♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Baby Boy 5 Jun 2013

Tahniah buat adik ipar Mama
baru menerima baby boy
5 Jun 2013
sib baik tak 4 jun kan
kalo tak sama dengan Abang Iman

Melihat riak muka gusar adinda yang baru bergelar ibu mengharungi ujian bayinya jaundis, membawa diri terkenang kembali saat getir melalui ujian yang sama malah mungkin lebih hebat lagi bila anakanda ada G6PD pulak yang melambatkan proses penurunan bilirubin dalam badannya.

Jaundis 24.7 masa anak sulung, yang hampir2 menukar keseluruhan darahnya, ditambah lagi masalah pasang yang dialami yang mencuri masa rehat dan tidur Mama, cukup mencabar kesabaran dan ketabahan.

G6PD anak kedua yang memerlukan dia ditahan di wad sejurus selepas bersalin dan berlanjutan hingga hari ke-11 dek kerana jaundis turun naik turun naik, juga cukup menguji kesabaran.

Dalam keadaan diri baru lepas bersalin, perlu pula melayan jaundis si kedua2 anak yang berpanjangan, melayan emosi ibu baru bersalin lagi, memang memenatkan dan menekan jiwa. Anak pertama paling terasa berat. Tidur tak cukup, rehat tak cukup, berlarutan berbulan2 lamanya.

Namun alhamdulillah, anak kedua ni mula2 je stress pastu tenang la sikit berbanding anak pertama. Banyak faktor yang menyumbang. Paling utama adalah PENGALAMAN.

Ya, pengalaman tidak boleh dijual beli. Melalui pengalamanlah segala ujian awal lepas melahirkan dilalui dengan tabah. Juga dengan sokongan suami dan keluarga. 

Tapi bila berlaku situasi yang sama pada orang lain, serba salah rasanya nak berkongsi pengalaman. Risau dikatakan memandai2, macam bagus sangat, menunjuk2 dan sebagainya. Akhirnya baik diam saja selagi tidak ditanya. Itu lebih baik agaknya.


Pengalaman mendewasakan. In sha Allah jika ada rezeki lagi, perlu bersedia lebih dari segi mental menghadapi ujian awal pasca bersalin. Paling utama ujian jaundis. Adeh.. Tapi tidak ada perkataan 'serik'. In sha Allah.. 


Wednesday, December 8, 2010

Keterujaan Mama Tentang Stokin

Masa Iman kecik2 dulu, Mama suka shopping stokin Iman memandangkan Iman ni sampai 6 bulan lebih pun still berstokin disebabkan mudah kembung perut. Macam2 jenis stokin Mama belikan untuk Iman. Oleh sebab stokin dan sarung tangan Iman banyak jenis dan warna, mudahlah Mama nak matchingkan dengan bajunya.


Biasanya kalau berjalan mesti sedondon dari atas sampai bawah. Kalau gi rumah nenek mesti nenek tegur stokin Iman yang macam2 jenis dan warna. Tapi bila Iman dah besar ni Mama simpan jela semua stokin Iman tu untuk adiknya.


Sampai la Mama mengandung semula, mula la survey2 balik stokin2 baby yang ada. Mama memang dah lama teringin nak stokin macam kat bawah ni. Rupanya macam kasut dan sangatlah comel. Tapi masa Mama mula2 kenal stokin ni, Iman dah besar sikit. Saiz untuknya takde. Lagipun banyak design untuk girl.
Mana la Mama tak geram kan. Tengoklah ada macam2 design dan warna. Bila dah ada anak ni, baru boleh cakap "sape cakap pakaian untuk baby boy susah nak cari?". Tengok jela koleksi baju Iman. Macam2 jenis dan warna. Cuma mungkin design jela lebih kurang sebab boy kan. Takkan nak design renda2 lak kan. Mama suka belikan Iman jumper sebab nampak cute bila Iman pakai.


Sekarang ni Mama baru jumpa stokin jenis camni lak. Kat hujung jari ada kartun yang timbul. Geramnya... Insya-Allah ada rezeki nak dapatkan jugak. Tapi risau jugak takut tercabut2 habis kepala kartun tu ditarik Abang Iman. Hehe.. Tapi rasanya tak kot sebab masa adik lahir abang dah besar sikit.
Yang pastinya Mama teringin nak beli stokin camni. Tunggu jela dulu jantina adik. Kalau girl memang bertambah fenin la Ayah tengok koleksi baju dan aksesori anaknya penuh 1 almari nanti. Silap2 kena tambah almari pulak. Hehehe..




Saturday, October 16, 2010

Baby Boy 101010

Salam sejahtera...

Selamat datang
Ahlan wasahlan
Welcome

to our new baby in family
Adik Ahmad 10.10.10

yang selamat dilahirkan secara pembedahan
akibat tali pusat terbelit pada leher
pada jam 7.18 malam

fullname belum ado..
nanti update lagik...

Tahniah buat
Mak Ndak Hasnida
dan Pak Ndak Shahrin

atas kelahiran anakanda kedua
seorang putera...

melengkapi kehidupan kalian suami isteri

juga buat Kakak Amalina
jangan babab adik tau...

Adik Ahmad seiras Kakak Amalina
ini sebenarnya Pak Ngah Iman..
hehe..

Kakak Amalina newborn
seiras Adiknya kan?
ini pulak Mama Long Iman..

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥