesday, May 3, 2011

Untuk Adik Part 1

Menyambut insan baru dalam keluarga memang memerlukan banyak persediaan. Kali ini rasanya agak teratur persiapan Mama memandangkan dah ada pengalaman masa anak sulung aritu. 

Walaupun ramai yang cakap tak perlu beli baju baru atau peralatan baru untuk si kecil, tapi bagi Mama biarlah ada juga yang baru kan. Takkanlah dia yang nombor 2, semuanya nak pakai yang Abang walaupun yang Abang punya pun masih elok.

Tapi bukanlah bermakna Mama beli semuanya baru. Apa yang Mama rasa perlu baru, Mama belilah serba sikit untuk adik. Contohnya baju baru. Mama dah siap packing dah baju pertama yang adik akan pakai nanti... ;)

Tapi entri kali ini Mama nak fokuskan bahagian storage bottle je dulu. Mama kan dah berniat nak fully breastfeed adik dan bertekad nak buat stok banyak2 masa dalam pantang kan. So gajet2 ke arah itu perlulah disediakan awal2 kan.

Alhamdulillah... segala gajet untuk buat stok ebm nanti rasanya dah ada. Yang abang punya dulu la. Mama cuma tambah 8 botol je lagi brand Autumnz. Itu pun Mama terjumpa masa tengah cari barang keperluan adik di baby center baru2 ni. Kalau harap nak beli online memang malas.. Huhu.. Dapat free kat dalam 5 keping liner jenama sama.. ;)

8 storage bottle Autumnz

free 5 keping liner Autumnz

Juga Mama tambah liner sebagai persediaan dan motivasi untuk diri sendiri. Moga2 botol tak cukup, then kena guna liner lak. Hehe.. Ni memang azam kuat nak buat stok banyak2 ni... ;) 

Sebenarnya masa abang dulu pun memang ada liner brand apa tah dah lupa. Bukan Mama yang beli tapi Abah Long Iman yang belikan masa Mama mintak tolong beliau belikan pam medela untuk Mama. Tapi dah lupa simpan mana. Nak geledah stor tu satu hal pulak. Oleh yang demikian, beli jelah yang baru. Nanti bila dah lepas pantang, badan dah sihat Mama cadang nak cari balik mana letaknya... ;)

100 pcs liner

Itu alkisah yang Mama beli baru. Itu sahaja rasanya gajet penyusuan yang Mama beli baru sebagai tambahan. Selainnya guna yang abang punya dulu. Breast pump dah tentulah freestyle kesayangan menjadi pilihan... ;) Sterilizer, warmer, storage bottle semuanya yang abang punya.

Mula2 Mama kumpulkan semua botol yang ada dalam simpanan. Ada jugak sebiji dua yang tertinggal di rumah Tok Mama. Tapi itu pun dah diasingkan atas para siap2. Nanti campurkan je sekali dengan yang ada di dalam simpanan Mama.

botol2 yang dah siap diasingkan


Mama cuma menggunakan storage bottle daripada 4 jenama saja. Masa abang dulu Mama pakai bumble bee dan memang sangat admire dengan Mom's Little One (MLO) dek kerana warnanya pink serta biru yang menarik. Nak beli pun senang sebab Kak Haniza yang jual botol tu menetap di sini. So self pick up lebih jimat daripada pos kan... ;)


Inilah dia kotak2 storage bottle yang masih Mama simpan sebagai kenangan. Lagipun kotaknya cantik. Sayang nak buang kan.. 


storage bottle dalam koleksi Mama


Bermula daripada bawah, bumble bee la storage bottle yang mula2 Mama kenal. Itu pun sebab Kak Aja yang jual medela tu hanya jual bumble bee saja. Memang berkualiti sebab plastiknya lebih tebal berbanding MLO. 


Kotak yang kat tengah2 tu pulak adalah kotak MLO. Daya tarikan MLO ini adalah pada penutupnya yang berwarna pink dan biru. Selain itu, pada setiap oz tertera pujian terhadap ibu. So semakin semangat la si ibu nak buat stok ebm untuk anaknya kan.


Kat atas sekali adalah yang terbaru dibeli untuk adik daripada jenama Autumnz. Penutupnya warna putih saja, sama seperti bumble bee. Cuma disk penutupnya lebih cembung berbanding bumble bee yang rata saja permukaannya.

1 lagi Mama pakai Safety Plus. Yang ni takde kotak. Penutupnya berwarna oren. Tapi disk penutupnya mudah tertanggal sebab tak melekat macam 3 jenama di atas kan.


Tak kisah macamana atau jenama apa pun, yang penting ianya BPA Free.. Selamat untuk bayi... ;)

Lepas dah kumpulkan semua, asingkan feeding bottle yang nak guna dan feeding bottle yang tah sape punya (hehe..kes silap ambik la ni..), Mama masukkan semuanya ke dalam baldi untuk dicuci. Mama cuci menggunakan pencuci khas untuk barangan bayi jenama Pureen. 

Sebelum ni tak pernah guna pun sebab taktau nak beli di mana. Aritu terjumpa di baby center, terfikir nak cuba sebab botol susu abang amatlah tak comelnya bila 'dihiasi' lemak2 susu yang sangat sukar ditanggalkan.


botol2 yang dah sedia untuk dibasuh


guna pencuci khas untuk barangan bayi


Pastu duduk la terhegeh2 Mama membasuh semua botol2 tersebut dalam bilik mandi. Sampai sakit2 pinggang ha. Hehe.. Dah siap basuh Mama susun elok2 camni ha..


botol2 yang dah siap dibasuh dan sedang dikeringkan

Ok, dah setel. Tunggu kering pastu nak simpan elok nak bawak gi rumah Tok Mama. Yeay.. siap 1 bahagian. Nanti Mama update lagi part2 lain. Banyak sebenarnya ni tapi masa mencemburui ditambah lagi dengan keadaan Mama yang dah sarat ni kan... Kena pilih2 masa nak update betul2..

bersambung...


Wednesday, April 27, 2011

Sambung Bersiap

Hari ini Mama agak penat walaupun cuti. Daripada pagi mengisahkan barang2 persiapan untuk berpantang nanti. Packing pakaian dan peralatan adik tu dah tentulah kan. Juga pakaian dan peralatan Mama, abang Iman dan Ayah. 


Siang tadi dah basuh dan jemur pakaian adik. Malam ni projek melipat dan menyusun pakaian tersebut ke dalam kotak yang akan dibawa ke rumah Tok Mama nanti. Juga sebahagiannya dimasukkan ke dalam beg yang akan dibawa ke hospital nanti.


Walaupun agak penat berbanding ketika anak sulung dulu, namun kali ini Mama lebih berpengalaman dan dah dapat agak benda apa yang nak diguna ketika di hospital dan ketika berpantang nanti. Rasanya persiapan kali ini agak teratur walaupun persiapan masa nak menyambut Iman dulu pun rasanya dah ok, cuma mungkin masa tu Mama tak banyak bersiap untuk diri dan suami. Lebih kepada menyediakan barang2 keperluan si anak saja.


Mama juga dah siap2 basuh botol2 susu yang akan digunakan untuk menyimpan ebm nanti. Semuanya Mama dah snap gambar tapi tak larat rasanya nak tempek watermark dan nak upload malam ni. Esok2 lusa jika ada kesempatan Mama sambung cerita persiapan menyambut orang baru ni secara detail beserta gambarnya ya..


Mama pun teruja nak share di sini tapi disebabkan keletihan, ditambah dengan ditimpa hujan ketika check up petang tadi, lagi la menambah lesu di badan. Nak tidur dulu.. Esok sambung cerita lagi... ;)

Persediaan Menyambut Insan Baru

Hari ini dan semalam Mama amik mc sebab badan terasa sangat tak larat nak kerja. Biasanya walaupun tak larat Mama gagahkan juga ke sekolah sebab risau di hujung2 kehamilan (macam sekarang ni) Mama dah tak boleh gagahkan diri lagi.


Iman pun terpaksa Mama hantar juga ke rumah Opah sebab Mama tak larat nak jaga Iman sorang2. Tak terkawal dibuatnya sebab sekarang ni Mama jalan pun dah makin slow, nak lari mengejar Iman kalau ada barang2 bahaya yang diambilnya lagi la tak larat. Untuk mengelakkan berlakunya perkara2 tak diingini, Mama hantar Iman ke rumah Opah dan akan ambil Iman tengahari nanti.


Hari ini Mama ada check up kat Klinik Ibu & Anak untuk review result EOD BP & urine yang Mama dah buat selama 2 minggu aritu. Moga2 pasni discharge la dari kes ni. Tak larat rasanya nak mengulang tercongok gi ambik tekanan darah dan check urine kat klinik tu selang sehari. Tapi appointment Mama sebelah petang.


Dah nama pun seorang ibu dan isteri, walau tak sihat camne sekalipun, bila berada di rumah tetap la kena buat kerja2 rumah kan. Awal2 pagi lagi Mama dah mulakan aktiviti dengan menjemur pakaian adik. Lega sedikit bila dah basuh semua pakaian adik. Pasni dah kering nak lipat dan simpan dalam kotak untuk dihantar ke rumah Tok Mama sebab nanti Mama akan berpantang di sana.


Selain pakaian, barang2 lain seperti bedak, losyen, pampers newborn, pam susu Mama, pad Mama dan sebagainya pun Mama dah letak setempat iaitu di dalam stor. Haha.. Bukannya apa, dah takde tempat sesuai lain yang boleh Mama simpan sementara sebab nanti Iman selerakkan. Stor tu pun bukanlah stor pun sebenarnya, ianya adalah bilik belakang yang digunakan untuk simpan barang2 yang tak digunakan.


Ni Mama amik masa update blog kejap sebab nak rehat kejap. Pasni Mama nak susun elok2 barang2 tu semua untuk dihantar ke rumah Tok Mama.


Selain barang anak yang bakal lahir, Mama juga turut packing barang2 abang Iman, pakaian Mama dan juga pakaian Ayah. Pakaian Mama tu adalah t-shirt lusuh2 (sebab Tok Mama pesan masa dalam pantang jangan pakai baju lawa2 nanti kena minyak la bedak sejuk la ape la susah lak), pakaian dalam, maternity pas, pad herba, tungku elektrik (beli lama dah tapi tak pernah guna..hehe..) dan sebagainya yang tak ingat nak tulis kat sini. Yang penting semua itu akan digunakan semasa di dalam pantang nanti.


Pakaian Ayah pulak Mama cuma packing baju tidur dan kain pelekat je dulu. Baju kerja nanti la dah dekat2 nak bersalin baru Mama packing bawak gi rumah Tok Mama. Mama dijangka bersalin selepas cuti sekolah hujung Mei ini. Mungkin dalam cuti tu Mama sekeluarga akan duduk rumah Tok Mama dah kot. Kalau camtu senag sikit la Mama nak ulang-alik lagi kalau ada apa2 barang yang tertinggal lagi. Sebab belum bersalin kan. Bukannya apa, Mama risau nanti Ayah taktau letak duduk barang2 yang Mama suruh Ayah ambilkan nanti.


Aritu Mama ada la shopping barang2 sebagai persediaan menyambut insan baru dalam family kami. Nanti kalau ada masa Mama snap barang2nya ya... 


Ok, lah.. Mama nak sambung buat kerja walau jalan dah macam siput.. ;)

Wednesday, April 13, 2011

Iman Junior @ 29 Week

Minggu ni, Iman Junior dah 29 minggu. Kejap je masa berlari. Terasa macam baru je disahkan mengandung, tiba2 dah 7 bulan...


Masuk 28 minggu, check up adalah 2 minggu sekali. Memenatkan ok. Yela, check up kalo gi2 je turn kita seronot la kan. Tapi biasanya Mama gi, menunggu punya la lama baru la dapat turn tak kira orang ramai ke sikit ke...


Biasanya Mama memang sama2 la tutup pintu klinik tu. Sampai rumah paling awal pun mesti kul 5.30 petang. Kadang2 Ayah yang sampai dulu. Petang ni dah la kena jumpa doktor untuk follow up kencing kotor aritu kan. Agaknya lagi la lama menanti...


Kalau mengandung, time2 camni la yang tak best. Check up kena gi jugak. Risau jugak kalau miss kot2 ada masalah pape kan. Tapi tu la, nak menunggu turn tu yang lelah... :(


Petang ni Mama gi sorang je. Senang. Iman tinggal umah Opah dulu. Dah bagitau Opah dah Mama ambik Iman lewat...

Saturday, April 2, 2011

Placenta Previa

Sejak 2-3 minggu lalu, Mama rasa semakin sukar nak berjalan. Terasa sakit di bahagian ari-ari. Terutamanya bila nak bangun dari pembaringan yang keras macam lantai. Nak bangun dari katil pun kena pelan-pelan.


Sampai la Khamis lalu Mama memang betul2 sakit pinggang sampai jalan pun dah tak betul, ditambah lagi dengan rasa ngilu di bahagian ari-ari. Mama tak gi kerja, gi scan kat klinik pakar sakit puan.


Mama ceritakan masalah Mama, ditambah lagi dengan sejarah melahirkan anak pertama iaitu tak boleh kencing selepas bersalin, doktor pun scan la nak tengok apa masalah Mama.


Masa doktor cakap tu, Mama memang terkejut dan terdebar2. Doktor diagnos Mama mengalami placenta previa atau biasa kita sebut uri di bawah. Ya Allah, semua rasa bercampur2. Sedih, takut, bimbang, keliru... Dah la sorang2 masa tu. Tiada sokongan moral daripada sesiapa.


Pastu Mama ke klinik ibu dan anak yang Mama selalu check up bulan2 tu. Doktor suruh datang pagi esoknya sebab dah petang sangat kan. Biasa  la kerajaan kan... 


Jumaat, Ayah half day sebab nak bawak Mama gi jumpa doktor. Iman pun ikut sama. Semalam kesian Iman kena tinggal kat rumah Nenek sampai ke petang. Nasib baik la orang tak ramai kan.


Ingatkan doktor nak scan la. Tapi doktor cakap Mama masih belum 28 minggu. 50% kes memang uri berada di bawah dan digelar placenta low lying, bukan previa lagi. Oleh sebab Mama belum cukup 28 minggu, doktor minta Mama datang minggu depan untuk scan konfemkan semula.


Sedikit lega la Mama dengar doktor tu cakap camtu kan. Maknanya Mama ni belum konfem la uri kat bawah. Selagi belum cukup 28 minggu, uri berkemungkinan akan naik semula. Alhamdulillah... Moga2 scan akan datang uri berada di atas la...


Pastu doktor tu suspek Mama ni mengalami masalah kencing kotor. Doktor suruh Mama check air kencing. Memang sah Mama mengalami masalah kencing kotor. Sebab tu Mama rasa sakit. Doktor cakap kalau uri bawah simptom dia takde kesakitan cuma mungkin berlaku pendarahan. Doktor bagi Mama antibiotik dan ubat lawas kencing. Dua minggu lagi Mama kena datang semula untuk check air kencing lagi.


Gambarajah kat bawah ni lebih jelas menunjukkan masalah Mama kot. Sekarang ni Mama mengalami low lying placenta di mana kes2 biasa yang dialami lebih 50% wanita mengandung, berkemungkinan akan naik ke atas bila mencecah 28 minggu.



Sekarang ni kita tengok pulak perbezaan antara normal placenta dengan placenta previa. Kalau normal placenta tu akan berada di atas. Jauh dari pintu rahim. Kalau time bersalin baby akan keluar dulu kemudian baru la uri akan dikeluarkan. Tapi kalau placenta previa, uri berada dekat dengan pintu rahim. Yang ditakutkan adalah masa bersalin uri keluar dulu daripada baby. Sebab tu kalau dah konfem placenta previa, doktor biasanya akan operate. Nauzubillahi min zalik...


uri berkedudukan normal - kiri
uri berada di bawah - kanan

Ada sorang kawan Mama baru je lepas operate sebab masalah placenta previa ni. Dia ada la cadangkan berubat dengan sorang bidan ni. Mama akan tunggu doktor konfemkan dulu, baru nak fikir nak berubat ke apa kan. Tapi Mama memang akan ikhtiar sedaya yang mampu untuk mengelakkan kena operate. Moga Allah izinkan Mama bersalin normal macam Iman dulu.. Amin ya Rabbal A'lamin...

Thursday, March 31, 2011

Iman Junior @ 28 Week

Hari ini check up Iman Junior. Kali ini Ayah ada bersama. Lega la jugak sebab Mama memang tak berapa sihat minggu ini. Nak drive pun tak berani sebab sakit pinggang...


Iman ikut. Biasanya memang lama nak check up ni. Kalau datang jam berapa pun, habisnya tentu jam 5.00 petang. So sementara nak tunggu turn Mama tu, jenuh jugak la nak mengawal Iman.


Sebenarnya Iman dah mengantuk sebab kat rumah Opah tak tidur. Tapi biasalah Iman, mana la dia nak tidur dalam keadaan banyak permainan, ramai orang dan terbuka camtu. Kalau kat rumah pun, kalau ada ramai2 Iman susah nak tidur, ini kan pula kawasan terbuka camtu. Haha... Cuma kepelikan pernah je berlaku yang Mama citer dalam entri INI.


Seperti yang Mama dah agak, HB Mama turun sikit berbanding bulan lepas. Bulan lepas 11.7, bulan ni 11.5. Alhamdulillah masih di tahap terkawal. Kalau bawah 11 memang jadi special case la. Leceh la kalau dah termasuk dalam special case ni.


Nasib baik la bulan ni berat Mama naik 1.2 kg je. Kalau macam bulan lepas.. fuh, merisaukan betul.. Naik sampai 2.3 kg tu. Nurse cakap kalau naik 3 kg ke atas kena minum air gula sebab nak test kot2 ada kencing manis. Eiii... ngerinya lahai...


Hari ni Mama kena cucuk ATT untuk elak kancing gigi. Cucuk ni memang akan mengakibatkan tangan lebuh2. Masa Iman dulu kena cucuk 2 kali sebab anak sulung kan. Cucuk kali pertama, seminggu Mama takleh angkat tangan sebab lenguh sangat2. Haha.. Cucuk kali kedua alhamdulillah ok sikit. Setakat ni cucuk siang tadi ok la jugak, lenguh2 sikit2 je.


Pregnant Mother, Vaccine


Hari ni juga dalam sejarah bila Ayah tiba2 teringin nak tengok buku check up Mama yang warna pink tu. Masa Iman dulu Ayah tak pernah sentuh, tak pernah tanya dan dah tentulah tak pernah tau apa isi kandungan buku tu kan. Mungkin kali pertama memegangnya adalah ketika Mama dah di hospital nak bersalin kot. 


Ayah juga, buat pertama kalinya tanpa Mama suruh, tekapkan telinganya di perut Mama kot2 dengar bunyi jantung adik. Mama pelik, tapi Mama biarkan. Ayah juga tanya laki ke pompuan (masa scan) sebab Ayah ingat petang tadi ada scan masa masuk check up tu. Masa Iman dulu Ayah kurang berminat dengan kandungan Mama dan layan Mama macam Mama tak mengandung pun. 


Mungkin kali ni girl, girl kan rapat dengan Ayah kan.. Sebab tu Ayah teruja sikit dengan kandungan kali ini... Ok la tu, perubahan yang baik.. Alhamdulillah... ;)


Selesai check up, terasa lapar la pulak. Masa tu dah dekat kul 5.00 tapi kedai makan semua tak ready lagi. So kami balik la rumah dulu. Iman dalam kereta dah tidur sebab mengantuk sangat. Malam pas maghrib kami keluar ronda pasar malam. Walaupun sakit pinggang sampai terpaksa jalan kengkang2 sikit, tapi Mama ikut jugak sebab kesian Iman dan Ayah berdua je kan...


Pas makan Mama tidurkan Iman, update blog jap, ni nak tidur dah ni. Esok kalau larat gi kerja, kalau pinggang masih sakit dan terpaksa jalan kengkang2 jugak, kena la mc jugak... 


Wednesday, March 2, 2011

Iman Junior @ 24 Week

Hari ini Mama ada check up Iman Junior. Runsing jugak memikirkan camne nak gi check up petang ni sebab Mak Njang dah takde. Kalau sebelum ni mintak Mak Njang temankan, boleh jaga Iman sementara Mama check up. 


Biasanya kalau orang lain suami yang temankan. Tapi Mama ni dah biasa dari mengandungkan Iman lagi, pergi sendiri je. Atau adik2 temankan. Untunglah keluarga dekat. Kalau keluarga jauh terpaksa la mengharapkan ihsan pengasuh untuk jaga Iman. 


Malam tadi Ayah cakap taktau lagi boleh balik ke tak untuk temankan Mama gi check up. Dalam hati terasa jauh jugak, tapi Mama dah biasa sendiri. Sambil2 sidai kain bergenang jugak la mata ni. Bukanlah Mama ni manja sangat, cuma dalam hati ada jugak rasa teringin suami menemani gi check up. Sejak Abang Iman dulu lagi Mama gi sendiri, seingat2 Mama 2 kali je Ayah temankan. Bukan selalu, sebulan sekali saja. Tapi nak buat camne, mungkin setiap kali Mama ada temujanji, setiap kali tu jugak Ayah ada hal kot.


So petang ni gi sendiri jugak la macam biasa. Macam masa Abang Iman dulu, dan macam masa check up Iman Junior yang lepas2, dan mungkin jugak akan macam Iman Iman yang akan datang kot. Tapi nanti bila check up Iman Iman yang akan datang, mungkin Mama dah boleh harapkan Abang Iman temankan Mama... ;)


Macam2 plan dalam kepala dan masih taktau nak decide yang mana satu. Mungkin nak ambik Iman dan mintak tolong Nenek jaga sekejap sementara Mama gi klinik. Ada juga plan nak terus pergi dari sekolah je dan ambik Iman lambat sikit kat umah Opah. Mama ni kalau boleh tanak menyusahkan pengasuh Iman sebab dia jaga 2 orang budak lain jugak. Adakalanya Mama mesyuarat, terpaksa la ambik Iman lewat sikit.


Mama faham sangat dah camne lelahnya nak menjaga Iman. Sebab tu la kalau boleh tanak menyusahkan sesiapa. Tok Mama pulak mesyuarat pagi ni. Taktau habis kul berapa. Ada jugak plan nak bawak je Iman. Tapi susah jugak sebab nanti Iman tak terkawal. Lagipun biasanya petang2 Iman mengantuk sebab masa di rumah Opah Iman main je.


Tengoklah nanti camne. Main redah jela. Moga segalanya dipermudahkan Allah... ;)


Wednesday, January 12, 2011

Iman Junior @ 16 Week

Minggu ni Iman Junior dah masuk 16 minggu. Dah masuk 4 bulan. Yuhhoo..seronoknya Mama. Rasa macam kejap je dah 4 bulan. Rasa2 macam ngandung kali ini terasa cepat masa berlalu.


Sekarang dah Januari, nanti Februari, Mac, April - celebrate besday Ayah, Mei - celebrate besday Tok Mama, hari guru, pastu dah Jun. Bestnye.. Mesti tak terasa masa berlalu bila diisi dengan telatah dan kerenah Iman Bukhari. Jun celebrate besday Abang Iman sekali dengan adik ke atau belum kuar lagi ek?...


Pada minggu ke-16 ini, Mama dah mula merasakan pergerakan halus dalam rahim Mama. Adikkah itu? Owh..bahagianya menjadi seorang Mama. Kadang2 adik jadi mengeras, padahal kecik lagi tu.


Masa Abang dulu Mama mula merasakan pergerakan pada minggu ke-19 atau 20 camtu. Mungkin lebih awal lagi sebenarnya cuma maklum sajalah anak sulung, tak dapat trace secara tepat. Kali kedua ini lebih berpengalaman la kengkunun.. Hehe..


Seronot..seronot..bila dah mula rasa baby gerak dlm perut. Hehe..


♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥