♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Cerita Selepas DIET

Ergghhh.. nape malas sangat update blog ni? Bukan takde idea, banyak je nak cerita sebenarnya tapi tahlah, bila ngadap laptop idea hilang.. huhu..

Entri diet tu pun sebab auto punblish. Boleh la selamatkan keadaan dari duk bersawang kan. huhu..

Ok, untuk pengetahuan semua, sekarang ni Mama tak diet seketat mula2 aritu dah. Dah ambik nasik tapi dalam kuantiti yang terkawal. Gula, tepung pun ambik dalam kuantiti yang terkawal. Air je selalu kurang tau. ish ish..

Apa yang Mama perhatikan, perubahan pada diri Mama adalah muka nampak runcing sket berbanding sebelum ni memang bulat. huhu. So nak snap pic muka sendiri tu takde la teragak2 sangat kan. Kalau sebelum ni sorry to say la ye kalo nak snap pic sendiri. hihi..

ok, ada sedikit keyakinan snap pic sendiri walau sedikit menyorok belakang anak.. huhu..

Pastu sekarang ni Mama tak boleh dah makan banyak2 sekaligus. Rasa perut cepat penuh dan kalau terlebih makan mesti sakit perut. haha. Tah le, taktau kenapa jadi camni. Mungkin ke sebab diet yang Mama amalkan aritu? Sebab Mama ni jenis susah jugak nak memerut ni. kadang2 2 hari sekali je tapi sekarang ni tiap2 hari kot. huhu.

Ramai juga kawan2 yang perasan perubahan inch Mama ni. Tapi idok le nak kata kurus sangat. Target Mama 60kg pun belum tercapai. Memang ada rancangan nak diet ketat balik tapi asyik tewas je. huhu.

Mana tak nye, tiap2 minggu meeting sana sini ngalahkan boss je. Bila meeting ada jamuan kan. Eh, tapi Mama tak makan pun jamuan meeting tu. Ala, nak bagi alasan apa ek. huhu. Ok, alasan nafsu la senang kan.. huhu..

Lagi seminggu je nak cuti sekolah. Tapi cuti pun seminggu je. Namun tatap ku bahagiaaa bila coti.. huhu.. bleh berehat di rumah dengan anak2, masak2, kemas rumah.. oh heavennyaaa...

Ok, jumpa next entri.. ;)

Monday, March 11, 2013

DIET : Atkins Diet

Ok, cukup sudah update berat. Seminggu cukup. Nanti kita tengok result seminggu dua lagi, atau sebulan lagi ke kan. Kalau ikutkan memang tak boleh timbang hari2 tau. Kena sebulan sekali je tapi sebab teruja punya pasal dan tak sabo maka hari2 penimbang tu kena tahan berat badan Mama. huhu.

Setelah seminggu memulakan diet ni, mula2 merangkak2 mencuba2 dan jenuh memikirkan menu, arini dah masuk ari ke-11 berdiet dengan atkins diet ni, alhamdulillah dah semakin selesa. Ada jugak kadang2 terpelecok terkantoi tersungkur dengan godaan kan.

Mama ni kalau bab nasik tu takde masalah nak tinggalkan, cuma hati tisu dengan makanan ringan macam biskut, nuget, fries, donut.. aduhai.. Sabarlah hati, pengorbanan ini pasti berbaloi2 nantinya. Nakkan sesuatu kenalah korbankan sesuatu kan..

Arini Mama nak share sikit pasal diet yang Mama jalani sekarang ni. Kalo ikutkan diet ni tak boleh untuk wanita mengandung dan menyusukan tapi Mama try2 jugak sebab dah gems (read : gemuk ;P) sangat rasanya. Rasa badan ni berat sangat kot. Dengan lemak sana sini. Ohhh, cannot accept..

Dah kena tegur dengan Ayah sekali, maka terus rasa kena buat sesuatu. Diet atkins ni la diet paling mudah Mama rasa. Sebab diet ni menekankan rendah karbohidrat (selepas ini Mama akan sebut carbo sahaja). Means kita kurangkan makanan berkarbohidrat dalam pemakanan seharian kita. Hadkan hingga maksimum 20g sahaja carb dalam sehari.

Ini bermakna segala jenis makanan tinggi carb macam nasik, tepung, gula, kentang.. babai la ye. Mama makan lauk pauk je sekarang ni. Macam ikan, ayam, telur, sayur. Minum pulak air putih suci je ye. haha.

Ok, ramai yang risau nak try atkins diet sebab pengambilan kalori tidak dikira, means ko makan ayam sekor sehari pun takde masalah punya. Yang penting carb mesti tak lebih 20g. So bila nak makan tu kena la tengok label dulu ye. Jangan risau pasal kalori sebab dalam atkins ni ada 4 fasa. 

Fasa2 tu bukan terjadi dalam masa yang singkat. So ada di antara fasa2 tu yang menstabilkan semula kalori dalam badan. Ramai yang telah berjaya dengan atkins dan medical check up dorang menunjukkan dorang dalam keadaan sihat malah lebih sihat dari sebelumnya.

Eh, mana Mama tau pasal atkins dan segala mak nenek testimoni ni? Ha.. dari blog INI. Kalau nak info lanjut kena la khatamkan blog tu dulu ye. Raya cina aritu Mama habiskan untuk study pasal ni je. Mujurlah ada blog dalam BM kan. Kalau BI sori-naik-lori la nak ngadap. huhu. Tu pun diselang seli dengan rutin seharian.

Mama pun dah beli ebook penerangan lengkap tentang atkins diet ni beserta contoh menu. Aih, mak memang pantang ada benda mudah tersedia ni, marilah kita amik kesempatan ok. 

Ok, kalau ada yang nak try atkins diet ni, meh Mama terangkan serba ringkas apa yang anda perlu lakukan..

1) Baca SINI DULU.

2) Timbang berat dulu. Ukur pinggang, lengan, pinggul, peha. Biasa tempat2 tu la yang berlemak2 pun kan.

3) Buat food diari. Download je kat link yang Mama bagi tu. Oye, food diary ni nak bagi senang kita arrange nak makan apa so takde la terbabas ke apa. Nak beli bahan nak masak pun mudah.

4) Sebelum sarapan minum 3-4 gelas air kosong/suam. Pastu baru sarapan. Anda boleh makan APA2 SAHAJA kecuali nasik, tepung, gandum, kentang, fries dan apa2 makanan yang tinggi carbo. Oh, jangan risau nak makan ayam banyak, telur banyak sebab macam Mama cakap tadi pengambilan kalori tak diambil kira sebab dia ada fasa yang khas untuk uruskan pasal kalori itu. hihi.

5) Wajib makan 3 kali sehari. Macam Mama, kadang2 di antara waktu makan tu terasa lapor, goreng telur je makan. huhu.

6) Makan malam sebelum jam 9.00 malam.

7) Kalau rajin workout la sket. Macam Mama memang tak kuasa nak workout gi gym ke joging bagai sebab takde masa. So Mama kira naik turun tangga kat sekolah tu sebagai aktiviti workout Mama. Janji peluh kan. Tapi kalau nak buat jugak dicadangkan workout yang cami : jalan 100m, lari 200m, jalan 100m, lari 200m, buat 5 kali. Kalau ada alat senaman yang jalan kaki tu okla leh setting meter dia kan tapi kalu takde main agak2 jela.

8) Azam dan semangat yang kental. Macam Mama cakap tadi, Mama ni bab nasik takde masalah nak tinggal cuma yang jajan ke kuih ke ni yang mencabar sikit. Tapi hasilnya memang best..

Insya-Allah kalau kita betul2 disiplin memang akan turun. Oye, aritu Mama ada bagitau Mama ambik produk Alpha Lipid kan dengan inchloss kan? Ok, arini nak bagitau yang terkini Mama dah tak ambik dua2 tu sebab AL tu dah habis dan inchloss malas nak sapu. huhu.

Mama nak try natural diet je sekarang. Alhamdulillah buat masa ni memang menjadi dan berkesan kat Mama. Juga dikatakan bila dah capai berat ideal, insya-Allah berat takkan naik mendadak kalau kita tambah carbi dalam meal seharian pun. Sebab kita diet secara sihat kan.

Ok, kalo nak tau lebih lanjut pasal atkins diet, leh study blog Dzul tu ek.. ;) Nak beli ebook dia pun boleh. Lagi senang kan sebab dalam tu ada banyak menu untuk atkiners ni. So senang la nak makan apa rujuk je situ..

Berat arini : aisey.. kena bagitau jugak ke? ok la, sebab Mama hepi Mama bgtau la ye.. berat arini dah 63kg uols.. yuhoo.. alhamdulillah..


 

Sunday, March 10, 2013

DIET : Day 7

Harini ari ke 7. Sangat mencabar bila berdiet di hari cuti. Kenduri sana sini. Bergelora nafsu makanku. huhu.

Pagi ni masak siap2 brekfes sebelum kuar gi kenduri. Ada 2 kenduri. Tapi nasiblah bukan kenduri kawen macam semalam. Pagi ni buat nasik goreng untuk suami dan anak2. Tergoda la jugak sket2 masa suap anak2 makan tu. Nasik goreng adalah feveret ok. huhu.

Alhamdulillah tak terjebak makan nasik goreng. Cepat2 minum ALSD2, minum air. Wat kerja rumah sket baru brekfes. Brekfes apa? Haa..

Sup bayam + Ayam

Malam tadi kan Bunyamin makan dengan berselera sekali. Pagi ni Mama masak lebih la sikit. Seperti yang dijangka Bunyamin makan dengan selera sekali walaupun baru selesai makan nasik goreng. huhu.

Seleranya dah kembali selepas demam lama aritu. Alhamdulillah syukur..

Arini ada kenduri. Tak tertahan makan jugak la sket. Adeh.. Kantoi lagi.. Susahnya berdiet masa cuti yang banyak undangan kenduri.. huhu..

Saturday, March 9, 2013

DIET : Day 6

Oh, arini dah start cuti CNY. Berdebar2 nak mengharungi diet masa cuti2 camni. Nak2 pulak banyak kenduri pulak. Time2 Mama diet la banyak pulak jemputan. Selalu tu biasa2 je jemputannya. Kalau rasa tak rapat sangat kami tak pergi.

Kenduri ni atas permintaan Nenek & Atok. Mintak tolong kami bawakkan. Balik kampung la kami arini. Sebelum gi kenduri Mama masak siap2 untuk Mama. Tak dan nak ambik gambar sebab nak cepat.

Mama masak ayam goreng kunyit dan brokoli. Masuk dalam tupperware panas2 tu makan dalam kereta sambil tunggu Nenek Atok bersiap. Bunyamin pun tumpang sekaki. Iman tak makan sangat sebab tadi dah brekfes omelet. Ala, Bunyamin pun dah brekfes jugak tapi dia kan allergik tengok orang makan. huhu. Tapi Mama suka je dia lalu makan camtu.

Habis brekfes, masuk la rumah sebab lama la pulak Nenek Atok bersiap. Dah ada cucur bawang pulak dah kat dapur. Hadoiii.. camne ni. Tergoda sangat2 dah ni. Mula2 bagi anak makan, dorang makan sikit pastu taknak, maka Mamanya la kena habiskan. Adeh.. kantoiii...

Pastu kat rumah kenduri pun kantoi jugak makan nasik minyak. Memang la Mama ambik sikit je tapi rasa sayang sangat dengan berat yang dah 65.6 kg tu. Kang naik balik susah la.. Tapi sebab nafsu tak tertahan makan makan la kita.. 

Balik rumah tengahari tu terus minum ALSD2. Sepatutnya minum sebelum lunch tapi sebab kat rumah kenduri kan maka kira aci jela kot. 

Malam tu Mama masak sup bayam + ikan bilis. Sedap jugak. Adoi, bila berdiet ni kena cuba la resepi2 yang tak pernah Mama makan sebelum ni. Bukan la tak pernah makan bayam, cuma makan bayam sahaja tanpa nasik adalah sesuatu yang tak pernah Mama buat. 


Sup bayam + Ikan bilis

Mama masak sikit je, untuk Mama je sebab anak2 Mama dah suap nasik awal2 lagi. Iman memang tak layan la bayam Mama ni kan tapi Bunyamin sangat suka. Wah, bagusnya Bunyamin makan sayur. ;)

Share la kami berdua. Sampai licin kuah Bunyamin hirup. Tu pun tak cukup. Takpela nanti Mama masak lebih ye. Bunyamin pun nak diet sama dengan Mama ke? Dah la ALSD2 tu pun dia minum sket.

Eh, memang la tak boleh tapi malas nak bising2 nanti dia nangis maka bagi la sket. Sket je. Tapi dia minum dengan selambanya. huhu.

Berdebar2 tunggu result berat esok sebab arini banyak cheat. Adoi.. dah buat baru nyesal. Masa tergoda tu tak menahan. Adeh..

Berat arini : 65.3 kg. Timbang pagi lepas bangun tido, pastu dah takut nak timbang lagi. huhu.. Esok jela timbang balik..

 

Friday, March 8, 2013

DIET : Day 5

Sudah masuk hari kelima. Harini mula dapat sesuaikan diri sikit2 dah dengan diet ni. Mula2 aritu rasa pening2 pun ada, rasa berpusing2 pun ada. Mungkin perut tak biasa diisi dengan portion yang sikit2 camni kan. Biasa sumbat je selagi mana boleh sumbat. huhu.

Pagi ni brekfes omelet + brokoli + tomato segar. Simple je menu janji menepati menu diet atkins. Resepi ni Mama hentam sendiri je.

Mula2 goreng telur bagi hancur2, pastu masukkan brokoli, goreng bagi masak sket, angkat. Pastu tabur tomato segar yang dah dipotong kecik2. Siap dan sedia untuk dimakan.


omelet + brokoli goreng + fresh tomato

O ye, dari ari pertama misi takde gambo kan? Ni baru ada gambo. Bukan sebab apa, masa tu masih blur dengan menu. Makan pun takut2 risau tak sesuai. Ni baru mula nak sesuaikan diri. Insya-Allah pasni kalau ada menu sesuai Mama upload sini ek..

Alhamdulillah arini lebih disiplin. Memang betul, kalau kita ambik sarapan yang betul, sepanjang hari tak rasa lapor sangat dan tak rasa pertu kosong. Kat sekolah Mama makan sambal udang. Buat masa ni Mama mengekalkan minum air kosong sahaja.

Sebelah malamnya Mama plan nak masak ayam goreng kunyit. Dah potong bawang dah tapi Nenek ajak gi bermarhaban pulak maka makan jela ikan masak kicap dan sambal udang yang beli kat kantin tadi. 

Ratah lauk je. Nasik memang Mama tak ambik. Kat umah kenduri Mama makan ikan goreng sikit2 je sambil suap anak2 tu. Tanak nanti orang tau Mama berdiet, malu ok. hihi. Ayah pun cover bagitau Mama tak makan malam. hihi. Thanks Ayah..

Arini cukup 8 scoop ALSD2 Mama ambik. Cuma siang tadi terbabas makan kuih loyang. huhu. Padahal kalau tak diet tak teringin pun. Dasar napsu je sume tu..

Sebab semalam Mama cheat banyak, siap ambik nasik (walau dalam portion yang kecik) maka berat arini naik ye. Terus serik!

Berat arini : 65.9 kg, naik 300 g. 

Sila disiplin kalo nak maintain turun dan terus turun. Target 60 kg!

Thursday, March 7, 2013

DIET : Day 4

Alhamdulillah, arini sempat ke kedai beli ayam. Mama beli kat Ayam Dindings. Kat sini ada jual bahagian2 ayam. Mama beli bahagian dada sahaja sebanyak 5 ketul besar2. Dada ni dah buang tulang dan lemak.

Pastu gi Tesco borong sayur2. Mama beli brocoli, bayam, kailan, tomato. Carot pilih jugak mula2 tu tapi kat kaunter bayaran dia cakap kena ambik tag harga jugak walau dah duk dalam plastik. Dek kerana malas nak tunggu maka tak beli la carot tu.

Dalam kepala duk merencana2 nak masak apa ni untuk menu diet Mama. Ada plan nak masak sup, tomyam, goreng, bakar. Tapi part bakar atau panggang tu time cuti jela kot. Ari kerja masak simple2 je sudah.

Dalam blog Cik Kamoo tu ada dikongsikan resepinya tapi Mama belum berkesempatan nak salin. Kena salin sebab Cik Kampp disable highlight. huhu, nanges.. Kalau boleh copy dah lama Mama copy, print dan gantung di dapur. 

Resepinya simple dan sesuai unti diet atkins macam Mama. Oh ye, gelaran untuk orang yang berdiet ni adalah diet atkins. Mama pun tak pasti asalnya camne dan betul ke pemahaman Mama tapi gitu la yang disebut2 oleh beliau di blognya.

Gi shopping dengan anak2 dan Achik Anna. Singgah rumah Tok Abah hantar Achik Anna. Pas solat maghrib baru balik. Ni semua salah Tok Mama sebab goreng ikan kedera masam yang sangat menggoda. Pastu tiba2 Mama jadi menggeletar badan.

Fikir nak drive balik dengan anak2 kecik, maka Mama ambik nasik dalam portion yang kecil dan ikan kedera masam sekor. Cis, kelaut jadinya diet arini.. Takpela, tanak la paksa sangat nanti lain jadinya.. 

Ok, update di kala jam 4.00 pagi, mata mengantuk.. huhu.. Esok tengok berat camne.. Naik ke turun..

Berat arini : 65.6 kg

Wednesday, March 6, 2013

DIET : Day 3

Sudah masuk hari ketiga. Tapi Mama masih belum dapat membiasakan diri lagi dengan program diet Mama ni. 

Mama bukan boleh ada misi, mula la semangat jadi lain macam. Sekarang ni memang sangat bersemangat waja walau kadang2 tu rasa nak give up jugak. Nak jayakan misi kena la dengan ilmu kan. Nak2 pulak Mama memang failed bab makanan seimbang ni. Sebab tu sampai sekarang blur dan masih tercari2 menu yang sesuai dan kena dengan tekak.



Brekfes tauhu sambal dan bayam


Ada jugak cuba senaraikan menu ikut cadangan tu. Tapi baru sekerat jalan je buat. Belum buat habis lagi. Mama google2, last2 jumpa blog akak ni yang rasanya boleh jadikan panduan dalam program diet Mama ni. Blog Cik Kamoo..

Blognya yang simple, penyampaian dengan ayat mudah dan sangat banyak info untuk yang berdiet macam Mama menjadikan blog ni antara bookmark Mama. ;) Ni kira macam sumber rujukan dan sifu Mama la ni..

Kat sini Mama share sikit info penting yang Mama dapat dari blog ni :


Menu paling selamat :
  • -          Telur
  • -          Ikan
  • -          Ayam
  • -          Lembu
  • -          Kambing
  • -          Puyuh
  • -          Unta
  • -          Udang
  • -          Minyak sawit
  • -          Air kosong 6 liter
  • -          Butter
  • -          Mayonis (karbo paling low, 1 sudu sehari je)
  • -          Homade sate
Menu kena hati2 (boleh makan) :
  • -          Sayur
  • -          Garam
  • -          Bawang
  • -          Kunyit
  • -          Cili
  • -          Santan original
  • -          Rempah beli kedai (tak digalakkan)
Tdak digalakkan :
  • -          Sate beli kedai
  • -          Gula
  • -          Tepung
  • -          Nasi
  • -          Buah
  • -          Sos
Akhirnya.. jumpa juga panduan untuk Mama diet ni. Kalau tak, rasa kelam je jalan nak berdiet ni. Mama siap salin lagi panduan kat atas ni. Bila2 nak makan sket2 rujuk, sket2 rujuk. Tapi sorok2 la kalau depan orang sebab malu takut hangat2 taik ayam je.

Setakat arini Mama belum sempat nak ke pasar membeli sayur dan ayam untuk diet Mama. Hanya sempat beli telur je dulu. Insya-Allah esok nak cari jugak masa membeli2. Sebab kalau takde bahan untuk menu diet Mama, nanti Mama belasah je makanan orang yang tak diet kat rumah ni sekaligus menghancuskan diet Mama. Ni pun ada jugak sikit2 cheat diet ni. huhu.

Tapi alhamdulillah, dengan bantuan alsd2 dan inchloss berat Mama turun dengan cepat. Moga2 ia terus turun dengan jayanya dan moga semangat Mama sentiasa di puncak!

Berat arini : 66.7kg

Tuesday, March 5, 2013

DIET : Day 2

Arini hari kedua misi berjalan. Arini lebih proper dari semalam. Semalam minum sekali 2 kali je, pagi dan malam. Sepatutnya kena minum sebelum brekfes, sebelum lunch, sebelum dinner dan sebelum supper. Kena 8 scoop sehari. Tapi semalam kan baru warm up kan.. Dah la baru nak start dah hancus sket sebab jamuan pas meeting dan godaan di rumah Tok Mama..

Ok, pagi ni sebelum ke sekolah Mama ambik 2 scoop dicampur dengan air sejuk. Memang arahan dia kena guna air sejuk. Kan rutin Mama sebelum ke sekolah ambik ESP kan. Maka dengan sukahati Mama je Mama miz ESP sekali dengan ALSD tu. hihi..

Pastu Mama sapu Inchloss kat perut, bahu, lengan dan peha. Oh, inchloss tu beli dah lama malah Mama adalah antara orang terawal yang beli sebelum ianya meletop2 di fb tapi guna tak konsisten. Bila start misi ni, mula semangat balik. Kita guna cara luar dan dalam ye. Siap la ko lelemak...

Kat sekolah memang tak lapar langsung. Mungkin sebab semalam dah ambik dua kali so dah mula nak serasi. Tapi Mama tak habis2 runsing nak makan apa. Walau dia cakap boleh makan ikan, ayam, daging semua tapi semuanya kat kanting tu digoreng. Mama seboleh mungkin nak elakkan makanan bergoreng. Plan nak makan sayur je banyak. Sesekali telur.

Oleh kerana takde apa boleh dimakan, Mama mintak la kuah mi bandung. Tak sedap, rasa kicap je lebih maka tak hirup la kuah tu. Beli jugak lauk untuk lelaki2 kesayangan di rumah. RM3.50 je harga lauk arini sebab Mama tak makan dan tak minum air manis.

Tengahari balik rumah Mama ambik ALSD lagi. Makan omelet (telur hancur) sebijik. Saja nak lapik perut. Ikutkan memang tak makan pun tak lapar pun. Sepanjang hari asyik minum air kosong je. Memang kena banyakkan minum air kosong.

Arini ada koku 1Murid 1Sukan. Anak2 hantar rumah Tok Abah mintak tolong Achik Anna jaga. Balik sekolah singgah rumah kejap masak nasik, panaskan lauk. Pastu baru gi ambik anak2. Malam pun Mama tak makan apa2 sebab belum sempat nak gi beli sayur lagi. Yela, semalam meeting, arini koku. Tiap2 petang ada je program. pffff....

Setakat entri ini ditulis, mama dah ambik 6 scoop ALSD termasuk yang maghrib tadi punya. Sebelum tidur jap gi nak ambik lagi 2 scoop menjadikan semua sekali 8 scoop la arini. Niat di hati pasni nak senaraikan menu setiap hari dan esok nak gi beli bahan2. Untuk misi ni Mama plan nak masak sendiri jela kot. 

O ye, lupa pulak. Tadi Mama sapu Inchloss lagi. Tapi terlebih sapu maka satu badan adalah hangat pijor. Last2 tak tahan Mama mandi tapi still terasa panasnya. Pasni kena sapu secoit je nak elakkan panas melampau..

Ok, ni plan Mama untuk menjayakan misi ni :

- banyakkan minum air kosong
- banyakkan makan sayur
- cuba makan ikan stim (Mama adalah pentaksuka ikan stim)
- masak menu sendiri
- guna minyak zaitun (atas cadangan)
- ambil supplemen Shaklee (multivitamin) setiap hari untuk tampung zat yang kurang Mama ambil
- senaman pun perlu, tapi Mama rasa kat sekolah jenuh berpeluh dah so tu tak risau sangat ;)
- elakkan makanan bergoreng (walau dalam menu boleh je makanan goreng2 ni cuma kena kurangkan, tapi Mama nak elak terus kalau boleh)
- say NO to karbo macam nasik, roti, cucur..

Tu je plan setakat hari ni. Kena study betul2 la cadangan menu yang diberi dan nak tengok mana Mama rasa boleh lepas tekak dan nak kena google resipi kalau tak reti. huhu.

Berat hari ini : 66.9kg *kurang 1.9kg - eran takkan secepat ini turun? mungkin air kot yang kurang menyebabkan berat pun turun, bukan lemak..

 

Monday, March 4, 2013

DIET : Day 1

Sebelum apa2, nak bagitau entri ini ditaip pada 5 Februari 2013, sebulan yang lalu. Dan misi ini juga bermula sebulan yang lalu. Saja tanak update entri semasa misi sedang dijalankan sebab MALU. hihi.

Bukan malu sebab apa, risau hangat2 taik ayam je kan. Kang update entri berdegung degang tapi sekerat jalan. Tanak la kan.

Pada masa entri ini ditulis, baru hari kedua misi dijalankan. Masih membiasakan diri dengan pelan diet seperti yang dicadangkan.

Mama cuba ikut menu yang dicadangkan tapi agak sukar sebab di kantin semua makanan adalah tak sesuai. Selain dari itu, Mama sendiri yang takut nak makan sebab memang semangat berkobar2 ni.

Hari pertama ni sebenarnya Mama baru je dapat parcel tu. Baca arahan dan menu makanan pun sekali imbas je. Tapi sebab semangat sangat terus bancuh. Nasib baiklah ada sudu nak cedok dan tumbler nak shake. hihi.

Kalau ikutkan sepatutnya tak rasa lapo tapi sebab baru minum kan makan pagi tu lapo la jugak. Mama ni kalo lapo jadi terketar2 tangan dan seram sejuk badan. Makan la jugak sayur dan sosej.

Pasal menu yang dicadangkan nanti Mama update dalam entri lain kalau ada masa ek. Sebenarnya pelik pelan diet ni sebab boleh makan sosej, ayam, daging, telur.. yang mana pada pemikiran Mama bukankah ia menggemukkan? Sebab tu Mama risau2 nak ikut..

Sebelum turun kantin tengok menu cadangan dulu. Makan baby sawi dan sosej 2 ketul je. Dengan air masak. Kawan2 sekolah pun eran dengan menu Mama. hihi. Syyyy, rahsia..

Petang tu dah la ada meeting. Tensen betul la. Hancus diet Mama untuk hari pertama. Kat umah tok mama siap makan pulut lagi. amboi.. hihi.. Kira aci jela sebab plan arini tak dijangkakan. Tak jangka kena meeting, pastu tak ready pun nak start arini cuma saja try2 je dulu sebab baru dapat kan..

Ok, apakah produk yang Mama pilih untuk misi ini? Mama minum Alpha Lipid SD II. Harganya agak mahal la sebab tinnya kecik je. RM150, pos rm10. Masa dapat tu dah la pecah tutupnya dan terkeluar sket isinya. Sayang..sayang..

Tapi balik rumah malam tu memang Mama tak makan nasik la. Memang tak lapar bila ambik ALSD ni tapi sepatutnya kena makan jugak untuk tenaga. Mama tak makan sebab kat rumah takde sayur. Belum beli lagi. 

Mama plan nak banyakkan makan sayur sebab buah takleh makan. Pastu Mama nak try ikan kukus. Kan baru beli steamer baru kat Wang Kelian. hihi..

Ok la, nanti Mama cerita day 2 punya kisah pulak ye. Berjayakah mengawal nafsu makan?

Berat hari ini : 68.8kg *sangat gemsss*

 

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥