♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label FZ6R. Show all posts
Showing posts with label FZ6R. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Tinggal Kenangan



Sebalah kanan itu Yamaha FZ6R kepunyaan Ayah
yang dah selamat menjadi milik orang lain
yang di kiri dan di tengah itu kepunyaan sahabat Ayah
superbike ini 'kembar 3'
yang masih setia pada tuan asal hanya yang di tengah sahaja

saja tengok2 gambar2 lama dalam fb
terjumpa gambar ini
rindu padanya...
:`(



Thursday, March 29, 2012

Kau Pergi Jua...

Hari ini hari Khamis, 29.3.2012. Hari sedih. Tak sanggup nak cerita panjang lebar. Biarlah gambar bercerita.. :'(


Bunyamin bersama Achik Adam di atas FZ6R buat terakhir kalinya


anak2 Mama bergambar kenangan dengan FZ6R

"sian Ayah dah takde motor"
kata Abang Iman

detik perpisahan makin hampir

nenek siap usap2 lagi si kuning



dan akhirnya...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

kau pergi jua FZ6R....
moga kau dijaga baik sepertimana ketika kau bersama kami
masih segar di ingatan saat pertama kali kau menjadi milik kami
kini kau tiada lagi...

inginkan sesuatu perlulah melepaskan sesuatu
maka kami rela melepaskanmu supaya dirimu lebih bermakna bersama yang lain
sayang kamu..

:'(


Monday, January 23, 2012

Yamaha FZ6R (CBU Unit) for sale. RM48k nego.

Untuk makluman semua, Ayah Iman nak let go superbike kesayangannya ini. 

RM48k nego.

CBU unit.

Dibeli pada bulan disember  2010.

Berminat sila hubungi 013-5000677 (Amin)








 






Saturday, February 5, 2011

Makwe Baru Ayah Lagi

Awal tahun aritu Mama ada buat entri pasal makwe baru Ayah di SINI dan di SINI. Cerita semata2 tanpa gambar. Haha.. Okeh, arini Mama berkesempatan upload gambar makwe Ayah itu ye. Jom la kita tengok sana2... ;)

Gambar diambil masa Ayah sedang basuh motornya 


 Inilah dia motor kesayangan Ayah


zoom in sket

ops..ada baldi lak interframe..haha..


Thursday, December 30, 2010

FZ6R : Pengalaman Pertama

Minggu ni dah mula macam2 urusan berkaitan sekolah. Maklumlah minggu depan sesi persekolahan 2011 akan bermula. Mama juga agak sibuk uruskan itu ini hingga takde masa nak update blog. Pagi ni sebelum ke sekolah untuk mesyuarat panitia, Mama curi sikit masa update blog kesayangan ni.


Nak cerita hari tu Mama dah try bonceng FZ6R Ayah yang warna kuning tu. Kalau sebelum ni hanya dapat tengok aje sesekali superbike2 ni kat atas jalan, tak sangka sekarang dah pernah naik dan sendiri punya pulak tu (kira sendiri punya aci tak?..hehe..). 


Taklah perjalanan jauh sangat cuma merasa la jugak naik highway sekejap memandangkan kawasan rumah kami ni dekat dengan kawasan highway. Kalau atas jalan biasa ni tak terasa sangat ke"best'annya sebab kena stop2.


Memang banyak le kelebihannya. Macam kereta malah lebih laju dari kereta cuma ianya bertayar dua dan boleh naik dua orang saja dalam satu2 masa. Tapi mungkin sebab tak biasa, ada jugak yang Mama tak berkenan. Antaranya :


1) sakit bontot..haha..sebab terpaksa duduk atas bonggol untuk rapat dengan Ayah. Kalau tak rapat konpem Mama jatuh melayang sebab terlalu laju.


2) Sakit belakang sebab kena tunduk sikit juga bertujuan merapatkan badan Mama dengan Ayah supaya Ayah tak melelong bawak bila ada ruang angin antara Mama dengan Ayah.


3) Tak boleh bercakap masa dalam perjalanan sebab helmet full face. Ditambah lagi dengan laju ya amat mana nak sempat cakap apa2. Oleh kerana biasanya dalam kereta Mama ni co pilot merangkap penunjuk arah Ayah bila ke mana2, bila atas motor jadi agak susah nak bertugas camtu sebab kena jerit2 nak cakap dan tak pasti Ayah dengar ke tak. Haha..


4) Sakit leher sebab masa dalam perjalanan kena lawan angin kuat yang tolak helmet kita tu. Helmet dah la 'ringan' kan. Nak kena tahan2 pulak. Haha.. Memang sakitnya 2,3 hari baru hilang...


Itulah antara pengalaman awal Mama naik superbike Ayah. Saja nak cuba saja. Kan pregnant ni. Ni pun cari nahas je ni. Alhamdulillah la Iman Junior ni kuat macam abangnya juga. Hehe.. Pasni mungkin naik pusing2 taman jela kot. Takde dah la nak laju2 cam aritu.


Walaupun Mama rasa mungkin lambat lagi Mama akan naik untuk long journey, tapi Ayah dah belikan Mama helmet, jaket dan glove. Mama dah cakap tak payah beli tapi saja Ayah belikan. Kasut jela takde yang sesuai. Aritu Mama pakai kasut sukan Mama tu je. Haha.. Punya la tak seswai..


Okey la..nak gi sekolah dah ni ha. Iman pun dah 'mengemas2' dah barang2 nak bawak gi sekolah yang Mama dah susun kat tepi pintu ni. Nanti Mama upload gambar kami bersama superbike Ayah...


♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥