♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Sehari di WANG KELIAN & SATUN

Asal cuti maulidur rasul je ada je program jenjalan. hihi. *tipu sangat* Takde la, yang boleh keluar kenyataan begitu adalah kerana dulu *3 tahun lepas kot* pernah cuti2 mesia ke Langkawi selama 3 hari 2 malam masa cuti maulidur rasul jugak. Masa tu Iman baru 8 bulan. ngengeh. Punya la lama punya cerita.

Cuti maulidur rasul yang bersambung dengan thaipusam baru2 ni tiba2 datang idea gila jenjalan ke utara. Amboi dia tuuu.. hihi..

Alkisahnya Sabtu tu kami pergi kenduri di Bertam, Penang. Pastu dah taktau nak ke mana sebab nak gi Perlis jauh sangat, nak gi Penang malas nak seberang jambatan. Last2 balik je la kita. Tapi dalam kepala Mama ni dah merencana. hihi.

Dalam perjalanan balik tu Mama dan Ayah bincang2 nak jenjalan Perlis Kedah. Destinasinya adalah Wang Kelian dan Padang Besar. Pastu boleh la diselit2kan dengan jenguk Paksu di sana.

Idea yang datang tiba2 dan tiba2 menjadi adalah memang super duper best! Kami jalan2 adik beradik je. Tok Abah dan Tok Mama tak larat nak ikut. Lagipun aritu dah pergi dah masa ambik barang Achik Anna. Masa tu Mama tak ikut sebab kereta Tok Abah reserved untuk barang2 Achik Anna.



Destinasi kami kali ini adalah ke Wang Kelian, Thailand. amboi.. hihi.. Kami bertolak jam 5.30 pagi. Nak tunggu subuh lewat sangat. Achik Anna kata Wang Kelian tu boleh masuk hari Ahad je kalau tanpa apa2 pass. Pastu sampai jam 12.00 tengahari je. Maka setelah dicongak2 kami bertolak sebelum subuh sebab nak sampai awal di sana. Rupa2nya sekarang ni masa masuk tu dipanjangkan lagi sampai jam 6.00 petang.

Kami berenti solat subuh di tol Juru. Usai solat brekfes dulu. Mak Njang dan Achik Anna buat pizza comel2. Makan sekadar alas perut je. Pastu terus ke Wang Kelian. Kami sampai dalam jam 10.00 pagi. Awal lagi tapi parking dah penuh. Kami parking agak jauh la jugak. Dah la tak bawak stroller sebab kena kencing kucing. ceszz..





Bagai nak gila kot kami kat situ. Dah la baru gaji kan. Ada bonus pulak. hihi. Itu pun nafsu ditahan2 ok. Kalau tak semua pun nak beli. Sabo jela orang fomfuan ni kan..

Mama memang dah ada benda wajib cari dalam kepala ni. Lama dah nak beli. Tunggu masa dan tempat yang sesuai je. hihi. Mama nak beli periuk, kuali dan pengukus. Sebenarnya bukan tanak beli kat sini tapi asyik la ada yang cakap mahal la, tunggu dulu la, ape la kan.

Kat rumah pun ada je sebenarnya periuk cuma Mama nak yang jenis tradisional punya tu. Brand crocodile tu kan. Yang kat umah ni jenis macam mangkuk. Pun ok jugak cuma dah alang2 sampai sini wajib la beli kan. hihi.



Tapi biasala kan, kata je nak beli itu ini JE tapi last2 penuh satu kereta sampai kena lipat seat belakang. hihi. Ala, bukan selalu pun nak datang sini. Pastu harganya memang bagai nak gila kot. Murahhhh sangat2.. Kalau nak banding dengan Padang Besar, sini jauh lebih murah. Apsal la dulu2 masa zaman Achik Anna duk sana tak penah terfikir nak shopping sini. Asyik2 ke Padang Besar je kami.





Kat sini pasarnya memanjang jauhhhh sangat. Panjang sangat la nak berjalan kaki. Memang penat sebab cuacanya pun panas kering dan terasa lain tak macam cuaca kita yang panas lembap kan.



Sila jangan risau kalau nak beli barang banyak tapi jenuh nak angkut ke kereta. Nak2 pulak kalau kereta parking nun hujung dunia sana kan. Takpe, kat sini ada spesel servis. Ada teksi motor *nama bagi sendiri*. Dorang akan bawak anda dengan barang2 anda sekali ke pangkal jalan. hihi. Tapi kena bayo la kan. Sape nak bagi free. Berapa? Tu Mama taktau sebab tak amik servis dorang sebab semuanya gagah perkasa mengangkut barang jauh2 siap naik bukit lagi. huhu.



Kalo tengok macam banyak je barang kami beli kan. Tapi bila balik umah rasa takde ape la sangat membeli pun. 

Mama beli wishlist Mama, periuk 6 beradik brand crocodile tebal punya : RM70, steamer sederhana penutup kaca : RM15 dan kuali saiz 16" : RM15 jugak. Ni beli kat satu kedai je sebab survey2 kedai tu paling murah. Toto ada jugak plan nak beli tapi sebab kelam kabut dengan anak2 dah meragam, cuaca panas melampau, penat apa semua akhirnya tak jadi beli toto. Menyesali sampai sekarang *tipu*.

Habis menggila di sebelah Satun sana, kami menggila sebelah sini pulak. Belah Thai sana ada pasar, belah Mesia sini pun ada pasar jugak tau. Dan harganya juga boleh bikin kita gila. huhu. Memang murah sangat kot. Sampai Mama terfikir camne la orang sini hidup, murah sangat semuanya. Kos sara hidup sangat rendah kat sini. Best.

Sebelah sini Ayah beli helikopter. Sempat beli tuala murah RM5 je, tuala mandi yang besar tu. Yang labuh tu RM10. Mana nak dapat kat sini harga tu? Pakcik tu siap letak air kat tepi suh test tuala dia memang resap air. Tapi kami tak test la kan sebab main percaya je. huhu.

Pastu kami jenjalan Padang Besar pulak. Kat sini tak beli apa pun selain lampu lip lap kepala angry bird untuk anak2 (atas permintaan) dan buah pelam. huhu. Rasa dah habis syok membeli dah sebab kat Wang Kelian dan Satun sana harga gila2 murah. Kat Padang Besar up sikit la harga. Tapi baju bajan memang banyakkkk gila dan harganya boleh tahan la.


Pastu kami ke Gua Kelam pulak. Ayah yang request sebab bosan asyik ke tempat shopping. Ala, shopping tu kan terapi minda.. huhu.. Ini kali ketiga kot kami sampai sini. Tapi bersama Bunyamin pertama kali la.




Iman takut masa masuk sini. Pegang baju dan tangan Achik Anna dan Mama tak lepas2. Sebenarnya memang agak menyeramkan masuk gua ni. Yela, namanya dah gua kan. Dengan gelapnya, bunyi air kat bawah kakinya, suasananya.. memang menyeramkan.

Mama kalau masuk sini pun rasa seram jugak tapi sebab masa kami pergi tu ramai orang riuh rendah kan maka takde la seram dah macam dulu2 masuk sini. Bunyamin relek je, dia tak faham apa2 lagi..





Sampai sana Mama dan Ayah tak jalan pun taman sebelah sana. Dah tak larat jalan dah. Achik Anna, Mak Njang, Pak Njang dan Bunyamin je menjelajah taman tu. Rupanya dah upgrade tamannya. Masa mula2 Mama pergi teruk jugak kondisi tamannya. Takleh nama taman kot masa tu. Tapi sekarang dah cantik dah..






Keluar gua tu kami rehat2 kejap tepi air terjun sementara tunggu Ayah ambik kereta. Dah petang dah masa tu. O ye lupa nak cerita. Kami dah lunch dan solat di gerai dan masjid tepi jalan on the way ke Padang Besar tadi. Jamak je senang..


Pastu kami gerak ke Kuala Nerang, matrik Pak Su. Saja tengok Pak Su kat sana dah alang2 ke Utara ni kan. Pak Su nak exam, tak balik kampung la. Kami sampai sana malam dah. Mandi2, solat, sembang2 pastu gerak ke Alor Setar pulak.

Kat sana kami singgah makan kat restoran Iman Kuey Teow. Nak ambik plastik laminate yang kami order daripada kawan Achik Anna. Murah harganya sebab beli dari pemborong. Nanti bila2 kalau dah habis boleh mintak tolong Cik Fiq pulak beli sebab Cik Fiq belajar kat sana.

Habis makan kami pun gerak pulang Taiping. Semua kepenatan. Tapi memang best la jalan2 kali ni. Puas rasanya dapat benda2 yang dihajati. Harap2 nanti ada rezeki gi sana lagi.. ;)

update : hasil rembatan di Wang Kelian..


dah lama cari bajak beso yang boleh naik camni
kat Wang Kelian RM50 je tau
kalo sini mungkin ratus2 kot..


periuk, kuali dan steamer
RM70 + RM15 + RM15


beras pulut susu
satu untuk Mama satu untuk Nenek
ok ni silap beli, sebenarnya nak beli beras wangi
dah la 5kg.. kembung perut makan pulut jela pasni..huhu
tapi bagus jugak, Mama dah pandai masak pulut sekarang..


Thursday, January 24, 2013

Cuti BEST

Walaupun cuti di pertengahan minggu, tapi tetap best. Bestnye rasa arini. Dapat jalan2 dengan family tersayang. Best sangat dan puas sangat. hihi. Hover sungguh nak bagitau ke'best'an arini. Tah pape je kan.

Pagi2 tadi memang kat rumah jela kan. Biasa la, mengemas tongkang yang pecah dan meletup ni la kan. (read : rumah selerak la tu). Memang dari hari Isnin hatiku bersabar melihat rumah yang super duper 'kemas' ni sebab kan Bunyamin demam cuti aritu maka rumah memang tak berkemas.

Basuh kain pun aci nama basuh-jemur-angkat je, takde diasing2kan ke apa ke. Main sangkut kalau yang berhanger dan campak je yang ada kat penyidai payung. Sila jangan bayangkan keadaan rumah. Dengan mangkuk, pinggan, sudu pun ada yang belum berbasuh. Belum masuk botol dan gajet mengepam yang dah digunakan ari Isnin Selasa dan semalam.

Oh, memang azab sangat rasanya bila terpaksa menahan 'sakit mata' ni. Nasib baik la arini cuti. Maka start petang semalam sampai malam tadi mengemas, baru la nampak macam rumah sikit dah ha. Kalu takkkkk....

Pastu kul 11 camtu Ayah ajak kuar tapi masalahnya taktau nak gi mana. Ayah cuti sok. Ada jugak plan nak naik Cameron Highlands arini, tido sana semalam dan esok turun la. Tapi Mama sekolah esok dan adalah sangat rugi bila amik cuti ari Jumaat.

Last2 kensel gi cameron, kita gi pekena nasik arab kat Ipoh jela. Pastu kononnya plan nak terus ke Batu Gajah gi Kellie's Castle tapi sebab kuar umah pun dah jam 2.00 petang maka kensel la Kellie's Castle tu.

Gi pekena nasik arab je. Gambar nanti Mama upload kendian sebab dalam note Ayah. Tunggu la Mama ada note sendiri nanti.. ecewahhh.. Padahal ada je tab kan. Bukan ape, tab tu dia nak snap tu slow. Kalu ko nak amik gambo anak, ko tau la anak2 camne kan, bukan boleh posing elok2. Memang Mama jarang dapat snap action anak2 yang best2 sebab slow punya pasal la. Takpe, yang tu nanti Mama buat entri lain. Surprise! hihi, konon..

Kitorg semua lapo walau sudah sarapan sket pagi tadi. Sarapan pun simpe dimple je. Ayah tak sarapan. Kami anak beranak je. Tapi dah membawa ke petang lapo la balik kan. Dah tu ayam Mama lambat pulak. Adoyai nye ponnn..

Mama suap anak2 dulu. Makan nasik mandy la ape lagi kan. Memang dap dap la nasik dia. Terbaikkk... Anak2 makan nasik sahaja sebab bila Mama letak daging, si abang tutup mulut, si adik plak luah balik. Apa daa.. hihi.. Tapi nasik saja pun memang sedap, menarik, tertarik kau memang da bom.. haha..

Pas setel makan dengan huru dan hara, kami jenjalan Mydin. Kata je jenjalan tapi ada jugak la hasil tangkapan. hihi. Tapi takde la mengukur Mydin tu. Pusing2 mana mampu je. Sebab jenjalan dengan Ayah kan. Cer jenjalan dengan adik2 Mama, memang diukur habis la Mydin tu. hihi.

Tapi hajat nak beli stokin, maksum dan serkup kepala tu termakbul la. Lama jugak dah termimpi2 nak beli benda alah tu tapi memang takde target la nak ke Mydin maka disimpan rapi sahaja hasrat itu. Sekali dah terpegi lalu jom la kita terbeli pula. huhu.

Bunyamin siap buang air kat Mydin tu. Haih, tu maknanya kena datang lagi tu. Pastu sempat main kejap kereta mainan kat situ.


Dua2 dah ngantuk sebenarnya. Si abang tu memang daripada pagi tak tidur2. Suh tidur dalam kereta kalut sembang dengan Ayah. Si adik tido kejap lebih kurang setengah jam sebelum kuar. Pastu terjaga langsung tanak tido dah walaupun mata tu stim je lagi.

On the way balik pun tak tido2 si abang. Adik tido jugak dekat2 nak sampai tu dan sambung tido dalam buai di rumah. Sampai rumah dalam jam 6.00 petang tadi, Mama mandikan abang, pakai wangi2 bersih2, buatkan susu separuh botol (sebab tau konpem tak sempat habis dah zzz), abang baring depan tv sambil isap botol. 

Mama mandi, kuar bilik mandi abang dah terlena. Mama senyum je tengok susunya yang tak habis jugak walau buat separuh je pun tadi. Sekarang ni anakanda dua2 zzz. Lega.. hihi..

Dah habis cerita arini. Ok bye.. hihi..

Thursday, December 6, 2012

Family Trip To Melaka

Sudah dirancang lama. Rasanya masa Iman kecik2 lagi kot. Plan nak gi bercuti sekeluarga. Ni plan dengan family Ayah. Kalau dengan family Mama rasanya dah banyak kali kot bercuti bersama sebab family Mama ni susah nak kumpul semua sekali kot. So sape yang boleh ikut jom la kita bercuti bersama2. Sape tak boleh join sila duk diam2 di rumah sendiri. Begitu.

Tak macam family Ayah, walau ramai ahlinya, adik-beradik saja dah 10 orang, belum masuk anak saudara lagi kan, anak sendiri lagi kan. So kalau nak bercuti tu kena ada semua baru syok. Sebab family dorang besar, meriah bila ada ramai2 tu.

Eh, sebenarnya ada jugak la berjalan2 sekeluarga tapi mungkin banyak short trip je kot atau sekadar picnic tepi pantai or sungai gitu je kot. Ini lah kali pertama long trip kot. Memang sangat la long. haha.

Kami gerak dari rumah hari Selasa, 20/11/2012. Tarikh keramat tu memang dinanti2. Yela, plan 2 bulan sebelum. Memang tak sabar rasanya. Trip ni adalah ke Melaka. Semua dapat join kecuali sorang adik lelaki Ayah dan familynya. Sorang lagi adik perempuan Ayah datang sendirian saja sebab suaminya masuk wad pulak dah. Tu pun datang kejap je. Tidur semalam je pastu balik.

Takpe la, masih meriah rasanya walau tak cukup korum. Seminggu sebelum bertolak, anak2 dan suami demam. Dah la demam yang lain macam. Biasa demam 2,3 hari dah baik. Kali ni dekat seminggu. Dah tu panas garing lak tu. Mungkin kalo letak telur leh masak kot. Lengan Mama yang jadi bantal Bunyamin pun sama naik panas membahang.

Syukurlah Mama sihat alhamdulillah. Dapat la menjaga ketiga2 lelaki kesayangan yang demam. Dan syukur jugak dekat2 nak bercuti tu semuanya sudah beransur pulih.

Ari Selasa tu, Mama dan Ayah gi klinik dulu sebab Ayah ambik mc. Cuti tak cukup maka kena la ambik mc. Terpaksa. Mula la Mama membebel sebab awal2 tahun aritu lagi Mama dah pesan suh simpan cuti kot2 akhir tahun nak berjalan. Pfff.. penat membebel jela. Bukan makan saman pun. haha.

Ikut plan nak gerak jam 9.00 pagi. Oleh kerana jam 10.00 pagi Mama dan Ayah masih di klinik, maka dorang gerak dulu dan tunggu kat R&R Sungai Perak untuk sarapan pagi. O ye, anak2 memang awal2 pagi tadi lagi pakcik makciknya dah ambik bawak gi rumah Nenek. Maka anak2 bertolak dulu. Mama Ayah kemudian sikit.

Lebih kurang jam 11.00 pagi baru kami bertolak dari klinik. Top up touch n go, baru gerak terus ke R&R. Sampai2 tu dorang sume dah siap makan dah. Aduhai, tak bestnya makan asing2 kan. Mama dah buat sandwich tapi oleh kerana bekalan tu dalam Avanza, so dorang makan nasi lemak Nenek dulu la. Dah kenyang makan nasik lemak, maka tak laku la sandwich Mama. Sedey. haha. Tipu je, mana ada sedey. Perjalanan jauh lagi maka tentu bekalan makanan akan laku jap2 lagi. hihi.

Tapi tula, kita hanya merancang kan. Allah jua yang menentukan. Kami pergi 3 kereta. Kereta paklong dan 2 kereta kami; Avanza dan Wira. Wira tu baru je keluar bengkel semalamnya selepas 6 bulan terperap dalam bengkel. Wira tu kami servis dan cat semula. Ketuk apa semua la. Lamaaaa baru siap. Tapi tah camne, tersadai tepi hiway tu. Temperature naik. Oh, memang wira tu ada masalah temperature dan tak boleh dibawa laju2.

Adik Ayah bawak macam lipas kudung. 140kmj ok! Kalah Avanza dan Sylphy. Last2 tersadai. Bukan kereta je tersadai, dengan rombongan pun sama tersadai. LAMA! Dari jam 1.30 tengahari sampai 5.30 petang kami tercongok kat tol Lembah Beringin.

Akhirnya adik Ayah dari KL mai ambik kami sebab nak pack barang dan orang yang dari 3 kereta nak masuk 2 kereta adalah mustahil. Lalu terpaksa la tunggu dia mai amik. Nak tunggu dia tu yang lama sebab suaminya terpaksa masuk wad pulak. Dugaan dan cabaran betul.

Bayangkan jam 5.30 petang dari situ, nak sampai Melaka jam berapa? Adoi. Malam kot baru sampai. Ikut plan petang. Sampai2 tu makan2 la dulu.


Muka semua dan ala2 ketat je sebab kepenatan tersadai siang tadi. Memang dugaan betul. Tapi makan tetap kena makan jugak sebab nasik lemak pagi tadi dah proses kot. haha. Tapi anak2 tetap ceria je. Abang Iman tanak makan nasik. Makan roti canai je sampai 2 keping. Melampau ko. Tapi memang sedap dan lembut je roti canainya.


Saat paling heaven bila dapat check in. Masuk je villa tu, fuh terbang melayang semua ke'takbest'an siang tadi sebab seluruh rumah sejuuukkk je dek aircond. Villa tu ada 4 bilik, yang kesemuanya ada aircond. Ruang tamu luas. Sesuai la dengan pax kami yang ramai. O ye, ruang tamu juga ada aircond. Sejuk sentiasa. Belakang villa ada kolam renang yang tak dalam sangat. Kalau macam Mama ni setakat leher kot. Ok la kan untuk orang yang tak pandai berenang macam Mama. Leh jalan dalam air. *eh,haha.*

Adik2 ipar Mama awal2 lagi dah terjun kolam. Main macam2 dalam air. Mama tengok je. hihi. Malam tu tidur dengan best sekali sebab penat2 siang tadi, pastu tidur dalam aircond pulak. Eh, jangan la eran kalo perak sedikit sebab kat rumah takde aircond. hihi. Tapi kat rumah alhamdulillah memang sejuk so rasanya tak sesuai kot pasang aircond. Tunggu rumah sendiri la baru pasang.




Keesokan paginya pas solat Subuh rasa nak tido balik je. haha. Tapi takkan la kot kan. Apakah maknanya bercuti kalo nak tido atas katil je. Pagi tu sarapan. Sekali dalam pakej tu. Duk kalut2 dalam rumah, rupanya anak2 kalut jugak main air dalam pelampung. Ingatkan dah basah dah baju dorang rupanya pelampung tu macam sampan. Boleh duduk dalam tu. Amboi, bukan main lagi korang ek anak2..

Pastu kami sekeluarga pergi sarapan pagi. Jauh jugak la nak gi sarapan tu. Mungkin dalam perjalanan pergi lapar, perjalanan balik lapar balik kot. *tipu* hihi. Ok la jugak makanan dia. Cuma menunya sama je. Hari pertama camtu, hari kedua pun camtu. RM12 sekepala. Dah masuk semua dalam pakej villa.





Pas sarapan balik villa dan mandi kolam. Memang terbaikkkk. Seronok main kolam dengan adik-beradik. Gelak sampai sakit tekak. Tah pape. haha. Main game dalam air la, lumba lari la, macam2 la. Tapi jadi Mama takleh la lama sangat mandinya. Anak2 dah menggeletar maka sila la naik walau dalam hati rasa nak mandi lagi. huhu.

Dah siap tukar pakaian bersih2, wangi2, pastu nyusukan Bunyamin. Sampai Mama ikut tidur sama. Sedar2 tengok Ayah dan Abang dah kat sebelah ikut tido sama. haha. Semua pun buat aktiviti sendiri sebab masa ni tengah tunggu kakak Ayah dari Johor. Sama kes jugak dengan kami, kereta buat hal. Sementara tunggu tu marilah kita tido. hehe.

Sampai je kakak, rehat2 kejap pastu keluar makan. Tengahari tu kami makan ala kadar dan layan diri je sebab kenyang sarapan tadi masih ada. Lagipun nak simpan perut nak makan seafood bakar malam ni.

Awal2 lagi dah kontek abang Mama mintak tolong tunjuk jalan. Memang ada gps tapi malas nak guna. Lagipun boleh jumpa dorang sekali kan. Lebih kurang jam 6.00 petang kami keluar ke Sungai Duyung.



Teringat masa mengandungkan Bunyamin, mengidam nak makan kat sini. Gila ke apa, duk Perak ngidam makanan Melaka. Tapi dapat jugak makan kat sini masa mengandung 8 bulan gitu. hihi. 

Makan malam tu memang best seperti biasa. Tapi Nenek tak boleh makan seafood banyak sangat so rasa2 gitu jela. Paling pelik, last2 tinggal Mama, adik Ayah sorang dan family abang Mama je yang menghabiskan makanan. Sayang tu kalo tak habis kan.

Lepas makan kami naik river cruise. Menyusuri muara sungai. Memang best dengan angin malam. Nyaman je rasa. Lama jugak naik bot tu. 




Kalau ikutkan pas turun bot tu kakak ipar Mama nak bawak pusing2 jalan2 lagi tapi sebab semua dah mengantuk maka kami terus balik jela. Rasa macam ruginya masa terbuang gitu je tapi dah ramai2 camni takleh la nak pack sangat plan kan. Maka balik la kami.

Esoknya hari terakhir di Melaka. Pagi2 sarapan lagi. Menu yang sama jugak. Tapi tetap kenyang la. Alhamdulillah.



Balik sarapan, sempat jugak mandi kolam sekejap. Last dah kan. Pastu siap2 nak gerak balik kampung Ayah di Johor. Mula2 plan nak singgah Banda Hilir tapi alih2 tak jadi sebab kereta kakak Ayah problem. Maka terus jela balik Johor. Tapi berhenti2 jugak la sebab kereta semput.


Sampai Johor dah petang. Malam tu tidur rumah kakak Ayah. Dekat je dengan rumah Atok. Esoknya pas solat Jumaat baru keluar jalan2. Gi makan nasik beriani gam batu pahat. Gambar takde yang best nak dimasukkan. huhu.

Tapi memang best la beriani gam dia. Mama bukan pencinta beriani, tapi Mama boleh makan sampai habis tu kira memang terbaik la. hihi. Pas makan gi main kat taman. Besar tamannya. Puas la anak2 main. Berpeluh sakan. Solat maghrib pun kat surau sebelah taman je. Senang.


Pastu balik rumah kakak, kemas2 pakaian dan balik pulak rumah Atok. Bermalam di sana 2 malam. Pakej lengkap menambahkan ujian, takde air la pulak dah. haha. Bagus sungguh. Pagi esok tu Mama hanya mandikan anak2 je. Orang dewasa sila tunggu air ada. Memang la boleh mandi sebab kolah rumah Atok besar tapi kena simpan la untuk kecemasan kan.

Sampai tengahari baru ada air. Kalut2 mandi puas2. Tup2 2 jam je dia ada pastu takde pulak dah airnya. Tapi takpela dah mandi kan. Ayah je tertinggal keretapi dengan Nenek. Dorang mandi air kolah jela. 

Petang tu kami keluar. Tapi tak semua. Nenek ngan Atok tak ikut sebab nak berehat. Yang keluar anak2 dan cucu2 sahaja. Maka sila la berseronok merancang ke sana sini.

Tapi takdelah ke mana sangat. Ke Carrefour dan Pacific je. O ye lupa nak cerita, paling best percutian kali ni adalah Mama terlupa bawak seluar Ayah. haha. Ada sehelai yang dipakai masa pergi tu je. Pakai la berhari2 jeans tu. Tu antara sebab nak keluar ke shopping mall sebab nak cari seluar Ayah. Alhamdulillah jumpa. Tapi esoknya dah nak balik dah pun. Takpe la, asalkan dapat jugak pakai seluar lain kan. Kesian Ayah. Mama rasa bersalah sangat. Maaf ye Ayah..

Malam tu kami jalan sakan sampai jam 10.00 lebih. Pastu singgah rumah kakak makan malam baru ke rumah Atok tidur di sana. Esoknya lebih kurang jam 11.00 kot baru gerak dari rumah Atok balik ke Perak. 

Sempat menyinggah di Banda Hilir shopping sevenior dan jajan sket. Pastu singgah Rawang makan malam beramai2. Makan nasik yang dibekalkan oleh Nenek Sampai rumah jam 1.30 pagi.

Kepenatan..

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥