♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Sayang Sayang. Show all posts
Showing posts with label Sayang Sayang. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

6 Sebab Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim

  • Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. 
  • Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..  
  • Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh  dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..  
  • Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 
  • Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.  
  • Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan  isteri agar tidak derhaka denganNYA.



Monday, January 23, 2012

Sayang

Sejak akhir2 ini, banyak betul kita dengar berita kematian di kalangan bayi. Sedih betul Mama membacanya atau mendengarnya. Sungguh, bayi itu membawa syafaat untuk ibu bapanya di akhirat kelak, namun kesedihan yang ditanggung ibu bapanya... Allahu Akbar.. tak dapat nak dibayangkan...


Jika dengar bayi yang tak dikenali meninggal pun airmata ni tak mampu ditahan, ini kan pula bayi sahabat sendiri. Baru tadi Mama terbaca status seorang teman ketika di UM dulu, puterinya meninggal dunia akibat masalah jantung yang tak dikesan sejak lahir.


Sedihnya Mama. Sangat simpati dengan beliau. Mujurlah masih ada dua anaknya yang lain menjadi sedikit pengubat dukanya itu. Tentu tak sangka cuti panjang ini terpaksa diharungi dengan kesedihan. Juga tentunya pembuka tirai 2012 ini bermula dengan kisah duka dan pedih.


Terus Mama terkenang anak2 Mama. Abang juga ada masalah jantung. Memang dikesan sejak usianya 3 bulan. Walaupun begitu, masalahnya hanya minor dan tidak memberi kesan ke atas pergerakan atau aktiviti sehariannya. Namun begitu, Mama tetap risau jika Abang lasak sangat atau dilayan dengan kasar oleh orang lain.


Hati si ibu, tak siapa mengerti. Mama risau. Walaupun Abang aktif, tapi Mama risau. Selagi doktor tak mengesahkan lubang sekecil 2mm di jantungnya belum tertutup rapat, selagi itu Mama risau. Moga2 check up Oktober ini membawa khabar gembira buat Mama.


Mama juga terkenangkan Adik. Adik sangat comel dan sentiasa menjadi pengubat penat lelah Mama. Semakin keletah dan semakin mencuit hati. 


Doa Mama, biarlah Mama yang pergi dulu daripada anak2 Mama. Moga anak2 Mamalah yang akan memandikan jenazah Mama, anak2 Mamalah yang akan mengusung jenazah Mama, juga mendoakan Mama...


Monday, January 16, 2012

Anak-Anak Mama Sayang


Anak-anak Mama...

hari ini bulan satu di tahun baru..
tahun dua ribu dua belas..
yang menginjakkan usia kalian ke angka satu lagi..

abang sudah 2 tahun 7 bulan..
adik sudah 7 bulan..

sudah 2 tahun 7 bulan juga Mama bergelar seorang Mama..
sudah semakin biasa dengan cabaran dan pahit getir menjadi Mama



anak-anak Mama yang manja...

Mama sayang kalian
tiada galang gantinya kalian buat Mama
kalian anugerah...
kalian amanah...
kalian harta Mama yang tak dapat dinilaikan..

senyum tawa..
hiruk pikuk..
airmata duka..
segalanya sudah kita lalui bersama..

maafkan Mama andai tak bisa jadi yang terbaik buat kalian
namun percayalah segala sesuatu di dunia ini
Mama hanya mahukan yang terbaik untuk kalian..


anak-anak Mama yang comel montel..

hiduplah baik-baik ya..
rukun dan damai sesama kalian
adik-beradik wajib saling menyayangi..
jangan seperti Mama..
ada yang tidak mahu bersaudara...

adakalanya Mama marah
juga Mama rebah..
mungkin jua pernah lelah..
terima kasih anak-anak Mama..
kerana sentiasa di sisi menjadi saksi airmata jua senyuman ini..

Mama bahagia punya kalian sebagai anak-anak Mama
keletah, penghibur, comel, montel, adakalanya bisa buat Mama mengetap bibir..


Mama sayang sayang dan sentiasa sayang kalian...


Dari Hati Seorang Isteri

dariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..

dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..

salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..

aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..

kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..

atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...



kredit


Saturday, November 12, 2011

Didikan Sempurna

Malam ini Mama tinggal berdua saja dengan si kecil tomel Bunyamin. Sudah 'paksa' Bunyamin tidur. Mama gunakan istilah 'paksa' sebab sedari siang tidurnya hanya main2. Pagi tadi hujan lebat, membuatkan Bunyamin kembung perut sedikit. Namun alhamdulillah sudah lega setelah diberi ubat dan urutan-hentam-sajalah daripada Mamanya.


Dari rumah Nenek, Bunyamin buang air besar. Mama bersihkan, tukar pakaian, letak bedak wangi2, tak lupa minyak afiat warna hijau itu beserta urutan ala2 reti Mamanya ini, susukan dan letak dalam buai. Nangis2 juga, Mama bedungkan lalu memaksa Bunyamin tidur sebab Mama tau Bunyamin mengantuk amat. Sementelah abang di rumah Nenek, Mama paksa Bunyamin tidur bagi memastikan tidurnya tak terganggu bila abang balik nanti.


Dalam kepala ada berderet senarai tugasan nak dilaksanakan malam ini, namun sempat menjengah fb dan blog yang dah lama tak berupdate ini. Lalau terjumpa artikel bermanfaat ini. Membacanya dengan khusyuk sambil sesekali melihat buaian si kecil takut2 ada nyamuk mengganggu tidurnya, membuatkan Mama tersedar rupanya banyak yang salah dalam cara Mama mendidik si anak. 


Insya-Allah Mama cuba baiki diri dan mengisi lompong2 kekurangan itu dengan ilmu2 bermanfaat sebegini. Moga artikel yang Mama kongsikan di blog ini bermanfaat untuk anda juga ya...


dua permata hati yang menjadi perasa dalam hidup Mama




PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. 
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”..



kredit to : Misteri & Keajaiban Alam


Friday, October 28, 2011

Terapi Hebat




Syukurilah sentiasa nikmat punyai anak-anak yang comel dan mulus, wajah mereka bersih, sebersih hati yang tidak punyai dosa.


Saat kita letih dan penat, mereka menguis-nguis badan dan tersenyum manis, minta perhatian.. sekaligus melegakan tekanan.


Saat kita terasa bosan dan suram, celoteh bibir mungilnya membuatkan kita tertawa riang.


Saat kita hampir rebah dalam penatnya mengurus peranan, merenung wajah mereja buat kita terasa mengalir satu kekuatan dalam diri.


Anak-anak, TERAPI hebat buat ibubapa...



copied from fb seorang teman lama

Sunday, August 21, 2011

Alah Bisa Tegal Biasa

Menjadi Mama kepada 2 orang putera bukanlah mudah rupanya. Sebetulnya hakikat itu telah dimaklumi sebelum Bunyamin lahir lagi. Asyik la duk fikir cemana la nak handle 2 orang anak sorang2 ye. Sebab ayahnya selalu takde di rumah.


Setelah lebih kurang 2 minggu berada di rumah, menjaga anak2 sendirian sementara suami keluar bekerja, rasanya Mama dah semakin dapat membiasakan diri beranak 2. Alhamdulillah..


putera hati Mama


Teringat masa 'practise' menjaga anak2 tanpa bantuan orang lain masa di rumah Tok Abah dulu (biasanya Tok Abah ada, tapi 2 hari tu Tok Abah gi kebun), terasa semuanya kelam kabut macam nak naik bot (ok, tak lawak)...


Masa nak mandikan si adik, si abang pulak berak. Dahlah berak, pegang lak ta** tu. Memang takleh tangguh la sesi membasuhnya kan. Terpaksa la letak si adik, urus si abang. Dah tu kesian lak si adik sejuk, hanya balut dengan towel sajork. 


Dah tu tengah nenen si adik si abang lak nak minum. Kalo setakat mintak nak minum takpe la jugak. Ni sampai dah panjat meja makan nak tuang air sendiri. Tak ke melompat ko di sana. Terkejar2 dan terhegeh2 si Mama melayan 2 anak. Seb bek la si adik masih kecil dan hanya akan tergolek comel sajork bila diletakkan. Buatnya dia dah besor sket dah leh bergerak sana sini, lagi haru gamaknya..


Tapi itulah pengalaman. Hari pertama menjaga anak2 sendirian. Itu pun separuh hari saja sebab dalam kul 2 camtu Tok Mama dah balik sekolah dan ada la yang boleh tengokkan salah seorang kan. Rupanya memula je melompat2 ngalahkan katak, tapi bila dah lama2 bak kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Eh, peribahasa ke simpulan bahasa ek? Cikgu BM sila betulkan.. Haha..


Sekarang ni dah tak lompat2 lagi dah. Cuma kadangkala masih lagi terkejar2. Si abang pun dah kembali normal, tidaklah lagi 'manja' terlebih macam masa di rumah Tok Abah. Yela, kalau kena marah ada yang pujuk kan, so perangai jadi mengada2 lebih la. Kadang2 tu ada jugak la si abang buat perangai tapi secara keseluruhannya alhamdulillah masih terkawal.


Walaupun begitu, Mama masih cuak nak tinggalkan abang berdua saja dengan adik. Hari tu Mama solat (padahal solat kat tepi diorang saja, sah tak khusyuk, haha..), abang sumbat mulut adik dengan tisu basah tu. Hadoiii... berderau darahku masa tengah solat tu. Rasa macam nak melompat (lompat lagi) je time tu nak tarik tisu tu.


Masalahnya abang ni terlebih pandai, dia tau masa solat Mama takkan boleh marah dia so masa Mama solat la dia akan usik adiknya. Selalunya waktu Asar Mama tunggu ayah balik kerja dulu sebab risau betul nak biarkan abang 'jaga' adik waktu Mama solat.


Cemana keadaannya bila Mama dah mula kerja nanti, masih belum dapat diimaginasikan. Harap2 semuanya terkawal... ;)


Saturday, August 13, 2011

Kasih Seorang Abang


Kasih seorang Abang yang berusia 2 tahun 2 bulan kepada Adiknya yang berusia sebulan lebih... ;)

Wednesday, July 20, 2011

Dua

Dua anakanda Mama yang comel
seia.. sekata..
baju hampir sama..
moga kalian membesar menjadi anak soleh
berbaik2 antara adik-beradik
Abang jaga Adik
Adik hormat Abang

Mama sayang dua-dua ;)




Thursday, May 12, 2011

3rd Anniversary Celebration

9 Mei 2008... Tarikh keramat menyaksikan dua jiwa bersatu dan berpadu dalam satu ikatan pernikahan yang sah. Disaksikan sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat taulan serta diraikan dalam majlis yang meriah.

9 Mei 2011... Genap 3 tahun melayari bahtera rumahtangga. Bersama mengharungi suka duka dan tangis tawa memikul status suami dan isteri. Tambah berseri dengan kehadiran insan kecil pengubat jiwa, Ahmad Iman Bukhari. Jua bakal diserikan lagi dengan kehadiran insan kecil yang masih di dalam rahim Mama...

Alhamdulillah... Syukur padaMu ya rabbi di atas kurniaanMu ini. Bagi Mama, dalam usia begini Mama dah cukup gembira dan bersyukur di atas segalanya yang Mama kecapi dan nikmati kini. Mama ada suami, anak2, keluarga, kerjaya dan rakan2. Terasa bertuahnya diri ini.

Malam tadi kami sekeluarga makan2 celebrate annyversary Mama dan Ayah. Sebenarnya Iman dah mengantuk sebab siangnya tak tidur. Mama pun sebenarnya tak berapa larat. Tapi memikirkan malam2 lain takut tak sempat, gagahkan juga diri meraikan ikatan perkahwinan kami ini bersama si comel Iman.

Iman eksaited walaupun mengantuk

comotnya Iman makan

Cuba tengok baju Iman. Baju lama yang dah hampir2 tak muat dan lusuh sebab buat pakai main dan pakai untuk basahan di rumah saja. Masa nak keluar Ayah suruh Mama pakaikan baju yang cantik2 sket kat Iman. Tapi Mama tak tukar pun sebab dah agak nanti masa makan mesti Iman comot2. Tapi masa dalam kereta nak balik Mama tukarkan baju Iman dengan baju cantik la yang Mama dah ready siap2 sebab mesti Iman tak selesa pakai baju comot2 camtu kan.

Kami tak makan nasi pun malam tu. Saja order yang special2 daripada biasa. Sebenarnya memang dah lama Mama teringin nak makan ABC kat sini. Tapi takde kesempatan nak pergi memandangkan kedai2 kat sini hanya dibuka pada waktu malam.

Jom tengok menu kami :

ABC special dan fruit cocktail

 yong tau fu..
alamak.. telan air liur lak tengok gambar ni.. ;)

kerang rebus cicah sos..
ni Ayah je yang makan dengan Iman ;) 


Sambil makan2 kami sembang2. Rasanya lama jugak Mama dan Ayah takde kesempatan nak sembang2 camni. Sebab masing2 sibuk. Bila hari kerja konpem la tak jumpa waktu siang kan. Ayah balik pun dah lewat petang. Pastu letih, biasanya pas maghrib dah tidur sekejap sebelum keluar semula pergi mengaji kitab.


Kadang2 kalau Ayah tak tidur atau pergi mengaji, Mama pulak yang tak berapa sihat dan tidur awal. Bercakap mungkin pada perkara2 perlu sahaja. Tapi taklah bermakna kami bermasam muka. Tetap seperti biasa cuma mungkin tak banyak masa bersembang panjang.


Malam tadi baru la dapat berbual2. Dah tentulah sambil melayan kerenah si Iman Bukhari yang dah mengantuk dan mula la macam2... ;)


Selamat ulangtahun sayang... ;)


Monday, May 9, 2011

3 Tahun Merai Cinta


Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-3 istimewa buat kekasihku, teman hidupku, rakan serumah dan sebilikku, kawan gaduhku, tempat rajuk dan tawaku, suamiku... Mohd Khairul Amin...

Moga ikatan kita kan kekal selamanya di dunia ini dan juga di akhirat sana. Ku tahu ku bukan seorang isteri terbaik buatmu. Namun ku cuba menjadi penyejuk hati dan matamu.

Biar pelbagai kata dan nista, ku kan tetap setia di sisimu. Biarpun pada awal perkahwinan dulu bahtera kita sering dilanda gelora, ku anggap semua itu sebagai ujian dan dugaan untuk menguji keimanan dan keutuhan kasih antara kita.

Alhamdulillah sayang... Allah masih sayangkan kita dan masih memberi kita peluang mengecapi suka duka alam berumahtangga hingga ke detik tahun ke-3 ini. Moga tahun2 akan datang jua menjadi milik kita bersama di dunia cinta ini.


Maafkan ku sayang.. kerana tak menjadi yang terbaik buatmu. Jarang memasak untukmu, mungkin lebih banyak menyusahkan dan membimbangkan hatimu. Namun ketahuilah telah ku cuba sedayanya menampal ruang kosong kekuranganku itu dengan pengorbanan seumur hidupku. 

Ku sayang padamu. Itu hakikat dari dulu dan selamanya. Terima kasih sayang... menghadiahkanku erti sebuah kehidupan. Tahun ini kita bakal berempat. Moga dimurahkan rezeki anak2 kita, dilapangkan dada, ditambahkan ilmu, dilimpahkan dengan kasih sayang, dihamparkan kebahagiaan, ditaburkan keceriaan...


3 tahun merai cinta. Doaku kan kekal merai cinta selamanya...


Tuesday, May 3, 2011

Dedikasi Buat Putera Mama

Ahmad Iman Bukhari...

Sayang...
apa yang ku katakan
apa yang ku rasakan
belum pernah dialami
demimu segala ku kurniakan
susah ku senangkan
rasa hajat dipenuhi di hati
dan masih lagi engkau bertanya
sejauh manakah cinta
penjelasanaku sebenar-benarnya
sampai tubuh tak bernyawa 
sampai ku pangkuanNya
biar jasad tak dilihat zahir
cinta ku tetap kan hadir
andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa
jawapan ku menunggu kau sampai dahulu
mudahnya sekadar bermadah
hingga kau meragui keikhlasan sanubari
sedangkan racun pun kan ku telan
andai kau menyatakan ia madu kepada ku
oh sungguh...
dan masih lagi engkau bertanya sedalam manakah cinta
lafaz ikrar ku buat selamanya 
sampai tubuh tak bernyawa 
sampai ku pangkuanNya
biar jasad tak dilihat zahir
cinta ku tetap kan hadir
andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa
jawapan ku menunggu kau sampai dahulu
katakan sayang...
bagaimanakah harus ku hidup tanpa diri mu
sedangkan separuh dari jiwa ku bersama mu...



Wajah Kesayangan Mama

Inilah dia wajah kesayangan Mama. Sayunya rasa hati di tengah2 malam yang sepi ini melihat Iman Bukhari terlena di sisi Mama. Tadi Mama pukul Iman sebab taknak dengar cakap Mama setelah berkali2 Mama larang. Dah la Mama semakin tak larat dan terasa semakin emosi akhir2 ini.

Ya Allah.. ampunilah dosaku seandainya tindakanku dengan niat mendidik amanahMu ini adalah suatu dosa. Ku mohon Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam mendidik dan membesarkan amanahMu ini ya Allah.

permata hati Mama..
racun hati Mama..
penawar duka Mama..
penyejuk rajuk Mama..

Tadi Mama peluk cium Iman sambil menahan sebak di dada melafazkan kata2 nasihat supaya Iman menjadi anak yang soleh, taat kepada Mama dan Ayah, jadi budak yang baik dan mendengar kata, jaga Mama, Ayah dan adik2.. Juga Mama doakan Iman dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, bahagia di dunia dan akhirat, menjadi insan yang berguna dan bijaksana.

Moga2 nasihat dan doa Mama meresap ke dalam hati Iman yang sedang lena. Mama sayang Iman. Tiada yang dapat menggambarkan kasih sayang dan cinta Mama terhadap anakanda Mama ini. Ketahuilah bahawa sekiranya Mama marah, itulah tanda kasih Mama supaya Iman membesar menjadi insan soleh dan bijaksana membawa diri dalam arus kehidupan yang penuh cabaran serta dugaan ini.

Mama sayang Iman...


Monday, March 21, 2011

Lelaki Kesayangan


Malam ni Ayah dan Iman tidur awal. Memang situasi yang biasa berlaku di mana Mama berjaga sengsorang menyelesaikan tugasan seharian, dua beranak tu ketiduran.

Mama lagi suka sebab lebih cepat kerja Mama selesai bila dua2 dah tidur terutamanya Iman la. Boleh la Mama mengadap lappy kejap update blog dan buat apa2 yang patut kan... ;)

Saja2 upload gambar ni. Dua lelaki kesayangan Mama. Masa gambar ni diambil adalah pada hari pertunangan Cik Chik Iman Isnin lalu. Semua orang keletihan sebab menguruskan dua majlis pertunangan berturut2 kan; Pak Long dan Cik Chik. Insya-Allah Julai ni diorang akan melangsungkan perkahwinan serentak...

Iman dah mengantuk dan keletihan bermain seharian
lepak2 di beranda rumah Nenek



Walau adakalanya Mama rasa penat sangat melayan kerenah Iman, letih mengejarnya ke sana ke mari, sakit2 pinggang mengutip barang2 yang diselerakkan, namun itulah yang sentiasa Mama rindui bila berjauhan daripada Iman.


Dua lelaki ini akan selamanya menjadi lelaki kesayangan Mama.... ;)


Sunday, March 6, 2011

Bisikan Kasih Isteri Buat Suami Tersayang

Suamiku.....
Kadangkala mungkin tergambar di benak fikiranmu, bahwa engkau telah salah ketika memilih diriku menjadi pasanganmu. Kadang kala ia mengganggu dalam pergaulan sehari-harimu denganku, terkadang ku takut perasaan cintamu berubah menjadi benci, limpahan kasih sayangmu menjelma menjadi kemarahan, dan ketenangan pun berubah menjadi ketegangan.

Suamiku.....
Di saat engkau masih sibuk dengan pekerjaan yang tak kunjung selesai, tak jarang aku kau abaikan. Waktu di rumah pun, kadang ku ikhlaskan demi masa depanmu. Bukankah engkau tahu aku pun perlu perhatian darimu. Terkadang ku cari perhatian itu, namun terlihat salah dipandanganmu. Kalaulah itu terlihat salah, semoga engkau bisa melihat kebaikanku yang lain.



Bukankah Allah SWT yang mempertemukan dan menyatukan hati kita berpesan, "Dan pergaulilah mereka (isterimu) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." [QS: An Nisa' 19].

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang kita cintai pun berpesan, "Sempurnanya iman seseorang mukmin adalah mereka yang baik akhlaknya, dan yang terbaik (pergaulannya) dengan istri-istri mereka." Jika engkau melihat kekurangan pada diriku, ingatlah kembali pesan beliau, Jangan membenci seorang mukmin (laki-laki) pada mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai. (HR. Muslim)

Sedarkah engkau bahwa tiada manusia di dunia ini yang sempurna segalanya? Bukankah engkau tahu bahwa hanyalah Allah yang Maha Sempurna. Tidaklah sepatutnya bila kau hanya menghitung-hitung kekurangan pasangan hidupmu, sedangkan engkau sendiri tak pernah sekalipun menghitung kekurangan dan kesalahanmu. Janganlah engkau mencari-cari selalu kesalahanku, padahal aku telah taat kepadamu.

Saat diriku rela pergi bersama dirimu, kutinggalkan orangtua dan sanak saudaraku, ku ingin engkaulah yang mengisi kekosongan hatiku. Naungilah diriku dengan kasih sayang, dan senyuman darimu. Ku ingat pula saat aku ragu memilih siapa pendampingku, ketakwaan yang terlihat dalam keseharianmu-lah yang mempesona diriku.

Bukankah sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, Ali bin Abi Tholib saat ditanya oleh seorang, "Sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan, dengan siapakah sepatutnya aku nikahkan dia?" Ali r.a. pun menjawab, "Kawinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, sebab jika laki-laki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika ia tidak menyukainya maka dia tidak akan menzaliminya.

" Ku harap engkaulah laki-laki itu, duhai suamiku.

Saat terjadi kesalahan yang tak sengaja ku lakukan, mungkin saat itu engkau mendambakan diriku sebagai istri tanpa kekurangan dan kelemahan, sadarlah, sesungguhnya egois telah menguasai dirimu. Perbaikilah kekurangan diriku dengan lemah lembut, janganlah kasar terhadapku.

Bukankah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam telah mengajarkan kepada dirimu, saat Muawiah bin Ubaidah bertanya kepada beliau tentang tanggungjawab suami terhadap istri, beliaupun menjawab, "Dia memberinya makan ketika ia makan, dan memberinya pakaian ketika dia berpakaian." Janganlah engkau keras terhadapku, karena Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam pun tak pernah berbuat kasar terhadap istri-istrinya.

Duhai Suamiku...
Tahukah engkau anugerah yang akan engkau terima dari Allah di akhirat kelak? Tahukah engkau pula balasan yang akan dianugerahkan kepada suami-suami yang berlaku baik terhadap istri-istri mereka?

Renungkanlah bahwa, "Mereka yang berlaku adil, kelak di hari kiamat akan bertahta di singgasana yang terbuat dari cahaya. Mereka adalah orang yang berlaku adil ketika menghukum, dan adil terhadap istri-istri mereka serta orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya." [HR Muslim]. Kudoakan bahwa engkaulah yang kelak salah satu yang menempati singgasana tersebut, dan aku adalah permaisuri di istanamu.

Jika engkau ada waktu ajarkanlah diriku dengan ilmu yang telah Allah berikan kepadamu. Apabila engkau sibuk, maka biarkan aku menuntut ilmu, namun tak akan kulupakan tanggungjawabku, sehingga kelak diriku dapat menjadi sekolah buat putra-putrimu. Bukankah seorang ibu adalah madrasah ilmu pertama buat putra-putrinya? Semoga engkau selalu mendampingiku dalam mendidik putra-putri kita dan bertakwa kepada Allah.

Wahai Allah, Engkau-lah saksi ikatan hati ini...

Aku telah jatuh cinta kepada lelaki pasangan hidup ku, jadikanlah cinta ku pada suamiku ini sebagai penambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. Namun, kumohon pula, jagalah cintaku ini agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu, hingga aku tidak terjatuh pada jurang cinta yang semu, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Jika ia rindu, jadikanlah rindu syahid di jalan-Mu lebih ia rindukan daripada kerinduannya terhadapku, jadikan pula kerinduan terhadapku tidak melupakan kerinduannya terhadap surga-Mu.Bila cintaku padanya telah mengalahkan cintaku kepada-Mu,ingatkanlah diriku, jangan Engkau biarkan aku tertatih kemudian tergapai-gapai merengkuh cinta-Mu.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kokohkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.Amin ya rabbal alamin.



♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥