♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Iman Bukhari. Show all posts
Showing posts with label Iman Bukhari. Show all posts

Tuesday, June 4, 2013

The Day I'm Oficially A MOM!


Abang yang Mama sayang..

Cepatnya masa berlalu pergi
Abang sudah besar
Mulut bijak berkata-kata
Akal panjang berfikir macam-macam idea
Abang anak Mama yang bijak
Abang juga abang yang matang
Di luar Abang kelihatan tegas dan keras
Namun hakikat di sebaliknya
Hati yang terselindung itu ada taman
Abang manja, mudah tersentuh, sensitif
Abang sudah genap 4 tahun
Macam baru semalam Mama mendapat khabar mengandungkanmu
Macam baru semalam Mama melahirkanmu
Semua rasa macam masih baru terjadi
Moga Abang membesar jadi anak soleh ye
Taat Allah, Rasul, Mama, Ayah
Abang penyejuk mata penawar hati Mama Ayah
Abang hero Mama yang selalu caring pasal Mama
Mama sayang Abang..

Selamat Hari Lahir Yang Ke-4, Anakanda Iman Bukhari..



Thursday, May 23, 2013

Anakanda Sulung : Ahmad Iman Bukhari

Awal malam tadi adik-beradik bergaduh berebut pensel warna..
Si Abang nak mewarna, si Adik sibuk larikan pensel warna..
Mengamuk la si Abang, si Adik pun taknak mengalah..
Abang geram sampai renyuk2kan buku warna, tapi Adik buat muka selamba..
Tambah geram la si Abang..
Mama tau la pasal apa, ni semua mengantuk punya pasal la ni..
Mama ambik sekotak pensel warna tu dengan buku2 warna sekali..
Sambil merepek "bising2 camni Mama buang semua dalam tong sampah"..
Dan terus humban dalam tong sampah..
*psstt.. tepi je sebenarnya, kaya sangat ke nak buang 36pcs pensel warna begitu sahaja.. tapi eksyen kena lebih*
Hati memang kesian bila dengar Abang jerit2 minta belas ihsan Mama jangan buang pensel warnanya..
Adik muka toya je..
Tapi muka kena tunjuk kental dan tegas..
Memang bukan salah Abang pun..
Adik yang cari pasal..
Tapi Abang jerit2 dan buat Adik..
Mama denda dua2..
Selesai 'buang' pensel warna tu, buat susu Abang..
Masukkan Abang dalam buai, ye Abang masih tidur buai kalau kena 'paksa' tidur..
Adik pun menyusu sampai tertidur..
Mama bangun nak solat maghrib yang dah nak sampai penghujung..
Tengok2 dalam buai Abang tak nampak gaya macam nak tidur..
Mama suruh Abang tidur sendiri sementara Mama nak mandi dan solat..
Usai maghrib, jenguk teruna sulung itu..
Mata bulat je dalam buai..
Tanya2 katanya tanak tidur..
Ok, jom la kita tengok tv di luar tapi janji jangan bising sebab Adik tidur..
Selesai berjanji2 Abang pun baring atas toto depan tv sambil menghabiskan susunya tadi..
Mata dah terpejam2 jugak..
Tak lama pastu Mama bangun nak solat Isyak..
Terus segar mata si bujang itu..
Takut kena tinggal sorang la tu..


Mama selesai solat Isyak, Abang pun warna bukunya dengan 3,4 batang pensel warna yang tertinggal tak kena 'buang'..
Kesiannya Mama tengok..
Terus Mama cakap "Abang dah takde kaler ek?"
Abang muram saja sambil mengangguk2..
Tambah meruntun hati Mama..
Payah betul jadi Mama.. hati tisu..
Mama sambung "Pergi la ambik kat tepi tong sampah tu. Mama tak buang. Mama letak tepi tong sampah je"
Terus bersinar wajah anakanda..
Laju2 pergi dapur ambik pensel warnanya..
Terus ceria dan mula bercerita itu ini..
Mama iakan saja sambil mengingatkan jangan cakap kuat2 kang Adik bangun..
Ada ayat lawak Abang..
"Mama, kaler ni takde dakwat ek?", sambil tunjuk pensel warna berwarna putih..
"Itu warna putih memang tak nampak. Bukannya takde warna", jawab Mama.
Abang sambung mewarna lagi sambil selang seli tengok kartun kat tv..
Tiba2 Abang tanya lagi, "Mama, jarum dia terkeluar la"..
Mama fikir, jarum apa la pulak dah ni..
Bila tengok, mengundang senyum berpanjangan..
Jarum yang dimaksudkan adalah ubat staple kat tengah2 buku warnanya tu tercungit sikit..
Terus Mama betulkan risau terkena tangan Abang pula..
Inilah secebis kisah Mama dan anak2 bila Ayah tiada..
Antara malam2 yang akan menjadi kenangan buat Mama di hari tua nanti..
Bila mana anak2 sudah pandai membawa diri..
Belum apa2 Mama sudah rindu...











Sunday, February 10, 2013

IMAN


Tengah lipat kain dalam bilik tetiba Iman menjerit2. Mula2 biarkan je sebab mungkin main2 ke apa. 

Tiba2 Iman lari masuk bilik dengan seluruh mukanya basah. Satu umah bau wangi. Menjerit2 pedih mata. Nak marah jugak mula2 sebab suka sangat main cologne J&J tu wat macam minyak rambut.

Tapi kesian pulak dengar dia merayu2 minta maaf. Tergedik2 Iman menahan kepedihan. Risau juga Mama tapi mulut ni bebel2 la jugak supaya di masa akan datang dia serik nak main lagi.

Suruh pejam celik pejam celik biar air tu mengalir masuk matanya, dah lemas pulak. Lama jugak mengerjakan matanya tu sebab dah mula bengkak. 

Selesai pakai baju, Iman baring dan minum susu. Mama pantau jugak. Bengkak semakin surut. Alhamdulillah.. 

Nak letak susu dalam matanya dia meronta2 tanak. Dalam pada mengantuk + penat berkenduri siang tadi pun sempat lagi buat hal.


Bukan gambar malam kejadian

Pada masa entri ini ditulis, Iman sudah dibuai mimpi. Memang dah penat sangat tu cuma saja menahan mata cari pasal malam2 buta. Last2 tertidur depan tv..

Iman, anak Mama yang selalu mencabar kesabaran Mama tapi dia jugalah yang selalu buat Mama tersenyum..


Monday, January 21, 2013

Abang IMAN

Minggu lepas punya cerita, arini baru nak up. Apa daa.. hihi.. Redha jela ek. Blog ni untuk catatan memori dan perkongsian pengalaman, kalo ada masa Mama coretkan, cepat atau lambat itu bergantung pada keadaan ye. hihi. Helah bela diri namanya kalo dalam konteks pendidukan.

Aa kau merapu ni ha? Baiklah, terus sambung cerita. Sebelum tu nak bagitau siap2 *macam ada yang peduli* bahawa entri ini tiada gambar sebab dipost via tab. Tab memang sedih sebab nak upload gambo adalahgila slow dan selalunya failed.

Maka jalan selamat adalah takyah upload gambo. Nak post via bloggeroid pun sedih sebab gambo tak naik jugak. So daripada tak berupdate maka relakanlah entri tanpa gambo. Nanti kalo Mama online dengan lappy dan kalo rajin Mama tambah gambo ye. Maafkan jugak kalo ada typing error sebab malas nak delete dengan tab. huhu.

Ok, sebenarnya nak cerita pasal Iman. Realitinya anak2 Mama mewarisi lelah Mama. huhu. Kedua2nya sekali!

 Tok Abah ada lelah, Onyang ada lelah.Mama ni cuma akan mula penat bila demam je. Kalo tak demam insya-Allah tak penat.

Anak2 Mama pulak akan mula penat  bila demam dan batuk Macam Bunyamin kena tarik aritu kes demam, batuk, selsema la tu.

Iman ni tak demam, dia cuma batuk sahaja. Mama perasan sejak petang Khamis tu lagi. Masa Iman tido nagasnya berombak.

Dalam hati dah cuak dan berdoa banyak2 jangan la penat. Tapi kuasa Allah sapa dapat halang. Malam tu Iman susah nak tido sebab sukar bernafas. Jantungnya sangat laju. Setiap jam Iman bangun. Sampai ada waktunya Iman kena tido duduk di ribaan Mama sebab sangat sukar bernafas.

Jam 4.00 pagi Mama dah tak tahan, ajak Ayah gi buat neb di mana2. Ayah enggan sebab risau kena tahan wad. Sedih melihat anak dalam keadaan begitu.

Mama pujuk Iman untuk bertahan sekejap menanti siang. Pagi tu Mama ke sekolah kejap. Jam 11.00 mohon izin gb nak bawa Iman neb di klinik. 

Alhamdulillah lepas neb tu Iman dah beransur sihat. Tak lagi kelihatan sangat sukar bernafas. Doktor cakap memang agak ketat kahak di dada Iman. Iman dinasihatkan buat neb 3 kali untuk hari ini.

Lepas neb hantar Ayah balik rumah ambik kereta nak gi ofis. Mama bawak Iman ke sekolah sebab masa tu dah jam 1.00 tengahari. Dah nak waktu balik sekolah dah pun.

Masa di sekolah Mama, Iman aktif macam biasa. Walau semput tu masih ada sikit2, tapi Iman sudah kembali aktif. Mama terpaksa balik lambat sikit sebab ada kerja yang tertangguh tadi. Dalam Mama duk kelam kabut menyelesaikan tugasan yang berbaki tu, Iman pulak kalut menyepahkan bilik kerja Mama. haha.

Petang tu bawak Bunyamin cucuk di KKIA. Cadang nak bawak Iman neb sekali tapi masa selesai cucuk Bunyamin pun jam dah 4.30 lebih kurang maka pospon ke malam jela. 

Malam tu bawak Iman neb di KSM (Klinik 1 Mesia). Ok jugak la klinik tu. Bayar RM1 je. Peralatan neb dia pun yang paling canggih kot dalam banyak2 mesin neb yang Mama pernah tengok sepanjang bawa Iman atau Bunyamin neb ni.

Ada hikmah di sebalik semua ni. Antaranya Mama dah jumpa tempat paling sesuai dan selesa nak bawak Iman neb selepas ini. Kalau malam pun boleh bawa ke KSM ni sebab ia tutup jam 10.00 malam.

Penat? Memang penat la bila anak tak sihat tapi puas rasanya dapat menjaga sendiri anak terutama di kala dia memerlukan kita sebagai ibunya. Kadang2 rasa rindu juga tidur tanpa gangguan macam masa sebelum kawen kan, tapi alah bisa tegal biasa. 

Walaupun rasa semakin selesa sebab anak dah semakin besar, tapi bila tiba masa anak2 tak sihat tu memang bersilat jugalah Mama. Taknak la berasa selesa sangat sebab rasa nak tambah lagi anak kot. Kalau dah terbiasa selesa2 sangat nanti beranak kecil kembali mula rasa susah pulak. huhu. Tanak la camtu...

Di kala entri ini ditulis, Iman sudah sihat sepenuhnya. Berganti dengan Bunyamin pula yang demam. Syukurlah takde batuk. Bila batuk Mama risau sebab boleh berlarutan jadi lelah. Berbelah bagi nak tinggalkan Bunyamin dengan pengasuhnya atau Mama ambik cuti je. Akhirnya Mama ambil keputusan gi jugak sekolah tapi keep on calling pengasuhnya bertanyakan keadaan Bunyamin.

Harap2 selepas ini sihat2 la semuanya.. Mama berdoa..




Wednesday, January 16, 2013

Epal Besar

Di rumah kami ada keterujaan BARU. Anak2 la terutamanya. Sangat TERUJA. Lebih khusus lagi, si Abang Iman.

Apakah itu? Kegemaran Iman la, KUIH O. haha. Nama ni dia bagi sendiri. KUIH O. 


Gambar senget maka sila telengkan kepala. Gambar ni copy dari sync pic dalam fb je. Mama tak kuasa nak transfer2. hihi. Dasarrrrr...

Ok, berbalik kisah TERUJA tadi. Amboi, bukan main sekarang ni sikit2 KUIH O sikit2 KUIH O. Sebenarnya kuih o yang dimaksudkan tu adalah donut kat Big Apple tu ha...

Suka sangat Iman dengan donut tu. Memang la sedap tapi Mama tak boleh makan banyak2 sebab ngilu rasanya, manis sangat kot. Gigi sensitif katanya. haha.


Iman paling suka topping coklat. Tak kisah la design camne asalkan coklat namanya. hihi. Tengok la tu, pakai towel je makan sebab takut baju comot. Towel takpe comot, hehe.


Iman boleh habis 2 ketul donut tu sorang2 dia je. Kalau time lapo mungkin lebih lagi. hihi. Camne leh kenal kuih o ni? Alkisahnya Mak Long Iman la ni, dia suka sangat donut Big Apple ni. 

Asal balik rumah Nenek je mesti dia beli, asal beli je dia balik, eh.. hihi.. Gitu la nak cerita betapa sukanya Mak Long dengan donut ni.

Iman pernah try masa balik Johor aritu. Terus dia suka. Ada pulak la kedai Big Apple kat sini kan, maka gatal la gi beli untuk Iman. Ayah la ajar ni. Makan manis2, gigi pun dah sangat cantik katanya.

Harga bagi kami boleh tahan mahal la jugak sebab purata seketul adalah RM2.50. Donut klasik yang salut gula tu pun harga camtu padahal kalau kat gerai tepi jalan leh dapat RM0.50 je kot.

Tapi yang design macam2 tu tak dinafikan memang sesuai la harga tu. Sedap pun sedap kan. Mujurlah tak in dengan taste Mama, kalau tak makin gebu la Mama ko ni Iman... hahahaha...


 

Saturday, November 17, 2012

Graduan MUDA





Sunday, October 7, 2012

Rombongan Sekolah Abang ~ Inilah Harinya

Entri intro

Maaf, Abang Iman. Mama lambat update kisah rombongan Abang. Tapi takpe kan? Janji Abang tetap boleh baca kisah rombongan pertama Abang ni kan?

Tarikh : 15 September 2012
Hari : Sabtu
Bertolak : 7.45 pagi
Sampai balik : 11.00 malam

Pagi2 Mama sudah bangun packing baju bajan dan segala mak nenek nak dibawa. Ini kali pertama pergi rombongan bersama anak2 kecil menaiki BAS. Lalu rasa teruja itu sedikit ada, gundah pun ada juga, sebab memikirkan camne la keadaan kami sekeluarga nanti. Namun akhirnya redha jela dan ikut saja naluri sendiri.


Lebih kurang jam 6.30 pagi Mama mandikan anak2. Pakaikan baju comel2. Abang pakai t-shirt seragam yang dibekalkan oleh gurunya. Termasuk track suit sekali.




Abang kelihatan teruja. *sama macam Mamanya juga* Namun mata masih ketara mengantuk. Kesian Abang. Adik pun meragam sikit pagi2 tu. Yela, masih mengantuk sudah dimandikan kan. Marah la dia. hihi. Adik jarang meragam sebegitu.

melalak

nak Mama je sebenarnya

Awal pagi rumah kami sudah riuh rendah. Kalut semuanya ditambah lagi dah agak lewat. Sepatutnya jam 7.30 pagi sudah berkumpul di taska Abang tapi kami ni memang ngam2 saja sampai. Rupanya masih ramai yang lewat. Maklum saja kali pertama, kalut tu lebih sikit la. Terutama Mamanya ini la. Ayah relek aje memanjang.





Selain bawa Abang merasa pengalaman pergi rombongan, Mama juga dapat melihat pergaulan Abang dengan kawan2nya, mengenali kawan2 Abang, mengenali dengan lebih mesra guru2 serta ibu bapa kawan2 Abang, juga dapat juga Mama memerhati tingkah laku Abang tika bersama kawan2nya.

masa ni Adik duduk dengan Ayah

Abang duduk dengan Mama

Rupa2nya Abang ni di sekolah pemalu orangnya. Cikgunya bagitau Abang ni jenis mudah bergaul dengan orang, pandai bawa diri, dan mudah untuk dijaga. Masa awal2 dulu je susah sikit nak tidur tengahari. Sekarang dah ok dah tidur di bawah tanpa buai.




suasana dalam bas

Masa dalam bas, kawan2 Abang yang SENIOR takde maknanya nak tidur. Ke depan, ke belakang, lompat2, makan, minum, sembang, gelak, nyanyi *lagu raya, ok* tu jela kejenya. Mama fikir dorang ni tak ngantuk ke sebab kan bangun awal kan pagi tadi.

Abang behave sangat
proud of u, Abang..

Mama sedikit terkejut bila Abang hanya duduk saja di kerusinya, hanya memerhati kawan2nya 'beraksi' dan menyorokkan mukanya bila kawan2 panggil namanya. Eh, panggilan Abang di sekolah adalah IMAN BUKHARI. Hampir2 full name. 

Itu Mama sudah sedia maklum. Hairan juga kenapa panggil nama HAMPIR penuh ye? Rupanya ada kisah. Ex-student situ pernah ada nama IMAN. Dan si Iman itu masih rapat dengan cikgu2 di situ sebab adiknya masih duk situ. O, patut la. Dah ada nama Iman so Abang ni kena la digelar IMAN BUKHARI untuk membezakan dua IMAN ini.

sebelah kiri tu la Iman yang dimaksudkan
kanan tu adiknya

Pagi tadi Mama bangun awal sangat lalu mata memang nak melekat jela bila dalam bas. Anak2 masih belum mau tidur nampaknya. Sampai dah lepas Penang sikit baru la dua2 lelap. Abang duduk dengan Ayah lalu tertidur atas riba Ayah. 


Adik duduk dengan Mama lalu tertidur atas riba Mama. Ini pun selepas puas tukar2 seat. Kami pergi berempat lalu dapat la 4 seat. Selesa la kan. Anak2 sudah tidur baru la Mama dapat lelapkan mata sebentar di tengah hiruk pikuk kanak2 riang tu. hihi.



Belum pun sampai destinasi, bangun sudah si Adik. Tapi masa tu dah dekat nak sampai jugak la. Sibuk pulak main dengan abang yang duduk di kerusi depan.




Destinasi pertama kami adalah Muzium Padi. Kat sini semuanya berkenaan padi. Mula2 kami naik ke menaranya. Punya la tinggi nak memanjat. Fuh fuh fuh. Tapi itu la antara yang Abang ingat sangat sebab suasana masa nak naik ke menara tu macam dalam gua. Balik2 asyik cerita Abang gi gua. hihi.



dewasa : RM3
kanak2 : tak perasan, huhu
kamera : RM1

Masa nak masuk tu kena beratur dulu kanak2 taska ni. Abang tanak beratur mula2 sebab nak melekap je dengan Mama. Tapi bila pujuk2 Abang nak la jugak sebab kawan2 semua pun eksaited beratur kan.





Erm, kalau ikutkan Mama ni bukan la jenis HANTU MUZIUM macam Ayah. Muzium adalah tempat terakhir kot nak pergi. Kira kalau dah takde pilihan sangat baru la gi muzium kot. Tapi disebabkan anak ku rela berkorban segalanya. haha.

Best jugak la ambik gambar sana sini dalam tu. Cuma kat menara tu tak berapa best nak ambik gambar sebab sedikit gelap dan latarbelakang pun jauh. Maklum la kamera 'canggih' gini la gayanya kan. huhu.

masa ni kat menara


ni jenuh pujuk *ugut kot* semata2 nak amik gambo


with Mama
masa ni Mama cari Ayah tak jumpa

Abang memang susah nak bergambar. Sebijik Ayah. Jenuh pujuk2, siap ugut *dah tak ingat ugut apa, kena tinggal kot* semata2 nak bergambar saja. Yela, ni kan rombongan Abang so gambar Abang kena banyak la kan. Mama nak plan nak ambik gambar Abang banyak2 untuk kenangan masa Abang dah besar nanti. ;)


with Angah *senior yang hebat dalam bas itu*


with Iskandar *senior yang hebat dalam bas itu*

Lama jugak la dalam muzium tu. Pas turun menara ada lagi beberapa ruang pameran di tingkat bawah. Jenuh jugak la kami meronda pusing2 tengok apa yang ada. Semuanya berkaitan padi la.



Yang best kat sini ada banyak ruang khas untuk bergambar. Dorang pun tau orang datang mesti nak bergambar punya kan. Ok, gambar2 bawah ni kelakar ok. Tapi Mama suka sangat. ;) Jom tengok...








Kelakar kan? Muka cumel2 je petani2 ni kan? hihi. Ayah kan peminat muzium. Konon2 nak membaca la description kat bahan2 pameran kan. Takde maknanya boleh baca dengan anak2 kecik ni kan. Kena redha jela. hihi.


Abang sporting pulak masa nak bergambar dengan kerbau ni
Abang yang mintak snap gambar kat sini
amboi




belakang tu 'orang padi' Abang gelarkan


background padi hangus *lagenda Mahsuri*





Ok, gambar bawah ni semua bahan pameran. Tengok jela ek. Nak explen pun tak reti. huhu.











Sebelum keluar dari muzium sempat la beli keropok dan seketul fridge magnet sebagai kenang-kenangan. Sementara Ayah gi toilet kami duduk makan keropok tepi pokok padi. ;)







Rasa macam duk kat sawah padi je bila dalam gambar. Tapi masa ni memang tengah panas terik sangat. Berpeluh2 kami kat situ. Tapi dalam masa yang sama adakalanya datang juga angin sepoi2 bahasa tu. huhu.

dap dap makan kopok

Pastu kami makan tengahari di situ. Nasik putih lauk kari daging, timun sikit dan telur masin separuh. Tu pun dah cukup menyelerakan. Adik dan Abang makan sikit je sebab sibuk nak main atas pondok tu.

Pastu kami teruskan lawatan ke Pusat Sains Negara. Rupanya ada jugak PSN kat Kedah ni ek. Ni la baru Mama tau. Kira cam PSN cawangan utara la.




tunggu cikgu2 beli tiket

Dah namanya PSN kan, memang sinonim la dengan bahan2 pameran yang menguji minda ni kan. Kalau dalam bahasa pasarnya kita biasa cakap 'ada banyak benda boleh main' la kan. hihi.





lalu bawah asap

PSN cawangan utara ni lebih kurang jugak dengan yang kat KL tu bahan pamerannya. Cuma tak la sebesar PSN pusat kan. Eh, kat sini pun ada cermin ajaib la... ;)





Dan di sini juga ada pameran dinosour macam kat KL cuma kawasannya lebih kecil dan dinosournya tak bergerak, cuma bunyi je lebih. hihi.











Adik lebih berani daripada Abang




masa ni Abang tak perasan Mama Ayah Adik dah jauh di belakangnya

Bunyamin pun sangat seronok. Biasa la bila dapat lepas bebas memang la seronok kan. Jalan sana sini dengan riangnya. Orang pun tak ramai sangat so Mama pun tak risau biarkan Bunyamin jalan sendiri sambil diawasi dari jauh je.










khusyuk bermain
Mama panggil buat derk je

Masa Adik main ni, Mama tak tau di mana Ayah dan Abang. Mungkin bermain benda2 lain di sekitar kawasan pameran tu. Masa ni memang dah sedikit penat. Penat mengejar anak. haha. Bunyamin seronok sangat lah. Sampai tak heran kat Mama pun. Cuma bila Mama jalan dia tetap mengikut la. huhu.





Ayah melayan anak2

Mama dan Bunyamin stay kat tempat mainan ni saja. Tak lama pastu Ayah dan Abang datang. Abang pun join Adik main. 




Bunyamin ni memang jenis cool je
dia boleh main sendiri asal Mama ADA BERSAMA

bergambar bertiga sebelum turun untuk solat

Masa kami turun ke surau di tingkat bawah, rupanya ramai yang dah turun. haha. Tinggal 2,3 keluarga je lagi yang masih asyik bermain di atas termasuklah keluarga kami. huhu. Usai solat kami gerak ke Menara Alor Setar.


Abang dalam lif


Ayah dukung Adik dalam lif

Mama ni kira kali pertama jugak naik menara ni. Biasa lalu je tak pernah naik pun. Best la nampak pemandangan bandar Alor Setar. Ada teropong free je tapi sama ada ia rosak atau Mama yang tak reti guna. haha.











Abang meneropong apa tu?



Haa, part ni paling best. ICE CREAM time!!! Ada pulak bendalah eskrem atas tu. Maka belilah kami dan makanlah kami di situ. Tak ingat harga tapi rasanya dalam RM3 gitu la. Mahal jugak la. huhu.






tunggu Mama suap eskrem

Lagi sekali kami la orang paling last turun. hihi. Eh, dorang ni melawat ke lalu je? Dah la kami orang pertama naik sebab lif tak muat naik ramai2, tapi kami last turun. Adakah terlebih eksaited ke apa? haha...



Ada pulak playground depan menara ni. Sempat la Abang dan kawan2nya main dulu. Mama tak risau sangat sebab semuanya pun geng bas kami. hihi. Mama layan Adik main buai je. Pastu kami gerak ke rumah Tun Dr Mahathir.




Masa ni dah hampir jam 5.00 petang. Rumah ni boleh dilawati sampai jam 5.00 petang je. Tapi tengok ramai je duk kalut naik lagi so kami pun kalut la sama. haha. Siap sign guest book lagi. hihi. Tapi dalam tu takleh amik gambo. Taktau apa rasionalnya takleh amik gambo. Amik gambi depan tangga rumah pun jadik la kan.





Budak2 dah penat masa ni. Muka dah layu lunyai semuanya. Tapi bagus semuanya takde yang nangis ke buat perangai ke. Behave je semuanya.

Asalnya masa kat PSN tu Mama dah nak tukar baju anak2 dah. Sebab Mama ni jenis kalau berjalan memang tak sedap rasanya kalau tak tukar pakaian anak2. Biasanya Mama akan mandikan masa berhenti solat Zohor dan terus tukar pakaian. Tapi dah naik bas ni kan kena la ikut time bas. Dah la asyik terlewat je kan. huhu.

Tapi mujur jugak la Mama tak tukar baju Abang. Sebab di hujung lawatan ada sesi bergambar beramai2 bersama kawan2nya. Nak kata sesi formal tu memang tak la kan. Camne nak bergambar dengan budak2 kecik yang kepenatan tu kan.


cikgu kemaskan baju Abang


bergambar beramai2
ni semua kanak2 yg ikut rombongan termasuk adik-beradik lain juga

Lepas tu kami gerak ke Pekan Rabu. SHOPPING time! Tapi Mama dah pernah gi sini dan dah tau harganya lebih mahal. Biasanya kami sekeluaarga tak beli sini, kami shopping di Padang Besar. Amboi, demand! haha. Takde la, cerita saja. Tapi ada juga beberapa barang yang murah kat sini. Cuma dah tak larat nak jenjalan ditambah lagi dengan anak2 yang dah mula meragam.

Beli sket2 pastu ada sejam lagi kena tunggu orang lain. Ok, kali ni kami pulak yang first sampai di bas sampai cikgu pun terperanjat dan tanya "dah ke?". hihi. Sementara tunggu orang lain kami duduk di tembok tepi jalan dan anak2 makan sate ikan.

Dah semua berkumpul semula, kami gerak balik. Singgah di R&R Juru untuk solat. Ok, kali ni buat balik perangai lama iaitu Mama orang LAST. haha. 

Mana taknya, nak solat kena gilir2 sebab anak2 tidur. Ayah solat dulu. Mungkin bukan solat semata2, Mama syak ada beberapa aktiviti sampingan menyebabkan masa Ayah gi solat menjadi LAMA. Orang perempuan gi solat pun dah balik tapi muka Ayah tak muncul2 menyebabkan Mama terpaksa amik tindakan drastik dengan meninggalkan anak2 di atas bas dan mintak tolong cikgu tengokkan.

Dah la surau jauh nun di sana. Hadoi! Masa solat tu memang dah takde dah geng bas. Ke dorang tak turun ke taktau la kan. Elok2 Mama naik, bas pun jalan menandakan orang LAST sudah tiba. haha.

Sampai ke taska dalam jam 11.00 malam. Masa sampai anak2 masih tidur. Tapi masa angkat terjaga dan seronok pulak tu. Sampai rumah Mama mandikan anak2 dan tukar pakaian bersih dan pakai bedak wangi2 dan comel2. Dah comel baru selesa tidur.

Dan sesi menidurkan mereka adalah MUDAH dan CEPAT sebab dua2 pun dah kepenatan tahap gaban. Kenangan dan pengalaman tercatat sepanjang hari ini. Bahagia menghabiskan masa cuti bersama keluarga hingga kepenatannya tak terasa.... ;)

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥